Berita Utama Akhbar (3)
Respon Pembaca
From: "abdul khalid"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: harian metro
Date: Friday, January 20, 2006 10:05 PMSalaam,
Teruskan usaha saudara membebaskan Muslimin daripada fahaman kolot dan seterusnya mengajak mereka berfikir tentang ajaran agama Islam, dengan tidak hanya berserah bulat-bulat pada orang tertentu.
Sebuah tulisan di Harian Metro (17 Jan. 2006) oleh Ahmad Nazri Mohamad dan Mohd.Amin Jalil bertajuk " Laman Web Pesona Akidah " yang tersirat adalah ditujukan kepada saudara, oleh sebab adanya perkataan seperti Bacaan, www.* ****** , "tiada teks al-Quran, dan lain-lain lagi. Tulisan berat sebelah begini tidak mencerminkan tahap pemikiran yang adil dan berprofesional dalam kerja.
Salamun alaikum,
Terima kasih, Pak. Beliau dipanggil Pak kerana berstatus warga emas seperti penulis, tetapi beliau jauh lebih senior lagi. Pandangan beliau harus diambil berat oleh orang-orang yang bertanggungjawab menerbitkan berita tersebut.
Dan juga orang-orang yang berserah bulat-bulat pada orang-orang tertentu dalam agama, sehingga menjadi terbelenggu. Sehubungan itu diturunkan sebuah firman Tuhan berbunyi,
"Orang-orang yang mengikuti rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka mendapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada kemungkaran, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan membantunya dalam masa keperluan, dan menolongnya, dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya (al-Qur'an); merekalah orang-orang yang beruntung." (7:157)
Sekian, buat renungan kali ini.
<Sila baca Berita Utama Akhbar (1)
dan Berita Utama Akhbar (2). Terima kasih.>21 Januari 2006
Terkini Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles