Kalimat seru di dalam al-Qur'an

Kalimat-kalimat al-Qur'an, da'a, da'wa, da'wah dan idda'a, yang terbit daripada akar yang sama, diterjemah kepada seru, panggil, doa, mohon dan sebagainya menurut konteks ayat mereka diguna.

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut adalah:

 

2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami menurunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan panggillah saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan bersabar dengan makanan yang satu macam; mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang bumi menumbuhkan; herba hijaunya, dan mentimunnya, dan jagungnya, dan kekacangnya, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu menukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan mendapati di sana apa yang kamu menanyakan." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu adalah kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.

2:68. Mereka berkata, "Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami yang manakah ia?" Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang tidak tua, dan tidak juga dara, yang pertengahan di antara yang demikian itu; maka buatlah apa yang kamu diperintahkan."

2:69. Mereka berkata, "Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami apakah warnanya?" Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang keemasan, terang warnanya, menggembirakan orang-orang yang memandang."

2:70. Mereka berkata, "Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami yang manakah ia; lembu serupa sahaja bagi kami, dan jika Allah mengkehendaki, tentu kami akan mendapat petunjuk."

2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu mempercayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian panggilah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu mengetahui bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"

2:171. Persamaan orang-orang yang tidak percaya seperti persamaan orang yang meneriak kepada apa yang tidak mendengar, kecuali satu panggilan dan seruan; pekak, bisu, buta - mereka tidak faham.

2:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku menanyakan kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk menyahut seruan orang yang menyeru apabila dia berseru kepada-Ku; maka hendaklah mereka menyahuti Aku, dan hendaklah mereka mempercayai Aku supaya mereka menjadi benar.

2:221. Janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan janganlah mengahwini orang-orang lelaki yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah menyeru ke Taman, dan keampunan, dengan izin-Nya, dan Dia memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka ingat.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di  antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu.

3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.

3:38. Kemudian Zakaria berdoa kepada Pemeliharanya, dengan berkata, "Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa."

3:61. Dan sesiapa mendebat kamu mengenainya, setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka katakanlah, "Marilah, hendaklah kita menyeru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita memohon dengan rendah hati dan meletakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta."

3:104. Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung.

3:153. Ketika kamu naik ke atas dengan tidak menoleh-noleh kepada seseorang, dan rasul menyeru kamu dari belakang kamu, lalu Dia mengganjari kamu dengan kesedihan atas kesedihan, supaya kamu tidak bersedih kerana apa yang terlepas daripada kamu, dan tidak juga kerana apa yang menimpa kamu; dan Allah menyedari apa yang kamu buat.

4:117. Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka,

6:40. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu, atau Saat datang kepada kamu, adakah kamu menyeru sesiapa selain daripada Allah, jika kamu berkata benar?"

6:41. Tidak, hanya kepada Dia kamu berseru, dan Dia akan menghilangkan apa yang kamu berserukan kepada-Nya jika Dia menghendaki, dan kamu melupakan apa yang kamu menyekutukan.

6:52. Dan janganlah mengusir orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana menghendaki wajah-Nya. Tidak ada sama sekali perhitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali perhitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut mengusir mereka, dan menjadi antara orang-orang yang zalim.

6:56. Katakanlah, "Aku dilarang menyembah orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah." Katakanlah, "Aku tidak mengikuti keinginan kamu; jika demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk."

6:63. Katakanlah, "Siapakah yang menyelamatkan kamu daripada kegelapan darat dan laut?" Kamu berseru kepada-Nya dengan merendahkan diri dan dengan berahsia, "Sungguh, jika Engkau menyelamatkan daripada yang ini, kami akan menjadi di kalangan orang-orang yang bersyukur (berterima kasih)."

6:71. Katakanlah, "Adakah kita akan menyeru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga memudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah memberi petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,

6:108. Janganlah mencaci-maki orang-orang yang menyeru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami menampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia memberitahu mereka apa yang mereka buat.

7:5. Tidak ada seruan mereka, apabila bencana Kami datang kepada mereka, melainkan mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang zalim."

7:29. Katakanlah, "Pemeliharaku memerintahkan supaya membuat keadilan. Tegakkanlah muka-muka di setiap masjid, dan berserulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia memulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan.

7:37. Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila rasul-rasul Kami datang kepada mereka untuk mematikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

7:55. Berserulah kepada Pemelihara kamu dengan merendah diri dan dengan berahsia; Dia tidak menyukai orang-orang yang mencabuli.

7:56. Janganlah membuat kerosakan di bumi setelah ia diperbetulkan, dan berserulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang yang berbuat baik.

7:134. Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, "Wahai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia menjanjikan kamu. Jika kamu menghilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan mempercayai kamu, dan kami akan mengutus bersama kamu Bani Israil."

7:180. Kepunyaan Allah nama-nama yang paling baik, maka berserulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkanlah orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas apa yang mereka buat.

7:189. Dia yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya teman hidupnya supaya dia berehat padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia (perempuan) membawa beban yang ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia menjadi berat, mereka berseru kepada Allah, Pemelihara mereka, "Jika Engkau memberi kami anak yang salih, sungguh kami menjadi daripada orang-orang yang berterima kasih."

7:193. Jika kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mengikuti kamu; sama sahaja kepada kamu, sama ada kamu menyeru mereka, atau kamu diam.

7:194. Orang-orang yang kepada mereka kamu seru, selain daripada Allah, ialah hamba-hamba yang serupa dengan kamu; serulah mereka dan hendaklah mereka menyahuti kamu, jika kamu berkata benar.

7:195. Apa, adakah mereka mempunyai kaki yang dengannya mereka berjalan, atau adakah mereka mempunyai tangan yang dengannya mereka memegang, atau adakah mereka mempunyai mata yang dengannya mereka melihat, atau adakah mereka mempunyai telinga yang dengannya mereka mendengar? Katakanlah, "Berserulah kamu kepada sekutu-sekutu kamu; kemudian lakukanlah muslihat kamu kepada aku, dan janganlah memberi aku tangguh.

7:197. Dan orang-orang yang kamu seru, selain daripada Dia, tidak boleh menolong kamu, dan tidak juga mereka menolong diri-diri mereka sendiri.

7:198. Jika kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak mendengar; dan kamu melihat mereka memandang kepada kamu, dengan tidak melihat.

8:24. Wahai orang-orang yang percaya, sahutilah Allah dan rasul, apabila Dia menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu; dan ketahuilah bahawa Allah berdiri di antara seorang lelaki dan hatinya, dan bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

10:10. Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."

10:12. Apabila penderitaan menyentuh manusia, dia berseru kepada Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami menghilangkan penderitaannya daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah berseru kepada Kami atas penderitaan yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa yang mereka buat.

10:22. Dia yang memperjalankan kamu di darat dan laut; dan apabila kamu di dalam kapal, dan ia berlayar bersama mereka dengan angin yang baik, dan mereka bergembira dengannya; lalu datang kepada mereka angin kencang, dan gelombang-gelombang datang kepada mereka dari segenap tempat, dan mereka menyangka bahawa mereka diliputi olehnya; mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya, "Jika Engkau menyelamatkan kami daripada yang ini, sungguh, kami akan berada di kalangan orang-orang yang berterima kasih."

10:25. Dan Allah menyeru ke tempat kediaman kesejahteraan; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus.

10:38. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan panggillah sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."

10:66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; mereka mengikuti, yang menyeru sekutu-sekutu selain daripada Allah - mereka tidak mengikuti apa-apa, kecuali sangkaan, semata-mata dugaan.

10:89. Berkata, "Doa kamu disahuti; maka hendaklah kamu berlaku lurus, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui."

10:106. Dan janganlah menyeru selain daripada Allah apa yang tidak memanfaatkan kamu, dan tidak juga memudaratkan kamu, kerana jika kamu buat, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim.

11:13. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Datangkanlah sepuluh surah yang serupa dengannya, yang diada-adakan itu, dan panggillah sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."

11:62. Mereka berkata, "Wahai Salleh, kamu sampai sekarang menjadi satu harapan di kalangan kami. Apa, adakah kamu melarang kami daripada menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah? Sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu menyerukan kami, dengan kebimbangan."

11:101. Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah sedikit pun, apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka, kecuali dalam kebinasaan.

12:33. Berkata (Yusuf), "Pemeliharaku, penjara lebih aku menyukai untukku daripada apa yang mereka menyeru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak memalingkan daripadaku muslihat mereka, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku menjadi antara orang-orang yang bodoh."

12:108. Katakanlah, "Ini jalanku. Aku berseru kepada Allah dengan bukti-bukti yang nyata, aku dan sesiapa yang mengikuti aku. Kepada Allah sanjungan! Dan aku tidak termasuk orang-orang yang menyekutukan."

13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak menyahuti mereka sedikit pun, tetapi ia seperti orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan tidaklah ia sampai kepadanya. Doa orang-orang yang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.

13:36. Dan orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan Kitab bergembira dengan apa yang diturunkan kepada kamu; dan daripada golongan-golongan, ada yang menolak sebahagiannya. Katakanlah, "Aku hanya diperintah untuk menyembah Allah, dan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya. Kepada-Nya aku berseru, dan kepada-Nya tempat kembali."

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang selepas mereka - tiada yang mengetahui mereka kecuali Allah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka menolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dengan kebimbangan."

14:10. Rasul-rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan menangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanyalah manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu menghendaki untuk menghalangi kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkanlah kepada kami kuasa yang nyata."

14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku. Maka janganlah kamu mencela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat menolong kamu, dan tidak juga kamu dapat menolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang yang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.

14:39. Segala puji bagi Allah yang memberikan aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar doa.

14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.

14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka; dan orang-orang yang membuat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkanlah kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan menyahut seruan Engkau, dan mengikuti rasul-rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?

16:20. Dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Allah, tidak mencipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan,

16:86. Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami, yang kami seru selain daripada Engkau." Mereka melemparkan kembali kepada mereka ucapan, "Sesungguhnya kamu sebenarnya pendusta-pendusta."

16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

17:11. Manusia mendoa untuk kejahatan seperti dia mendoa untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa.

17:52. Pada hari apabila Dia menyeru kamu, lalu kamu menyahuti dengan memuji-Nya, dan kamu menyangka bahawa kamu tidak tinggal melainkan sebentar sahaja."

17:56. Katakanlah, "Panggillah orang-orang yang kamu mendakwa selain daripada Dia; mereka tidak berkuasa untuk menghilangkan penderitaan daripada kamu, dan tidak juga untuk memindahkannya."

17:57. Mereka itu, orang-orang yang mereka seru, mereka sendiri mencari jalan kepada Pemelihara mereka, siapa antara mereka yang lebih dekat; mereka mengharapkan pengasihan-Nya, dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu ditakuti.

17:67. Dan apabila penderitaan menyentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia menyelamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia tidak berterima kasih (kafir).

17:71. Pada hari Kami menyeru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa yang diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan membaca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.

17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

18:14. Dan Kami menguatkan hati mereka apabila mereka berdiri dan berkata, "Pemelihara kami ialah Pemelihara langit dan bumi; kami tidak menyeru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami, jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.

18:28. Dan sabarkanlah diri kamu dengan orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan menghendaki wajah (sokongan)-Nya, dan janganlah mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana menghendaki perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah mentaati orang yang hatinya Kami melalaikan daripada mengingati Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.

18:52. Dan pada hari Dia berkata, "Panggillah sekutu-sekutu-Ku yang kamu mendakwa"; dan kemudian mereka menyeru mereka, tetapi mereka tidak menyahuti mereka, dan Kami mengadakan tempat kebinasaan antara mereka.

18:57. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.

19:4. Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah menjadi lemah dan kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam doa kepada Engkau, wahai Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara.

19:48. Dan aku akan menjauhkan diri daripada kamu, dan apa yang kamu seru, selain daripada Allah; aku berseru kepada Pemeliharaku, mudah-mudahan aku tidak menjadi, dalam doaku kepada Pemeliharaku, sengsara."

19:91. Bahawa mereka mendakwakan bagi Yang Pemurah seorang anak,

20:108. Pada hari itu, mereka mengikuti penyeru yang padanya tiada kebengkokan, dan suara-suara direndahkan kepada Yang Pemurah supaya kamu mendengar tiada, kecuali bisikan.

21:15. Maka itulah seruan mereka yang tidak berhenti-henti, sehingga Kami membuat mereka seperti tunggul, senyap dan kaku.

21:45. Katakanlah, "Aku hanya memberi amaran kepada kamu dengan wahyu"; tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.

21:90. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami memberinya Yahya, dan Kami membetulkan isterinya untuknya; sesungguhnya mereka bersegera kepada kebajikan, dan berseru kepada Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka merendah hati kepada Kami.

22:12. Dia menyeru, selain daripada Allah, apa yang tidak memudaratkan dia, dan yang tidak memanfaatkannya sedikit pun; itu sebenarnya kesesatan yang jauh.

22:13. Dia menyeru seorang yang kemudaratannya lebih dekat daripada kemanfaatkannya; sungguh buruknya pelindung, dan buruknya kawan!

22:62. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan bahawa apa yang mereka seru, selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.

22:67. Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan yang mereka mengorbankan. Janganlah mereka bertengkar dengan kamu dalam urusan, dan kamu berserulah kepada Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas petunjuk yang lurus.

22:73. Wahai manusia, satu persamaan dijadikan; maka dengarlah padanya. Sesungguhnya orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, tidak akan dapat mencipta seekor lalat, walaupun mereka berkumpul untuknya; dan jika seekor lalat merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat menyelamatkannya daripada ia. Lemahlah sungguh yang mencari, dan yang dicari!

23:73. Sesungguhnya kamu menyeru mereka ke jalan lurus,

23:117. Dan sesiapa menyeru tuhan yang lain bersama Allah, yang dengannya dia tidak ada bukti, perhitungannya adalah dengan Pemeliharanya; sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya tidak beruntung.

24:48. Apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, supaya dia menghakimkan antara mereka, tiba-tiba segolongan daripada mereka berpaling.

24:51. Ucapan orang-orang mukmin apabila dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, supaya dia menghakimkan antara mereka, hanyalah bahawa mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat"; mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.

24:63. Janganlah membuatkan seruan rasul di kalangan kamu sendiri seperti seruan kamu antara satu sama lain. Allah mengetahui orang-orang antara kamu yang pergi meninggalkan dengan diam-diam; maka hendaklah orang-orang yang menentang perintah-Nya takut akan penganiayaan yang akan menimpa mereka, atau menimpa mereka azab yang pedih.

25:13. Dan apabila mereka dilemparkan, diikat bersama dalam belenggu, ke dalam tempat yang sempit di Api, mereka menyeru di sana untuk kebinasaan.

25:14. "Janganlah menyeru pada hari ini untuk satu kebinasaan, tetapi serulah kebinasaan yang banyak!"

25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.

25:77. Katakanlah, "Pemeliharaku tidak mempedulikan kamu sekiranya tiada doa kamu, kerana kamu telah mendustakan, dan pasti ia akan mengikat."

26:72. Berkata, "Adakah mereka mendengar kamu apabila kamu menyeru?

26:213. Maka janganlah kamu menyeru tuhan yang lain berserta Allah, supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang diazab.

27:62. Atau, siapakah yang menyahut orang yang dalam kesulitan apabila dia berseru kepada-Nya, dan menghilangkan kejahatan, dan melantik kamu untuk menjadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.

27:80. Kamu tidak dapat menjadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat menjadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

28:25. Kemudian datang seorang daripada dua perempuan kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, "Bapaku memanggil kamu supaya dia membalas kamu dengan upah kerana kamu memberi minum untuk kami." Maka apabila dia datang kepadanya, dan telah menceritakan kepadanya ceritanya, dia berkata, "Jangan takut; kamu telah selamat daripada kaum yang zalim."

28:41. Dan Kami melantik mereka imam-imam yang menyeru ke Api; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak ditolong.

28:64. Dikatakan, "Serulah sekutu-sekutu kamu!" Dan mereka menyerunya, tetapi mereka tidak menyahuti mereka, dan mereka melihat azab - sekiranya mereka mendapat petunjuk!

28:87. Janganlah mereka menghalangi kamu daripada ayat-ayat Allah setelah ia diturunkan kepada kamu. Dan berserulah kepada Pemelihara kamu, dan janganlah kamu menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan.

28:88. Dan janganlah menyeru tuhan yang lain berserta Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala benda akan binasa, kecuali Wajah-Nya. Bagi-Nya Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

29:42. Allah mengetahui apa sahaja benda yang mereka seru selain daripada Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

29:65. Apabila mereka naik ke kapal, mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia telah menyelamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka menyekutukan,

30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.

30:33. Apabila penderitaan menyentuh manusia, mereka menyeru Pemelihara mereka dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia merasakan kepada mereka pengasihan daripada-Nya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan Pemelihara mereka,

30:52. Kamu tidak akan menjadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu menjadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mengikuti apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?

31:30. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar, dan apa yang mereka seru selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan bahawa Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.

31:32. Dan apabila gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia telah menyelamatkan mereka ke darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang menyangkal ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).

32:16. Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil mereka berseru kepada Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka.

33:5. Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu membuat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu merancangkan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:46. Dan penyeru kepada Allah dengan izin-Nya, dan sebagai sebuah lampu yang memberi cahaya.

33:53. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diundang, maka masuklah; dan apabila kamu telah selesai makan, bertaburlah, dan janganlah berpanjangan dalam hadis; itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu meminta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti rasul Allah, dan tiada juga untuk mengahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.

34:22. Katakanlah, "Serulah orang-orang yang kamu mendakwa selain daripada Allah; mereka tidak memiliki seberat atom pun, di langit, dan tidak juga di bumi; mereka tidak bersekutu dalam keduanya, dan tidak juga ada bagi-Nya daripada mereka sebarang penyokong."

35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala.

35:13. Dia menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; dan orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah, mereka tidak memiliki sebanyak kulit sebutir biji kurma pun.

35:14. Jika kamu menyeru mereka, mereka tidak mendengar seruan kamu, dan jika mereka mendengar, mereka tidak menyahuti kamu; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak mempercayai akan persekutuan kamu. Tiada yang memberitahu kamu seperti Yang menyedari.

35:18. Orang yang memikul beban tidak akan memikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya memberi amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan melakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.

35:40. Katakanlah, "Adakah kamu memikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkanlah kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?" Atau, adakah Kami telah memberi mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang yang zalim tidak menjanjikan satu sama lain melainkan tipuan.

36:57. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka seru.

37:125. Adakah kamu menyeru Baal dan meninggalkan pencipta Terbaik?

38:51. Di dalamnya mereka bersandar, dan di dalamnya mereka menyeru banyak buah-buahan, dan minuman,

39:8. Apabila penderitaan menyentuh manusia, dia berseru kepada Pemeliharanya dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia mengurniakan kepadanya satu rahmat daripada-Nya, dia melupakan apa yang dia seru sebelumnya, dan mengadakan rakan-rakan bagi Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Bergembiralah sedikit dengan ketidakpercayaan kamu; kamu menjadi di kalangan orang-orang Api."

39:38. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Apa pendapat kamu mengenai apa yang kamu seru selain daripada Allah - jika Allah menghendaki penderitaan untukku, adakah mereka akan menghilangkan penderitaan-Nya? Atau, jika Dia menghendaki pengasihan untukku, adakah mereka akan menahan pengasihan-Nya?" Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku; kepada-Nya semua orang yang mempercayakan (bertawakal) mempercayakan.

39:49. Apabila penderitaan menyentuh manusia, dia berseru kepada Kami; kemudian, apabila Kami mengurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia berkata, "Aku diberinya hanya kerana satu pengetahuan." Tidak, ia adalah satu ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

40:10. Diumumkan kepada orang-orang yang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada satu sama lain, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."

40:12. Itu adalah kerana, apabila dipanggil kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu mempercayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.

40:14. Maka serulah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang yang tidak percaya membencinya.

40:20. Allah memutuskan dengan adil, dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak memutuskan sesuatu pun. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.

40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku membunuh Musa, dan hendaklah dia berseru kepada Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan menukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."

40:41. Wahai kaumku, bagaimanakah dengan aku, bahawa aku menyeru kamu kepada keselamatan, dan kamu menyeru aku ke Api?

40:42. Kamu menyeru aku supaya aku tidak percaya kepada Allah, dan untuk menyekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada pengetahuan, sedang aku menyeru kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengampun.

40:43. Tidak syaklah bahawa kamu menyeru aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir (berlebihan) adalah orang-orang Api.

40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api berkata kepada penjaga-penjaga Jahanam, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk meringankan bagi kami sehari daripada azab!"

40:50. Mereka berkata, "Tidakkah rasul-rasul kamu mendatangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka berkata, "Ia, benar." Mereka berkata, “Maka serulah.” Tetapi seruan orang-orang yang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.

40:60. Pemelihara kamu berkata, "Mohonlah kepada-Ku, dan Aku akan menyahuti kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina."

40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.

40:66. Katakanlah, "Aku dilarang menyembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam."

40:74. Selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami; tidak, tetapi tiadalah sama sekali yang kami seru dahulu." Begitulah Allah menyesatkan orang-orang yang tidak percaya.

41:5. Mereka berkata, "Hati kami ditudung daripada apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dan di dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada tabir (hijab); maka beramallah kamu; kami sedang beramal!"

41:31. Kamilah wali-wali (sahabat-sahabat) kamu dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; di dalamnya kamu mendapati semua yang jiwa kamu menginginkan, dan apa yang kamu seru,

41:33. Dan siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru kepada Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan berkata, "Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim"?

41:48. Kemudian apa yang mereka seru sebelumnya sesat (hilang) daripada mereka, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak ada tempat lari.

41:49. Manusia tidak menjadi letih berdoa untuk kebaikan; tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, maka jemulah dia, berputus asa.

41:51. Dan apabila Kami merahmati manusia, dia berpaling, dan menjauhkan diri ke tepi; tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, dia mempunyai doa yang tidak putus-putus.

42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

42:15. Oleh kerana itu, kamu serulah, dan berlakuluruslah sebagaimana kamu diperintahkan; janganlah mengikuti keinginan mereka, dan katakanlah, "Aku percaya kepada mana-mana Kitab yang Allah menurunkan; aku diperintah supaya berlaku adil antara kamu. Allah Pemelihara kami, dan Pemelihara kamu. Bagi kami amalan-amalan kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu; Allah akan mengumpul kita bersama, dan kepada-Nya kepulangan."

43:49. Dan mereka berkata, "Wahai ahli sihir, mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami dengan perjanjian yang Dia buat dengan kamu supaya kami benar-benar mendapat petunjuk."

43:86. Orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak ada kuasa pengantaraan, kecuali orang yang menyaksikan pada yang benar, dan mereka mengetahui.

44:22. Dan dia berseru kepada Pemeliharanya, "Mereka ini kaum yang berdosa."

44:55. Di dalamnya mereka menyeru segala buah-buahan, dengan aman.

45:28. Dan kamu akan melihat tiap-tiap umat melutut; tiap-tiap umat dipanggil kepada Kitabnya, "Pada hari ini, kamu dibalas apa yang kamu telah buat.

46:4. Katakanlah, "Adakah kamu memikirkan apa yang kamu seru selain daripada Allah? Perlihatkanlah kepadaku apa yang mereka cipta daripada bumi; atau adakah mereka satu sekutu di langit? Datangkanlah kepadaku sebuah Kitab sebelum ini, atau bekas-bekas suatu pengetahuan, jika kamu berkata benar."

46:5. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyeru selain daripada Allah, yang tidak akan menyahutinya hingga Hari Kiamat, dan mereka, pada seruan mereka lalai?

46:31. Wahai kaum kami, sahutlah penyeru Allah, dan percayalah kepada-Nya, dan Dia akan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan Dia akan melindungi kamu daripada azab yang pedih.

46:32. Sesiapa yang tidak menyahut penyeru kepada Allah, tidak dapat mengandaskan Allah di bumi, dan dia tidak ada wali (pelindung) selain daripada-Nya; mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."

47:35. Maka janganlah lemah, dan menyeru untuk perdamaian; kamulah yang lebih tinggi, dan Allah berserta kamu, dan tidak akan melucutkan kamu daripada amalan-amalan kamu.

47:38. Hai, kamu ini; kamu diseru untuk menafkahkan (membelanjakan) di jalan Allah, dan antara kamu ada orang yang kikir. Sesiapa yang kikir, dia kikir hanyalah terhadap dirinya sendiri. Allah Yang Kaya; kamu yang fakir (berkeperluan). Jika kamu berpaling, Dia akan menukarkan kamu dengan kaum yang selain daripada kamu, kemudian mereka tidaklah yang serupa dengan kamu.

48:16. Katakanlah kepada orang-orang Arab yang ditinggalkan, "Kamu akan diseru terhadap kaum yang mempunyai kekuatan yang sangat untuk memerangi mereka, atau mereka tunduk patuh. Jika kamu mentaati, Allah akan memberi kamu upah yang baik; tetapi jika kamu berpaling, sebagaimana kamu telah berpaling dahulu, Dia akan mengazab kamu dengan azab yang keras."

52:28. Kami dahulu berseru kepada-Nya; sesungguhnya Dialah Yang Membuat Kebaikan, Yang Pengasih."

54:6. Maka berpalinglah kamu daripada mereka. Pada hari apabila penyeru berseru kepada sesuatu yang dahsyat,

54:8. Berlari dengan menjulurkan leher mereka kepada penyeru. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Ini, hari yang sukar!"

54:10. Lalu dia berseru kepada Pemeliharanya, "Aku dikalahkan; tolonglah aku!"

57:8. Mengapakah kamu, bahawa kamu tidak mempercayai Allah padahal rasul menyeru kamu untuk mempercayai Pemelihara kamu, dan Dia telah mengambil perjanjian kamu, jika kamu orang-orang mukmin?

61:7. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

67:27. Kemudian, apabila mereka melihatnya dekat, boleh dicapai, muka-muka orang-orang yang tidak percaya menjadi dukacita, dan dikatakan, “Inilah apa yang kamu seru!”

68:42. Pada hari apabila betis disingkap, dan mereka diseru untuk bersujud, tetapi mereka tidak boleh.

68:43. Pandangan mereka merendah, kehinaan menutupi mereka, kerana mereka telah diseru untuk bersujud sedang mereka sejahtera.

70:17. Ia menyeru orang yang membelakang dan berpaling,

71:5. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah menyeru kaumku malam dan siang,

71:6. Tetapi seruanku hanya menambahkan mereka dalam pelarian.

71:7. Dan setiap kali aku menyeru mereka supaya Engkau mengampuni mereka, mereka meletakkan jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombongkan diri, sesombong-sombongnya.

71:8. Kemudian sesungguhnya, aku menyeru mereka dengan terang-terang,

72:18. Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun.

72:19. Apabila hamba Allah berdiri menyeru-Nya, mereka hampir-hampir mengerumuninya.

72:20. Katakanlah, “Aku hanya menyeru Pemeliharaku, dan aku tidak menyekutukan dengan-Nya sesiapa.”

84:11. Dia akan menyeru untuk kebinasaan,

96:17. Maka hendaklah dia menyeru majlisnya!

96:18. Kami akan menyeru Zabaniyah.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman