Karangan di bawah diterima daripada adik Nadia, berusia 14 tahun, dari Kuala Lumpur.


Paksaan di Sekolah

 

        Agama Islam adalah agama yang menyuruh pengikut-pengikutnya menggunakan otak. Islam juga agama yang jujur dan menyenangkan pengikutnya. Adakah Agama Islam yang saya pelajari di sekolah rasional? Saya rasa tidak.

        Setiap kali pelajaran Agama Islam, saya dipaksa memakai tudung. Saya rasa tidak selesa memakai tudung kerana panas lebih-lebih lagi keadaan cuaca di Malaysia. Ia akan menyebabkan peluh dan lama-lama akan berbau busuk. Di sekolah, saya selalu diejek dan dikutuk oleh pelajar lain kerana tidak memakai tudung. Sampai sekarang, saya sudah bosan dengan soalan, 'kenapa tak pakai tudung?'

        Apabila pukul 2.30 dan 5.00 petang, pelajar-pelajar Islam disuruh menunaikan solat Asar dan solat Zohor. Semasa guru sedang ajar, pelajar-pelajar melayu lain meminta keluar kelas untuk menunaikan solat Asar dan Zohor. Saya rasa itu tidak baik kerana ia akan merugikan pelajar dalam pelajaran. Saya perhatikan  setiap pelajar melayu yang keluar kelas  untuk kononnya menunaikan solat, tidak akan sembahyang. Memanglah mereka akan ke surau tetapi bukan untuk sembahyang tetapi untuk bermain.

        Setiap kali pelajaran Agama Islam, ustazah akan menyuruh kami sembahyang. Saya terpaksa menipu bahawa saya uzur dan tidak boleh sembahyang . Kadang-kala, saya akan bersembunyi di bilik wuduk dan saya kadang-kadang akan merayau-rayau di dalam kawasan sekolah untuk menghabiskan masa solat. Saya tahu ini adalah perkara yang tidak baik tetapi saya takut dimarahi atau digelar sebagai 'hipokrit'.

        Walaupun saya masih pelajar berusia 14 tahun, banyak perkara pernah berlaku di dalam kehidupan saya. Saya pernah dikutuk, dikata terus-terang kerana saya aneh dalam kaitan agama. Saya juga pernah terfikir bagaimana 20 tahun nanti saya akan berhadapan dengan orang Islam yang lain. Saya juga berharap agar perkara-perkara sebegini akan berhenti kerana ia menyusahkan saya.


Sudut Pelajar


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan  Keratan Akhbar
Penemuan
  Soalan Lazim  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman