Adam dicipta dewasa
dan menjadi Nabi? - Respon 2

 

 

From: notootaksub
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: Adam
Date: Wednesday, August 17, 2005 4:16 PM

Salamun alaikum,

Saya harus mengucapkan syabas kepada saudara kerana telah memberi hujah secara berhati-hati dan berlandaskan Al-Quran dan minda dan bukan mengikut perasaan.

Sesetengah pengkritik hanya mengkritik tanpa mampu mengeluarkan bukti atau asas yang kukuh, sebagaimana yang kita ketahui Al Quran itu adalah bukti segala-galanya.

29:35. Dan sesungguhnya Kami meninggalkan daripadanya satu ayat, bukti yang jelas, bagi kaum yang memahami

Misalnya mengenai perbincangan Adam. Sudah pasti ia sukar dibuktikan kecuali apa yang terdapat didalam Al quran.Kejadian tersebut yang mungkin berlaku ratusan tahun atau mungkin jutaan tahun sudah pasti impossible untuk dibuktikan didalam buku atau tulisan atau artifak dan sebagainya kecuali Al-QURAN

Apabila ini berlaku, maka ada soalan atau jawapan yang mengelirukan dan boleh menjuruskan kepada kesesatan. Seharusnya persoalan samada Adam itu dicipta dewasa atau bayi tidak timbul kerana jauh diluar pengetahuan kita. Syukur kepadaNya tuan dapat juga menjawab dengan hanya berlandaskan Al-Quran.

Sememangnya inilah yang dikehendaki oleh syaitan.Syaitan sentiasa ingin meneglirukan kita dan menyesatkan kita.Bukankah syaitan itu telah berjanji?:

7:16. Berkata, "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,

7:17. Kemudian aku datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka berterima kasih."

Sebagai kasih tuhan kepada hambaNya, Dia telah memperingatkan kita supaya jagan sampai terpedaya:

35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala

Pandangan saya, pilihan tuan memberi jawapan dengan merujuk kepada al-quran yang berdasarkan kajian dan pengetahuan tuan, minda yang dikurniakan serta petunjuk dariNya adalah tepat:

3:66. Inilah kamu, kamu berdebat mengenai pengetahuan yang ada pada kamu; mengapa pula kamu berdebat mengenai apa yang kamu tiada pengetahuan padanya? Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.

11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukanlah daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka janganlah kamu menanyai Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku menegurkan kamu supaya kamu jangan menjadi antara orang-orang yang bodoh."

17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Sekian. Terima kasih.


Salamun alaikum,

Terima kasih, terutamanya atas peringatan yang menghiasi halaman ini. Semoga kita semua dimanfaatkan dengannya.

Kepada Allah kita bersyukur.

18 Ogos 2005

Sila lihat:
Adam dicipta dewasa dan menjadi Nabi?
Adam dicipta dewasa dan menjadi Nabi? - Respon

Senarai pengirim E-Mail


Terkini   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman