1.2 bilion orang Islam
From: "Kunta Kinte" <kuda2a@yahoo.com>
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Tertarik
Date: Wednesday, January 12, 2005 10:03 AM
Salamun alaikum.
Saudara Pengarang,
Saya telah ditakdirkan melayari web saudara semasa mencari sesuatu kemuskilan agama. Saya tertarik dalam cara mana saudara dapat menyangkal dan memperbetulkan mana-mana yang tidak terdapat di dlm Al Quran. Umpamanya cerita mengenai Isra & Mikraj, Nabi Isa turun ke bumi, sembahyang tarawikh dan surah mengenai sembahyang Jumaat.
Bagi diri saya contohnya, sekiranya cerita2 tersebut tdk tercatit didlm Al Quran, saya tidak akan mempercayai. Tetapi yang menariknya, bagaimana istilah saudara 'who are we against the 1.2 billion people". Adakah kesemua org2 tersebut adalah jahil dan tidak tahu membezakan mana yang benar atau salah. Sia2 saja kalau belajar agama tinggi2 sehingga tdk dapat membezakan yg benar atau fitnah.
Bagi diri saya sekiranya perintah allah kita laksanakan dan mana-mana yang tidak disuruhnya di dalam Al quran sehingga tidak mendapat kemurkaannya, maka haruslah kita teruskan. Asalkan umat hidup aman dan mentaati perintah tuhan, adalah sebaik2nya daripada membuat sesuatu yang ditegahnya.
Sekian,
Tercari-cari
Salamun alaikum, saudara yang dihormati.
Semoga pertemuan saudara dengan web ini akan mendorong saudara untuk terus membaca dan mengkaji Kitab Allah yang dipercayai mengandungi jawapan-jawapan kepada perkara-perkara yang saudara cari dalam hal agama; di samping mentaati perintah Allah setelah menjumpainya di halaman-halaman Kitab, dan menjauhkan diri daripada amalan yang paling dimurkai Allah iaitu mempersekutukan-Nya.
Dengan berbuat demikian maka belenggu ajaran agama yang palsu yang telah membelenggu hamba-hamba-Nya dan roots mereka sejak kian lama akan terhurai. Lalu mereka tidak lagi memperhambakan diri kepada manusia tetapi hanya kepada Allah dan petunjuk-Nya.
Malah, memperhambakan diri kepada manusia yang mengambil upah mengajar agama ada risikonya (sila rujuk artikel Upah Mengajar Agama). Begitu juga dengan memperhambakan kepada mahagurunya, pun ada risiko (sila rujuk artikel Surat kepada Rektor U.I.A).
Seterusnya, kami tidak berpendapat bahawa manusia yang 1.2 bilion itu adalah jahil kerana ramai antara mereka yang berpelajaran, apatah lagi yang berpelajaran tinggi sehingga menjadi orang-orang profesional yang dihormati.
Sehubungan itu, Allah telah menjelaskan dengan benar mengenai kebanyakan manusia, termasuk mereka yang menggelar diri Islam. Segala penjelasan-Nya telah dimuatkan di dalam sebuah artikel berjudul Kebanyakan Manusia. Turut dikumpul adalah ayat-ayat al-Qur'an yang bersabit, iaitu mengenai penggunaan akal, di dalam artikel Otak dan akal perlu diguna.
Bilangan orang Islam yang ramai seperti yang disebut tadi mungkin telah dikurangkan sedikit setelah satu bencana alam melanda pada 26 Disember lalu, yang meregut lebih daripada 110,000 nyawa orang Islam di beberapa buah negara. Angka meningkat (43,000 menurut laporan PBB) akibat kejadian gempa bumi di sebuah negara Islam yang berlaku tidak lama sebelum tsunami, iaitu bencana alam tersebut. Harus dikira juga adalah orang-orang Islam yang terkorban dalam perang saudara di dua benua, dalam kebencian terhadap sesuatu bangsa, dalam politik, dan dalam perselisihan antara mazhab. Kesemua berjumlah beribu juga. Ada juga yang mengorbankan nyawa sendiri dan orang-orang Islam lain atas nama Islam. Bilangan mereka meningkat hari demi hari, dan mungkin sudah sampai ke angka ribu.
Hingga di situ sahaja. Terima kasih kepada saudara di atas yang telah meluangkan masa untuk menulis kepada kami sambil mendatangkan sesuatu yang menjadi renungan bersama.
Salam.
13 Januari 2005
Bacaan lanjut:
Golongan Yang Sedikit
Terkini Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles