Seruan kepada Haji dan Pentadbiran
From: rajamaca
Date: 2009/11/18
Subject: seruan haji
To: ebacaan114@gmail.com
Salam.
Semuga tuan di rahmati.Saya ada kemusykilan berkenaan Haji.Setelah amati ayat ayat ini22:27. Dan serulah manusia
kepada Haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas
tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang
dalam,
22:28. Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada
manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui
pada haiwan ternakan yang
Dia merezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya,
dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."Tuan,
Ayat di atas biasanya digunakan oleh para ulama sebagai dasar adanya perintah untuk melaksanakan ibadah haji ke Mekah dan di mana haji merupakan salah satu rukun Islam yg hanya mutlak atau tertaluk pada orang orang islam sahaja.
Pemahaman tersebut bagi saya tidak melandaskan seruan ayat 22:27.(pendapat saya) Ayat itu mengingat seruan haji ditujukan kepada umat manusia, tidak khusus hanya kepada orang-orang beriman/islam (berbeda dengan perintah puasa). Bererti suruhan tersebut juga berlaku kepada non-muslim selama mereka masih menjadi manusia.
Menarik lagi jika diperhatikan bahwa seruan tersebut adalah "BILHAJI" yg bererti "KEPADA HAJI". Sehingga menjadi "berserulah kepada manusia KEPADA HAJI".
Mohon Pencerahan
Salam.
Allah di Sanjung.
Salamun
alaikum,
Terima kasih atas kesudian menulis lagi kepada kami untuk menampilkan buah fikiran tentang Haji.
Kami setuju bahawa kawasan yang melibatkan Haji harus dibuka untuk semua manusia yang ingin menghormatinya berdasarkan sebuah lagi ayat berbunyi,
"Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami membuatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa yang menghendaki untuk tidak menghormatinya dengan kezaliman, Kami akan merasakan kepadanya azab yang pedih." (22:25)
Di samping itu kami berpendapat kawasan tersebut harus ditadbir oleh sebuah badan antarabangsa, supaya pengurusan menjadi terbuka kepada semua kaum dan pelbagai fahaman dalam Islam, tidak seperti sedia ada yang terhad kepada sesuatu kaum dan sesuatu fahaman sahaja.
Badan tersebut akan menjadi pusat penyebaran al-Qur'an, tempat diadakan perjanjian termasuk perjanjian dengan orang-orang yang menyekutukan, atau non-muslim, seperti disebut ayat 9:7, dan sebagainya. Pendek kata, ia menjadi umpama pusat Islam sedunia.
Kawasan dimaksudkan mungkin seperti ditunjuk di dalam peta berikut:
Perjalanan dilalui orang Haji dewasa ini

http://en.wikipedia.org/wiki/Hajj
Juga, tidak harus dilupakan ialah
ayat mengenai melarang orang-orang yang menyekutukan daripada mendekati Masjidil
Haram berbunyi,
"Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang menyekutukan adalah najis (kotor); maka janganlah membenarkan mereka mendekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan mencukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana." (9:28)
Itu agak sukar dilaksana tapi buat permulaan, sebagai contoh, ialah penutupan kawasan Jamraat yang pernah dilanda kemalangan. Maaf jika tersinggung.
Sekian, terima kasih.
Allah disanjung!
20 Nov 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles