Kalimat ta'ala di dalam al-Qur'an

 

Di sini dipetik daripada Concordance (Kassis) penjelasan mengenai kalimat ta'ala. Pun begitu, ayat-ayat yang diturunkan adalah daripada Bacaan.

 

TA'ALA
Although this is a regular verb, the perf. form is used, in the Koran, as an optative with the Name of God, or surrogate pronoun, "He". There is no negative form for this word, to be high, to be exalted; (impv) come; (ta'ala Allahu, or ta'ala) High exalted be God, be He exalted (optative); (peple. act) one who is exalted; All-exalted (Divine attribute)


perf. act. (optative)

6:100. Namun begitu, mereka mengadakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang mencipta mereka. Mereka mengandaikan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Dia disanjung! Tingginya (ta'aalaa) Dia di atas apa yang mereka menyifatkan.

7:190. Tetapi apabila Dia memberikan mereka anak yang salih, mereka mengadakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah memberikan mereka. Tingginya Allah (ta'aala -llaahu) daripada apa yang mereka menyekutukan!

10:18. Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak memudaratkan mereka dan tidak juga memanfaatkan mereka, dan mereka berkata, "Mereka ini pengantara-pengantara kami di sisi Allah." Katakanlah, "Adakah kamu memberitahu Allah apa yang Dia tidak tahu, sama ada di langit atau di bumi?" Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan.

16:1. Perintah Allah datang; maka janganlah minta disegerakan. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan.

16:3. Dia mencipta langit dan bumi dengan benar; tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan.

17:43. Dia disanjung! Tingginya Dia dengan ketinggian besar daripada apa yang mereka mengatakan!

20:114. Maka, tingginya Allah (ta'aala -llaahu), Raja yang benar! Dan janganlah bercepat-cepat dengan al-Qur'an, sebelum wahyunya disempurnakan kepada kamu, dan katakanlah, "Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan."

23:92. Yang tahu yang ghaib, dan yang nampak; tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan.

23:116. Maka tingginya Allah (ta'aala -llaahu), Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.

27:63. Atau, siapakah yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan mengutus angin yang membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah (ta'aala -llaahu) daripada apa yang mereka menyekutukan.

28:68. Pemelihara kamu mencipta apa sahaja Dia mengkehendaki, dan Dia memilih; mereka tidak ada pilihan. Allah disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan!

30:40. Allah ialah Dia yang mencipta kamu, kemudian Dia merezekikan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang membuat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan!

39:67. Mereka tidak mempertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar. Bumi kesemuanya berada dalam genggaman-Nya pada Hari Kiamat, dan langit digulung di tangan kanan-Nya. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan!

72:3. Dan bahawasanya tingginya kebesaran Pemelihara kami (ta'aalaa jaddu rabbinaa)! - tidak mengambil kepada-Nya sama ada teman atau anak.


impv. (ta'ala)

3:61. Dan sesiapa mendebat kamu mengenainya, setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka katakanlah, "Marilah, hendaklah kita menyeru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita memohon dengan rendah hati dan meletakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta."

3:64. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan janganlah sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah." Dan jika mereka berpaling, katakanlah, "Saksilah bahawa kami adalah muslim."

3:167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan.

4:61. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah menurunkan, dan rasul", kemudian kamu melihat orang-orang munafik menghalangi kamu dengan penghalangan yang keras.

5:104. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah menurunkan, dan rasul," mereka berkata, "Cukuplah bagi kami apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami." Apa? Meskipun bapa-bapa mereka tidak mengetahui sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?

6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu: bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.

33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan membuat peruntukan untuk kamu, dan melepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.

63:5. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah, dan rasul Allah akan meminta ampun untuk kamu”, mereka memaling-malingkan kepala mereka, dan kamu melihat mereka memusingkan muka-muka mereka, dengan sombong.

peple. act (muta'aali)

13:9. Yang Tahu yang ghaib dan yang nampak, Yang Besar, Yang Tinggi.
 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman