Perihal Bahasa Inggeris
 



Sunday Star, April 7 2002, page 29

 

Bahasa Inggeris, seperti bahasa-bahasa lain, adalah ciptaan Allah. Firman-Nya:

"Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang tahu," (30:22).

Dewasa ini, bahasa Inggeris diakui sebagai bahasa ilmu. Ilmu yang dirangkuminya adalah bukan sahaja sekular tetapi juga keagamaan. Contohnya adalah seperti yang disematkan di ruangan Penemuan laman web ini.

Dalam sejarah penterjemahan al-Qur'an pula, dilaporkan tidak berapa lama dahulu, bahawa bahasa Inggeris mengatasi bahasa lain dalam bilangan terjemahan al-Qur'an, iaitu berjumlah lebih daripada 260 buah daripada hampir 2000 terjemahan al-Qur'an dalam semua bahasa dan loghat di dunia hari ini.

Kembali kepad keratan akhbar di atas. Kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan itu tentu bertujuan untuk meningkatkan ilmu di kalangan pelajar. Langkah ini harus disambut baik.

Andaikata kursus seperti itu dianjurkan untuk guru-guru demi peningkatan ilmu mereka, maka janganlah dilupakan guru-guru Pendidikan Agama Islam, agar pintu ilmu sesetengah mereka dapat dibuka luas untuk melihat serta memahami kebaikan, atau Rahmat Allah, yang berselerak di muka bumi ini.


Keratan Akhbar


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan  Penemuan
Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman