Kalimat rezeki di dalam al-Qur'an
Kalimat razaqa diterjemah kepada rezeki dalam Bacaan. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "rezeki" adalah seperti di bawah:
2:3. Yang mempercayai yang ghaib, dan melakukan solat, dan menafkahkan (membelanjakan) sebahagian daripada apa yang Kami merezekikan mereka,
(nafkah)2:22. Yang membuatkan bagi kamu bumi sebagai sofa, dan langit, bangunan, dan menurunkan dari langit, air; dengannya Dia mengeluarkan buah-buahan untuk rezeki kamu. Maka janganlah mengadakan rakan-rakan bagi Allah dengan mengetahuinya.
(buah-buahan)2:25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu"; bahawa mereka diberi yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka teman-teman hidup yang dibersihkan, dan di dalamnya, mereka tinggal selama-lamanya.
(di syurga)2:57. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.
(manna dan salwa)2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."
2:126. Dan apabila Ibrahim berkata, "Pemeliharaku, buatkanlah ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir antara mereka." Dia berkata, "Sesiapa yang tidak percaya Aku akan memberikan kesenangan sedikit, kemudian Aku akan memaksa dia kepada azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!"
(rezeki untuk semua, yang percaya dan tidak percaya)2:172. Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah.
(makan yang baik)2:212. Dinampakkan indah bagi orang-orang yang tidak percaya (kafir) ialah kehidupan dunia, dan mereka mengejek orang-orang yang percaya; tetapi orang-orang yang bertakwa adalah di atas mereka pada Hari Kiamat; dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.
(diejek kerana rezeki yang kurang?)2:233. Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebani melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk tidak menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat.
(bapa beri rezeki)2:254. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang yang tidak percaya - merekalah orang-orang yang zalim.
(nafkah)3:27. Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan."
3:37. Pemeliharanya menerima anaknya dengan penerimaan yang baik, dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia mendapati rezekinya. Dia berkata, "Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?" Dia berkata, "Daripada Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.
3:169. Janganlah menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah sebagai sudah mati, tetapi hidup di sisi Pemelihara mereka, diberi rezeki oleh-Nya.
(dibunuh jalan Allah)4:5. Tetapi janganlah kamu memberikan orang-orang yang bodoh harta mereka yang Allah melantik kamu untuk mengurusnya; berilah rezeki untuk mereka, dan pakaian mereka daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
(orang bodoh)4:8. Dan apabila pembahagian itu dihadiri sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, maka berilah rezeki untuk mereka daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
(harta pesaka)4:39. Apakah bagi mereka, sekiranya mereka percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan menafkahkan daripada apa yang Allah merezekikan mereka? Allah mengetahui mereka.
(nafkah)5:88. Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.
(makanan)5:114. Berkata Isa putera Mariam, "Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."
6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka mengharamkan apa yang Allah merezekikan mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak mendapat petunjuk yang benar.
(mengharamkan rezeki daripada Allah)6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk disembelih, makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
(binatang ternak)6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu: bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
(bunuh anak kerana kurang rezeki)7:32. Katakanlah, "Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang Dia mengeluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?" Katakanlah, "Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini." Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.
(jangan haramkan rezeki daripada perhiasan)7:50. Orang-orang Api memanggil orang-orang Taman, "Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah merezekikan kamu!" Mereka berkata, "Allah mengharamkan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya,
7:160. Dan Kami memotongkan mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami mewahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.
8:3. Orang-orang yang melakukan solat, dan menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami merezekikan mereka.
(nafkah)8:4. Mereka itulah sebenarnya orang-orang mukmin; bagi mereka darjat-darjat di sisi Pemelihara mereka, dan keampunan, dan rezeki yang mulia.
8:26. Dan ingatlah ketika kamu sedikit dan hina di bumi, dan takut-takut manusia akan menyambar kamu; tetapi Dia memberi kamu perlindungan dan Dia mengukuhkan kamu dengan pertolongan-Nya, dan merezekikan kamu dengan benda-benda yang baik, supaya kamu berterima kasih.
(ketika takut ditangkap)8:74. Dan orang-orang yang percaya, dan berhijrah, dan berjuang di jalan Allah, dan orang-orang yang memberi perlindungan, dan pertolongan, mereka itulah sebenarnya orang-orang mukmin, dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia.
10:31. Katakanlah, "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan siapakah yang mengarah urusan?" Mereka akan berkata, "Allah." Kemudian katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?"
(dari langit dan bumi)10:59. Katakanlah, "Adakah kamu memikirkan rezeki yang Allah menurunkan untuk kamu, dan kamu membuat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi izin kepada kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?"
(mengharamkan rezeki)10:93. Dan Kami menempatkan Bani Israil di sebuah penempatan yang sebenar, dan Kami merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik; maka mereka tidak berselisih sehingga pengetahuan datang kepada mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.
11:6. Tiada makhluk yang merayap di bumi melainkan atas Allah rezekinya, dan Dia mengetahui tempat menginapnya, dan tempat simpanannya, semuanya di dalam Kitab yang jelas.
(atas Allah)11:88. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia merezekikan aku dengan rezeki yang baik daripada-Nya; dan aku tidak menghendaki untuk menentang kamu pada apa yang aku melarang kamu; aku hanya menghendaki untuk memperbetulkan, sebarang yang aku boleh, dan pertolonganku hanyalah dengan Allah. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku berkesesalan.
12:37. Dia berkata, "Tiada makanan datang kepada kamu untuk rezeki kamu, melainkan sebelum ia datang kepada kamu, aku akan memberitahu kamu interpretasinya. Itu adalah daripada apa yang Pemeliharaku mengajarku. Aku telah meninggalkan anutan kaum yang tidak mempercayai Allah, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.
13:22. Orang-orang yang bersabar, dengan menginginkan Wajah Pemelihara mereka, melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang menolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad,
(nafkah)13:26. Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan dunia ini; dan kehidupan dunia ini, di samping akhirat, hanyalah kesenangan sementara.
(menjulur dan menyempitkan rezeki)14:31. Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan.
(nafkah)14:32. Allah yang mencipta langit dan bumi, dan menurunkan dari langit, air; dengannya Dia mengeluarkan buah-buahan untuk menjadi rezeki kamu. Dan Dia menundukkan untuk kamu kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintah-Nya; dan Dia menundukkan sungai-sungai untuk kamu.
(buah-buahan)14:37. Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
(buah-buahan)15:20. Di dalamnya membuatkan untuk kamu penghidupan, dan untuk mereka yang kamu tidak memberi rezeki.
16:56. Dan mereka membuatkan sebahagian daripada apa yang Kami merezekikan mereka kepada apa yang mereka tidak tahu. Demi Allah, kamu akan ditanya mengenai apa yang kamu mengada-adakan.
(membuat ....?)16:67. Dan daripada buah-buahan palma dan anggur, kamu mengambil daripadanya minuman yang memabukkan, dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memahami.
(jus)16:71. Dan Allah melebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan menyerahkan rezeki mereka kepada apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki supaya mereka menjadi sama. Apa, dan adakah mereka menyangkal rahmat Allah?
(rezeki lebih dan kurang)16:72. Allah membuatkan untuk kamu daripada diri-diri kamu isteri-isteri, dan Dia membuatkan untuk kamu daripada isteri-isteri kamu, anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia merezekikan kamu daripada benda-benda yang baik. Apa, adakah mereka mempercayai yang palsu, dan adakah mereka tidak percaya kepada rahmat Allah?
16:73. Dan mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak ada kuasa untuk memberi rezeki kepada mereka sedikit pun dari langit dan bumi, dan tidak boleh berbuat apa-apa?
(menyembah yang tidak beri rezeki)16:75. Allah membuat satu persamaan: seorang hamba yang dimiliki tuannya yang tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan orang yang Kami merezekikan daripada Kami Sendiri dengan rezeki yang baik, dan dia menafkahkan daripadanya secara rahsia dan terang-terangan. Adakah mereka sama? Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(persamaan)16:112. Allah membuat satu persamaan: sebuah bandar raya yang aman, tenteram, rezekinya datang kepadanya dengan senang dari tiap-tiap tempat, kemudian ia tidak percaya (kafir) akan rahmat-rahmat Allah; maka Allah merasakannya pakaian kelaparan dan ketakutan kerana apa yang mereka mengerjakan.
(pakaian kelaparan dan ketakutan)16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.
(makanan)17:30. Sesungguhnya Pemelihara kamu menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.
(menjulur dan menyempitkan)17:31. Dan janganlah membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami memberi rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.
(bunuh anak)17:70. Kami memuliakan Bani Adam dan membawa mereka di darat dan laut, dan merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan melebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.
(manusia dilebihkan dalam rezeki)18:19. Dan demikianlah Kami membangkitkan mereka supaya mereka saling bertanya antara mereka. Seorang daripada mereka berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Mereka berkata, "Kami tinggal selama sehari atau sebahagian hari." Mereka berkata, "Pemelihara kamu sangat mengetahui berapa lama kamu tinggal. Hantarlah salah seorang antara kamu dengan duit perak ini ke kota, dan hendaklah dia memerhatikan siapa antara mereka yang mempunyai makanan yang paling suci, dan mendatangkan kepada kamu rezeki darinya; hendaklah dia bersopan santun, dan janganlah memberitahu seorang pun mengenai kamu.
19:62. Di dalamnya, mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia, tetapi hanya, "Salam", dan di dalamnya, mereka mendapat rezeki mereka pada awal pagi dan petang.
(di syurga)20:81. "Makanlah benda-benda yang baik yang Kami merezekikan kamu, tetapi janganlah melampaui batas padanya, atau kemurkaan-Ku akan turun kepada kamu; dan sesiapa yang diturunkan kepadanya kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah dia.
(makanan - jangan melampaui batas)20:131. Janganlah kamu memanjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami memberikan pasangan-pasangan antara mereka, untuk bersenang dengan bunga kehidupan dunia, supaya Kami menguji mereka dengannya; dan rezeki Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan lebih kekal.
(jangan inginkan)20:132. Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan bersabarlah kamu padanya; Kami tidak meminta daripada kamu rezeki, tetapi Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu. Dan kesudahan adalah bagi orang yang bertakwa.
(minta rezeki dalam solat)22:28. Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."
(ternakan)22:34. Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,
22:35. Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan (disebut), hati mereka gementar, dan yang bersabar atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka.
(nafkah)22:50. Orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, bagi mereka, keampunan dan rezeki yang mulia.
22:58. Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan dibunuh, atau mati, Allah pasti akan memberi rezeki kepada mereka dengan rezeki yang baik; dan sesungguhnya Allah, Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.
23:72. Atau kamu meminta kepada mereka ufti? Ufti daripada Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.
24:26. Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka inilah yang terlepas daripada apa yang mereka mengatakan; bagi mereka, keampunan dan rezeki yang mulia.
24:38. Supaya Allah membalas mereka kerana pekerjaan mereka yang paling baik, dan menambahkan kepada mereka daripada pemberian-Nya; dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.
(sila rujuk 24:37)27:64. Atau, siapakah yang memulai ciptaan, kemudian mengembalikannya semula, dan memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah tuhan selain Allah? Katakanlah, "Kemukakanlah bukti kamu, jika kamu berkata benar?"
28:54. Mereka ini diberi upah mereka dua kali kerana mereka bersabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, dan menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami merezekikan mereka.
(sabar, tolak kejahatan dengan baik dan nafkah)28:57. Mereka berkata, "Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, kami akan disambar daripada bumi." Tidakkah Kami meneguhkan bagi mereka tempat suci yang aman di mana dikumpulkan segala sesuatu buah-buahan, sebagai rezeki daripada sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(buah-buahan)28:82. Dan pada waktu pagi, orang-orang yang menginginkan tempatnya kelmarin berkata, "Aduhai, Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Sekiranya Allah tidak berbudi baik kepada kami, tentu Dia membuatkan kami ditelan juga. Aduhai, orang-orang yang tidak percaya tidak beruntung!"
(yang ditelan itu adalah Karun)29:17. Kamu hanya menyembah, selain daripada Allah, berhala-berhala, dan kamu mencipta kedustaan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
(cari rezeki)29:60. Berapa banyaknya haiwan yang tidak membawa rezekinya sendiri, tetapi Allah memberi rezeki untuknya dan kamu! Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
(haiwan yang tidak bawa rezekinya)29:62. Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.
(menjulur dan menyempitkan)30:28. Dia membuatkan untuk kamu persamaan daripada diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami merezekikan kamu, supaya kamu menjadi sama padanya, dengan kamu menakuti mereka seperti kamu takut pada sesama kamu sendiri? Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memahami.
(persamaan)30:37. Tidakkah mereka melihat bahawa Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.
(menjulur dan menyempitkan)30:40. Allah ialah Dia yang mencipta kamu, kemudian Dia merezekikan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang membuat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan!
32:16. Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil mereka berseru kepada Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka.
(nafkah)33:31. Tetapi sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan rasul-Nya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Kami akan memberikan upahnya dua kali; Kami menyediakan untuknya rezeki yang mulia.
34:4. Supaya Dia membalas orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka, keampunan dan rezeki yang mulia.
(percaya dan buat kerja kebaikan)34:15. Bagi Sabak juga ada satu ayat di tempat-tempat tinggal mereka - dua kebun (jannah), satu di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri: "Makanlah daripada rezeki Pemelihara kamu, dan berterimakasihlah kepada-Nya; sebuah tanah (negeri) yang baik, dan Pemelihara yang Pengampun."
34:24. Katakanlah, "Siapakah yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata."
(langit dan bumi)34:36. Katakanlah, "Pemeliharaku menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya."
(menjulur dan menyempitkan)34:39. Katakanlah, "Pemeliharaku menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; dan apa sahaja benda yang kamu menafkahkan, Dia akan menggantinya. Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."
(nafkah diganti)35:3. Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu boleh berpaling?
(langit dan bumi)35:29. Sesungguhnya orang-orang yang membaca Kitab Allah, dan melakukan solat, dan menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia,
(nafkah)36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah telah merezekikan kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah menghendaki, Dia memberinya makan? Kamu hanyalah dalam kesesatan yang nyata!"
(enggan nafkah)37:41. Bagi mereka, rezeki yang diketahui,
(hamba yang tulus - ayat 40)38:54. Sesungguhnya ini adalah rezeki Kami yang tidak akan habis."
39:52. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.
(menjulur dan menyempitkan)40:13. Dia yang memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya, dan menurunkan kepada kamu dari langit, rezeki; namun begitu, tiada yang mengingati kecuali orang yang berkesesalan.
(dari langit)40:40. Sesiapa yang membuat kejahatan akan dibalas hanya dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa membuat satu kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk ke Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa perhitungan.
(di syurga)40:64. Allah yang membuatkan untuk kamu, bumi, sebuah tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu, dan membentuk kamu dengan baik, dan merezekikan kamu dengan benda-benda yang baik. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah, Pemelihara semua alam.
(bentuk dan rezeki yang baik)42:12. Bagi-Nya kepunyaan kunci-kunci langit dan bumi. Dia menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dia mengetahui segala sesuatu.
(menjulur dan menyempitkan)42:19. Allah Halus kepada hamba-hamba-Nya, dengan memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki. Dia Yang Kuat, Yang Perkasa.
42:27. Sekiranya Allah menjulurkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentu mereka menyalahi di bumi; tetapi Dia menurunkan menurut ukuran apa sahaja yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.
(menyalahi di bumi bila dapat lebih)42:38. Dan orang-orang yang menyahuti Pemelihara mereka, dan melakukan solat, dan urusan mereka adalah dengan perundingan antara mereka, dan mereka menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami merezekikan mereka,
(nafkah)45:5. Dan pada pergantian malam dan siang, dan rezeki yang Allah menurunkan dari langit, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan perkisaran angin, adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.
(dari langit)45:16. Sesungguhnya Kami telah memberikan Bani Israil al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, dan Kami merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan Kami melebihkan mereka di atas semua alam.
50:11. Rezeki untuk hamba-hamba, dan dengannya Kami menghidupkan tanah yang telah mati. Begitulah kekeluaran (kebangkitan).
(daripada kebun, tanaman biji-bijian, palman - lihat ayat 9 dan 10)51:22. Dan di langit rezeki kamu, dan apa yang kamu dijanjikan.
(di langit)51:57. Aku tidak menghendaki daripada mereka rezeki, dan tidak juga Aku menghendaki supaya mereka memberi Aku makan.
51:58. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Pemberi Rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan, Yang Teguh.
56:82. Adakah kamu membuatkan ia rezeki kamu untuk berdusta?
(orang yang cari makan dengan menipu?)62:11. Tetapi apabila mereka melihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka meninggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.
63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau menangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang yang salih (baik).”
(nafkah)65:3. Dan Dia memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa mempercayakan (tawakal) kepada Allah, Dia akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran bagi segala sesuatu.
(tidak dijangkakan)65:7. Hendaklah orang yang mempunyai keluasan menafkahkan menurut keluasannya. Bagi orang yang rezekinya disempitkan kepadanya, maka hendaklah dia menafkahkan daripada apa yang Allah memberinya. Allah tidak membebani sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Dia memberikannya. Sungguh, Allah akan membuatkan, setelah kesukaran, yang mudah.
(nafkah semasa senang dan susah)65:11. Seorang rasul dengan membacakan kamu ayat-ayat Allah yang menjelaskan, supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan dari kegelapan kepada cahaya. Sesiapa mempercayai Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Sesungguhnya Allah menyediakan baginya rezeki yang baik.
(di akhirat)67:15. Dia yang membuatkan bumi patuh untuk kamu; maka berjalanlah di lorong-lorongnya, dan makanlah daripada rezeki-Nya; kepada-Nya Kebangkitan.
(makan, jangan haramkan)67:21. Atau, siapakah ini, yang akan memberi rezeki untuk kamu jika Dia menahan rezeki-Nya? Tidak, tetapi mereka berterusan dalam penghinaan dan pelarian.
89:16. Tetapi apabila Dia mengujinya, dan menyempitkan rezekinya baginya, maka dia berkata, "Pemeliharaku menghina aku."
(apabila diuji)
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman