Kalimat Sulaiman di dalam al-Qur'an


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi nama (Nabi) Sulaiman dan lain yang berkaitan dengannya adalah seperti berikut:

 

2:102. Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak mengajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanyalah cubaan, janganlah kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh memecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat memudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari apa yang memudaratkan mereka, dan tidak bermanfaat kepada mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka menjual diri-diri mereka dengannya, jika mereka mengetahui.

4:163. Kami mewahyukan kamu sebagaimana Kami mewahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami mewahyukan Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan Kami memberikan Daud, Zabur.

6:84. Dan Kami memberikan dia Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami memberi petunjuk. Dan Nuh, Kami memberi petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun - begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.

21:78. Dan Daud dan Sulaiman, ketika mereka menghakimkan mengenai tanaman, apabila kambing kaum merosakinya, dan Kami menyaksikan putusan mereka.
21:79. Dan Kami membuat Sulaiman memahaminya, dan masing-masing Kami memberikan putusan, dan pengetahuan. Dan bersama Daud, Kami menundukkan gunung-gunung untuk menyanjung, dan burung-burung, dan Kamilah yang membuatnya.

21:81. Dan kepada Sulaiman, angin yang berhembus dengan kencang, yang mengalir atas perintahnya ke bumi yang Kami memberkati; dan Kami tahu segala sesuatu.
21:82. Dan daripada syaitan-syaitan, sebahagian menyelam untuknya dan membuat amalan yang lain di samping itu; dan Kamilah yang menjaga mereka.

27:15. Dan Kami telah memberikan Daud dan Sulaiman pengetahuan, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah, yang melebihkan kami di atas kebanyakan daripada hamba-hamba-Nya yang mukmin."
27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benarlah pemberian yang nyata."
27:17. Dan tenteranya dikumpulkan kepada Sulaiman, daripada jin, dan manusia, dan burung, dengan berbaris.
27:18. Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak menyedari."
27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih."
27:20. Dan dia memeriksa burung-burung; kemudian dia berkata, "Bagaimanakah dengan aku, bahawa aku tidak melihat hud-hud? Atau, adakah ia termasuk yang ghaib (tidak hadir)?
27:21. Sungguh, aku akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau aku mengorbankan ia, atau ia mendatangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."
27:22. Tetapi ia menetap tidak lama, dan berkata, "Aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan aku datang dari Sabak kepada kamu dengan berita yang diyakini.
27:23. Aku mendapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.
27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk,
27:25. Supaya mereka tidak sujud kepada Allah, yang mengeluarkan yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu menyembunyikan dan apa yang kamu menyiarkan.
27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."
27:27. Berkata, "Kami akan melihat sama ada kamu berkata benar, atau kamu termasuk orang-orang yang berdusta.
27:28. Pergilah kamu dengan kitabku (suratku) ini, dan lemparlah ia kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka, dan perhatikanlah apa yang mereka mengembalikan."
27:29. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, sesungguhnya sebuah kitab yang mulia telah dilemparkan kepadaku,
27:30. Ia daripada Sulaiman, dan ia adalah 'Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
27:31. Janganlah kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku dalam kemusliman.'"
27:32. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, putuskanlah kepadaku mengenai urusanku; aku tidak biasa memutuskan sesuatu urusan sehingga kamu mempersaksikan aku."
27:33. Mereka berkata, "Kita mempunyai kekuatan, dan kita mempunyai keberanian yang sangat. Urusan terpulanglah kepada kamu; maka perhatikanlah apa yang kamu akan memerintahkan."
27:34. Dia berkata, "Raja-raja, apabila mereka memasuki sebuah bandaraya, merosakinya dan membuatkan penduduknya yang perkasa rendah. Begitulah mereka buat.
27:35. Sesungguhnya aku mengutus satu hadiah kepada mereka, dan lihatlah apa yang utusan-utusan membawa kembali."
27:36. Tetapi apabila dia datang kepada Sulaiman, dia berkata, "Apa, adakah kamu membantu aku dengan harta, dan apa yang Allah memberikan aku adalah lebih baik daripada apa yang Dia memberikan kamu? Tidak, tetapi kamu bergembira dengan hadiah kamu!
27:37. Kembalilah kamu kepada mereka; sungguh, kami akan datang menentang mereka dengan tentera yang mereka tidak ada kuasa untuk menghadapinya, dan kami akan mengusir mereka daripadanya, terhina dan direndahkan."
27:38. Berkata, "Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu yang akan mendatangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku dalam kemusliman?"
27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."
27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."
27:41. Berkata, "Samarkanlah singgahsananya untuknya, dan kita akan melihat, sama ada dia mendapat petunjuk, atau dia termasuk orang-orang yang tidak mendapat petunjuk."
27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, "Adakah singgahsana kamu seperti ini?" Dia berkata, "Ia nampaknya sama." "Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah dalam kemusliman.
27:43. Tetapi apa yang dia (wanita) sembah, selain daripada Allah, menghalanginya, kerana dia adalah daripada kaum yang tidak percaya (kafir)."
27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."

34:12. Dan kepada Sulaiman, angin; peraliran paginya sebulan perjalanan, dan peraliran petangnya sebulan perjalanan. Dan Kami membuatkan mata air leburan tembaga kuning mengalir baginya. Dan daripada jin, ada yang bekerja di hadapannya, dengan izin Pemeliharanya; dan sesiapa antara mereka menyimpang daripada perintah Kami, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang Menyala.
34:13. Mereka membuat untuknya apa sahaja yang dia mengkehendaki - tempat-tempat ibadat (mihrab), dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. "Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku."
34:14. Dan apabila Kami menentukan kematian kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang memakan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin melihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.

38:30. Dan Kami memberikan Daud, Sulaiman; seorang hamba yang sangat baik! Sesungguhnya dia orang yang kembali.
38:31. Pada waktu petang, ketika dikemukakan kepadanya kuda-kuda yang berdiri dengan satu kaki diangkat sedikit,
38:32. Dia berkata, "Sesungguhnya aku mencintai kecintaan pada benda-benda yang baik lebih daripada mengingati Pemeliharaku sehingga tersembunyi di belakang hijab (tabir).
38:33. Kembalikanlah mereka kepadaku!" Dan dia mula mengusapi betis-betis dan leher-leher mereka.
38:34. Sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman, dan Kami melemparkan di atas takhtanya satu jasad; kemudian dia berkesesalan.
38:35. Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi."
38:36. Maka Kami menundukkan untuknya angin, yang mengalir menurut perintahnya dengan nyaman ke mana sahaja dia menimpakan,
38:37. Dan syaitan-syaitan, tiap-tiap ahli binaan dan penyelam,
38:38. Dan yang lain juga, diikat bersama dalam belenggu.
38:39. Inilah kurniaan Kami; memberinya, atau menahannya, tanpa perhitungan.
38:40. Dan dia mempunyai sebuah tempat yang dekat di sisi Kami, dan tempat kembali yang baik.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman