Kalimat Hadis di dalam al-Qur’an


Sebelum menyenaraikan kesemua ayat al-Qur’an yang mengandungi kalimat Hadis, sila rujuk kepada rencana Sepuluh Soalan di ruangan Artikel untuk mendapatkan penjelasan bagi maksud sebenar kalimat tersebut. Ia didapati dalam jawapan kepada soalan pertama. Terima kasih.


Ayat-ayat al-Qur’an mengandungi perkataan “hadis” yang berjumlah 28 kesemuanya adalah seperti di bawah ini:

 

4:42. Pada hari itu orang-orang tidak percaya, orang-orang yang ingkari Rasul, akan inginkan supaya bumi didatarkan dengan mereka; dan mereka tidak akan sembunyikan daripada Allah sesuatu hadis (kejadian).

4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan dapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah." Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak faham sebarang hadis (pembicaraan).

4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan kumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah lebih benar hadisnya daripada Allah?
- tiada hadis lebih benar daripada al-Qur'an

4:140. Dia turunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu dengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (bicara) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka." Allah akan kumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.

6:68. Apabila kamu lihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (bicara) yang lain; dan, jika syaitan jadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah mengingatkan bersama kaum yang zalim.

7:185. Tidakkah mereka renungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini (al-Qur’an), akan percayai?
- hadis selain al-Qur'an tidak dipercayai

12:6. Begitulah Pemelihara kamu memilih kamu, dan Dia mengajarkan kamu (Yusuf) interpretasi hadis (mimpi), dan Dia akan sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan ke atas keluarga Yaakub, sebagaimana Dia sempurnakan sebelum itu ke atas kedua bapa-bapa kamu, Ibrahim dan Ishak; sesungguhnya Pemelihara kamu Mengetahui, Bijaksana."

12:21. Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, "Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita ambil dia untuk anak sendiri." Maka Kami teguhkan Yusuf di bumi, dan supaya Kami mengajarnya interpretasi hadis (mimpi). Allah memenangi dalam urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.

12:101. Wahai Pemeliharaku, Engkau telah beri aku untuk memerintah, dan Engkau telah ajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih."

12:111. Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang empunya minda; ia bukanlah hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai.
- cerita Nabi Yusuf dan saudara-saudaranya

18:6. Boleh jadi, jika mereka tidak percayai hadis ini (al-Qur’an), kamu binasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka.
- Nabi kesedihan, binasakan diri sendiri bila orang tidak percaya al-Qur'an?

20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis (cerita) Musa?

23:44. Kemudian Kami utus Rasul-Rasul Kami berturut-turut. Setiap kali Rasulnya datang kepada satu umat, mereka dustakannya, maka Kami jadikan sebahagian mereka mengikuti sebahagian yang lain, dan Kami buat mereka hadis (buah tutur); maka nyahlah kaum yang tidak percayai!

31:6. Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.
- hadis untuk menyesatkan daripada jalan Allah

33:53. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis (percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.

34:19. Tetapi mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami"; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami buat mereka hadis, dan Kami hancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.

39:23. Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.
- al-Qur'an hadis paling baik

45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?
- hadis
selepas al-Qur'an tidak dipercayai

51:24. Sudahkah datang kepada kamu hadis tamu Ibrahim yang mulia?


52:33. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, tetapi mereka tidak percayai.
52:34. Kemudian hendaklah mereka datangkan satu hadis yang serupa dengannya, jika mereka berkata benar.

53:59. Maka adakah kamu berasa hairan dengan hadis ini,
53:60. Dan kamu ketawa, dan kamu tidak menangis,
-
al-Qur'an

56:81. Apa, adakah kamu anggap hadis ini rendah?
-
al-Qur'an

66:3. Dan apabila Nabi beritahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis (berita); dan kemudian, apabila dia (isteri) beritahukannya, dan Allah beritahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) beritahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia beritahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang beritahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”

68:44. Maka tinggalkanlah Aku bersama orang yang dustakan hadis ini! Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak tahu,

77:50. Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan percayai?
- hadis
sesudah al-Qur'an tidak dipercayai

79:15. Sudahkah datang kepada kamu hadis Musa?

85:17. Sudahkah datang kepada kamu hadis tentera-tentera,

88:1. Sudahkah datang kepada kamu hadis Yang Menutupi?

- adalah didapati bahawa tiada satu pun ayat Allah yang di dalamnya mengandungi frasa hadis nabi.


~ A Concordance of the Qur'an ms 514


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman