Kalimat bunuh di dalam al-Qur'an

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan bunuh dan kata terbitannya adalah:

 

2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."

2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan bersabar dengan makanan yang satu macam; mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang bumi menumbuhkan; herba hijaunya, dan mentimunnya, dan jagungnya, dan kekacangnya, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu menukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan mendapati di sana apa yang kamu menanyakan." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu ialah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu ialah kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.

2:72. Dan apabila kamu membunuh sesuatu jiwa, dan bertentangan di dalamnya, dan Allah mengeluarkan apa yang kamu menyembunyikan,

2:85. Kemudian kamu ini, kamu membunuh sesama sendiri dan mengusir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah dilarang. Adakah kamu mempercayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang berbuat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.

2:87. Dan Kami memberikan Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli dengan rasul-rasul, dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak menginginkan, kamu menyombongkan diri, dan sebahagian kamu mendustakan, dan sebahagian kamu bunuh?

2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah kepada apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Kami mempercayai apa yang diturunkan kepada kami", dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu membunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?"

2:154. Dan janganlah mengatakan terhadap orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, "Mereka sudah mati", bahkan mereka hidup, tetapi kamu tidak menyedari.

2:178. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita; tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.
(hukum bunuh ke atas pembunuh boleh diganti dengan bayaran)

2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram (Masjid Suci) sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya.
(bunuh dalam perang)

2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.
(penganiayaan [fitnah] lebih berat)

2:251. Dan mereka mengalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud membunuh Jalut; dan Allah memberinya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia mengajarnya apa yang Dia mengkehendaki. Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.

3:21. Orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.

3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu ialah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikian itu ialah kerana mereka melakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.

3:144. Muhammad tiadalah melainkan seorang rasul; rasul-rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan berbalik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang berbalik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan memudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan membalas orang-orang yang berterima kasih.

3:154. Kemudian Dia menurunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah menyangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka menyembunyikan di dalam hati mereka apa yang mereka tidak menampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada.

3:156. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menjadi seperti orang-orang yang tidak percaya, yang berkata kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di bumi, atau mereka dalam ekspedisi perang, "Sekiranya mereka bersama kita, tentu mereka tidak mati, dan tidak dibunuh," - supaya Allah membuatkan yang demikian itu suatu penyesalan di dalam hati mereka. Dan Allah menghidupkan, dan Dia mematikan; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

3:157. Jika kamu terbunuh, atau mati di jalan Allah, keampunan dan pengasihan daripada Allah adalah lebih baik daripada apa yang mereka mengumpulkan.

3:158. Sesungguhnya jika kamu mati, atau terbunuh, kepada Allah kamu dikumpulkan.

3:168. Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka dan mereka sendiri duduk, "Sekiranya mereka mentaati kita, tentu mereka tidak terbunuh." Katakanlah, "Maka tolaklah kematian itu daripada diri-diri kamu jika kamu berkata benar."

3:169. Janganlah menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah sebagai sudah mati, tetapi hidup di sisi Pemelihara mereka, diberi rezeki oleh-Nya.

3:181. Sesungguhnya Allah mendengar ucapan orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah fakir (memerlukan), dan kami kaya." Kami akan menulis apa yang mereka mengatakan, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan Kami berkata, "Rasalah azab yang membakar."

3:183. Orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah telah membuat perjanjian dengan kami supaya kami tidak mempercayai mana-mana rasul sehingga dia mendatangkan kepada kami satu qurban yang dimakan api." Katakanlah, "Rasul-rasul telah datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang kamu mengatakan. Mengapa pula kamu membunuh mereka jika kamu berkata benar?"

3:195. Dan Pemelihara mereka menyahuti mereka, "Aku tidak mensia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang berhijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang, dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan melepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan memasukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.

4:29. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan membunuh diri-diri kamu (sesama sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.

4:66. Tetapi, sekiranya Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka, "Bunuhlah diri-diri kamu", atau "Keluarlah dari tempat-tempat tinggal kamu", tentu mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit daripada mereka; dan jika mereka melakukan seperti apa yang mereka ditegurkan, tentu itu lebih baik bagi mereka, dan lebih kuat untuk meneguhkan mereka.

4:74. Maka hendaklah mereka berperang di jalan Allah, yang menjual kehidupan dunia dengan akhirat, dan sesiapa berperang di jalan Allah dan dibunuh, atau mereka mengalahkan, kelak Kami akan memberinya upah yang besar.

4:89. Mereka (orang munafik) beringinkan kamu menjadi tidak percaya, sebagaimana mereka tidak percaya, dan kemudian kamu menjadi sama dengan mereka; maka janganlah mengambil untuk kamu wali-wali (sahabat-sahabat) daripada mereka, sehingga mereka berhijrah di jalan Allah. Kemudian, jika mereka berpaling, ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan janganlah mengambil untuk kamu sesiapa daripada mereka sebagai wali atau penolong,
(bunuh dalam perang; lihat juga ayat yang menyusul)

4:91. Kamu akan mendapati yang lain, yang menghendaki untuk aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak melemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka; terhadap mereka, Kami memberi kamu satu kuasa yang nyata.

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(membunuh orang mukmin dengan tersilap)

4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatkannya, dan menyediakan bagi mereka azab yang besar.

4:155. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka, "Hati kami tidak dikhatan"; tidak, tetapi Allah telah menutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak mempercayai, kecuali sedikit.

4:157. Dan kerana ucapan mereka, "Kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah." Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali mengikuti sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.

5:27. Dan kamu bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka mempersembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya menerima daripada orang-orang yang bertakwa.

5:28. Sungguh, jika kamu menjulurkan tangan kamu kepadaku, untuk membunuhku, aku tidak akan menjulurkan tanganku kepada kamu untuk membunuh kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.

5:30. Kemudian jiwanya mendorongnya untuk membunuh saudaranya, dan dia membunuhnya, dan menjadi antara orang-orang yang rugi.

5:32. Oleh kerana itu, Kami menuliskan (menetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa membunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia telah membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia menghidupkan manusia kesemuanya. Rasul-rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.

5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.
(dalam perang)

5:70. Dan Kami telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami mengutus rasul-rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak menginginkan, segolongan mereka mendustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah memaafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa mengulanginya, Allah akan melepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.

6:137. Demikianlah sekutu-sekutu mereka menampakkan indah bagi kebanyakan orang yang menyekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka, dan untuk mengelirukan agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.
(adakah ajaran agama yang ketat ke atas perempuan misalnya, seperti mengharamkan pendidikan ke atas mereka, itu boleh dikatakan membunuh anak-anak?)

6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka mengharamkan apa yang Allah merezekikan mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak mendapat petunjuk yang benar.

6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu: bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.

7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan meninggalkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di bumi, dan meninggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"

7:141. Dan apabila Kami menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu melakukan untuk menggantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia melemparkan Papan, dan dia mengambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah membuatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim."

8:17. Kamu tidak membunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka; dan apabila kamu membaling, bukanlah kamu yang membaling tetapi Allah yang membaling, supaya Dia mengurniakan orang-orang mukmin dengan kurniaan yang baik; sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

8:30. Dan apabila orang-orang yang tidak percaya membuat tipu daya terhadap kamu, untuk menahan kamu, atau membunuh kamu, atau mengusir kamu, dan membuat tipu daya, dan Allah membuat tipu daya; dan Allah yang terbaik daripada pembuat-pembuat tipu daya.

8:67. Tidak patut bagi seseorang Nabi untuk mempunyai tawanan, sehingga dia membunuh beramai-ramai di bumi, kerana kamu menghendaki keuntungan dunia, dan Allah menghendaki akhirat; dan Allah Perkasa, Bijaksana.

9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(dalam perang)

9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan Al-Qur'an; dan siapakah yang lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli kamu yang kamu memperjualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.

12:9. Bunuhlah Yusuf, atau buanglah dia ke mana-mana bumi, supaya muka bapa kamu bebas kepada kamu, dan setelah itu kamu menjadi satu kaum yang salih."

12:10. Seorang daripada mereka berkata, "Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu melakukan."

17:31. Dan janganlah membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami memberi rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.

17:33. Dan janganlah membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil, Kami memberikan walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.
(jangan bunuh orang)

18:74. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia membunuhnya. Berkata, "Apa, adakah kamu membunuh satu jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat."

20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku menunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia bergembira (berdingin mata), dan tidak bersedih. Kemudian kamu membunuh satu jiwa, dan Kami menyelamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami menguji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.

22:58. Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan dibunuh, atau mati, Allah pasti akan memberi rezeki kepada mereka dengan rezeki yang baik; dan sesungguhnya Allah, Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.

25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.

26:14. Mereka juga ada satu kesalahan yang ada padaku, dan aku takut mereka akan membunuh aku."

28:9. Berkata isteri Firaun, "Dia akan menjadi satu pendingin mata (kegembiraan) bagiku dan bagi kamu. Janganlah membunuhnya; mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia sebagai anak." Dan mereka tidak menyedari.

28:19. Tetapi apabila dia hendak menyerang orang yang menjadi musuh kepada mereka berdua, orang itu berkata, "Wahai Musa, adakah kamu menghendaki untuk membunuh aku sebagaimana kamu membunuh satu jiwa kelmarin? Kamu hanya menghendaki untuk menjadi penindas di bumi; kamu tidak menghendaki untuk menjadi daripada orang-orang yang membetulkan."

28:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, "Wahai Musa, pembesar mereka sedang bermuafakat untuk membunuh kamu. Keluarlah kamu, aku termasuk penasihat-penasihat kamu."

28:33. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku telah membunuh satu jiwa daripada mereka, dan aku takut bahawa mereka akan membunuh aku.

29:24. Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Bunuhlah dia, atau bakarlah dia!" Kemudian Allah menyelamatkan dia daripada api; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.

33:16. Katakanlah, "Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit."

33:26. Dan Dia menurunkan orang-orang daripada ahli Kitab yang menyokong mereka dari kubu-kubu mereka, dan melemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka; sebahagian kamu bunuh, sebahagian kamu tawan.

33:61. Mereka dilaknat, dan di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan dibunuh, dibunuh.

40:25. Dan apabila dia mendatangkan kepada mereka yang benar daripada Kami, mereka berkata, "Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkanlah hidup perempuan-perempuan mereka." Tetapi muslihat orang-orang yang tidak percaya adalah dalam kesesatan.

40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku membunuh Musa, dan hendaklah dia berseru kepada Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan menukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."

40:28. Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang menyembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia mendatangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa yang dia menjanjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.
(ingin membunuh orang yang percaya kepada Allah)

47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang yang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah membunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah mengkehendaki, tentu Dia Sendiri akan menolong mereka; tetapi supaya Dia menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan menyesatkan amalan-amalan mereka.
(dalam perang)

60:12. Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak melakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak mendatangkan umpatan yang mereka mengada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga mengingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

81:9. Kerana kesalahan apakah dia dibunuh,

85:4. Dibunuh ialah Orang-Orang Lubang,

 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman