Kalimat zina di dalam al-Qur'an

 

 

 

Zina serta terbitannya diterjemah daripada dua kalimat berlainan akar. Mereka dan ayat-ayat yang mengandunginya adalah seperti berikut:

 

 

(1) Zana

 

17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.

 

24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.

 

24:3. Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.

 

25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.

 

60:12. Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak melakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak mendatangkan umpatan yang mereka mengada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga mengingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

 

 


(2) Safaha

 


4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Demikianlah Allah mengkitabkan (menetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, berilah mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidaklah bersalah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling mempersetujukan dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

 

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.

 

5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman