Kalimat surah di dalam al-Qur'an
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan surah adalah seperti di bawah:
2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami
menurunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan
panggillah saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
9:64. Orang-orang munafik takut jika sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang memberitahu kamu apa yang di dalam hati mereka. Katakanlah, "Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan mengeluarkan apa yang kamu takuti."
9:86. Dan apabila sebuah surah diturunkan, "Percayalah kepada Allah, dan berjuanglah bersama rasul-Nya", orang-orang yang mewah antara mereka meminta izin kepada kamu, dengan berkata, "Tinggalkanlah kami bersama orang-orang yang duduk."
9:124. Setiap kali sebuah surah diturunkan kepada kamu, sebahagian antara mereka berkata, "Siapakah antara kamu yang bertambah dalam keimanan dengan ini?" Bagi orang-orang yang percaya, ia menambahkan mereka dalam keimanan, dan mereka bergembira.
9:127. Setiap kali sebuah surah diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, "Adakah seseorang melihat kamu?" Kemudian mereka berpaling. Allah memalingkan hati mereka kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.
10:38. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan panggillah sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."
11:13. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Datangkanlah sepuluh surah yang serupa dengannya, yang diada-adakan itu, dan panggillah sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."
24:1. Sebuah surah yang Kami menurunkan dan menetapkan; dan Kami menurunkan di dalamnya ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, supaya kamu mengingati.
47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu melihat orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang yang ditutupi dengan kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman