Kalimat tujuh di dalam al-Qur'an
Daripada satu akar terbit tiga kalimat, iaitu sab'ah (tujuh), sab'un (tujuh puluh), dan ketiga sabu' yang maksudnya tiada kaitan dengan pertama dan kedua. Maksudnya ialah binatang buas yang terdapat pada ayat 5:3 - "Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas,..."
Ayat-ayat mengandungi dua kalimat tersebut disenaraikan di bawah:
(1) sab'ah
2:29. Dia yang menciptakan untuk kamu semua yang di bumi, kemudian Dia beranjak ke langit dan mendatarkannya tujuh langit; dan Dia mengetahui segala sesuatu.
2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.
2:261. Persamaan orang-orang yang menafkahkan (membelanjakan) harta mereka di jalan Allah seperti persamaan sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai bijirin. Pada tiap-tiap tangkai bijirin, ada seratus biji. Maka Allah menggandakan kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; Allah Merangkumi, Mengetahui.
3x12:43. Dan raja berkata, "Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi."
3x12:46. "Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus memakan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering; supaya aku kembali kepada manusia, supaya mereka mengetahui."
12:47. Berkata, "Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.
12:48. Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.
15:44. Baginya tujuh pintu, dan ke dalam tiap-tiap pintu, satu bahagian yang telah ditentukan daripada mereka."
15:87. Kami memberikan kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar.
17:44. Tujuh langit dan bumi dan sesiapa di dalamnya menyanjung-Nya; tiada sesuatu melainkan menyanjung dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak memahami sanjungan mereka. Sesungguhnya Dia adalah Penyantun, Pengampun.
18:22. Mereka akan berkata, "Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka." Dan mereka berkata, "Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka", dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, "Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka." Katakanlah, "Pemeliharaku sangat mengetahui bilangan mereka, dan tiada yang mengetahuinya, kecuali sedikit." Maka janganlah berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan janganlah menanyakan seseorang pun antara mereka satu keputusan.
23:17. Dan Kami menciptakan di atas kamu tujuh tarekat (jalan), dan Kami tidak lalai terhadap ciptaan.
23:86. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara tujuh langit, dan Pemelihara Arasy yang besar?"
31:27. Sekiranya semua pokok yang di bumi adalah pena-pena, dan laut - tujuh laut sesudah itu untuk mengisi semula - namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
41:12. Maka Dia menentukan mereka sebagai tujuh langit dalam dua hari, dan Dia mewahyukan perintahnya di tiap-tiap langit." Dan Kami menghiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan untuk menjaganya; itulah ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui.
65:12. Allah yang mencipta tujuh langit, dan daripada bumi yang serupa dengan mereka, di antara mereka Perintah turun, supaya kamu mengetahui bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa Allah meliputi segala sesuatu dalam pengetahuan.
67:3. Yang mencipta tujuh langit berlapis-lapis. Kamu tidak melihat pada ciptaan Yang Pemurah sebarang ketidaksempurnaan. Kembalikanlah pandangan kamu; adakah kamu melihat sebarang rekahan?
69:7. Dia memaksakan ke atas mereka tujuh malam dan lapan hari terus menerus, dan kamu melihat kaum ketika itu bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul batang pohon-pohon palma yang runtuh.
71:15. Tidakkah kamu merenungkan bagaimana Allah mencipta tujuh langit berlapis-lapis,
78:12. Dan Kami membinakan di atas kamu tujuh yang kuat,
(2) sab'un
7:155. Dan Musa memilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi mengambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.
9:80. Mintalah ampun bagi mereka, atau kamu tidak meminta ampun bagi mereka; jika kamu memintakan ampunan untuk mereka tujuh puluh kali pun, Allah tidak akan mengampuni mereka; itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada Allah, dan rasul-Nya. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.
69:32. Kemudian pada rantai tujuh puluh hasta panjangnya, selitkan dia!
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman