Mutasyabihat - satu pendapat

 

From: "simon"
Subject: 
Date: Saturday, March 01, 2003 8:08 PM

salam..
terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan shabas. saya ada beberapa soalan ingin bertanya.
pertama tentang ayat mutasyabihat contoh seperti alif lam dan min. apakah maksud ayat tersebut dalam pandangan saudara. 
saya berpendapat ianya seperti satu kejutan kepada kaum arab masa itu sebelum nabi memulakan. dalam kontex sekarang ni seperti kita menggunakan pembesar suara, kita akan mulakan dengan mengetuk pembesar suara itu atau akan batuk atau akan tiup. seperti beri salam untuk meminta perhatian. apa komen saudara?
pada saya al quran diturunkan pd manusia utk mengetahui isi kandungannya. jadi setiap ayat pasti ada makna. cuma diberi pada orang tertentu saja.

minta ulasan saudara

 

Salamun alaikum saudara. Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami dan atas ucap tahniah dan syabas.

Pendapat saudara mengenai ayat mutasyabihat seperti Alif Lam Mim sangat menarik. Buah fikiran saudara itu kami abadikan di sini.

Seterusnya, kami bersetuju dengan pandangan saudara bahawa setiap ayat al-Qur'an pasti ada makna, termasuk misalnya Alif Lam Mim. Pendirian kami yang berkenaan telah pun dijelaskan di ruangan E-Mail berjudul Berguru dan Mutasyabihat (kemaskini 1 Mac yang lalu).

Kami juga bersetuju iaitu makna bagi ayat-ayat mutasyabihat diberi kepada orang-orang tertentu sahaja. Orang-orang itu pula, pada hemat kami, adalah seperti para saintis, ahli ilmu falak, pakar matematik atau para ilmuan lain, dan bukan seperti mereka yang bertapa di gua atau yang dapat ilmu melalui mimpi, dan sebagainya. Kami berpandangan bahawa tidak ada kemistikan dalam ilmu pengetahuan al-Qur'an.

Tentu akan bangkit pertanyaan bagaimana Nabi Muhammad menjelaskan ayat Alif Lam Mim. Sebenarnya kami tidak tahu. Tapi, daripada kitab-kitab hadis, kami dapati bahawa baginda (kononnya) telah bersabda:

"Saya tidak mengatakan bahawa Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah satu huruf, Lam adalah satu huruf, dan Mim adalah satu huruf."

(Sila rujuk di sini untuk keterangan lanjut mengenai dua "hadis Nabi" atas perkara tersebut. Maaf, keterangannya dalam bahasa Inggeris pulak. Dan, sila betulkan terjemahan di atas kalau ada kesilapan padanya. Sayugia diingat iaitu daripada lima buah kitab hadis yang terbesar di dunia hanya MISHKAT AL-MASABIH sahaja yang mengandungi "penjelasan Nabi" kepada Alif Lam Mim.)

Demikianlah itulah sahaja ulasan kami. Terima kasih.

Salam.

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman