Kalimat faham (2) di dalam al-Qur'an

Kalimat al-Qur'an "faqiha" (to understand) diterjemahkan kepada "memahami". Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah:

 

4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah."Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak memahami sebarang hadis.

6:25. Dan antara mereka ada yang mendengarkan kamu, dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka, supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan jika mereka melihat sebarang ayat pun, mereka tidak mempercayainya, supaya apabila mereka datang kepada kamu, mereka membantah kamu. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

6:65. Katakanlah, "Dia berkuasa untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka memahami.

6:98. Dia yang menumbuhkan kamu daripada jiwa yang satu, dan kemudian sebuah tempat menginap, dan kemudian tempat simpanan. Kami telah menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

8:65. Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang yang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

9:81. Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang rasul Allah, dan tidak suka berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, "Jangan pergi dalam panas terik." Katakanlah, "Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka memahami."

9:87. Mereka sangat berpuas hati berada bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup diletakkan pada hati mereka, maka mereka tidak memahami.

9:127. Setiap kali sebuah surah diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, "Adakah seseorang melihat kamu?" Kemudian mereka berpaling. Allah memalingkan hati mereka kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

11:91. Mereka berkata, "Wahai Shuaib, kami tidak banyak memahami apa yang kamu mengatakan. Sesungguhnya kami melihat kamu lemah antara kami; tetapi, jika tidak kerana kumpulan kamu, tentu kami merejam kamu, dan kamu tidaklah kuat terhadap kami."

17:44. Tujuh langit dan bumi dan sesiapa di dalamnya menyanjung-Nya; tiada sesuatu melainkan menyanjung dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak memahami sanjungan mereka. Sesungguhnya Dia adalah Penyantun, Pengampun.

17:46. Dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.

18:57. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.

18:93. Sehingga apabila dia sampai di antara dua benteng, dia mendapati di bahagian sini mereka, satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.

20:28. Supaya mereka memahami ucapanku.

48:15. Orang-orang yang ditinggalkan akan berkata apabila kamu bertolak kepada rampasan perang, untuk mengambilnya, "Biarlah kami ikut kamu", dengan menghendaki untuk menukar perkataan-perkataan Allah. Katakanlah, "Kamu tidak akan ikut kami; begitulah Allah berkata sebelumnya." Kemudian mereka akan berkata, "Tidak, tetapi kamu dengki kepada kami." Tidak, tetapi mereka tidak memahami kecuali sedikit.

59:13. Sungguh, kamu lebih menggerunkan di dalam dada mereka daripada Allah; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

63:3. Itu adalah kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak memahami.

63:7. Merekalah orang-orang yang berkata, “Janganlah kamu menafkahkan kepada mereka yang dengan rasul Allah, sehingga mereka bersurai”; namun begitu, kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik tidak memahami.


Ke Faham (1)

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman