Kalimat kahwin di dalam al-Qur’an
Perkahwinan dan yang berkaitan dengannya diterjemah daripada beberapa
kalimat yang terbit daripada beberapa akar. Akar pertama
yang diturunkan di bawah menerbitkan kalimat-kalimat berikut:
Nakaha; Ankaha; Istankaha ~ to marry, marriage; to marry, to wed; to take in marriage
2:221. Janganlah mengahwini
perempuan-perempuan yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai; hamba
perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang menyekutukan,
walaupun dia menarik hati kamu. Dan janganlah mengahwini orang-orang
lelaki yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai. Hamba yang mukmin adalah
lebih baik daripada orang yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu.
Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah menyeru ke Taman, dan keampunan, dengan
izin-Nya, dan Dia memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka
ingat.
- hamba yang mukmin lebih baik
dikahwini...
2:230. Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak
halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain.
Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas
mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka
akan melakukan had-had Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi
kaum yang mengetahui.
-
kes "cina
buta"
2:232. Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, lalu mereka sampai tempoh mereka, jangan menghalangi mereka daripada mengahwini suami-suami mereka, apabila mereka telah saling mempersetujui antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang mempercayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.
2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu menawari, atau menyembunyikan di dalam diri kamu. Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu mengucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu memutuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun.
2:237. Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka berilah setengah daripada apa kamu telah menetapkan, kecuali jika mereka memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan takwa. Jangan melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat apa kamu buat.
4:3. Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan
berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah
perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi
jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa
yang tangan-tangan kanan kamu memiliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk
tidak membuat aniaya.
-
mengahwini anak yatim
perempuan; satu sahaja kalau takut tidak
boleh berlaku adil
4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu melihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka telah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu menyerahkan kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah menjadi penghitung.
4:22. Dan janganlah mengahwini
perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah mengahwini, kecuali apa
yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang
jahat.
- haram mengahwini bekas isteri bapa dan setrusnya
...
4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai
kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin,
maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki;
Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada
sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka,
dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan
perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia,
tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka
bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi
orang-orang antara kamu yang menakuti
penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika
kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.
- kemewahan untuk berkahwin
4:127. Mereka meminta satu keputusan kepada kamu
mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai mereka,
dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim
perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa yang dituliskan (ditetapkan)
untuk mereka, tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan kanak-kanak yang
ditindaskan, dan supaya kamu menegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa
sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
- mengahwini anak yatim
24:3. Lelaki yang berzina tidak mengahwini
kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan
yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau
lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang
mukmin.
- jodoh
24:32. Kahwinlah orang-orang yang tanpa teman hidup di kalangan kamu, dan hamba-hamba kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui.
24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu memiliki yang menginginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka; dan berilah mereka daripada harta Allah yang Dia memberikan kamu. Dan janganlah kamu memaksa hamba-hamba pemudi kamu untuk melakukan pelacuran, jika mereka menghendaki kesucian, kerana kamu mencari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.
24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
28:27. Berkata, "Aku menghendaki untuk
mengahwinkan kamu (Musa) dengan seorang daripada dua anak perempuanku
ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun. Jika kamu
menyempurnakan sepuluh, itu adalah daripada kamu; aku tidak menghendaki untuk
memberatkan kamu. Kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, termasuk
orang-orang yang salih."
- akad, mas kawin, hantaran
33:49. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu mengahwini perempuan-perempuan mukmin, dan kemudian menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, tiadalah tempoh bagi kamu untuk mengira terhadap mereka; maka buatlah peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang manis.
33:50. Wahai
Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu telah
memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada
rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa
saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa
saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah
bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya
kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk
kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin lain - Kami mengetahui apa yang
Kami menetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang
tangan-tangan kanan mereka memiliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu;
Allah adalah Pengampun, Pengasih.
- ada yang khas untuk Nabi sahaja
33:53. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diundang, maka masuklah; dan apabila kamu telah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis; itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu meminta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti rasul Allah, dan tiada juga untuk mengahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.
60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat mengetahui keimanan mereka. Kemudian, jika kamu mengetahui bahawa mereka adalah wanita-wanita mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah menafkahkan (membelanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka, apabila kamu memberi mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan wanita-wanita yang tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu telah menafkahkan, dan biarlah mereka meminta apa yang mereka telah menafkahkan. Itulah putusan Allah; Dia menghakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
- Concordance ms. 840
Akar kedua menerbitkan
empat kalimat yang antaranya tidak bermaksud perkahwinan, iaitu:
(i) Husun
~ fortress:
59:2. Dia yang mengeluarkan
dari tempat tinggal mereka, orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab,
pada pengumpulan yang pertama. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar,
dan mereka menyangka bahawa kubu-kubu mereka dapat mempertahankan mereka
terhadap Allah; kemudian Allah datang kepada mereka dari arah mereka tidak
jangkakan, dan Dia melemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka
sedang mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri, dan
tangan orang-orang mukmin; maka ambillah pelajaran, wahai orang-orang mempunyai
mata (penglihatan)!
(ii) Hassana ~ fortified:
59:14. Mereka tidak akan memerangi kamu kesemuanya, kecuali di dalam bandar-bandar raya yang berkubu, atau dari belakang tembok-tembok. Keberanian mereka adalah sangat di kalangan mereka; kamu menyangka mereka sebagai satu kumpulan, tetapi hati mereka berlainan; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.
(iii) Tahassana ~ chastity:
24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu memiliki yang menginginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka; dan berilah mereka daripada harta Allah yang Dia memberikan kamu. Dan jangan kamu memaksa hamba-hamba pemudi kamu untuk melakukan pelacuran, jika mereka menghendaki kesucian, kerana kamu mencari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.
Dan kalimat yang kebanyakannya diterjemah kepada perkataan bersabit perkahwinan ialah:
Ahsana ~ to guard, (the phrase allati ahsanat farjaha means "she who guarded her virginty" or "she who was chaste," a reference to the Virgin Mary); to be married, to be in wedlock; to fortify; keep in store; one who is in wedlock; who is wedded
4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu,
dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu
saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara
lelaki kamu dan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu,
dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan
anak-anak perempuan yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri
kamu yang kamu telah memasuki - tetapi jika kamu belum memasuki mereka, maka
tidaklah bersalah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada
pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang
telah lalu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.
4:24. Dan perempuan-perempuan
yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Demikianlah
Allah mengkitabkan (menetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang
demikian itu, adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam
ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan. Isteri-isteri yang kamu
bersenang-senang dengannya, berilah mereka upah mereka sebagai satu ketentuan;
dan tidaklah bersalah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling mempersetujukan
dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah adalah
Mengetahui, Bijaksana.
- kahwin vs zina
4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.
5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.
12:48. Kemudian sesudah itu, datang kepada
kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka,
semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.
- cerita Nabi Yusuf
21:80. Dan Kami mengajarnya membuat baju besi untuk kamu, untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri; maka adakah kamu bersyukur (berterima kasih)?
21:91. Dan dia (perempuan) yang menjaga
kemaluannya, maka Kami menghembuskan ke dalamnya Roh Kami, dan Kami membuat
dia dan anaknya satu ayat bagi semua alam.
- menjaga kemaluan atau menjaga kedaraan
24:4. Dan orang-orang yang membalingkan kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak mendatangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan jangan terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
24:23. Sesungguhnya orang-orang yang membalingkannya kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar.
66:12. Dan Mariam, puteri Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami menghembuskan ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan menjadi antara orang-orang yang patuh.
- Concordance ms. 559
Akar ketiga menerbitkan
dua kalimat. Pertama
nahl
yang bermaksud lebah (16:68), dan
kedua ialah yang berikut:
Nihlah ~ a spontaneous gift (usually in relation to dowry)
4:4. Dan berilah perempuan-perempuan mas
kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka
hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang
sihat.
- pemberian serupa itu juga dipanggil "upah"
- Concordance ms 835
Keempat
ialah akar yang turut menerbitkan dua kalimat. Pertama
sahara
(to melt, to dissolve) atau cair di dalam ayat
22:20, dan kedua kalimat berhubungan dengan
perkahwinan, diturunkan di bawah ini:
Sihr ~ kin by marriage
25:54. Dan Dia yang menciptakan daripada air, makhluk, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa.
- Concordance ms 1183
Dan
akar kelima, terakhir, menerbitkan dua juga kalimat. Kalimat pertama
zawj
yang diterjemah kepada pasangan, suami, isteri dan
sebagainya, terdapat di dalam bilangan ayat yang banyak, kira-kira 80
kesemuanya. Mungkin pada masa lain, di halaman lain, dan dengan izin Allah, ia
akan disenaraikan di laman web ini.
Kalimat kedua yang ada kaitan dengan perkahwinan ialah:
Zawwaja ~ to give in marriage, to espouse, to couple
33:37. Maka, apabila Zaid telah menyempurnakan apa
yang dia mengkehendaki daripadanya, maka Kami mengahwinkan kamu
(Muhammad) dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam
hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka telah menyempurnakan apa
yang mereka mengkehendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat.
- mengahwini bekas isteri anak
angkat
42:50. Atau Dia menjodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia membuat siapa Dia mengkehendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa.
44:54. Begitulah; dan Kami menjodohkan mereka dengan pengiring-pengiring yang bermata lebar,
52:20. Mereka bersandar di atas sofa-sofa yang berderet dalam barisan-barisan, dan Kami jodohkan mereka dengan pengiring-pengiring yang bermata lebar.
81:7. Apabila jiwa-jiwa dijodohkan,
- Concordance ms1331
Ditambah dua kalimat lagi iaitu:
Ayama (jamak kepada ayyim) ~ unmarried, spouseless (women)
24:32. Kahwinlah orang-orang yang tanpa teman hidup di kalangan kamu, dan
hamba-hamba kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah
akan memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi,
Mengetahui.
- orang-orang di situ adalah perempuan
- Concordance ms 203
Faridah ~ an ordinance, a settled portion; dowry, marriage portion
2:236. Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu menceraikan
perempuan-perempuan sedang kamu belum menyentuh mereka, dan tidak juga
menetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, buatlah
peruntukan untuk mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang
miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi
orang-orang berbuat baik.
- "bahagian" bermaksud pemberian dll.
2:237. Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka berilah setengah daripada apa kamu telah menetapkan, kecuali jika mereka memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan takwa. Jangan melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat apa kamu buat.
4:11. Allah mewasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa yang dia meninggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa yang dia meninggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia mewasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikianlah ketentuan Allah; sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Demikianlah Allah mengkitabkan (menetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, berilah mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidak bersalah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling mempersetujukan dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
- Concordance ms 433
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman