Kalimat Talak di dalam al-Qur'an
Talak adalah perkataan Arab, bermaksud
penceraian, bercerai, menceraikan dan sebagainya. Daripada kata akarnya terbit tiga perkataan,
iaitu talaqa, tallaqa, dan intalaqa. Perkataan ketiga tidak
mempunyai sebarang kaitan dengan cerai, tetapi bermaksud bertolak
atau dilepaskan. Namun, semua disenaraikan juga di sini, tetapi ayat-ayat
berkaitan penceraian suami isteri diwarnakan biru.
Dimuatkan juga dua lagi perkataan berkaitan penceraian, iaitu zihar yang terbit daripada zahara dan tafarraqa. Senarai ayat-ayat mereka berada di hujung halaman ini.
Ayat-ayat mengandungi kalimat talak adalah seperti berikut:
i.
talaqa
2:226. Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri daripada
perempuan-perempuan mereka, mereka menunggu empat bulan. Jika mereka kembali,
maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:227.
Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka sesungguhnya Allah
Mendengar, Mengetahui.
2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan hudud (had-had) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.
ii.
tallaqa
2:228. Perempuan-perempuan yang diceraikan akan menunggu sendiri selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk menyembunyikan apa yang Allah menciptakan di dalam rahim mereka jika mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk mengembalikan mereka jika mereka menghendaki untuk memperbetulkan. Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas lelaki, tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka; Allah Perkasa, Bijaksana.
2:230. Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan had-had Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui.
2:231. Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia menurunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.
2:232. Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, lalu mereka sampai tempoh mereka, janganlah menghalangi mereka daripada mengahwini suami-suami mereka, apabila mereka telah saling mempersetujui antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang mempercayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.
2:236. Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu menceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum menyentuh mereka, dan tidak juga menetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, buatlah peruntukan untuk mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang yang berbuat baik.
2:237. Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka berilah setengah daripada apa yang kamu telah menetapkan, kecuali jika mereka memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan takwa. Janganlah melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat.
2:241. Bagi wanita-wanita yang diceraikan, diberi peruntukan dengan baik sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertakwa.
33:49. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu mengahwini perempuan-perempuan yang mukmin, dan kemudian menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, tiadalah tempoh bagi kamu untuk mengira terhadap mereka; maka buatlah peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang manis.
65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru.
66:5. Mungkin, jika dia menceraikan kamu, Pemeliharanya akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak (beribadat), yang berpergian, yang janda, dan yang dara.
iii. intalaqa
18:71. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka naik di atas kapal, dia melubanginya. Berkata, "Apa, adakah kamu melubanginya untuk menenggelamkan ahlinya? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang buruk."
18:74. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia membunuhnya. Berkata, "Apa, adakah kamu membunuh satu jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat."
18:77. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka datang kepada penduduk sebuah bandar raya, mereka meminta makanan daripada penduduknya, tetapi mereka menolak untuk menerima mereka dengan layanan baik untuk tetamu. Kemudian mereka mendapati sebuah tembok yang hendak roboh, lalu dia menegakkannya. Berkata, "Sekiranya kamu menghendaki, tentu kamu mengambil upah untuk itu."
26:13. Dan dadaku menjadi sempit, dan lidahku tidak dapat dilepaskan; maka utuslah kepada Harun.
38:6. Dan pembesar-pembesar mereka bertolak, "Jalanlah! Bersabarlah pada tuhan-tuhan kamu; ini sesuatu yang dikehendaki.
48:15. Orang-orang yang ditinggalkan akan berkata apabila kamu bertolak kepada rampasan perang, untuk mengambilnya, "Biarlah kami ikut kamu", dengan menghendaki untuk menukar perkataan-perkataan Allah. Katakanlah, "Kamu tidak akan ikut kami; begitulah Allah berkata sebelumnya." Kemudian mereka akan berkata, "Tidak, tetapi kamu dengki kepada kami." Tidak, tetapi mereka tidak memahami kecuali sedikit.
68:23. Maka mereka bertolak; mereka saling berbisik,
77:29. Bertolaklah kepada apa yang kamu telah mendustakan!
77:30. Bertolaklah ke lindungan yang mempunyai tiga cabang,
Zihar terbit daripada zahara.
Terdapat enam ayat yang mengandungi zahara. Tiga daripadanya berkait dengan penceraian, seperti berikut:
33:4. Allah tidak membuatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia membuatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (menceraikan dengan berkata, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku.") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia memberi petunjuk pada jalan.
58:2. Orang-orang antara kamu yang menzihar isteri-isteri (berkata kepada isteri-isteri, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku!") mereka, mereka bukanlah ibu-ibu mereka; ibu-ibu mereka hanyalah yang beranakkan mereka, dan mereka benar-benar mengatakan satu ucapan yang mungkar, dan dusta. Namun begitu, sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.
58:3. Dan
orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik
kembali apa yang mereka telah mengatakan, mereka akan memerdekakan seorang hamba
sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dengan itu kamu ditegurkan; dan Allah
menyedari apa yang kamu buat.
58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua
bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa
yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin -
itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud (had-had) Allah;
dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih.
Tiga ayat zahara yang tiada kaitan dengan penceraian (tetapi bermaksud menyokong) adalah:
9:4. Kecuali orang-orang yang menyekutukan yang dengan mereka kamu telah membuat perjanjian, kemudian mereka tidak mengurangkan kamu sedikit pun, dan tidak juga menyokong seseorang pun terhadap kamu. Dengan mereka, sempurnakanlah perjanjian kamu sampai tempoh mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.
33:26. Dan Dia menurunkan orang-orang daripada ahli Kitab yang menyokong mereka dari kubu-kubu mereka, dan melemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka; sebahagian kamu bunuh, sebahagian kamu tawan.
60:9. Allah hanya melarang kamu terhadap orang-orang yang memerangi kamu dalam agama, dan mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, dan menyokong dalam pengusiran kamu, untuk kamu menjadikan mereka sahabat-sahabat. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
Tambahan
pada 2 Disember 2010:
Tafarraqa - to scatter,
seperate, be divided, split up
dan lain
~ terdapat satu sahaja ayat yang berkaitan dengan penceraian.
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada
tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah
akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia
menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara.
Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah
Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.
3:105. Janganlah menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka, azab yang besar,
4:128. Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan
daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka membetulkan
antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada
kehalobaan. Jika kamu berbuat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah menyedari
apa yang kamu buat.
4:129. Kamu tidak akan boleh berbuat adil antara
isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali; maka janganlah kamu condong
dengan seluruh kecondongan sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung.
Jika kamu membetulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah adalah Pengampun,
Pengasih.
4:130. Tetapi jika keduanya bercerai, Allah akan memberi
kecukupan kepada masing-masing daripada keluasan-Nya, dan Allah adalah
Merangkumi, Bijaksana.
6:153. Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan janganlah mengikuti jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak memecahbelahkan kamu daripada jalan-Nya. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa."
12:39. Manakah yang lebih baik, wahai rakan-rakanku yang sepenjara, banyak pemelihara yang berselisih, atau Allah Yang Satu, Yang Menakluki?
12:67. Dan berkata, "Wahai anak-anakku, janganlah masuk dari satu pintu gerbang; masuklah dari pintu-pintu yang berlainan. Namun begitu, aku tidak berguna kepada kamu sedikit pun terhadap Allah; putusan hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya hendaklah semua mempercayakan, orang-orang yang mempercayakan."
30:14. Pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, mereka berpecah belah.
42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
98:4. Dan mereka tidak berpecah belah, orang-orang yang diberi al-Kitab, melainkan setelah Bukti Yang Jelas datang kepada mereka.
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles