Tudung Kepala Dihentam Menteri Agama
|
|
||
|
|
TheStar, 30 Disember 2005, muka 36 |
|
Lain pula berita yang dibaca di negara kita. Seorang bekas menteri yang sama tugas, dalam wawancara dengan sebuah akhbar Melayu tempatan beberapa tahun lalu, ketika ditanya tentang kejayaannya yang paling besar semasa beliau memegang jawatan, telah menyebut hal pemakaian tudung kepala di kalangan kaum wanita Islam sebagai satu daripadanya.
Itu membuktikan bahawa kuasa politik mampu mempengaruhi fahaman agama rakyat untuk menuju ke jalan kebaikan mahupun kerosakan.
Ia juga mampu menukar budaya atau adat bangsa kepada budaya bangsa lain, misalnya budaya negeri-negeri Teluk Parsi dari segi pakaian, dan lain-lain.
Namun, kami tidak bermaksud bangsa harus menolaknya semata-mata untuk menuruti budaya Barat, terutamanya U.S, yang pada pandangan kami turut mengandungi nilai-nilai yang tidak sihat, seperti biadab (yang dilihat sedang diamal oleh sesetengah orang Islam di negara kita melalui kiriman e-mel mereka kepada kami), dan sumbang serta lucah.
Akan tetapi, kami hanya ingin mengingatkan pada ungkapan keramat warisan bangsa yang dirasakan tidak dipakai lagi hari ini, berbunyi "Biar mati anak, jangan mati adat", di mana adat sebenarnya bermaksud hukum-hukum kitab al-Qur'an.
Mungkin ungkapan tersebut menjadi azam yang paling baik untuk dilafaz dan dikotakan sempena menyambut tahun baru 2006.
Salamun alaikum!
1 Januari 2006
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Kalimat Pilihan Penemuan
Soalan Lazim Sudut Pelajar English ArticlesTulis kepada Pengurus Laman