Kalimat sumbang di dalam al-Qur'an

Perkataan sumbang diterjemah daripada kalimat fahsha dan fahishah yang diguna di dalam al-Qur'an. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut adalah:

 

(i) fahsha:

2:169. Ia hanya menyuruh kamu pada kejahatan, dan kesumbangan, dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak tahu.

2:268. Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan, dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

7:28. Dan apabila mereka melakukan kesumbangan, mereka berkata, "Kami mendapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah memerintahkan kami dengannya." Katakanlah, "Allah tidak memerintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"

12:24. Dan sungguh dia (perempuan) bermaksud kepadanya, dan dia (Yusuf) mengambilnya jika dia tidak melihat bukti Pemeliharanya. Demikianlah, supaya Kami memalingkan daripadanya kejahatan dan kesumbangan; dia adalah antara hamba-hamba Kami yang tulus.

16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh membuat keadilan, dan berbuat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.

24:21. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukanlah solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui apa yang kamu mengerjakan.

 

(ii) fahishah:

3:135. Yang, apabila mereka melakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan meminta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan mengampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka melakukan sedang mereka mengetahui.

4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan.

4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih.

4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu untuk mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga menghalangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu telah memberikan mereka, kecuali apabila mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu membenci mereka, mungkin kamu membenci sesuatu padahal Allah membuatkan padanya banyak kebaikan.

4:22. Dan janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah mengahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti dosa zina; dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.

6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu: bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.

7:28. Dan apabila mereka melakukan kesumbangan, mereka berkata, "Kami mendapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah memerintahkan kami dengannya." Katakanlah, "Allah tidak memerintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"

7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya mengharamkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu menyekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak menurunkan kuasa, dan kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu."

7:80. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu melakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam melakukannya sebelum kamu?

17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.

24:19. Orang-orang yang menyukai bahawa kesumbangan disebarkan mengenai orang-orang yang percaya, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.

27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu melakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?

29:28. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya kamu melakukan kesumbangan yang tiada seorang pun di semua alam pernah melakukannya sebelum kamu.

33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang melakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.

42:37. Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan, dan apabila mereka marah, mereka mengampunkan,

53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam keampunan-Nya. Dia sangat mengetahui mengenai kamu apabila Dia menumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat mengetahui siapa yang bertakwa.

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman