Ikhlas
Seorang pengunjung telah menulis untuk memberi pendapat tentang kiriman adik Nadia, Paksaan di Sekolah, di ruangan Sudut Pelajar. Adik Nadia telah dihubungi dan dia telah menjawab untuk memberi penjelasan. Penjelasannya diturunkan di sini, selepas diturunkan e-mail pelayar tersebut, yang tercatat seperti di bawah ini:
From: "syahmi ramzi" <babat_86@yahoo.com>
Subject: assalamualaikum wt wb....
Date: Friday, December 06, 2002 3:48 AM
saya ingin memberi pendapat tentang kiriman saudari nadia...
sememangnya pelajaran agama islam yg diajarkankepda pelajar-pelajar sekolah harian tidak merangkumi skop yg meluas.Tidak seperti pelajar-pelajar aliran agama yg mempelajari agama islam dgn lebih mendalam..
Dalam pemakaian tudung,pelajar islam diwajibkan memakai tudung. Walaubagaimana pun ada sesetangah pendapat mengatakan bahawa itu terpulang kepada mereka sama ada untuk memakai atau tidak dgn alasan,islam bukan agama paksaan..Namun begitu..alasan itu digunakan untuk org kafir sama ada hendak memelk islam atau tidak... Bagi adik nadia..rakan-rakannya bukan berniat untuk mengejek tetapi untuk memberi teguran secara baik..kenapa alasan panas dan berpeluh dijadikan alasan?Sedangkan kaum muslimin mekah memakai jubah.namun mereka tidak merungut....
Dalam masalah ustazah menyuruh sembahyang itu,nadia boleh tidak sembahyang kerana uzur..kenapa nadia tidak menggunakan akal fikiran dlm membuat sesuatu tindakan..ustazah tersebut perempuan.. beliau mengetahui masalah yg dihapi oleh permpuan...
Saya berharap agar nadia dapat mendalami ilmu agama sebaik-baiknya....kerana agama islam adalah agama yg mudah...saya berharap agar nadia bersabar dalam segala Qada' dan Qadar Allah..sesungguhnya Allah maha berkuasa<Tamat>
Yang berikut adalah jawapan adik Nadia:
Salamunalaikum,
Maafkan saya kerana memberi salam yang berbeza sedikit daripada salam saudara. Salam yang saya gunakan itu diajar oleh Tuhan di dalam Al-Quran. Saya dapati salam yang diajar Allah tidak diguna oleh pelajar-pelajar Islam aliran agama yang kononnya mempelajari agama dengan lebih mendalam. Saya tidak mahu menyoal kenapa saudara tidak mengikuti ajaran Tuhan, kerana bagi saya, anda berhak untuk membuat pilihan mengikuti ajaran Tuhan ataupun menolak ajaranNya. (Sila rujuk artikel Salamun alaikum. Terima kasih.)
Saudara mengatakan semua pelajar Islam wajib memakai tudung. Kemudiannya, saudara mengatakan terpulang kepada seseorang itu hendak memakainya (tudung) atau tidak. Di manakah pendirian saudara dalam subjek ini? Saya sudah tetap dengan pendirian bahawa saya tidak akan memakai tudung kerana Allah tidak menyuruh berbuat demikian. Tiada suruhan Allah di dalam Al-Quran mengenainya.
Sehubungan itu lagi (tudung), saya ingin bertanya "Adakah suruhan agama itu berbeza antara orang Islam dengan orang kafir?" Saudara menyebut macam ada perbezaan. Tapi Al-Quran menyebut yang sebaliknya.
Saya bertanya lagi "Adakah ajaran Islam di sekolah berbeza daripada ajaran Islam di dalam Al-Quran?" Saya tidak mendapati ajaran agama Islam di sekolah agama diajar oleh Tuhan di dalam kitab Al-Quran. Saya hairan, mengapakah ajaran Allah tidak diajar di sekolah agama?
Saudara juga mengatakan bahawa rakan-rakan saya bukannya berniat untuk mengejek saya tetapi untuk memberi teguran. Pada saya, saya tidak perlu diberi teguran atas sesuatu yang tidak wujud, kerana ini akan mengelirukan saya tentang maksud sebenar dalam memberi teguran.
Saudara ada berkata orang di Mekah tidak merungut dengan cara pemakaian mereka iaitu pakaian jubah. Saya rasa saudara sudah tahu bahawa orang di Mekah sudah memakai jubah sebelum zaman Islam lagi. Setelah Islam datang, itulah pakaian orang-orang yang memeluk Islam, dan juga Abu Lahab dan isterinya, dan orang-orang munafik di Mekah. Cubalah saudara jangan keliru antara budaya dengan agama. Sememangnya pakaian orang di Mekah itu adalah sesuai dengan iklimnya iaitu panas dan berdebu. (Sila rujuk Kekeliruan antara Budaya Arab dengan Ajaran Islam)
Mengenai sembahyang pula, sila rujuk artikel Solat menurut al-Qur'an. Bacalah, dan saudara akan memahami pendirian saya. Dan janganlah saudara mengatakan bahawa ajaran Allah itu tidak betul.
Saudara juga ada menyebut tentang Qada' dan Qadar (takdir). Adakah perkara buruk yang terjadi kepada kita semuanya sudah ditentukan oleh Allah? Kalau begitu, tidaklah adil kerana Dia menyediakan neraka untuk menghukum orang-orang kafir dan orang-orang yang tidak tunduk kepadaNya. Sila baca artikel Percaya kepada takdir dan saudara akan mengetahui mengapa saya tidak percaya kepada Qada' dan Qadar.
Terima kasih saya ucapkan atas teguran saudara. Saya tahu saudara ikhlas tetapi apa yang saudara katakan itu tidak begitu tepat. Saya dapati ramai pelajar cuba nasihatkan pelajar lain untuk menuju ke arah kebaikan tetapi mereka tidak tahu dengan lebih baik dan mendalam. Bagi saya, tiada yang lebih baik dan mendalam daripada Kitab Allah iaitu Al-Quran.
Saya sendiri sedang mengikuti ajaran Allah yang mudah dan juga pada saya, logik. Bolehkah saya mengajak saudara turuti untuk memperjuang ajaran Allah bersama-sama? Kerana kita berdua setuju bahawa Al-Quran itu telah dibawa dan dituruti oleh rasul kita.
Akhir sekali, maafkan saya jika saya menggunakan bahasa yang kasar terhadap saudara untuk menerangkan perkara yang sebenar-benarnya. Sekali lagi, saya meminta maaf jika mengganggu perasaan saudara. Sekian, terima kasih.
Salam,
NadiaTudung Kepala di ruangan lain laman web ini:
Artikel:
Wanita dalam Islam sebenar, di bawah tajuk Kesopanan
Pemerdeka Teragung, di bawah "atthiah"
Ajaran Islam daripada Bible
Hijab Issues in AustraliaE-Mail:
Tudung Kepala
Remaja hina jantina sendiri
Tudung Kepala - Kajian Lanjut
Tudung Kepala: wanita ditakut-takutkan
Rambut Wanita itu Cantik?Soalan Lazim:
Khumur (24:31) bukan Tudung KepalaKeratan Akhbar:
Kekeliruan antara Budaya Arab dengan Ajaran Islam
Tudung Kepala Mengundang Kemudaratan
Tudung Kepala Dihentam Menteri Agama
Terkini Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim English Articles