Kalimat takwa di dalam al-Qur'an

Takwa bermaksud "takut kepada Tuhan" atau "menjaga diri". Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah:

 

2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan),

2:21. Wahai manusia, sembahlah Pemelihara kamu yang mencipta kamu, dan orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa,

2:63. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, dan menaikkan di atas kamu Gunung, "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)."

2:66. Dan Kami membuatnya hukuman contoh bagi yang telah lepas, dan bagi yang terkemudian, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

2:103. Dan sekiranya mereka percaya dan bertakwa, satu ganjaran daripada Allah adalah lebih baik, jika mereka mengetahui.

2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.

2:179. Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa.

2:180. Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia meninggalkan kebaikan (harta), supaya membuat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang yang bertakwa.

2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:189. Mereka menanyai kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji." Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya, tetapi ketaatan adalah untuk menjadi bertakwa; maka datangilah rumah-rumah pada pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa menyerang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui; sesiapa yang menetapkan untuk Haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh berbuat fasiq, dan tidak boleh berbantahan semasa dalam Haji. Dan apa-apa kebaikan yang kamu buat, Allah mengetahuinya, dan berbekallah kamu, tetapi bekal yang paling baik ialah takwa; maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang yang mempunyai minda.

2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidaklah berdosa baginya; dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukanlah satu  dosa padanya, jika dia bertakwa. Dan kamu takutilah  Allah, dan ketahuilah bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

2:212. Dinampakkan indah bagi orang-orang yang tidak percaya (kafir) ialah kehidupan dunia, dan mereka mengejek orang-orang yang percaya; tetapi orang-orang yang bertakwa adalah di atas mereka pada Hari Kiamat; dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.

2:224. Janganlah membuat Allah satu penghalang, melalui sumpah-sumpah kamu, untuk menjadi taat, dan bertakwa, dan membetulkan antara manusia. Allah Mendengar, Mengetahui.

2:237. Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka berilah setengah daripada apa yang kamu telah menetapkan, kecuali jika mereka memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan takwa. Janganlah melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat.

2:241. Bagi wanita-wanita yang diceraikan, diberi peruntukan dengan baik sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertakwa.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di  antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu.

2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak mendapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai menunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan menyembunyikan kesaksian, dan sesiapa menyembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah mengetahui apa yang kamu buat.

3:15. Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang yang bertakwa, di sisi Pemelihara mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan teman-teman hidup yang dibersihkan, dan kepuasan hati Allah. Dan Allah melihat hamba-hamba-Nya."

3:76. Tidak, tetapi sesiapa yang menepati perjanjiannya, dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

3:115. Dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, tidaklah kamu akan dinafikan; dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa.

3:120. Jika kamu disentuh yang baik, ia menyakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa yang buruk, mereka bergembira dengannya. Namun begitu, jika kamu bersabar, dan bertakwa, muslihat mereka tidak akan memudaratkan kamu sedikit pun; sesungguhnya Allah meliputi apa yang mereka buat.

3:125. Ia, jika kamu bersabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas."

3:133. Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Pemelihara kamu, dan kepada sebuah taman yang luasnya seperti langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

3:138. Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

3:172. Dan orang-orang yang menyahuti Allah dan rasul-Nya setelah luka menimpa mereka - bagi orang-orang antara mereka yang berbuat baik dan bertakwa adalah upah yang besar.

3:179. Allah tidak meninggalkan orang-orang mukmin dalam keadaan yang kamu sedang berada, sehingga Dia memisahkan yang buruk daripada yang baik, dan Allah tidak akan memberitahu kamu yang ghaib; tetapi Allah memilih daripada rasul-rasul-Nya siapa yang Dia mengkehendaki. Maka percayalah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan jika kamu mempercayai dan bertakwa, maka bagi kamu upah yang besar.

3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.

4:9. Dan hendaklah takut, orang-orang yang, jika mereka meninggalkan di belakang mereka keturunan yang lemah, berasa takut terhadap mereka, dan hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran.

4:77. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."

4:128. Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu berbuat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

4:129. Kamu tidak akan boleh berbuat adil antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali; maka janganlah kamu condong dengan seluruh kecondongan sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung. Jika kamu membetulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

5:27. Dan kamu bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka mempersembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya menerima daripada orang-orang yang bertakwa.

5:46. Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

5:65. Tetapi sekiranya ahli Kitab percaya dan bertakwa, tentu Kami melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan tentu Kami memasukkan mereka ke Taman Kebahagiaan.

5:93. Tidaklah bersalah ke atas orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mengenai apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan berbuat baik; Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

6:32. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?

6:51. Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa.

6:69. Tidak ada sama sekali perhitungan mereka ke atas orang-orang yang bertakwa, tetapi hanya memperingatkan supaya mereka bertakwa (takut kepada Tuhan).

6:153. Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan janganlah mengikuti jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak memecahbelahkan kamu daripada jalan-Nya. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa."

6:155. Ini ialah sebuah Kitab yang Kami menurunkan, yang diberkati; maka ikutlah ia, dan bertakwalah supaya kamu dikasihani.

7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.

7:35. Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan membetulkan, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

7:63. Adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia memberi amaran kepada kamu, dan kamu menjadi bertakwa supaya dikasihani."

7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?"

7:96. Namun begitu, sekiranya penduduk bandar-bandar raya percaya dan bertakwa, tentu Kami membukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi; tetapi mereka mendustakan, maka Kami mengambil mereka kerana apa yang mereka mengusahakan.

7:128. Berkata Musa kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahannya adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia, "Azab-Ku, Aku menimpakan dengannya siapa yang Aku mengkehendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan menuliskannya untuk orang-orang yang bertakwa, dan memberi zakat, dan orang-orang yang benar-benar mempercayai ayat-ayat Kami,

7:164. Dan apabila satu umat antara mereka berkata, "Mengapakah kamu menegurkan satu kaum yang Allah akan memusnahkan, atau mengazab dengan azab yang keras?" Mereka berkata, "Sebagai alasan kepada Pemelihara kamu, dan supaya mereka bertakwa."

7:169. Dan menggantilah sesudah mereka pengganti-pengganti yang mewarisi Kitab, dengan mengambil keuntungan daripada dunia yang rendah ini, dan mereka berkata, "Kami akan diampunkan"; dan jika keuntungan yang serupa dengan itu datang kepada mereka, mereka akan mengambilnya. Bukankah perjanjian Kitab telah diambil daripada mereka, bahawa mereka tidak mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar? Dan mereka mempelajari apa yang di dalamnya, bahawa tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu faham?

7:171. Dan apabila Kami menggoncangkan gunung di atas mereka, seakan-akan ia langit-langit, dan mereka menyangka bahawa ia akan jatuh kepada mereka. "Ambillah dengan kekuatan apa yang  Kami memberikan kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa."

7:201. Orang-orang yang bertakwa, apabila kunjungan syaitan menyentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat.

8:29. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu bertakwa kepada Allah, Dia akan mengadakan untuk kamu satu Pembeza, dan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan mengampuni kamu; Allah mempunyai pemberian yang besar.

8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan mengazab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang yang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

8:56. Orang-orang yang kamu telah membuat perjanjian dengan mereka, kemudian mereka melanggar perjanjian mereka setiap kali, dengan tidak bertakwa (takut kepada Tuhan).

9:4. Kecuali orang-orang yang menyekutukan yang dengan mereka kamu telah membuat perjanjian, kemudian mereka tidak mengurangkan kamu sedikit pun, dan tidak juga menyokong seseorang pun terhadap kamu. Dengan mereka, sempurnakanlah perjanjian kamu sampai tempoh mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang menyekutukan satu perjanjian dengan Allah dan rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu membuat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itulah agama yang betul, maka janganlah menzalimkan satu sama lain padanya. Dan perangilah orang-orang yang menyekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

9:44. Orang-orang yang mempercayai Allah dan Hari Akhir, tidak meminta izin kepada kamu untuk berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa.

9:108. Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.

9:109. Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunan-nya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

9:115. Allah tidak akan menyesatkan satu kaum setelah Dia memberi mereka petunjuk, sehingga Dia memperjelaskan kepada mereka apa yang mereka patut bertakwakan; sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.

9:123. Wahai orang-orang yang percaya, perangilah orang-orang yang tidak percaya yang dekat dengan kamu, dan hendaklah mereka mendapati pada kamu ketegasan; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah menciptakan di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum yang bertakwa.

10:31. Katakanlah, "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan siapakah yang mengarah urusan?" Mereka akan berkata, "Allah." Kemudian katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?"

10:63. Orang-orang yang percaya dan bertakwa,

11:49. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami mewahyukan kamu; kamu tidak mengetahuinya, dan tidak juga kaum kamu sebelum ini. Maka bersabarlah; kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

12:57. Namun begitu, upah akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang percaya, dan bertakwa.

12:90. Mereka berkata, "Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?" Dia berkata, "Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik."

12:109. Kami tidak mengutus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang Kami mewahyukan mereka daripada penduduk yang tinggal di bandar-bandar raya. Tidakkah mereka mengembara di bumi? Tidakkah mereka melihat bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Sesungguhnya tempat kediaman akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?

13:35. Persamaan Taman yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa - di bawahnya mengalir sungai-sungai, hasilnya kekal, dan lindungannya. Itulah kesudahan orang-orang yang bertakwa; dan kesudahan orang-orang yang tidak percaya, Api!

15:45. Tetapi orang-orang yang bertakwa, di dalam taman-taman dan mata-mata air.

16:30. Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa, "Apakah yang Pemelihara kamu menurunkan?" Mereka berkata, "Baik!" Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia, baik; dan sungguh, tempat kediaman akhirat adalah lebih baik; sangat baiknya tempat tinggal orang-orang yang bertakwa,

16:31. Taman-Taman Adn, yang mereka masuk ke dalamnya, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya mereka mendapati apa yang mereka menghendaki. Begitulah Allah membalas orang-orang yang bertakwa,

16:52. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; untuk-Nya agama selama-lamanya. Maka adakah kepada selain daripada Allah kamu bertakwa?

16:128. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berbuat baik.

19:13. Dan rasa belas kasihan daripada sisi Kami, dan zakat (kesucian), dan dia bertakwa,

19:18. Berkata, "Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa!"

19:63. Itulah Taman yang Kami akan mewariskan kepada hamba-hamba Kami yang bertakwa.

19:72. Kemudian Kami menyelamatkan orang-orang yang bertakwa; dan orang-orang yang zalim, Kami meninggalkan di dalamnya, sambil melutut.

19:85. Pada hari Kami mengumpulkan orang-orang yang bertakwa kepada Yang Pemurah dengan kedatangan (sambutan) kebesaran,

19:97. Sesungguhnya Kami memudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu memberi berita gembira dengannya kepada orang-orang yang bertakwa, dan memberi amaran kepada kaum yang membantah.

20:113. Begitulah Kami menurunkannya sebagai sebuah al-Qur'an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka.

20:132. Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan bersabarlah kamu padanya; Kami tidak meminta daripada kamu rezeki, tetapi Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu. Dan kesudahan adalah bagi orang yang bertakwa.

21:48. Kami telah memberikan Musa dan Harun, Pembeza, dan Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang yang bertakwa,

22:32. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan tanda-tanda Allah, itu adalah daripada ketakwaan hati.

22:37. Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia menundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia telah memberikan kamu. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

23:23. Dan Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"

23:32. Dan Kami mengutus di kalangan mereka seorang rasul daripada mereka sendiri, "Sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"

23:87. Mereka akan berkata, "Kepunyaan Allah." Katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?"

24:34. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

24:52. Sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, dan takut kepada Allah, dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.

25:15. Katakanlah, "Adakah itu lebih baik, atau Taman Berkekalan, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa, dan ia adalah balasan bagi mereka dan kepulangan?"

25:74. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

26:11. Kaum Firaun; tidakkah mereka bertakwa?"

26:90. Dan Taman didekatkan untuk orang-orang yang bertakwa,

26:106. Apabila saudara mereka Nuh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?"

26:124. Apabila saudara mereka Hud berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

26:142. Apabila saudara mereka Salleh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

26:161. Apabila saudara mereka Lut berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

26:177. Apabila Shuaib berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

27:53. Dan Kami menyelamatkan orang-orang yang percaya dan bertakwa.

28:83. Tempat kediaman akhir itu, Kami membuatnya untuk orang-orang yang tidak menghendaki kesombongan diri di bumi, dan tidak juga kerosakan. Kesudahan adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

37:124. Apabila dia (Elias) berkata kepada kaumnya, "Tidakkah kamu bertakwa?

38:28. Atau, adakah Kami akan membuat orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, seperti orang-orang yang membuat kerosakan di bumi, atau, adakah Kami akan membuat orang-orang yang bertakwa seperti orang-orang yang jahat?

38:49. Ini adalah Peringatan; dan bagi orang-orang yang bertakwa, tempat kembali yang baik,

39:24. Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang yang zalim, "Rasalah apa yang kamu telah mengusahakan!"

39:28. Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa.

39:33. Dan orang yang datang dengan kebenaran dan mengesahkannya, mereka itu, merekalah orang-orang yang bertakwa.

39:57. Atau ia berkata, "Sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku, tentu aku termasuk orang-orang yang bertakwa."

39:61. Tetapi Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dalam keamanan mereka; keburukan tidak menyentuh mereka, dan tidak juga mereka bersedih.

41:18. Dan Kami menyelamatkan orang-orang yang percaya, dan bertakwa.

43:35. Dan perhiasan-perhiasan; sesungguhnya semua ini tiadalah melainkan kesenangan kehidupan dunia, dan akhirat di sisi Pemelihara kamu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

43:67. Sahabat-sahabat pada hari itu menjadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa,

44:51. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di sebuah medan yang aman,

45:19. Sesungguhnya mereka tidak berguna bagi kamu sedikit pun terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; Allah adalah wali orang-orang yang bertakwa.

47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang yang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan keampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?

47:17. Tetapi orang-orang yang mendapat petunjuk dengan benar, bagi mereka, Dia menambahkan dalam petunjuk, dan memberi mereka ketakwaan mereka.

47:36. Tiadalah kehidupan dunia melainkan satu permainan dan satu hiburan; dan jika kamu mempercayai dan bertakwa, Dia akan memberi kamu upah kamu, dan tidak meminta kepada kamu harta-harta kamu.

48:26. Apabila orang-orang yang tidak percaya meletakkan di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah mengetahui segala sesuatu.

49:3. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka di sisi rasul Allah, mereka itulah orang-orang yang hatinya Allah uji untuk takwa (takut kepada Tuhan); bagi mereka, keampunan dan upah yang besar.

49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

50:31. Dan Taman didekatkan dengan orang-orang yang bertakwa, tidak jauh,

51:15. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman dan mata-mata air,

52:17. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman, dan kebahagiaan,

53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam keampunan-Nya. Dia sangat mengetahui mengenai kamu apabila Dia menumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat mengetahui siapa yang bertakwa.

54:54. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman dan sungai-sungai,

58:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia, maka janganlah berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul, tetapi berbicararahsialah dalam ketaatan dan takwa, dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

65:2. Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakanlah saksi, dua orang yang mempunyai keadilan di kalangan kamu; dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang mempercayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia membuatkan untuknya satu jalan keluar,

65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.

65:5. Itulah perintah Allah yang Dia menurunkan kepada kamu. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan Dia memberinya upah yang besar.

68:34. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa ialah Taman-Taman Kebahagiaan dengan Pemelihara mereka.

69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan).

73:17. Maka, jika kamu tidak percaya, bagaimanakah kamu akan bertakwa (menjaga diri) daripada satu hari yang membuatkan kanak-kanak beruban?

77:41. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam lindungan dan mata air,

78:31. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa tempat yang aman,

91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!

92:5. Adapun orang yang memberikan dan bertakwa,

92:17. Dan daripadanya, orang yang sangat bertakwa akan dijauhkan,

96:12. Atau menyuruh supaya bertakwa.
(ayat terakhir mengandungi perkataan takwa)

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman