Utusan Malaysia, 14 Julai 1995, muka 5
Satu lagi sebab yang disebut (untuk mengharamkan Bacaan) ialah penulis dikatakan antihadis. Hadis yang dimaksudkan itu adalah hadis-hadis yang diterima pakai oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Maka penulis boleh dikatakan antihadis ASWJ.
Hadis ASWJ pula didapati tidak mantap, selalu dipersoalkan, dan, di kalangan orang-orang Syiah, ia diperkecil-kecilkan. Untuk mengetahui kritikan golongan Syiah ke atas hadis ASWJ, sila layari laman web http://www.shia.org/.
Golongan Syiah adalah besar dan kuat. Mahukah ASWJ sekarang memanggil mereka dengan gelaran seperti orientalis, sesat, antihadis, zionist dan sebagainya?
Namun, Allah melarang amalan bergolongan dalam agama. Ayat-ayat yang di bawah adalah dipilih agar menjadi peringatan, amaran atau pelajaran bagi mereka yang bergolongan dalam agama. Ayat-ayat diturunkan menurut susunan kronologinya seperti tercatat di dalam al-Qur'an:
" ..... atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain.' Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka memahami," (6:65). Frasa "bencana satu sama lain" didapati amat tepat sekali kerana pergaduhan dan pembunuhan antara ASWJ dan Syiah berlaku dari semasa ke semasa pada hari ini, seperti di Pakistan.
"Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat" (6:159).
"Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka," (23:53), dan
"Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi mereka," (30:32).
Demikianlah beberapa bunyi larangan daripada Tuhan (yang mudah difahami) mengenai golongan-golongan dalam agama. Ayat 6:159 pula menyatakan bahawa Nabi tiada kena-mengena langsung dengan orang-orang yang bergolongan atau bermazhab dalam agama.
Akhir kata, sekiranya hadis (Sunni atau Syiah) tidak wujud, maka tidaklah ada mazhab-mazhab, lalu hilanglah permusuhan dan kebanggaan yang tidak sah, untuk umat hidup bersatu dan damai di bawah payung sebuah buku yang bernama al-Qur'an (atau The Reading dalam bahasa Inggeris, dan Bacaan dalam bahasa Melayu).
Sila baca:
Anti Hadis
Halaman Utama Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman