Kalimat faham di dalam al-Qur'an
Dua kalimat al-Qur'an diterjemahkan kepada "faham", iaitu "'aqala" dan "faqiha". Yang pertama diturunkan di sini sementara yang kedua di halaman Faham (2) yang menyusul.
Kalimat ‘aqala di dalam al-Qur'an bermakna (maaf, bahasa Inggeris digunakan di sini):
to be endowed with reason, be reasonable, have intelligence; to be in one’s senses, be conscious; to realise, to comprehend, understand; to make reasonable or sensible, bring to reason; be or become reasonable, sensible, rational, intelligent, judicious, prudent, wise; to comprehend, grasp
Sesetengah pihak menterjemahkan 'aqala kepada akal atau menggunakan akal atau common sense dalam bahasa Inggeris.
Oleh kerana terjemahan itu tidak begitu sesuai diguna untuk diseragamkan pada kesemua ayat yang mengandungi kalimat tersebut, maka di dalam Bacaan, ia diterjemahkan kepada faham. Dengan itu usaha penyelidikan terhadap kalimat tersebut dipercayai dapat berjalan dengan licin.
Ayat-ayat al-Qur'an yang didapati perkataan "faham" di dalamnya adalah seperti berikut:
2:44. Adakah kamu menyuruh manusia berlaku taat, dan melupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu membaca al-Kitab? Tidakkah kamu faham?
2:73. Maka Kami berkata, "Pukullah dia dengan sebahagiannya." Begitulah Allah menghidupkan orang-orang yang mati, dan Dia memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu faham.
2:75. Adakah kamu sangat menginginkan bahawa mereka akan mempercayai kamu, memandangkan ada segolongan daripada mereka yang mendengarkan perkataan (kalam) Allah, kemudian mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.
(menukar perkataan Allah setelah memahaminya)2:76. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya"; dan apabila mereka menyendiri kepada satu sama lain, mereka berkata, "Adakah kamu menceritakan kepada mereka apa yang Allah telah membukakan kepada kamu supaya mereka dengannya berdebat dengan kamu di sisi Pemelihara kamu? Tidakkah kamu faham?"
2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah menurunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia menaburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang memahami.
2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan mengikuti apa yang kami mendapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak memahami sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?
(enggan ikut apa yang Allah turunkan, tetapi mahu ikut bapa-bapa)2:171. Persamaan orang-orang yang tidak percaya seperti persamaan orang yang meneriak kepada apa yang tidak mendengar, kecuali satu panggilan dan seruan; pekak, bisu, buta - mereka tidak faham.
(persamaan orang yang tidak percaya pada apa yang Allah turunkan)2:242. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya bagi kamu supaya kamu faham.
3:65. Wahai ahli Kitab, mengapa kamu berdebat mengenai Ibrahim? Taurat tidak diturunkan dan tidak juga Injil melainkan selepas dia. Apa, tidakkah kamu faham?
3:118. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil sebagai sahabat karib kamu daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak menghancurkan kamu; mereka menginginkan untuk menderitakan kamu. Kebencian telah nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka menyembunyikan adalah lebih besar. Maka Kami memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu faham.
(apa yang di dalam dada adalah lebih jahat daripada apa yang diucapkan)5:58. Dan jika kamu memanggil kepada solat, mereka mengambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.
(mengenai solat)5:103. Allah tidak menentukan Bahirah, dan tidak juga Saaibah, dan tidak juga Wasilah, dan tidak juga Haam, tetapi orang-orang yang tidak percaya mengada-adakan dusta terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak memahami.
6:32. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?
6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu: bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
7:169. Dan menggantilah sesudah mereka pengganti-pengganti yang mewarisi Kitab, dengan mengambil keuntungan daripada dunia yang rendah ini, dan mereka berkata, "Kami akan diampunkan"; dan jika keuntungan yang serupa dengan itu datang kepada mereka, mereka akan mengambilnya. Bukankah perjanjian Kitab telah diambil daripada mereka, bahawa mereka tidak mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar? Dan mereka mempelajari apa yang di dalamnya, bahawa tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu faham?
8:22. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak memahami.
(seburuk-buruk haiwan)10:16. Katakanlah, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu aku tidak membacakannya kepada kamu, dan tidak juga Dia memberitahunya kepada kamu; aku telah tinggal bersama kamu sepanjang masa sebelumnya - tidakkah kamu memahami?"
10:42. Dan antara mereka ada yang mendengarkan kamu; apa, adakah kamu akan menjadikan orang yang pekak mendengar, walaupun mereka tidak memahami?
10:100. Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan kotoran ke atas orang-orang yang tidak memahami.
(kotoran ke atas orang yang tidak memahami)11:51. Wahai kaumku, aku tidak meminta upah kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Yang memulakan aku. Tidakkah kamu memahami?
(tidak meminta upah untuk menyampaikan agama Allah)12:2. Kami menurunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham.
(Qur'an bahasa Arab supaya difahami kandungannya)12:109. Kami tidak mengutus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang Kami mewahyukan mereka daripada penduduk yang tinggal di bandar-bandar raya. Tidakkah mereka mengembara di bumi? Tidakkah mereka melihat bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Sesungguhnya tempat kediaman akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?
13:4. Dan di bumi, terdapat kawasan-kawasan yang berjiran, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan ladang-ladang yang sudah disemai, dan palma-palma yang berpasang, dan palma-palma yang tunggal, diairi oleh air yang satu; dan Kami melebihkan sebahagian di atas sebahagian yang lain dalam hasilnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.
16:12. Dan Dia menundukkan untuk kamu malam dan siang, dan matahari, dan bulan; dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.
16:67. Dan daripada buah-buahan palma dan anggur, kamu mengambil daripadanya minuman yang memabukkan, dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memahami.
21:10. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan kamu; tidakkah kamu memahami?
(sebuah Kitab, iaitu al-Qur'an)21:67. Cis, kepada kamu, dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah! Tidakkah kamu faham?"
22:46. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi, supaya mereka ada hati untuk memahami dengannya, atau telinga untuk mendengar dengannya? Ia bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.
23:80. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan bagi-Nya pergantian malam dan siang; apa, tidakkah kamu memahami?
24:61. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu memiliki, atau sahabat kamu; tidak bersalah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah penghormatan kepada sesama kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.
25:44. Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.
(tidak dengar dan tidak menggunakan akal)26:28. Berkata, "Pemelihara Timur dan Barat, dan apa-apa di antara mereka, jika kamu memahami."
28:60. Apa sahaja benda yang kamu diberi adalah kesenangan kehidupan dunia dan perhiasannya; dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu faham?
29:35. Dan sesungguhnya Kami meninggalkan daripadanya (kisah Lut) satu ayat, bukti yang jelas, bagi kaum yang memahami.
29:43. Dan persamaan-persamaan itu Kami membuatkan untuk manusia, dan tiadalah yang memahaminya melainkan orang-orang yang tahu.
29:63. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang menurunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami.
30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan dari langit air, dan Dia menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.
30:28. Dia membuatkan untuk kamu persamaan daripada diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami merezekikan kamu, supaya kamu menjadi sama padanya, dengan kamu menakuti mereka seperti kamu takut pada sesama kamu sendiri? Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memahami.
36:62. Ia telah menyesatkan sebahagian besar antara kamu; tidakkah kamu memahami?
36:68. Dan kepada sesiapa yang Kami memberikan umur yang panjang, Kami melenturkan dia pada ciptaannya (tubuhnya); apa, tidakkah mereka memahami?
37:137. Dan kamu melalui mereka (kaum Lut) pada waktu pagi,
37:138. Dan pada waktu malam; tidakkah kamu memahami?39:43. Atau, adakah mereka mengambil pengantara-pengantara selain daripada Allah? Katakanlah, "Apa, walaupun mereka tidak berkuasa sesuatu pun, dan tidak memahami?"
40:67. Dia yang mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian Dia mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu menjadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan supaya kamu sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.
43:3. Sesungguhnya, Kami membuatnya sebuah Qur'an bahasa Arab supaya kamu faham.
(lagi mengenai Qur'an bahasa Arab)45:5. Dan pada pergantian malam dan siang, dan rezeki yang Allah menurunkan dari langit, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan perkisaran angin, adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.
49:4. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari belakang bilik-bilik, kebanyakan mereka tidak faham.
57:17. Ketahuilah bahawa Allah menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya Kami memperjelaskan bagi kamu ayat-ayat supaya kamu faham.
59:14. Mereka tidak akan memerangi kamu kesemuanya, kecuali di dalam bandar-bandar raya yang berkubu, atau dari belakang tembok-tembok. Keberanian mereka adalah sangat di kalangan mereka; kamu menyangka mereka sebagai satu kumpulan, tetapi hati mereka berlainan; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.
67:10. Dan mereka berkata, “Sekiranya kami mendengarkan, atau memahami, tentu kami tidak menjadi orang-orang Menyala.”
(penyesalan di akhirat kerana tidak mahu memahami dan mendengarkan ayat-ayat Allah)
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman