Kalimat ujian di dalam al-Qur'an
"Ujian" diterjemah daripada kalimat bala dan ibtala (daripada akar yang sama), imtahana, fitnah dan fatana. Fitnah dan fatana adalah daripada akar yang sama juga. Namun, kesemua kalimat tersebut tidak dapat diterjemahkan kepada uji atau ujian pada sesetengah ayat kerana konteks ayat-ayatnya.
bala dan ibtala:
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat bala atau ibtala adalah:
2:49. Dan apabila Kami menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun; mereka mengenakan kamu azab yang jahat, mereka mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
2:124. Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia menunaikannya. Dia berkata, "Sesungguhnya Aku membuat kamu seorang imam (ketua) bagi manusia." Berkatalah dia, "Dan daripada keturunanku?" Dia berkata, "Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang yang zalim."
2:155. Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
2:249. Dan apabila Thalut berangkat dengan tentera, dia berkata, "Allah menguji kamu dengan sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan sesiapa yang tidak merasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang menceduk seceduk dengan tangannya." Tetapi mereka meminum daripadanya, kecuali sedikit antara mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang percaya bersamanya, mereka berkata, "Kami tidak ada kekuatan pada hari ini terhadap Jalut dan tenteranya." Berkata orang-orang yang menyangka bahawa mereka akan menemui Allah, "Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah mengalahkan satu golongan yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."
3:152. Allah telah benar dalam janji-Nya kepada kamu, ketika kamu menghancurkan mereka dengan izin-Nya; sehingga kamu berkecut hati, dan berbalah dalam urusan, dan mengingkari, setelah Dia memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu menyukai. Antara kamu ada yang menghendaki dunia, dan antara kamu ada yang menghendaki akhirat. Kemudian Dia memalingkan kamu daripada mereka, supaya Dia menguji kamu; dan sesungguhnya Dia memaafkan kamu; dan Allah mempunyai pemberian kepada orang-orang mukmin (yang mempercayai).
3:154. Kemudian Dia menurunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah menyangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka menyembunyikan di dalam hati mereka apa yang mereka tidak menampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada.
3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.
4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu melihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka telah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu menyerahkan kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah menjadi penghitung.
5:48. Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan.
5:94. Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah menguji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu, dan tombak-tombak kamu capai, supaya Allah mengetahui siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa yang mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.
6:165. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan menaikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian yang lain, supaya Dia menguji kamu pada apa yang Dia memberikan kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam pembalasan sewajarnya; dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
7:141. Dan apabila Kami menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandar raya yang di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami menguji mereka kerana kefasiqan mereka.
7:168. Dan Kami memotong mereka kepada umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik), dan antara mereka, tidak sedemikian; dan Kami menguji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali.
8:17. Kamu tidak membunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka; dan apabila kamu membaling, bukanlah kamu yang membaling tetapi Allah yang membaling, supaya Dia mengurniakan orang-orang mukmin dengan kurniaan yang baik; sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
10:30. Di sana tiap-tiap jiwa akan menunjukkan apa yang telah didahulukan; dan mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka Yang Benar, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka mengada-adakan.
11:7. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
16:92. Dan janganlah menjadi seperti perempuan yang memutuskan benangnya, setelah ia ditenun dengan kuat, kepada serabut, dengan mengambil sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, kerana kamu umat yang lebih ramai daripada umat yang lain. Allah hanya menguji kamu dengannya; dan sungguh Dia akan memperjelaskan kepada kamu pada Hari Kiamat apa yang kamu padanya kamu memperselisihkan.
18:7. Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.
21:35. Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan.
23:30. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat, dan sesungguhnya Kami menguji.
27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."
33:11. Di situlah orang-orang yang mukmin diuji, dan digoncangkan dengan goncangan yang keras.
37:106. Ini benar-benarlah ujian yang nyata."
44:33. Dan memberikan mereka ayat-ayat yang di dalamnya ujian yang nyata.
47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang yang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah membunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah mengkehendaki, tentu Dia Sendiri akan menolong mereka; tetapi supaya Dia menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan menyesatkan amalan-amalan mereka.
47:31. Dan sungguh, Kami akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar, dan Kami akan menguji berita kamu.
67:2. Yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun,
68:17. Sesungguhnya Kami menguji mereka sebagaimana Kami menguji pemilik-pemilik kebun apabila mereka bersumpah bahawa mereka akan memetik pada waktu pagi,
76:2. Kami mencipta manusia daripada setitis mani, satu percampuran, mengujinya; dan Kami membuatkan dia mendengar, melihat.
86:9. Pada hari apabila rahsia-rahsia diuji,
89:15. Adapun manusia, apabila Pemeliharanya mengujinya, dan memuliakannya, dan merahmatinya, maka dia berkata, "Pemeliharaku memuliakan aku."
89:16. Tetapi apabila Dia mengujinya, dan menyempitkan rezekinya baginya, maka dia berkata, "Pemeliharaku menghina aku."
Dua ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat imtahana adalah:
49:3. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka di sisi rasul Allah, mereka itulah orang-orang yang hatinya Allah uji untuk takwa (takut kepada Tuhan); bagi mereka, keampunan dan upah yang besar.
60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat mengetahui keimanan mereka. Kemudian, jika kamu mengetahui bahawa mereka adalah wanita-wanita mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah menafkahkan (membelanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka, apabila kamu memberi mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan wanita-wanita yang tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu telah menafkahkan, dan biarlah mereka meminta apa yang mereka telah menafkahkan. Itulah putusan Allah; Dia menghakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
Terjemahan bagi kalimat "fitnah" berbeza menurut konteks ayat ia digunakan. Ayat-ayat berikut menunjukkan perbezaan itu seperti yang diterjemahkan dalam Bacaan.
2:102. Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak mengajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanyalah cubaan, janganlah kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh memecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat memudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari apa yang memudaratkan mereka, dan tidak bermanfaat kepada mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka menjual diri-diri mereka dengannya, jika mereka mengetahui.
2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram (Masjid Suci) sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya.
2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang yang zalim.
2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
3:7. Dia yang menurunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itulah ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang yang di dalam hati mereka menyimpang, mereka mengikuti yang mutasyabihat daripadanya untuk menginginkan pertikaian, dan menginginkan interpretasinya. Tiada yang mengetahui interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.
4:91. Kamu akan mendapati yang lain, yang menghendaki untuk aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak melemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka; terhadap mereka, Kami memberi kamu satu kuasa yang nyata.
5:41. Wahai rasul, janganlah mereka menyedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak mempercayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang mendengar yang bohong, yang mendengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dengan berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberikan, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah menghendaki untuk mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak menghendaki untuk membersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,
5:71. Dan mereka menyangka bahawa tidak akan menjadi cubaan; mereka menjadi buta, dan menjadi pekak. Kemudian Allah menerima taubat mereka; kemudian mereka menjadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka, menjadi pekak; dan Allah melihat apa yang mereka buat.
6:23. Kemudian tiadalah pertikaian mereka, melainkan mereka berkata, "Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang menyekutukan."
7:155. Dan Musa memilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi mengambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.
8:25. Dan takutilah satu cubaan yang tidak akan menimpa hanya orang-orang yang membuat kezaliman antara kamu; dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.
8:28. Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak-anak kamu adalah cubaan, dan sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar.
8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah melihat apa yang mereka buat.
8:73. Bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka adalah wali-wali satu sama lain. Jika kamu tidak buat ini, akan jadilah penganiayaan di bumi, dan kerosakan yang besar.9:47. Sekiranya mereka keluar bersama kamu, tentu mereka hanya menambahkan kamu dalam kerusuhan, dan berlari berulang-alik antara kamu, dengan mencari-cari untuk membangkitkan pertikaian antara kamu; dan antara kamu ada yang akan mendengarkan mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
9:48. Mereka telah pun mencari-cari akan pertikaian sebelumnya, dan mereka menterbalikkan urusan-urusan untuk kamu, sehingga datang yang benar, dan tampil perintah Allah, walaupun mereka tidak menyukainya.
9:49. Antara mereka ada orang yang berkata, "Izinkanlah aku, dan janganlah menggodaku." Tidakkah mereka telah jatuh ke dalam penganiayaan? Dan sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang yang tidak percaya.
10:85. Mereka berkata, "Kepada Allah kami mempercayakan. Pemelihara kami, janganlah Engkau membuat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim,
17:60. Dan apabila Kami berkata kepada kamu, "Sesungguhnya Pemelihara kamu meliputi manusia", dan Kami membuatkan visi yang Kami memperlihatkan kepada kamu, dan pokok yang laknat di dalam al-Qur'an, untuk menjadi hanya satu cubaan bagi manusia; dan Kami menakut-nakutkan mereka, tetapi ia hanya menambahkan mereka dalam kelampauan batas yang besar.
21:35. Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan.
21:111. Aku tidak mengetahui, boleh jadi ia adalah cubaan bagi kamu, dan satu kesenangan untuk satu waktu."
22:11. Dan antara manusia ada orang yang menyembah Allah di atas pinggir. Jika kebaikan menimpanya, dia tenteram padanya, tetapi jika penganiayaan menimpanya, dia berbalik di atas mukanya (sepenuhnya); dia rugi dunia dan akhirat; itu sebenarnya kerugian yang nyata.
22:53. Supaya Dia membuatkan, apa yang syaitan melemparkan, satu cubaan bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.
24:63. Janganlah membuatkan seruan rasul di kalangan kamu sendiri seperti seruan kamu antara satu sama lain. Allah mengetahui orang-orang antara kamu yang pergi meninggalkan dengan diam-diam; maka hendaklah orang-orang yang menentang perintah-Nya takut akan penganiayaan yang akan menimpa mereka, atau menimpa mereka azab yang pedih.
25:20. Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu para utusan melainkan bahawa mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami membuatkan sebahagian kamu menjadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, "Mahukah kamu bersabar?" Pemelihara kamu melihat.
29:10. Antara manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah", tetapi apabila dia disakiti kerana Allah, dia membuatkan penganiayaan manusia seperti ia azab Allah; kemudian jika pertolongan datang daripada Pemelihara kamu, mereka berkata, "Kami berserta kamu." Apa, tidakkah Allah sangat mengetahui apa yang di dalam dada semua alam?
33:14. Dan jika kemasukan dikenakan terhadap mereka dari segenap penjuru, dan kemudian, jika mereka diminta untuk membuat penganiayaan, tentu mereka melakukannya, dan tidak tinggal di dalamnya melainkan sebentar.
37:63. Kami membuatnya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang zalim.
39:49. Apabila penderitaan menyentuh manusia, dia berseru kepada Kami; kemudian, apabila Kami mengurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia berkata, "Aku diberinya hanya kerana satu pengetahuan." Tidak, ia adalah satu ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
51:14. "Rasalah cubaan kamu ini! Inilah apa yang kamu minta disegerakan."
54:27. Kami mengutus unta betina sebagai satu cubaan bagi mereka; maka berjaga-jagalah kamu terhadap mereka, dan bersabarlah.
60:5. Wahai Pemelihara kami, janganlah membuat kami satu ujian bagi orang-orang yang tidak percaya; dan ampunilah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”
64:15. Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar.
74:31. Kami melantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami membuatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang tidak percaya, supaya orang-orang yang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah menghendaki dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan tiada yang mengetahui tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan satu Peringatan bagi manusia.
Kalimat fatana juga mempunyai makna yang bukan sahaja uji atau ujian. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah:
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidaklah bersalah ke atas kamu untuk memendekkan solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
5:49. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanya untuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.
6:53. Begitulah Kami menguji sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain supaya mereka berkata, "Inikah orang-orang yang Allah berbudi baik kepada mereka antara kita?" Bukankah Allah sangat mengetahui orang-orang yang berterima kasih?
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai.
9:49. Antara mereka ada orang yang berkata, "Izinkanlah aku, dan janganlah menggodaku." Tidakkah mereka telah jatuh ke dalam penganiayaan? Dan sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang yang tidak percaya.
9:126. Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.
10:83. Maka tiada yang percaya kepada Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan menganiaya mereka; dan Firaun tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).
16:110. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu, bagi orang-orang yang berhijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang, dan bersabar, sesungguhnya Pemelihara kamu setelah itu, Pengampun, Pengasih.
17:73. Sungguh, mereka hampir-hampir menggoda kamu daripada apa yang Kami mewahyukan kamu, supaya kamu mengada-adakan terhadap Kami yang selain daripadanya, dan kemudian tentu mereka akan mengambil kamu sebagai sahabat.
20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku menunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia bergembira (berdingin mata), dan tidak bersedih. Kemudian kamu membunuh satu jiwa, dan Kami menyelamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami menguji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.
20:85. Berkatalah Dia, "Sungguh, Kami menguji kaum kamu sepeninggalan kamu, dan Samiri menyesatkan mereka."
20:90. Namun begitu, Harun sebelumnya telah berkata kepada mereka, "Wahai kaumku, kamu hanyalah diuji dengannya; sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Yang Pemurah; maka ikutlah aku, dan taatlah kepada perintahku."
20:131. Janganlah kamu memanjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami memberikan pasangan-pasangan antara mereka, untuk bersenang dengan bunga kehidupan dunia, supaya Kami menguji mereka dengannya; dan rezeki Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan lebih kekal.
27:47. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu, dan orang-orang yang bersama kamu." Berkata, "Ramalan kamu adalah di sisi Allah; tidak, tetapi kamu adalah kaum yang diuji."
29:2. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji?
29:3. Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, dan sungguh, Allah mengetahui orang-orang yang berkata benar, dan sungguh, Dia mengetahui pendusta-pendusta.
37:162. Tidaklah kamu memperdayakan sesuatu terhadap-Nya,
38:24. Berkata, "Sesungguhnya dia menzalimi kamu dengan meminta biri-biri betina kamu untuk menambahkan biri-biri betinanya; dan sesungguhnya, kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi) menyalahi satu sama lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan - dan mereka adalah sedikit!" Dan Daud menyangka bahawa Kami mengujinya; maka dia meminta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan.
38:34. Sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman, dan Kami melemparkan di atas takhtanya satu jasad; kemudian dia berkesesalan.
44:17. Kami telah pun sebelum mereka menguji kaum Firaun, dan seorang rasul yang mulia telah datang kepada mereka,
51:13. Pada hari mereka diuji di atas Api,
57:14. Mereka memanggil mereka, "Tidakkah kami bersama kamu?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kamu menganiayai diri-diri kamu sendiri, dan kamu menunggu-nunggu, dan kamu ragu-ragu, dan khayalan telah menipu kamu sehingga perintah Allah datang, dan penipu telah menipu kamu terhadap Allah.
68:6. Siapa antara kamu yang diuji.
72:17. Supaya Kami menguji mereka dengannya. Dan sesiapa yang berpaling daripada Peringatan Pemeliharanya, Dia mengasakkannya kepada azab yang keras.
85:10. Orang-orang yang menganiayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman