Kalimat unta di dalam al-Qur'an
Perkataan unta diterjemah daripada empat kalimat al-Qur'an, iaitu:
Di samping itu, disampaikan lima kalimat lain yang bersangkutan dengan unta, seperti di bawah ini:
1. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan unta ialah:
6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia mengharamkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah mewasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia menyesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim."
88:17. Apa, tidakkah mereka merenungkan bagaimana unta diciptakan,
12:65. Dan apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka mendapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita menginginkan lagi? Barang-barang kita ini dikembalikan kepada kita, dan kita mendapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan menjaga saudara kita; kita akan mendapat tambahan sukatan seekor unta. Itulah sukatan yang mudah."
12:72. Mereka berkata, "Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan mendapat beban seekor unta; itu aku jamin."
7:40. Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan menyombongkan diri terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berdosa.
77:33. Seolah-olah ia unta-unta keemasan.
59:6. Dan apa sahaja rampasan perang yang Allah memberi rasul-Nya daripada mereka, terhadap apa yang kamu memacu yang bukan daripada kuda, dan bukan juga unta; tetapi Allah memberikan kuasa kepada rasul-rasul-Nya terhadap sesiapa yang Dia mengkehendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu.
2. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "unta betina" (naqah) adalah seperti berikut:
7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan menyentuhnya dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.
7:77. Maka mereka melukai unta betina, dan mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, dan mereka berkata, "Wahai Salleh, datangkanlah kepada kami apa yang kamu menjanjikan kami, jika kamu seorang utusan."
11:64. Wahai kaumku, ini ialah unta betina Allah, untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan janganlah menyentuhnya dengan kejahatan, supaya kamu tidak diambil oleh azab yang dekat."
17:59. Tiada yang menghalangi Kami daripada mengutuskan ayat-ayat melainkan bahawa orang-orang dahulu kala telah mendustakannya; dan Kami memberikan Tsamud unta betina, yang dapat dilihat, tetapi mereka menzaliminya. Dan Kami tidak mengutuskan ayat-ayat melainkan untuk menakut-nakutkan.
26:155. Berkata, "Ini seekor unta betina; baginya minuman, dan bagi kamu minuman, pada hari yang diketahui,
54:27. Kami mengutus unta betina sebagai satu cubaan bagi mereka; maka berjaga-jagalah kamu terhadap mereka, dan bersabarlah.
91:13. Kemudian rasul Allah berkata kepada mereka, "Unta betina Allah; biarkanlah ia minum!"
3. Terdapat hanya satu ayat yang mengandungi perkataan unta bunting ('ishar), iaitu,
81:4. Apabila unta-unta bunting ditinggalkan,
4. Dan satu ayat untuk "bulu unta, atau kambing" (awbar)
16:80. Dan Allah membuatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan membuatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu mendapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta atau kambing), dan daripada rambut mereka, perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu.
5. Dan satu juga bagi "unta yang kehausan" (him)
56:55. Dengan meminumnya seperti unta yang kehausan minum."
6. Dan akhirnya, terdapat tiga ayat yang mengandungi perkataan "kafilah (unta)" atau 'ir, seperti di bawah ini:
12:70. Kemudian, apabila dia menyiapkan untuk mereka persiapan mereka, dia meletakkan gelas minumannya ke dalam pundi saudaranya. Kemudian orang yang menyeru berseru, "Hai kafilah, kamu adalah pencuri-pencuri!"
12:82. Tanyalah bandar raya yang kami berada di dalamnya, dan kafilah yang kami datang bersama di sana; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar.'"
12:94. Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, "Sesungguhnya aku mendapati bau Yusuf, melainkan kamu menuduh aku nyanyuk."
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman