Kalimat baca di dalam al-Qur'an
Perkataan baca dan terbitannya diterjemah daripada beberapa perkataan asal al-Qur'an, dan beberapa kata dasar, atau akar.
Daripada kata dasar pertama, iaitu yang menerbitkan juga kalimat Qur'an, adalah kalimat qara'a dan aqra'a. Ayat-ayatnya di Bahagian 1. Juga, daripada kata dasar itu, terbit kalimat quru', yang tidak bermaksud baca tetapi haid (perempuan) seperti pada ayat 2:228.
Daripada qara'a terbit kalimat-kalimat yaqra'u, iqra' dan quri'a, dan daripada aqra'a pula ialah yuqri'u.
Kata dasar kedua melahirkan kalimat tala yang daripadanya terbit yatlu, utlu, tuliya, yutla, tilawah, dan taliyat. Kesemuanya diterjemah kepada baca (Bahagian 2), melainkan pada ayat 91:2 di mana ia diterjemah kepada "mengikuti", menurut koteksnya.
Turut dimuatkan di halaman ini ialah kalimat yang berkait, iaitu tartil yang selalu disebut oleh sesetengah pihak. Kalimat tersebut adalah daripada akar yang lain, selain daripada yang telah sisebut di atas. Kata akarnya menerbitkan kalimat rattala yang menerbitkan tartil dan rattil. Ayat-ayat mereka (hanya 2 sahaja) dikumpul di Bahagian 3.
7:204. Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkanlah ia dan berdiamlah; supaya kamu dikasihani.
10:94. Maka, jika kamu dalam keraguan terhadap apa yang Kami menurunkan kepada kamu, tanyalah orang-orang yang membaca Kitab sebelum kamu. Yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
16:98. Apabila kamu membaca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
17:14. "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu."
17:45. Apabila kamu membaca al-Qur'an, Kami meletakkan antara kamu dan orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, satu tabir yang mengadang,
17:71. Pada hari Kami menyeru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa yang diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan membaca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
17:93. Atau, sehingga kamu mempunyai sebuah rumah daripada perhiasan emas, atau sehingga kamu naik ke langit; dan kami tidak akan mempercayai kenaikan kamu sehingga kamu menurunkan kepada kami sebuah kitab supaya kami membacanya." Katakanlah, "Pemeliharaku disanjung! Tidakkah aku hanya seorang manusia, seorang rasul?"
17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan.
26:199. Dan dia membacakannya kepada mereka, tentu mereka tidak akan mukmin (yang mempercayai) kepadanya.
69:19. Kemudian bagi orang yang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan berkata, “Mari, bacalah kitabku!
73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
75:18. Maka, apabila Kami membacanya, kamu ikutlah bacaannya.
84:21. Dan apabila al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka tidak sujud?
87:6. Kami akan membuat kamu membaca supaya tidak lupa,
96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,
96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia,
Bahagian 2:
(tala - yatlu, utlu, tuliya, yutla, tilawah, taliyat)2:44. Adakah kamu menyuruh manusia berlaku taat, dan melupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu membaca al-Kitab? Tidakkah kamu faham?
2:102. Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak mengajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanyalah cubaan, janganlah kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh memecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat memudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari apa yang memudaratkan mereka, dan tidak bermanfaat kepada mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka menjual diri-diri mereka dengannya, jika mereka mengetahui.
2:113. Orang-orang Yahudi berkata, "Orang-orang Kristian tiada sesuatu", dan orang-orang Kristian berkata, "Orang-orang Yahudi tiada sesuatu"; dan mereka membaca al-Kitab. Demikian juga orang-orang yang tidak mengetahui berkata, serupa dengan ucapan mereka. Allah akan menghakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.
2:121. Orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka mempercayainya; dan sesiapa yang tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi.
2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
2:151. Sebagaimana juga Kami mengutus di kalangan kamu, daripada kamu sendiri, seorang rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk menyucikan kamu, dan untuk mengajar kamu al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu.
2:252. Ini adalah ayat-ayat Allah Kami membacakan kamu dengan benar, dan sesungguhnya kamu adalah daripada para utusan.
3:58. Itu yang Kami membacakan kamu adalah daripada ayat-ayat, dan peringatan (zikir) yang bijaksana.
3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil mengharamkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, "Datangkanlah Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar."
3:101. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.
3:108. Ini adalah ayat-ayat Allah Kami membacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak menghendaki sebarang kezaliman bagi semua alam.
3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang membaca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan bersujud.
3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia membangkitkan antara mereka seorang rasul daripada mereka sendiri, untuk membacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan menyucikan mereka, dan mengajarkan mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.
4:127. Mereka meminta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindaskan, dan supaya kamu menegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternakan, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak menganggap bahawa binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa sahaja yang Dia mengkehendaki.
5:27. Dan kamu bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka mempersembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya menerima daripada orang-orang yang bertakwa.
6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu: bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
7:175. Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami telah memberikan ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia menjadi antara orang-orang yang bersalah.
8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia menambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka mempercayakan (tawakal),
8:31. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, mereka berkata, "Kami telah pun mendengar; jika kami mengkehendaki, tentu kami dapat berkata yang serupa dengan yang ini. Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."
10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
10:16. Katakanlah, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu aku tidak membacakannya kepada kamu, dan tidak juga Dia memberitahunya kepada kamu; aku telah tinggal bersama kamu sepanjang masa sebelumnya - tidakkah kamu memahami?"
10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu membaca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu membuat sebarang amalan, melainkan Kami adalah saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu melakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.
10:71. Dan bacakanlah kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku mempercayakan; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan janganlah memberi aku tangguh.
11:17. Dan bagaimanakah dengan orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya, dan seorang saksi daripada-Nya membacanya, dan sebelumnya ialah Kitab Musa untuk imam dan pengasihan? Mereka itu mempercayainya; tetapi sesiapa yang tidak percaya kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah Api. Maka janganlah kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak mempercayai.
13:30. Demikianlah Kami mengutus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku bertaubat."
17:107. Katakanlah, "Percayalah kepadanya, atau tidak mempercayai; orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,
18:27. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat menukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu mendapati tiada perlindungan.
18:83. Mereka menanyakan kamu mengenai Zul-Karnain (yang mempunyai dua tanduk). Katakanlah, "Aku akan membacakan kamu satu peringatan mengenainya."
19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah merahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami telah memberi petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.
19:73. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Yang manakah antara dua golongan yang lebih baik medannya, dan lebih baik dalam majlisnya?"
22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kekotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,
22:72. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu mengenali pada muka orang-orang yang tidak percaya akan penolakan (kemungkaran); hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami. Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada yang itu? Api - Allah menjanjikannya kepada orang-orang yang tidak percaya - satu kepulangan yang buruk!"
23:66. Ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepada kamu, tetapi di atas tumit-tumit kamu, kamu berundur,
23:105. "Apa, tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan kepada kamu, dan kamu mendustakannya?"
26:69. Dan bacakanlah kepada mereka berita Ibrahim.
27:92. Dan untuk membaca al-Qur'an. Maka sesiapa mendapat petunjuk, hanyalah mendapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran."
28:3. Kami membacakan kamu sesuatu daripada berita Musa dan Firaun dengan benar untuk kaum yang mempercayai.
28:45. Tetapi Kami menumbuhkan generasi-generasi, dan panjanglah umur mereka. Tidak juga kamu orang yang tinggal di kalangan penduduk Madyan, dengan membacakan mereka ayat-ayat Kami; tetapi Kami mengutus utusan-utusan.
28:53. Dan, apabila ia dibacakan kepada mereka, mereka berkata, "Kami percaya kepadanya; sesungguhnya ia adalah yang benar daripada Pemelihara kami. Sesungguhnya, sebelumnya kami telah muslim."
28:59. Namun begitu, Pemelihara kamu tidak memusnahkan bandar-bandar raya sehingga Dia membangkitkan di ibu kotanya seorang rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak memusnahkan bandar-bandar raya melainkan bahawa penduduknya zalim.
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukanlah solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingati Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui apa yang kamu mengerjakan.
29:48. Tidaklah sebelum ini kamu membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu.
29:51. Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami menurunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang mempercayai.
31:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombongkan diri, seakan-akan dia tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.
33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah adalah Halus, Menyedari.
34:43. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang menghendaki untuk menghalangi kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah"; dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan kedustaan yang diada-adakan." Dan orang-orang yang tidak percaya berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
35:29. Sesungguhnya orang-orang yang membaca Kitab Allah, dan melakukan solat, dan menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia,
37:3. Dan pembaca-pembaca Peringatan,
39:71. Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang yang tidak percaya."
45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?
45:8. Yang mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya, kemudian berterusan dalam penyombongan diri, seakan-akan dia tidak mendengarnya; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.
45:25. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, tiadalah alasan mereka melainkan mereka berkata, "Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar."
45:31. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, "Tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan kepada kamu, dan kamu menyombongkan diri, dan kamulah kaum yang berdosa?
46:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak percaya berkata pada yang benar ketika ia datang kepada mereka, "Ini adalah sihir yang nyata."
62:2. Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang rasul di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan menyucikan mereka, dan mengajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,
65:11. Seorang rasul dengan membacakan kamu ayat-ayat Allah yang menjelaskan, supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan dari kegelapan kepada cahaya. Sesiapa mempercayai Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Sesungguhnya Allah menyediakan baginya rezeki yang baik.
68:15. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berkata, “Dongeng orang-orang dahulu kala!”
83:13. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala!"
98:2. Seorang rasul daripada Allah, dengan membacakan naskhah-naskhah gulungan yang dibersihkan,
Bahagian 3:
(rattala - rattil, tartil)25:32. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" Begitulah, supaya Kami memperteguhkan hati kamu dengannya, dan Kami membacakannya dengan bacaan sebenar.
73:4. Atau menambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman