Kalimat pakaian di dalam al-Qur’an
Kalimat pakaian diterjemah daripada tiga kata akar yang menerbitkan beberapa perkataan seperti disenaraikan di bawah:
1. lam ba sin (libas, labus, labisa)
2. sa ya ba (tiyab)
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan-perkataan tersebut adalah:
2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.
7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai.
16:112. Allah membuat satu persamaan: sebuah bandar raya yang aman, tenteram, rezekinya datang kepadanya dengan senang dari tiap-tiap tempat, kemudian ia tidak percaya (kafir) akan rahmat-rahmat Allah; maka Allah merasakannya pakaian kelaparan dan ketakutan kerana apa yang mereka mengerjakan.
22:23. Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mutiara-mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah daripada sutera.
25:47. Dia yang membuatkan malam bagi kamu untuk menjadi pakaian, dan tidur untuk rehat, dan siang Dia membuatkan untuk kebangkitan.
35:33. Taman-Taman Adn yang mereka akan masuk ke dalamnya; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mutiara-mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah daripada sutera.
78:10. Dan Kami membuatkan malam untuk satu pakaian,
21:80. Dan Kami mengajarnya membuat baju besi untuk kamu, untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri; maka adakah kamu bersyukur (berterima kasih)?
16:14. Dia yang menundukkan untuk kamu laut, supaya kamu makan daripadanya daging yang segar, dan mengeluarkan daripadanya perhiasan-perhiasan untuk kamu pakai; dan supaya kamu melihat kapal-kapal membelahinya; dan supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu berterima kasih.
18:31. Mereka itu, bagi mereka Taman-Taman Adn yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mereka dipakaikan pakaian hijau daripada sutera dan broked, di dalamnya bersandar di atas sofa yang indah - betapa sangat baiknya ganjaran! Dan betapa baiknya tempat istirahat!
35:12. Tidaklah sama antara dua laut; yang ini enak, rasanya menggembirakan, lazat untuk diminum, dan yang ini masin, pahit. Namun begitu, daripada kedua-duanya, kamu makan daging yang segar, dan mengeluarkan darinya perhiasan-perhiasan yang kamu pakai; dan supaya kamu melihat kapal-kapal membelahinya, supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu bersyukur.
44:53. Memakai pakaian sutera dan broked, berada berhadapan muka.
11:5. Lihatlah, mereka menutup dada mereka untuk menyembunyikannya daripada-Nya; lihatlah, waktu mereka menyelimutkan diri mereka dengan pakaian mereka, Dia mengetahui apa yang mereka merahsiakan, dan apa yang mereka menyiarkan; sesungguhnya Dia mengetahui apa yang di dalam dada.
18:31. Mereka itu, bagi mereka Taman-Taman Adn yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mereka dipakaikan (pakaian) hijau daripada sutera dan broked, di dalamnya bersandar di atas sofa yang indah - betapa sangat baiknya ganjaran! Dan betapa baiknya tempat istirahat!
22:19. Inilah dua penyangkal yang bertengkar mengenai Pemelihara mereka. Bagi orang-orang yang tidak percaya, bagi mereka, pakaian-pakaian daripada api yang dipotongkan, dan dicurahkan ke atas kepala mereka, air yang mendidih,
24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
71:7. Dan setiap kali aku menyeru mereka supaya Engkau mengampuni mereka, mereka meletakkan jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombongkan diri, sesombong-sombongnya.
74:4. Dan pakaian kamu, bersihkanlah,
76:21. Bagi mereka adalah pakaian hijau daripada sutera, dan broked; mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang perak, dan Pemelihara mereka memberi mereka minum dengan minuman yang bersih.
2:259. Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandar raya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah menghidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah mematikannya seratus tahun, kemudian Dia membangkitkannya kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata, "Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia, "Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami membuat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan menyusunnya, dan kemudian mengelubunginya dengan daging." Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya mengetahui bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu."
4:5. Tetapi janganlah kamu memberikan orang-orang yang bodoh harta mereka yang Allah melantik kamu untuk mengurusnya; berilah rezeki untuk mereka, dan pakaian mereka daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
23:14. Kemudian Kami menciptakan daripada setitis mani, dadih darah; kemudian Kami menciptakan daripada dadih darah, seketul daging yang kecil; kemudian Kami menciptakan daripada seketul daging yang kecil, tulang; kemudian Kami mengelubungkan tulang dengan daging; kemudian Kami menumbuhkan dia sebagai ciptaan yang lain. Berkatnya Allah, pencipta yang paling baik!
2:233. Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebani melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat.
5:89. Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusannya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu memberikan keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itulah penebusan bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih.
Pakaian perhiasan adalah risy dalam bahasa Arab. Sila rujuk kalimat Perhiasan. Terima kasih.
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman