Kalimat ternakan di dalam al-Qur'an


Kalimat na'am (jamak an'am) diterjemah kepada binatang ternak atau ternakan dalam Bacaan.

Terdapat pula kalimat bahimah yang diterjemahkan kepada haiwan. Kalimat ini berjumlah tiga dan kesemuanya bergabung dengan kalimat an'am tadi untuk menjadi bahiimatu -l an'aami, atau haiwan (binatang) ternak, atau haiwan ternakan seperti diterjemah di dalam Bacaan. Frasa tersebut didapati dalam tiga (juga) ayat, dan kesemuanya menunjukkan kepada binatang yang dikorbankan dalam Haji. Ayat-ayat tersebut disenaraikan di bahagian hujung halaman ini.

 

1.  Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan binatang ternakan adalah seperti berikut:

3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik.

4:119. Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah memaafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa mengulanginya, Allah akan melepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.

6:136. Mereka menentukan bagi Allah daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia menciptakan, sebahagian, dengan berkata, "Ini untuk Allah" - demikianlah mereka mendakwa - "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka, tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah, sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka memutuskan!

6:138. Mereka berkata, "Binatang ternak dan tanaman ini adalah larangan; tiada yang akan memakannya kecuali siapa yang kami mengkehendaki" - demikianlah mereka mendakwa - "Dan binatang ternak yang punggungnya diharamkan, dan binatang ternak yang mereka tidak mengingat (menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia akan membalas mereka atas apa yang mereka mengada-adakan.

6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada teman-teman hidup kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan membalas mereka atas anggapan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.

6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami menurunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya menyangka bahawa mereka telah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

16:5. Dan binatang ternak, Dia menciptakan untuk kamu; padanya kehangatan, dan pelbagai kemanfaatkan, dan daripadanya kamu makan.

16:66. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, antara kotoran dan darah, susu yang tulen, enak bagi peminum-peminum.

16:80. Dan Allah membuatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan membuatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu mendapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta), dan daripada rambut mereka (kambing), perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu.

20:54. Makanlah kamu, dan biarkanlah binatang ternak kamu makan! Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang mempunyai pengertian.

22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kekotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,

23:21. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, dan banyak manfaat pada mereka kepada kamu, dan daripadanya kamu makan,

25:44. Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.

25:49. Supaya Kami menghidupkan tanah yang mati, dan memberi minum daripadanya, daripada apa yang Kami menciptakan, binatang ternak dan manusia yang ramai.

26:133. Membantu kamu dengan binatang ternak dan anak-anak,

32:27. Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami menghalau air ke bumi yang tandus, dan mengeluarkan tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri memakan? Apa, tidakkah mereka melihat?

35:28. Antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun.

36:71. Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami menciptakan untuk mereka daripada apa yang tangan Kami buat, binatang ternak yang mereka memiliki?

39:6. Dia mencipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia membuatkan pasangannya; dan Dia menurunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia mencipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?

40:79. Allah yang membuatkan untuk kamu binatang ternak, sebahagian mereka untuk ditunggangi, dan daripada sebahagiannya, kamu makan.

42:11. Pemula langit dan bumi; Dia membuatkan untuk kamu, daripada diri-diri kamu, pasangan-pasangan, dan pasangan-pasangan daripada binatang ternak, di dalamnya menjadikan kamu berkembang. Tidak ada yang serupa dengan-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.

43:12. Dan yang mencipta pasangan-pasangan, kesemuanya, dan membuatkan untuk kamu, kapal dan binatang ternak, seperti yang kamu tunggang,

47:12. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka bergembira dan makan sebagaimana binatang ternak makan; dan Api akan menjadi tempat tinggal mereka.

79:33. Suatu kesenangan bagi kamu dan binatang ternak kamu.

80:32. Suatu kesenangan bagi kamu, dan binatang ternak kamu.

 

2.  haiwan ternakan:

Frasa tersebut hanya terdapat pada tiga ayat al-Qur'an, kesemuanya menunjukkan kepada binatang korban dalam Haji. Ayat-ayat yang dimaksudkan adalah:

 

5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternakan, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak menganggap bahawa binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa sahaja yang Dia mengkehendaki.

22:28. Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."

22:34. Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman