Kalimat Tuhan di dalam al-Qur'an
From: "Misykat Institute"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Masukan untuk halaman "kalimat"
Date: Friday, March 18, 2005 6:04 PM
Assalamu'alaikum.
Saya sangat terbantu dengan adanya halaman "kalimat" pada website e-bacaan saudara. Kalau boleh saya minta tolong dimasukkan entri "ilah" pada halaman itu. Kebetulan saya sedang mengkaji pemahaman yang orisinil tentang "ilah" ini. Terimakasih.
Salam,
Sakti. Indonesia.
Salamun alaikum (mengikut ajaran Tuhan). Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami.
Kalimat ilah kami terjemah kepada Tuhan atau tuhan. Bagi kalimat lain, yang sesetengah orang terjemah kepada Tuhan, seperti 'Allah' dan 'Rab', masing-masing kami terjemah kepada 'Allah' dan 'Pemelihara'.
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat 'ilah' adalah seperti berikut:
2:133. Kenapa, adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia berkata kepada anak-anaknya, "Apakah yang kamu akan sembah sesudahku?" Mereka berkata, "Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim."
2:163. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
2:255. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal. Mengantuk tidak mengambil-Nya, dan tidak juga tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit dan apa yang di dalam bumi. Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Nya, kecuali dengan izin-Nya? Dia mengetahui apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu daripada pengetahuannya, kecuali apa yang Dia mengkehendaki. Takhta-Nya merangkumi langit dan bumi, dan Dia tidak berasa tertekan menjaga keduanya; Dia Yang Tinggi, Yang Agung.
3:2. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal.
3:6. Dia yang membentuk kamu di dalam rahim seperti yang Dia mengkehendaki. Tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
3:18. Allah menyaksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang menegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
3:62. Ini cerita yang benar. Tidak ada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?
4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia melemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan janganlah mengatakan, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.
5:73. Orang-orang yang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah yang ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka mengatakan, tentu akan menyentuh orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.
5:116. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku mengatakan apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku mengatakannya, Engkau mengetahuinya, dengan mengetahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.
6:19. Katakanlah, "Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."
6:46. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah mengambil pendengaran kamu, dan penglihatan kamu, dan meletakkan penutup pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain daripada Allah yang mendatangkannya kembali kepada kamu?" Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat! Namun demikian, setelah itu mereka berpaling.
6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu mengambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku melihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."
6:102. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu. Maka sembahlah Dia, dan Dia Wakil atas segala sesuatu.
6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang menyekutukan.
7:59. Dan Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."
7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?"
7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan menyentuhnya dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.
7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan janganlah mengurangi sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu membuat kerosakan di bumi setelah ia diperbetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan meninggalkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di bumi, dan meninggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"
7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkanlah untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.
7:140. Berkata, "Apa, adakah aku akan mencarikan satu tuhan untuk kamu selain daripada Allah, Dia yang melebihkan kamu di atas semua alam?"
7:158. Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang mempercayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu mendapat petunjuk."
9:31. Mereka mengambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih, putera Mariam; dan mereka diperintah untuk menyembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan.
9:129. Maka jika mereka berpaling, katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal). Dia Pemelihara Arasy yang besar."
10:90. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut; dan Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas, sehingga apabila penenggelaman mengatasinya, dia berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim."
11:14. Kemudian, jika mereka tidak menyahuti kamu, ketahuilah bahawa ia diturunkan dengan pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka sudahkah kamu muslim?
11:50. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; kamu, tidak lain, hanyalah mengada-adakan.
11:53. Mereka berkata, "Wahai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami satu bukti yang jelas, dan kami tidak akan meninggalkan tuhan-tuhan kami kerana apa yang kamu mengucapkan; kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu.
11:54. Tiadalah kami mengatakan melainkan bahawa satu daripada tuhan-tuhan kami telah menimpakan kepada kamu dengan kejahatan." Berkata, "Aku bersaksikan Allah, dan saksilah kamu bahawa aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan,
11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang menumbuhkan kamu daripada bumi dan menetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."
11:84. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dan janganlah mengurangi sukatan dan timbangan. Aku melihat kamu baik (makmur); dan aku takut untuk kamu akan azab hari yang meliputi.
11:101. Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah sedikit pun, apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka, kecuali dalam kebinasaan.
13:30. Demikianlah Kami mengutus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku bertaubat."
14:52. Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang mempunyai minda mengingati.
15:96. Orang-orang yang mengadakan berserta Allah tuhan yang lain. Sungguh mereka akan mengetahui.
16:2. Dia menurunkan malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya, "Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!"
16:22. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu. Dan orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, hati mereka menolak, dan mereka menyombongkan diri.
16:51. Allah berkata, "Janganlah mengambil untuk kamu dua tuhan. Dia hanyalah Tuhan Yang Satu; maka kepada-Ku-lah kamu berasa gerun."
17:22. Janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu duduk terkutuk, diabaikan.
17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu; janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilemparkan ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.
17:42. Katakanlah, "Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka mengatakan, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy."
18:14. Dan Kami menguatkan hati mereka apabila mereka berdiri dan berkata, "Pemelihara kami ialah Pemelihara langit dan bumi; kami tidak menyeru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami, jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.
18:15. Mereka ini, kaum kami, mengambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Dia. Sekiranya mereka mendatangkan kuasa yang jelas mengenai mereka! Tetapi siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah?"
18:110. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya membuat kerja-kerja kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."
19:46. Berkatalah dia, "Apa, adakah kamu mengundurkan diri daripada tuhanku, wahai Ibrahim? Sungguh, jika kamu tidak berhenti, aku akan merejam kamu; maka tinggalkanlah aku untuk beberapa waktu."
19:81. Dan mereka mengambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Allah, supaya mereka mendapatkan bagi mereka kekuatan.
20:8. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama yang paling baik.
20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku.
20:88. Kemudian dia mengeluarkan bagi mereka Anak Lembu yang hanya berjasad, berbunyi seperti lembu; dan mereka berkata, "Inilah tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia lupa."
20:97. Berkata, "Pergilah! Bagi kamu dalam seluruh kehidupan dunia ini adalah untuk berkata, 'Jangan sentuh aku!', dan selepas itu ada janji temu bagi kamu yang kamu tidak mungkir. Lihatlah pada tuhan kamu, yang kamu tetap bertekun padanya! Sungguh, kami akan membakarnya dan menaburkan abunya ke dalam laut, bertaburan.
20:98. Tuhan kamu hanyalah Allah; tidak ada tuhan, melainkan Dia sahaja, yang dalam pengetahuan-Nya merangkumi segala sesuatu."
21:21. Atau, adakah mereka mengambil tuhan-tuhan daripada bumi yang dapat menghidupkan?
21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka menyifatkan!
21:24. Atau, adakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya? Katakanlah, "Kemukakanlah buktimu! Inilah Peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan Peringatan orang-orang yang sebelumku." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui yang benar, lalu mereka berpaling.
21:25. Dan Kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu melainkan bahawa Kami mewahyukannya, "Tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku."
21:29. Jika sesiapa antara mereka berkata, "Aku tuhan, selain daripada Dia", maka dialah yang Kami membalas dengan Jahanam; begitulah Kami membalas orang-orang yang zalim.
21:36. Apabila orang-orang yang tidak percaya melihat kamu, mereka hanya mengambil kamu untuk ejekan, "Inikah orang yang mengingat-ingatkan (menyebut-nyebut) tuhan-tuhan kamu?", sedang mereka, kepada Peringatan Yang Pemurah adalah orang-orang yang tidak percaya.
21:43. Atau, adakah bagi mereka tuhan-tuhan yang akan mempertahankan mereka, selain daripada Kami? Mereka tidak boleh menolong diri mereka sendiri, dan tidak juga mereka dijaga daripada Kami.
21:59. Mereka berkata, "Siapakah yang melakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim."
21:62. Mereka berkata, "Adakah kamu yang melakukan ini kepada tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?"
21:68. Mereka berkata, "Bakarlah dia, dan tolonglah tuhan-tuhan kamu, jika kamu hendak melakukan."
21:87. Dan Zul-Nun, apabila dia pergi dalam keadaan marah, dan menyangka bahawa Kami tidak berkuasa terhadapnya, kemudian dia memanggil dalam kegelapan, "Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkau disanjung! Sesungguhnya akulah termasuk orang-orang yang zalim."
21:99. Sekiranya mereka itu tuhan-tuhan, tentu mereka tidak turun kepadanya; dan tiap-tiap seorang, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
21:108. Katakanlah, "Diwahyukan kepadaku hanyalah bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka adakah kamu muslim?"
22:34. Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,
23:23. Dan Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"
23:32. Dan Kami mengutus di kalangan mereka seorang rasul daripada mereka sendiri, "Sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"
23:91. Allah tidak mengambil kepada-Nya sebarang anak, dan tidak juga ada tuhan bersama-Nya; jika demikian, tentulah tiap-tiap tuhan pergi dengan apa yang ia cipta, dan sebahagian mereka tentulah meninggi terhadap sebahagian yang lain; Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyifatkan.
23:116. Maka tingginya Allah, Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.
23:117. Dan sesiapa menyeru tuhan yang lain bersama Allah, yang dengannya dia tidak ada bukti, perhitungannya adalah dengan Pemeliharanya; sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya tidak beruntung.
25:3. Namun begitu, mereka mengambil untuk mereka tuhan-tuhan, selain daripada-Nya, yang tidak mencipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan; dan mereka tidak berkuasa atas kemudaratan atau kemanfaatkan kepada diri mereka sendiri; dan mereka tidak berkuasa atas kematian, dan tidak juga kehidupan, dan tidak juga kebangkitan.
25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir menyesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita bersabar pada mereka." Kelak mereka akan mengetahui, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.
25:43. Sudahkah kamu melihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya? Adakah kamu menjadi wakil kepada mereka?
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.
26:29. Berkata, "Jika kamu mengambil tuhan selain aku, pasti aku akan membuat kamu antara orang-orang yang dipenjarakan."
26:213. Maka janganlah kamu menyeru tuhan yang lain berserta Allah, supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang diazab.
27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."
27:60. Atau, siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan menurunkan untuk kamu dari langit, air; dan Kami menumbuhkan dengannya taman-taman yang dipenuhi keindahan, yang pohon-pohonnya kamu tidak dapat menumbuhkan? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang menyetarakan-Nya.
27:61. Atau, siapakah yang membuatkan bumi sebuah tempat yang tetap, dan meletakkan sungai-sungai di celah-celahnya, dan mengadakan untuknya gunung-gunung, dan meletakkan satu pemisah di antara dua laut? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
27:62. Atau, siapakah yang menyahut orang yang dalam kesulitan apabila dia berseru kepada-Nya, dan menghilangkan kejahatan, dan melantik kamu untuk menjadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.
27:63. Atau, siapakah yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan mengutus angin yang membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka menyekutukan.
27:64. Atau, siapakah yang memulai ciptaan, kemudian mengembalikannya semula, dan memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah tuhan selain Allah? Katakanlah, "Kemukakanlah bukti kamu, jika kamu berkata benar?"
28:38. Dan Firaun berkata, "Wahai pembesar-pembesar, aku tidak mengetahui bahawa kamu ada tuhan selain daripada aku! Nyalakanlah api untukku, wahai Haman, pada tanah liat, dan buatkanlah untukku sebuah menara yang tinggi, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, kerana aku menyangka bahawa dia termasuk pendusta-pendusta."
28:70. Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
28:71. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah membuatkan malam berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang mendatangkan sinaran kepada kamu? Tidakkah kamu mendengar?"
28:72. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah membuatkan siang berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang mendatangkan kepada kamu malam untuk berehat padanya? Tidakkah kamu melihat?
28:88. Dan janganlah menyeru tuhan yang lain berserta Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala benda akan binasa, kecuali Wajah-Nya. Bagi-Nya Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
29:46. Janganlah berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara mereka yang membuat kezaliman; dan katakanlah, "Kami percaya kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu, dan kepada-Nya kami muslim."
35:3. Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu boleh berpaling?
36:23. Apa, adakah aku akan mengambil selain daripada Dia, tuhan-tuhan yang pengantaraannya, jika Yang Pemurah menghendaki kemudaratan untukku, tidak berguna bagiku sedikit pun, dan yang tidak menyelamatkan aku?
36:74. Namun begitu, mereka mengambil selain daripada Allah tuhan-tuhan supaya mereka ditolong.
37:4. Sesungguhnya Tuhan kamu Satu,
37:35. Kerana apabila dikatakan kepada mereka, "Tidak ada tuhan melainkan Allah", mereka menyombongkan diri.
37:36. Dan mereka berkata, "Apa, adakah kami akan meninggalkan tuhan-tuhan kami kerana seorang penyair yang dirasuk?"
37:86. Adakah yang dusta, tuhan-tuhan selain daripada Allah, yang kamu menghendaki?
37:91. Kemudian dia beralih kepada tuhan-tuhan mereka, dan berkata, "Apakah yang kamu makan?
38:5. Apa, adakah dia menjadikan tuhan-tuhan Satu Tuhan? Sesungguhnya ini sesuatu yang aneh."
38:6. Dan pembesar-pembesar mereka bertolak, "Jalanlah! Bersabarlah pada tuhan-tuhan kamu; ini sesuatu yang dikehendaki.
38:65. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang pemberi amaran. Tidak ada sesuatu tuhan melainkan Allah, Yang Satu, Yang Menakluki,
39:6. Dia mencipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia membuatkan pasangannya; dan Dia menurunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia mencipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?
40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat, Keras dalam pembalasan sewajar-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya kepulangan.
40:37. Tali-tali langit, dan melihat Tuhan Musa; kerana aku menyangka bahawa dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalangi daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.
40:62. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu, Pencipta segala sesuatu; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.
41:6. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah kepada-Nya, dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyekutukan,
43:45. Tanyalah orang-orang daripada rasul-rasul Kami yang Kami telah utus sebelum kamu: adakah Kami membuatkan, selain daripada Yang Pemurah, tuhan-tuhan untuk disembah?
43:58. Dan berkata, "Apa, adakah tuhan-tuhan kami yang lebih baik, atau dia?" Mereka tidak menyebutnya kepada kamu, kecuali untuk membantah; tidak, tetapi mereka adalah kaum yang suka bertengkar.
43:84. Dan Dia yang di langit Tuhan, dan di bumi Tuhan; Dia Yang Bijaksana, Yang Mengetahui.
44:8. Tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia menghidupkan dan mematikan; Pemelihara kamu dan Pemelihara bapa-bapa kamu yang dahulu.
45:23. Sudahkah kamu melihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan Allah menyesatkan dia atas satu pengetahuan, dan meletakkan satu penutup pada pendengarannya, dan hatinya, dan meletakkan satu penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan memberi petunjuk kepadanya selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?
46:22. Mereka berkata, "Adakah kamu datang untuk memalingkan kami daripada tuhan-tuhan kami? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu menjanjikan kami, jika sungguh kamu berkata benar."
46:28. Maka mengapa mereka tidak menolong mereka, yang mereka mengambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka telah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah kedustaan mereka, dan apa yang mereka mengada-adakan.
47:19. Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Allah mengetahui ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu.
50:26. Yang mengadakan berserta Allah tuhan yang lain; maka kamu berdua, lemparlah dia ke dalam azab yang keras."
51:51. Dan janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain; aku adalah seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.
52:43. Atau, adakah bagi mereka satu tuhan, selain daripada Allah? Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan!
59:22. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nampak; Dia Yang Pemurah, Yang Pengasih.
59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera, Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang Memiliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan!
64:13. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).
71:23. Dan mereka berkata, ‘Janganlah meninggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan meninggalkan Wadd, dan jangan juga Suwaa, Yaghut, Yakuq, dan jangan juga Nasr.’
73:9. Pemelihara Timur dan Barat; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka ambillah Dia sebagai Wakil.
114:3. Tuhan manusia,
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar Penemuan
Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman