Kalimat sesat di dalam al-Qur'an
Daripada akar dhot lam lam terbit kalimat-kalimat dhoalla, dhoalalah, dhoallala dan adhoalla yang amnya diterjemah kepada 'sesat'. Namun ada juga yang bermaksud 'silap' atau 'hilang' mengikut konteks ayat.
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan sesat adalah:
1:6. Tunjukkanlah kami jalan lurus,
1:7. Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat
(surah al-Fatihah - perkataan sesat pertama di dalam al-Qur'an)2:16. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka perdagangan mereka tidak menguntungkan mereka, dan mereka bukanlah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar.
2:26. Allah tidak malu membuat persamaan, walaupun dengan seekor agas, atau apa yang lebih rendah. Bagi orang-orang yang percaya, mereka mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka berkata, "Apakah yang Allah mengkehendaki dengan ini sebagai satu persamaan?" Dengannya Dia menyesatkan ramai, dan dengannya Dia memberi petunjuk kepada ramai, dan dengannya Dia tidak menyesatkan kecuali orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan),
(Allah menyesatkan orang fasiq)2:108. Atau, adakah kamu menghendaki untuk menanyai rasul kamu seperti Musa ditanya dahulu? Sesiapa yang menukar keimanan dengan ketidakpercayaan, sungguh dia sesat daripada jalan yang betul.
(banyak sangat bertanya)2:175. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, dan azab dengan keampunan; betapa sabarnya mereka menahan Api!
2:198. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.
(sesat sebelum dapat petunjuk Allah)2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu.
3:69. Ada segolongan daripada ahli Kitab menginginkan untuk menyesatkan kamu, tetapi tiada yang mereka menyesatkan melainkan diri-diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedari.
3:90. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat mereka tidak akan diterima; mereka itulah orang-orang yang sesat.
(tidak percaya)3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia membangkitkan antara mereka seorang rasul daripada mereka sendiri, untuk membacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan menyucikan mereka, dan mengajarkan mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.
(sebelum diajar dan menerima al-Qur'an – sesat yang nyata)4:44. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab membeli kesesatan, dan menghendaki bahawa kamu juga sesat daripada jalan?
(ambil hanya sebahagian Kitab)4:60. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang mendakwa bahawa mereka percaya kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang diturunkan sebelum kamu, menghendaki untuk berhakimkan kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak mempercayainya, tetapi syaitan menghendaki untuk menyesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.
(tidak berhakimkan kepada al-Qur'an – sesat yang jauh)4:88. Mengapakah kamu, bahawa kamu berdua golongan mengenai orang-orang munafik, dan Allah menggulingkan mereka kerana apa yang mereka mengusahakan? Apa, adakah kamu menghendaki untuk memberi petunjuk kepada orang yang Allah menyesatkan? Sesiapa yang Allah menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya suatu jalan.
(orang munafik; tiada jalan bagi mereka yang disesatkan Allah )4:113. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentulah segolongan daripada mereka bermaksud untuk menyesatkan kamu, tetapi mereka hanya menyesatkan diri-diri mereka sendiri; mereka tidak memudaratkan kamu sedikit pun. Allah menurunkan kepada kamu Kitab dan Kebijaksanaan, dan Dia mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu; pemberian Allah kepada kamu adalah besar.
(dengan menerima ajaran al-Qur'an, tiada yang boleh menyesatkan seseorang)4:116. Allah tidak mengampunkan apa yang dengan-Nya dipersekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
(menyekutukan allah; dosa tidak diampun)4:119. Dan sungguh, aku (syaitan) akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.
4:136. Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah, dan rasul-Nya, dan Kitab yang Dia menurunkan kepada rasul-Nya, dan Kitab yang Dia menurunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
(tidak percaya kepada 5 perkara)4:143. Mereka adalah dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian, tidak kepada ini dan tidak kepada itu; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya jalan.
(ragu-ragu)4:167. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya dan menghalangi daripada jalan Allah, mereka sesat dalam kesesatan yang jauh.
4:176. Mereka meminta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia menerima separuh daripada apa yang dia meninggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka menerima dua per tiga daripada apa yang dia (lelaki) meninggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki menerima serupa dengan bahagian dua saudara perempuan. Allah memperjelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah mengetahui segala sesuatu."
(Allah menjelaskan supaya tidak menjadi sesat)5:12. Allah telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami membangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu melakukan solat, dan memberikan zakat, dan percaya kepada rasul-rasul-Ku, dan membantu mereka dalam masa keperluan, dan kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."
5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."
5:77. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, janganlah berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan janganlah mengikuti keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan menyesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul."
(berlebihan dalam agama; jangan ikut orang dahulu)5:105. Wahai orang-orang yang percaya, jagalah jiwa kamu sendiri. Orang yang sesat tidak memudaratkan kamu jika kamu mendapat petunjuk yang benar. Kepada Allah kamu kembali, kesemuanya, dan Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.
(yang dapat petunjuk tidak disesatkan oleh orang lain)6:24. Perhatikanlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri-diri mereka sendiri, dan bagaimana apa yang mereka mengada-adakan telah sesat (hilang) daripada mereka.
6:39. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak dan bisu, dalam kegelapan. Sesiapa yang Allah menghendaki, Dia menyesatkan, dan sesiapa yang Dia menghendaki, Dia meletakkannya di atas jalan lurus.
(mendustakan ayat-ayat Allah)6:56. Katakanlah, "Aku dilarang menyembah orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah." Katakanlah, "Aku tidak mengikuti keinginan kamu; jika demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk."
(menyembah orang, atau selain daripada Allah)6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu mengambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku melihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."
6:77. Apabila dia (Nabi Ibrahim) melihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak memberi petunjuk kepada aku, tentu aku menjadi daripada kaum yang sesat."
6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami mencipta kamu pada kali pertama, dan kamu meninggalkan apa yang Kami mengurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak melihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang yang kamu mendakwa untuk menjadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu mendakwakan telah sesat (hilang) daripada kamu."
6:116. Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan.
(jangan ikut kebanyakan orang)6:117. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui siapa yang sesat daripada jalan-Nya; Dia sangat mengetahui orang yang mendapat petunjuk yang benar.
6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah menjelaskan kepada kamu apa yang Dia mengharamkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang mencabul.
(ajaran orang mengenai halal dan haram)6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.
6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka mengharamkan apa yang Allah merezekikan mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak mendapat petunjuk yang benar.
(mengada-adakan terhadap allah)6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia mengharamkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah mewasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia menyesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim."
(hukum halal dan haram yang diada-adakan manusia)7:30. Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."
7:37. Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila rasul-rasul Kami datang kepada mereka untuk mematikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.
7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia melaknatkan kawannya sehingga, apabila mereka semua telah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang menyesatkan kami, maka berilah mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak mengetahui."
(disesatkan oleh orang dahulu; pergaduhan di akhirat dengannya)7:53. Adakah mereka menanti-nanti hanya interpretasinya? Pada hari interpretasinya datang, orang-orang yang sebelumnya yang telah melupakannya, akan berkata, "Sungguh, rasul-rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar. Adakah bagi kami pengantara-pengantara untuk mengantara bagi kami, atau adakah kami akan dikembalikan untuk membuat selain daripada apa yang kami telah buat?" Sesungguhnya mereka telah merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka mengada-adakan telah sesat (hilang) daripada mereka.
7:60. Berkata pembesar-pembesar kaumnya, "Kami melihat kamu dalam kesesatan yang nyata."
(kisah Nabi Nuh)7:61. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kesesatan padaku; tetapi aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam.
7:149. Dan apabila mereka memukul tangan-tangan mereka (menyesal), dan melihat bahawa mereka telah sesat, mereka berkata, "Jika Pemelihara kami tidak mengasihani kami, dan tidak mengampuni kami, sungguh, kami menjadi orang-orang yang rugi."
(kaum Musa dengan "anak lembu" ajaran Samiri)7:155. Dan Musa memilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi mengambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.
7:178. Sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dialah orang yang mendapat petunjuk yang benar; dan siapa yang Dia menyesatkan, maka merekalah orang-orang yang rugi.
7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
(lebih jauh sesat daripada binatang ternak kerana enggan memahami, melihat dan mendengar ayat Allah)7:186. Sesiapa yang Allah menyesatkan, tiada yang memberi petunjuk kepadanya; Allah meninggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
(disesatkan Allah)9:37. Menundakan bulan adalah satu penambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang yang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak menyucikannya satu tahun, dan mereka mempersucikannya pada tahun yang lain, untuk menyesuaikan dengan bilangan yang Allah menyucikan. Maka mereka tidak menyucikan apa yang Allah menyucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
9:115. Allah tidak akan menyesatkan satu kaum setelah Dia memberi mereka petunjuk, sehingga Dia memperjelaskan kepada mereka apa yang mereka patut bertakwakan; sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.
10:30. Di sana tiap-tiap jiwa akan menunjukkan apa yang telah didahulukan; dan mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka Yang Benar, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka mengada-adakan.
10:32. Itulah Allah, Pemelihara kamu Yang Benar; apakah ia, sesudah yang benar, melainkan kesesatan? Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
(mengambil selain yang benar)10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."
10:108. Katakanlah (Muhammad), "Wahai manusia, yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa mendapat petunjuk, hanyalah mendapat petunjuk bagi dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah terhadap dirinya sendiri. Aku bukanlah wakil kepada kamu.
(mengambil selain al-Qur’an)11:21. Mereka itulah yang merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka mengada-adakan telah sesat (hilang) daripada mereka.
12:8. Apabila mereka berkata, "Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita, sedang kita sekumpulan. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam kesesatan yang nyata.
12:30. Wanita-wanita tertentu di kota berkata, "Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami melihat dia dalam kesesatan yang nyata."
12:95. Mereka berkata, "Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang dahulu."
13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak menyahuti mereka sedikit pun, tetapi ia seperti orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan tidaklah ia sampai kepadanya. Doa orang-orang yang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.
(menyeru selain daripada Dia)13:27. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah (Muhammad), "Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada-Nya semua yang berkesesalan."
13:33. Apa, Dia yang berdiri atas setiap jiwa dengan apa yang ia mengusahakan? Namun begitu, mereka mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah, "Namakan mereka! Atau, adakah kamu akan memberitahu-Nya apa yang Dia tidak tahu di bumi; atau dengan ucapan yang nyata?" Tidak, tetapi dinampakkan indah bagi orang-orang yang tidak percaya, tipu daya mereka; dan mereka dihalangi daripada jalan Allah; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, tiadalah yang memberi petunjuk kepadanya.
14:3. Orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada akhirat, dan menghalangi daripada jalan Allah, dan menginginkannya menjadi bengkok; mereka adalah dalam kesesatan yang jauh.
14:4. Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan dengan lisan (bahasa) kaumnya supaya dia memperjelaskan kepada mereka; kemudian Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
(pelbagai bahasa dalam petunjuk-Nya)14:18. Persamaan orang-orang yang tidak percaya kepada Pemelihara mereka: amalan-amalan mereka seperti abu, di mana angin meniupnya dengan kuat pada hari musim angin kencang. Mereka tidak berkuasa sedikit pun daripada apa yang mereka mengusahakan - itulah kesesatan yang jauh.
14:27. Allah memperteguhkan orang-orang yang percaya dengan ucapan yang teguh, di dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim; dan Allah buat apa yang Dia mengkehendaki.
14:30. Dan mereka mengadakan rakan-rakan bagi Allah supaya mereka menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Maka bergembiralah kamu! Kepulangan kamu ialah Api."
14:36. Wahai Pemeliharaku, mereka telah menyesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang mengikuti aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
15:56. Berkata, "Dan siapakah yang berputus asa daripada pengasihan Pemeliharanya, melainkan orang-orang yang sesat?"
(jangan putus asa)16:25. Supaya mereka memikul beban mereka dengan genap pada Hari Kiamat, dan sebahagian beban orang-orang yang mereka menyesatkan tanpa sebarang pengetahuan. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul!
16:36. Sesungguhnya Kami telah membangkitkan dalam tiap-tiap umat seorang rasul, "Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut." Kemudian antara mereka ada yang Allah memberi petunjuk, dan antara mereka wajar dengan kesesatan. Maka mengembaralah di bumi, dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang mendustakan.
16:37. Walaupun kamu sangat menginginkan untuk memberi petunjuk kepada mereka, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang Dia menyesatkan; mereka tidak ada penolong-penolong.
16:87. Dan mereka melemparkan kepada Allah ketundukan pada hari itu, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka mengada-adakan.
16:93. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi Dia menyesatkan siapa yang Dia mengkehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan sungguh, kamu akan ditanya mengenai apa yang kamu telah buat.
16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(seru dan berdebat dengan cara baik)17:15. Sesiapa yang mendapat petunjuk, dia hanyalah mendapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kami tidak mengazab sehingga Kami membangkitkan seorang rasul.
17:48. Perhatikanlah bagaimana mereka membuat persamaan-persamaan terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh mendapatkan jalan.
(buat persamaan bagi orang lain)17:67. Dan apabila penderitaan menyentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia menyelamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia tidak berterima kasih (kafir).
17:72. Dan sesiapa yang buta di sini menjadi buta di akhirat, dan dia menjadi lebih jauh sesat daripada jalan.
17:97. Sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar; dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati bagi mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak, dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami menambahkan bagi mereka yang Menyala.
18:17. Dan kamu melihat matahari, apabila ia naik, condong dari gua mereka ke kanan, dan apabila ia membenam, meninggalkan mereka di sebelah kiri, sedang mereka berada di rekahan yang luas. Itu adalah satu daripada ayat-ayat Allah; sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar, dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya seorang wali untuk menunjukkan.
18:51. Aku tidak menjadikan mereka saksi-saksi dalam ciptaan langit dan bumi, dan tidak juga dalam ciptaan diri-diri mereka sendiri; Aku tidak akan selamanya mengambil orang-orang yang menyesatkan yang lain sebagai pembantu-pembantu-Ku.
18:104. Orang-orang yang usahanya menjadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat perbuatan baik.
19:38. Alangkah terangnya mereka mendengar dan melihat pada hari mereka datang kepada Kami! Tetapi orang-orang yang zalim hingga hari ini adalah dalam kesesatan yang nyata.
19:75. Katakanlah, "Sesiapa yang dalam kesesatan, Yang Pemurah memanjangkan tempoh kepadanya, dengan panjang, sehingga apabila mereka melihat apa yang mereka telah dijanjikan, sama ada azab atau Saat, mereka pasti akan mengetahui siapa yang lebih buruk tempatnya, dan yang lebih lemah tenteranya."
20:52. Berkata, "Pengetahuan mengenai mereka adalah di sisi Pemeliharaku di dalam Kitab; Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak juga lupa.
20:79. Dan Firaun telah menyesatkan kaumnya, dan tidak memberi petunjuk.
20:85. Berkatalah Dia, "Sungguh, Kami menguji kaum kamu sepeninggalan kamu, dan Samiri menyesatkan mereka."
20:92. Berkata, "Apakah yang menghalangi kamu, wahai Harun, apabila kamu melihat mereka sesat,
20:123. Berkata, "Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia menjadi sengsara.
(tidak ikut petunjuk Allah)21:54. Berkata, "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata."
22:4. Kepadanya dituliskan bahawa sesiapa yang mengambilnya sebagai sahabat, dialah yang ia menyesatkan, dan ia memberinya petunjuk pada azab yang menyala.
22:9. Dengan memalingkan lambungannya untuk menyesatkan daripada jalan Allah; baginya kerendahan di dunia, dan pada Hari Kiamat, Kami akan merasakan kepadanya azab yang membakar.
22:12. Dia menyeru, selain daripada Allah, apa yang tidak memudaratkan dia, dan yang tidak memanfaatkannya sedikit pun; itu sebenarnya kesesatan yang jauh.
23:106. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kesusahan kami telah mengalahkan kami; kami adalah kaum yang sesat.
25:9. Perhatikanlah bagaimana mereka membuat persamaan-persamaan terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh mendapatkan jalan!
25:17. Pada hari apabila Dia mengumpulkan mereka, dan apa-apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, dan berkata, "Adakah kamu yang menyesatkan mereka ini, hamba-hamba-Ku, atau adakah mereka sendiri yang sesat daripada jalan?"
25:29. Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia."
25:34. Orang-orang yang akan dikumpulkan ke Jahanam di atas muka-muka mereka, mereka berada di tempat yang lebih buruk dan lebih jauh sesat daripada jalan.
25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir menyesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita bersabar pada mereka." Kelak mereka akan mengetahui, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.
25:44. Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.
26:20. Berkata, "Aku melakukannya tatkala aku termasuk orang-orang yang sesat,
26:86. Dan ampunilah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat.
26:97. "Demi Allah, kita benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata,
26:99. Tiadalah ia, melainkan orang-orang yang berdosa yang menyesatkan kita.
27:81. Kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu dapat menjadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang mempercayai ayat-ayat Kami, dan menjadi muslim.
27:92. Dan untuk membaca al-Qur'an. Maka sesiapa mendapat petunjuk, hanyalah mendapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, "Aku (Muhammad) hanya seorang pemberi amaran."
(sesat kerana tidak ikut al-Qur'an)28:15. Dan dia masuk ke kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia mendapati di dalamnya dua orang lelaki sedang bergaduh; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya meminta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (mematikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
28:50. Kemudian, jika mereka tidak menyahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya mengikuti keinginan mereka; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
(ikut keinginan tanpa petunjuk)28:75. Dan Kami mengeluarkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan Kami berkata, "Kemukakanlah bukti kamu!" Kemudian mereka mengetahui bahawa yang benar (hak) kepunyaan Allah, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka mengada-adakan.
28:85. Dia yang menetapkan al-Qur'an kepada kamu benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah, "Pemeliharaku sangat mengetahui siapa yang datang dengan petunjuk, dan siapa yang dalam kesesatan yang nyata."
(sesat kerana tidak ikut al-Qur'an)30:29. Tidak, tetapi orang-orang yang membuat kezaliman mengikuti keinginan mereka, tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan memberi petunjuk kepada orang yang Allah menyesatkan? Mereka tidak ada penolong-penolong.
30:53. Kamu tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu menjadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang mempercayai ayat-ayat Kami, dan menjadi muslim.
31:6. Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.
(hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan manusia)31:11. Ini adalah ciptaan Allah; maka perlihatkanlah kepada-Ku apa yang mereka cipta, yang selain daripada Dia! Tidak, tetapi orang-orang yang zalim adalah dalam kesesatan yang nyata.
32:10. Mereka berkata, "Apabila kami telah sesat (lenyap) di dalam bumi, adakah kami akan benar-benar di dalam ciptaan yang baru?" Tidak, tetapi mereka tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.
33:36. Tidaklah patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya telah sesat dalam kesesatan yang nyata.
(Allah dan rasul satu dalam perintah)33:67. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah mentaati ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar, dan mereka menyesatkan kami daripada jalan.
(ikut ketua, pembesar)34:8. Apa, adakah dia mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau adakah dia gila? Tidak, tetapi orang-orang yang tidak mempercayai ahkirat adalah dalam azab dan kesesatan yang jauh.
34:24. Katakanlah, "Siapakah yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata."
(sama ada dapat petunjuk atau menjadi sesat)34:50. Katakanlah (Muhammad), "Jika aku sesat, aku hanyalah sesat terhadap diriku sendiri; jika aku mendapat petunjuk, ia adalah dengan apa yang Pemeliharaku mewahyukan aku. Sesungguhnya Dia Mendengar, Dekat."
(hadis Nabi yang sebenar)35:8. Dan apakah dengan orang, yang kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah baginya, supaya dia memandangnya baik? Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa yang Dia mengkehendaki, Dia memberi petunjuk; maka janganlah jiwa kamu dirugikan dengan penyesalan ke atas mereka; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka mengerjakan.
36:24. Sesungguhnya aku, jika begitu, adalah dalam kesesatan yang nyata.
36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah telah merezekikan kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah menghendaki, Dia memberinya makan? Kamu hanyalah dalam kesesatan yang nyata!"
36:62. Ia telah menyesatkan sebahagian besar antara kamu; tidakkah kamu memahami?
37:69. Mereka mendapati bapa-bapa mereka sesat,
37:71. Sebelum mereka telah sesat kebanyakan daripada orang-orang dahulu,
38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami melantik kamu khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan janganlah mengikuti keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."
39:8. Apabila penderitaan menyentuh manusia, dia berseru kepada Pemeliharanya dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia mengurniakan kepadanya satu rahmat daripada-Nya, dia melupakan apa yang dia seru sebelumnya, dan mengadakan rakan-rakan bagi Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Bergembiralah sedikit dengan ketidakpercayaan kamu; kamu menjadi di kalangan orang-orang Api."
39:22. Adakah orang yang dadanya Allah melapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka keras terhadap mengingati Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(hati keras terhadap mengingati Allah)39:23. Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk.
(al-Qur'an adalah hadis paling baik)39:36. Bukankah Allah mencukupi bagi hamba-Nya, walaupun mereka menakut-nakutkan kamu dengan orang-orang selain daripada Allah? Dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk.
39:37. Tetapi sesiapa yang Allah memberi petunjuk, maka tiadalah yang menyesatkannya; tidakkah Allah Perkasa, Pendendam?
39:41. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab untuk manusia dengan yang benar. Sesiapa yang mendapat petunjuk hanyalah mendapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, dia sesat hanyalah terhadapnya sendiri; kamu bukanlah seorang wakil bagi mereka.
40:25. Dan apabila dia mendatangkan kepada mereka yang benar daripada Kami, mereka berkata, "Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkanlah hidup perempuan-perempuan mereka." Tetapi muslihat orang-orang yang tidak percaya adalah dalam kesesatan.
40:33. Pada hari kamu berpaling, berundur, dengan tanpa yang melindungi kamu daripada Allah; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, tidak ada baginya yang memberi petunjuk.
40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia mendatangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia telah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan membangkitkan seorang rasul selepas dia.' Begitulah Allah menyesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."
40:50. Mereka berkata, "Tidakkah rasul-rasul kamu mendatangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka berkata, "Ia, benar." Tetapi seruan orang-orang yang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.
40:74. Selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami; tidak, tetapi tiadalah sama sekali yang kami seru dahulu." Begitulah Allah menyesatkan orang-orang yang tidak percaya.
41:29. Dan orang-orang yang tidak percaya berkata, "Wahai Pemelihara kami, perlihatkanlah kepada kami mereka yang menyesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan meletakkan mereka di bawah kaki kami supaya mereka menjadi antara orang-orang yang lebih rendah."
41:48. Kemudian apa yang mereka seru sebelumnya sesat (hilang) daripada mereka, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak ada tempat lari.
41:52. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, kemudian kamu tidak percaya kepadanya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang dalam perpecahan yang jauh?"
42:18. Orang-orang yang tidak mempercayainya minta disegerakan; tetapi orang-orang yang percaya adalah dalam ketakutan padanya, dengan mengetahui bahawa ia adalah yang benar. Sesungguhnya orang-orang yang ragu-ragu mengenai Saat, benar-benar dalam kesesatan yang jauh.
42:44. Sesiapa yang Allah menyesatkan, dia tidak ada wali (pelindung) sesudah itu; dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim, apabila mereka melihat azab, mereka akan berkata, "Adakah sebarang jalan untuk kembali?"
42:46. Mereka tidak ada wali (pelindung) untuk menolong mereka selain daripada Allah, dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tiadalah jalan baginya."
43:40. Apa, adakah kamu akan menjadikan orang yang pekak mendengar, atau adakah kamu akan memberi petunjuk kepada orang yang buta, dan orang yang dalam kesesatan yang nyata?
45:23. Sudahkah kamu melihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan Allah menyesatkan dia atas satu pengetahuan, dan meletakkan satu penutup pada pendengarannya, dan hatinya, dan meletakkan satu penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan memberi petunjuk kepadanya selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?
(keinginan sendiri dijadikan tuhan)46:5. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyeru selain daripada Allah, yang tidak akan menyahutinya hingga Hari Kiamat, dan mereka, pada seruan mereka lalai?
(menyeru orang mati?)46:28. Maka mengapa mereka tidak menolong mereka, yang mereka mengambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka telah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah kedustaan mereka, dan apa yang mereka mengada-adakan.
46:32. Sesiapa yang tidak menyahut penyeru kepada Allah, tidak dapat mengandaskan Allah di bumi, dan dia tidak ada wali (pelindung) selain daripada-Nya; mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."
(penyeru kepada Allah)47:1. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, Allah menyesatkan (menghilangkan) amalan-amalan mereka.
47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang yang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah membunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah mengkehendaki, tentu Dia Sendiri akan menolong mereka; tetapi supaya Dia menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan menyesatkan (menghilangkan) amalan-amalan mereka.
47:8. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, nasib malang bagi mereka, dan Dia menyesatkan (menghilangkan) amalan-amalan mereka.
50:27. Teman yang dipercayainya berkata, "Wahai Pemelihara kami, aku tidak membuatnya melampaui batas, tetapi dialah dalam kesesatan yang jauh."
53:2. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga silap,
53:30. Itulah pencapaian mereka dalam pengetahuan. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
54:24. Dan berkata, "Apa, adakah kita akan mengikuti seorang manusia, seorang antara kita? Jika demikian, benar-benarlah kita dalam kesesatan dan kegilaan!
54:47. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah dalam kesesatan, dan kegilaan!
56:51. Kemudian kamu, wahai orang-orang yang sesat, kamu yang mendustakan,
(mendustakan ayat-ayat Allah)56:92. Tetapi jika dia antara orang-orang yang mendustakan, dan menjadi sesat,
60:1: Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil musuh-Ku dan musuh kamu untuk wali (sahabat), dengan menyampaikan kasih sayang kepada mereka, walaupun mereka tidak percaya kepada yang benar yang datang kepada kamu, dengan mengusir rasul dan kamu kerana kamu mempercayai Allah, Pemelihara kamu. Jika kamu keluar untuk berjuang di jalan-Ku dan menginginkan kepuasan hati-Ku, dengan merahsiakan kasih sayang kepada mereka, dan Aku sangat mengetahui apa yang kamu menyembunyikan dan apa yang kamu menyiarkan; dan sesiapa antara kamu yang berbuat demikian itu, dia sesat daripada jalan yang betul.
62:2. Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang rasul di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan menyucikan mereka, dan mengajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,
(sesat sebelum dapat al-Qur'an)67:9. Mereka berkata, “Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami; tetapi kami mendustakan, dengan berkata, ‘Allah tidak menurunkan sesuatu; kamu hanyalah dalam kesesatan yang besar.’”
(mendustakan orang yang memberi amaran)67:29. Katakanlah, “Dia Yang Pemurah. Kami percaya kepada-Nya, dan kepada-Nya kami mempercayakan (tawakal). Kamu pasti akan mengetahui siapa dia yang dalam kesesatan yang nyata.”
68:7. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
68:26. Tetapi apabila mereka melihatnya, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sesat,
71:24. Dan mereka telah menyesatkan ramai. Janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim kecuali dalam kesesatan!”
71:27. Sesungguhnya jika Engkau meninggalkan mereka, mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
74:31. Kami melantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami membuatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang tidak percaya, supaya orang-orang yang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah menghendaki dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan tiada yang mengetahui tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan satu Peringatan bagi manusia.
83:32. Dan apabila mereka melihat mereka, mereka berkata, "Sesungguhnya, mereka inilah orang-orang yang sesat!"
93:7. Tidakkah Dia mendapati kamu (Muhammad) sesat, dan memberi kamu petunjuk?
105:2. Tidakkah Dia membuatkan muslihat mereka kepada kesesatan?
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman