Kalimat Shuaib & Madyan di dalam al-Qur'an

 

7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan janganlah mengurangi sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu membuat kerosakan di bumi setelah ia diperbetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

7:86. Dan jangan duduk di setiap jalan, dengan mengancam, dan menghalangi daripada jalan Allah orang-orang yang percaya kepada-Nya, dengan menginginkannya menjadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu sedikit, dan Dia melipatgandakan kamu, dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.

7:87. Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus dengannya, dan segolongan yang tidak mempercayai, maka bersabarlah kamu sehingga Allah menghakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim."

7:88. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang menyombongkan diri, "Sungguh, kami akan mengusir kamu, wahai Shuaib, dan orang-orang yang percaya bersama kamu daripada bandaraya kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Dia berkata, "Apa, walaupun kami membencinya?

7:89. Sungguh, kami akan mengada-adakan dusta terhadap Allah jika kami kembali kepada anutan kamu, setelah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Tiadalah bagi kami untuk kembali kepadanya, melainkan jika Allah, Pemelihara kami, menghendaki. Pemelihara kami merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya. Kepada Allah kami mempercayakan. Wahai Pemelihara kami, bukakanlah satu keputusan yang benar antara kami dan kaum kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi keputusan."

7:90. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang tidak percaya, "Sungguh, jika kamu mengikuti Shuaib, jika demikian, tentulah kamu orang-orang yang rugi."

7:91. Lalu gempa bumi mengambil mereka. Pagi, mendapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

7:92. Orang-orang yang mendustakan Shuaib, seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya. Orang-orang yang mendustakan Shuaib, merekalah orang-orang yang rugi.

7:93. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan menasihati kamu; bagaimanakah aku boleh berdukacita terhadap kaum yang tidak percaya?"

 

9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan orang-orang Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.

 

11:84. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dan janganlah mengurangi sukatan dan timbangan. Aku melihat kamu baik (makmur); dan aku takut untuk kamu akan azab hari yang meliputi.

11:85. Wahai kaumku, tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil, dan janganlah mengurangi sesuatu bagi manusia, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan.

11:86. Sisa Allah adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin. Dan aku bukanlah penjaga kepada kamu."

11:87. Mereka berkata, "Wahai Shuaib, adakah solat kamu menyuruh kamu supaya kami meninggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah, atau untuk membuat seperti yang kami mengkehendaki dengan harta-harta kami? Kamu penyantun, berfikiran waras."

11:88. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia merezekikan aku dengan rezeki yang baik daripada-Nya; dan aku tidak menghendaki untuk menentang kamu pada apa yang aku melarang kamu; aku hanya menghendaki untuk memperbetulkan, sebarang yang aku boleh, dan pertolonganku hanyalah dengan Allah. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku berkesesalan.

11:89. Wahai kaumku, janganlah perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.

11:90. Dan mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya; sesungguhnya Pemeliharaku Pengasih, Penyayang."

11:91. Mereka berkata, "Wahai Shuaib, kami tidak banyak memahami apa yang kamu mengatakan. Sesungguhnya kami melihat kamu lemah antara kami; tetapi, jika tidak kerana kumpulan kamu, tentu kami merejam kamu, dan kamu tidaklah kuat terhadap kami."

11:92. Dia berkata, "Wahai kaumku, adakah kumpulanku lebih kuat terhadap kamu daripada Allah? Dan Dia, adakah kamu mengambil Dia sebagai sesuatu yang dilemparkan ke belakang kamu? Pemeliharaku meliputi apa yang kamu buat.

11:93. Wahai kaumku, beramallah (berbuatlah) menurut tempat kamu; aku sedang beramal, dan sungguh kamu akan mengetahui kepada siapa datang azab yang mengaibkannya, dan siapa dia pendusta. Dan berjaga-jagalah; aku bersama kamu, menjagai."

11:94. Dan apabila perintah Kami datang, Kami menyelamatkan Shuaib dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan orang-orang yang membuat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi mendapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

11:95. Seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya, "Maka nyahlah Madyan, sebagaimana Tsamud telah hapus."

 

20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku menunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia bergembira (berdingin mata), dan tidak bersedih. Kemudian kamu membunuh satu jiwa, dan Kami menyelamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami menguji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.

22:44. Dan orang-orang Madyan; dan Musa didustakan juga. Dan Aku menangguhkan orang-orang yang tidak percaya, kemudian Aku mengambil mereka; dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku?

 

15:78. Sesungguhnya orang-orang Aikah (hutan belukar) adalah orang-orang yang zalim.
15:79. Dan Kami melepaskan dendam kepada mereka. Kedua-dua mereka adalah di atas imam (jalan) yang nyata.

26:176. Orang-orang Aikah (hutan belukar) telah mendustakan para utusan.

26:177. Apabila Shuaib berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

26:178. Aku, bagi kamu, adalah seorang rasul yang dipercayai,

26:179. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:180. Aku tidak meminta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam.

26:181. Tepatilah sukatan, dan janganlah menjadi penipu,

26:182. Dan timbanglah dengan timbangan yang lurus,

26:183. Dan janganlah mengurangi sesuatu daripada manusia, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan.

26:184. Takutilah Dia yang mencipta kamu, dan orang-orang dahulu kala."

26:185. Mereka berkata, "Kamu hanyalah antara orang-orang yang kena sihir,

26:186. Kamu, tidak lain, hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kami; sesungguhnya kami menyangka bahawa kamu termasuk pendusta-pendusta.

26:187. Maka jatuhkanlah kepada kami serpihan-serpihan dari langit, jika kamu termasuk orang-orang yang benar."

26:188. Berkata, "Pemeliharaku sangat mengetahui apa yang kamu buat."

26:189. Tetapi mereka mendustakan dia; kemudian azab Hari Bayang-Bayang mengambil mereka; sesungguhnya ia adalah azab hari yang besar.

 

28:22. Dan apabila dia menghadapkan mukanya ke arah Madyan, dia berkata, "Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada jalan yang betul."

28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia mendapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia mendapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat memberi minum sehingga penggembala-penggembala menghalau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."

 

28:45. Tetapi Kami menumbuhkan generasi-generasi, dan panjanglah umur mereka. Tidak juga kamu orang yang tinggal di kalangan penduduk Madyan, dengan membacakan mereka ayat-ayat Kami; tetapi Kami mengutus utusan-utusan.

 

29:36. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah Hari Akhir, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."

29:37. Tetapi mereka mendustakan dia; maka gempa bumi mengambil mereka, dan pagi mendapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

nota:
Madyan
dan orang-orang Aikah adalah sama kerana rasulnya sama.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman