Golongan yang Sedikit

 

 

From: notootaksub
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: 1.2 Billion umat Islam
Date: Thursday, June 09, 2005 5:38 PM

Salamun alaikum,

Saudara, kali ini saya ingin memberi pendapat saya tentang persoalan "who are we against 1.2 billion people?". Setengah-setengah daripada kita kadang-kadang begitu khuatir atau risau dengan mereka yang ramai. Mungkin pada fikiran mengikut mereka yang majoriti akan membawa kesyurga.

Saya berpendapat kenyataan tersebut tidak semesti betul kerana terdapat begitu banyak contoh ayat Tuhan yang memberi peringatan kepada yang golongan yang ramai berkenaan golongan yang sedikit, Berikut adalah diantaranya:

2:83. Dan apabila Kami mengambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakanlah yang baik kepada manusia, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu memalingkan.

2:87. Dan Kami memberikan Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli dengan rasul-rasul, dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak menginginkan, kamu menyombongkan diri, dan sebahagian kamu mendustakan, dan sebahagian kamu bunuh?
2:88. Dan mereka berkata, "Hati kami tidak dikhatan." Tidak, tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan mereka; sedikit mereka yang mempercayai.

2:246. Tidakkah kamu merenungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "Bangkitkanlah untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang ditetapkan kepada mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit antara mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.

2:249. Dan apabila Thalut berangkat dengan tentera, dia berkata, "Allah menguji kamu dengan sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan sesiapa yang tidak merasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang menceduk seceduk dengan tangannya." Tetapi mereka meminum daripadanya, kecuali sedikit antara mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang percaya bersamanya, mereka berkata, "Kami tidak ada kekuatan pada hari ini terhadap Jalut dan tenteranya." Berkata orang-orang yang menyangka bahawa mereka akan menemui Allah, "Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah mengalahkan satu golongan yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."

4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", memutarbalikkan lidah mereka dan memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Awasilah kami", tentulah itu yang lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak mempercayai kecuali sedikit.

4:66. Tetapi, sekiranya Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka, "Bunuhlah diri-diri kamu", atau "Keluarlah dari tempat-tempat tinggal kamu", tentu mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit daripada mereka; dan jika mereka melakukan seperti apa yang mereka ditegurkan, tentu itu lebih baik bagi mereka, dan lebih kuat untuk meneguhkan mereka.

4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka menyiarkannya; dan jika mereka mengembalikannya kepada rasul, dan kepada orang-orang yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk menyelidikinya, tentu akan mengetahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sedikit.

Saya berharap contoh diatas dapat membuka fikiran minda kita iaitu jangan khuatir atau gelisah jika kita tergolong didalam yang sedikit itu.

Sekian. terima kasih.


Salamun alaikum,

Sesungguhnya kalau kita berada di kalangan golongan majoriti maka kita ada sesuatu yang harus dibimbangkan. Firman-Nya,

"Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan" (6:116), dan,

"Walaupun kamu sangat menginginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (mempercayai)" (12:103).


11 Jun 2005

Senarai pengirim E-Mail


Terkini   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman