Dilema Hubungan Jenis
![]()
DILEMA HUBUNGAN JENIS: Fatwa daripada seorang ulama Mesir yang menimbulkan perbalahan, iaitu mendakwa bahawa kebogelan semasa melakukan hubungan jenis akan mentaksahkan perkahwinan, telah menyebabkan perselisihan di kalangan cendekiawan Islam. Menurut hukum agama tersebut yang dikeluarkan oleh Rashad Hassan Khalil, bekas dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, "berada dalam keadaan telanjang bulat semasa sanggama memansuhkan ikatan perkahwinan". - AFPTheStar, 11 Januari 2006, muka 38
Berita mengenai hukum Islam yang sumbang itu sudah dipapar di muka dunia. Sangat memalukan kerana lahir daripada minda seorang sarjana, atau ulama, dari sebuah universiti Islam tertua lagi terkemuka di dunia.
Hukum tentang kebogelan dan pemansuhan perkahwinan tersebut tidak datang dari sisi Allah, tidak disuratkan di dalam al-Qur'an. Maka ia adalah hanya rekaan manusia yang ingin menjadi seperti Tuhan.
Mungkin sarjana Syariah yang mengeluarkan fatwa tersebut memikirkan Tuhan mempunyai sifat seperti manusia. Kerana hubungan kelamin yang dilakukan oleh pasangan suami isteri tidak harus disaksikan oleh sesiapa jua, kecuali Allah. (Daripada-Nya tiada satu pun yang tersembunyi.) Lantas, jika pasangan tersebut memakai baju, jubah, atau berselimut dengan selimut besi pun, ketika melakukan hubungan tersebut, Allah tetap akan mengetahui tiap-tiap inci tubuh badan mereka.
Selanjutnya, keadaan tanpa pakaian, yang tidak disebut sebagai larangan oleh Allah, dan yang mampu mengaruskan suami isteri mencapai kesempurnaan dalam cinta dan kasih sayang, demi kebahagiaan hidup berpasangan, dijadikan sebab untuk memisahkan mereka pula!
Macam syaitan yang satu daripada kegiatannya ialah menceraikan pasangan suami isteri.
Namun, sesetengah orang Islam akan mentaatinya jua. Lantaran itu, mereka tidak akan dapat nikmat dunia, dan tidak juga dapat nikmat akhirat. Demikian misal kerugian akibat menuruti hukum agama ciptaan para sarjana, atau ulama, dengan membabi buta.
14 Januari 2006Artikel berkaitan:
Syariat Agama
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Kalimat Pilihan Penemuan
Soalan Lazim Sudut Pelajar English ArticlesTulis kepada Pengurus Laman