Kalimat ulama di dalam al-Qur'an
Perkataan ulama adalah kata jamak bagi adjektif alim yang bermakna yang mengetahui, berketahuan, berpengetahuan, berilmu, mahir, arif, terpelajar, bijaksana, atau kesarjanaan, dan al-Alim pula, bermakna Yang Mengetahui.Daripada sebanyak seratus enam puluh tiga perkataan alim dan ulama di dalam al-Qur'an hanya sepuluh sahaja digunakan sebagai adjektif untuk manusia. Yang lain, dan yang terbanyak, adalah untuk Allah.
Hanya yang diturunkan di sini adalah ayat-ayat yang mengandungi perkataan "alim" atau "ulama" yang berkaitan dengan mansuia sahaja. (Bagi maksud "ulama agama" sila rujuk kalimat habr di halaman lain)
7:109. Berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),
7:112. Untuk mendatangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."
10:79. Firaun berkata, "Datangkanlah kepadaku tiap-tiap ahli sihir yang alim (mahir)."
12:55. Berkata, "Lantiklah aku kepada perbendaharaan bumi ini; aku adalah penjaga yang alim (berpengetahuan)."
15:53. Mereka berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami memberi kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim."
26:34. Berkata kepada pembesar-pembesar di sekelilingnya, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),
26:37. Untuk mendatangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."
26:197. Tidakkah ia satu ayat (tanda) bagi mereka bahawa ulama Bani Israil mengetahuinya?
35:27. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menurunkan dari langit air, dan dengannya Kami mengeluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat.
35:28. Di antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun.
(ulama di sini bukanlah ulama agama tetapi ulama sekular)51:28. Kemudian dia berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Jangan takut!" Dan mereka memberinya berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim (bijak).
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman