Kalimat sekutu di dalam al-Qur'an


Daripada kata akar Syin Ra Kaf terbit kalimat-kalimat yang membawa maksud sekutu dan yang berkaitan.


SYARIKA
- the act of associating, ascribing partners, partnership

31:13. Dan apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, "Wahai anakku, jangan sekutukan Allah; sekutukan Allah adalah kezaliman yang besar."

34:22. Katakanlah, "Serulah orang-orang kamu dakwa selain daripada Allah; mereka tidak miliki seberat atom pun di langit dan tidak juga di bumi; mereka tidak bersekutu dalam keduanya, dan tidak juga ada bagi-Nya daripada mereka sebarang penyokong."

35:13. ..... dan orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah, mereka tidak miliki sebanyak kulit sebutir biji kurma pun.
35:14. Jika kamu seru mereka, mereka tidak dengar seruan kamu, dan jika mereka dengar, mereka tidak sahut kamu; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak percayai akan persekutuan kamu. Tiada yang beritahu kamu seperti Yang menyedari.

35:40. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?" Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak janjikan satu sama lain melainkan tipuan.

46:4. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan apa yang kamu seru selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta daripada bumi; atau adakah mereka satu sekutu di langit? Datangkanlah kepadaku sebuah Kitab sebelum ini, atau bekas-bekas suatu pengetahuan, jika kamu berkata benar."

SYARIK - one who shares, an associate, a partner

4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu tinggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa mereka tinggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat mereka wasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa kamu tinggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa kamu tinggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat kamu wasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang yang mudaratkan; wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.

6:22. Dan pada hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu dakwakan?"

6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami cipta kamu pada kali pertama, dan kamu tinggalkan apa yang Kami kurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang yang kamu dakwa untuk jadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu dakwakan sudah sesat (hilang) daripada kamu."

6:100. Namun begitu, mereka adakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang cipta mereka.
(Jin dijadikan sekutu)


6:136. Mereka tentukan bagi Allah sebahagian daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia cipta, dengan berkata, "Ini untuk Allah" - demikian mereka dakwa - "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka putuskan!

6:137. Demikianlah sekutu-sekutu mereka nampakkan indah bagi kebanyakan orang yang sekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk binasakan mereka, dan untuk kelirukan agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
(orang agama)


6:139. Dan mereka berkata, "Apa di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada
isteri-isteri kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan balas mereka atas keterangan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.

6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.
6:163. Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintah, dan aku yang pertama muslim."

7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan!
(anak yang salih sebagai sekutu)

7:195. Apa, adakah mereka mempunyai kaki yang dengannya mereka berjalan, atau adakah mereka mempunyai tangan yang dengannya mereka pegang, atau adakah mereka mempunyai mata yang dengannya mereka lihat, atau adakah mereka mempunyai telinga yang dengannya mereka dengar? Katakanlah, "Serulah kamu kepada sekutu-sekutu kamu; kemudian lakukan muslihat kamu kepada aku, dan jangan beri aku tangguh.

10:28. Dan pada hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Pergilah ke tempat kamu, kamu dan sekutu-sekutu kamu!" Kemudian Kami pisahkan mereka, dan sekutu-sekutu mereka berkata, "Bukanlah kami yang kamu sembah,
(manusia sebagai sekutu)


10:34. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya?" Katakanlah, "Allah, Dia yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula. Bagaimanakah kamu dipalingkan?"

10:35. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang beri petunjuk pada yang benar?" Katakanlah, "Allah, Dia beri petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk diikuti - orang yang beri petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak beri petunjuk kecuali dia dapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu hakimkan?"
(orang yang disangka beri petunjuk)


10:66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; mereka ikut, yang menyeru sekutu-sekutu selain daripada Allah - mereka tidak ikut apa-apa, kecuali sangkaan, semata-mata dugaan.
(menyeru selain daripada Allah)

10:71. Dan bacakan kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku tawakal; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan jangan beri aku tangguh.

13:16. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah." Katakanlah, "Adakah kamu ambil untuk kamu yang lain selain daripada Dia sebagai wali (pelindung) kamu yang tidak berkuasa untuk manfaatkan atau mudaratkan diri-diri mereka sendiri?" Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang boleh lihat sama, atau adakah gelap dengan cahaya sama?" Atau, adakah mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu yang cipta seperti ciptaan-Nya supaya ciptaan itu serupa kepada mereka?" Katakanlah, "Allah Pencipta segala sesuatu, dan Dia Yang Satu, Yang Menakluki."
(ambil selain Allah sebagai pelindung)

13:33. Apa, Dia yang berdiri atas setiap jiwa dengan apa yang ia usahakan? Namun begitu, mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah, "Namakan mereka! Atau, adakah kamu akan beritahu-Nya apa yang Dia tidak tahu di bumi; atau dengan ucapan yang nyata?" Tidak, tetapi dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya, tipu daya mereka; dan mereka halang jalan Allah; dan sesiapa Allah sesatkan, tiadalah yang beri petunjuk kepadanya.

16:27. Kemudian pada Hari Kiamat, Dia aibkan mereka, dengan berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku, orang-orang yang kerana mereka kamu melawan?" Orang-orang diberi pengetahuan berkata, "Kerendahan hari ini, dan keburukan, adalah ke atas orang-orang tidak percaya,
(manusia)

16:86. Dan apabila orang-orang yang sekutukan melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami, yang kami seru selain daripada Engkau." Mereka lemparkan kembali kepada mereka ucapan, "Sesungguhnya kamu sebenarnya pendusta-pendusta."
(manusia yang diseru)

17:111. Dan katakan, "Segala puji bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri." Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.

18:52. Dan pada hari Dia berkata, "Panggillah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa"; kemudian mereka seru mereka, tetapi mereka tidak sahut mereka, dan Kami adakan tempat kebinasaan antara mereka.

25:2. Yang kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; Dia tidak ambil kepada-Nya seorang anak, Dia tidak ada sekutu dalam kerajaan; dan Dia cipta segala sesuatu, kemudian Dia tentukannya dengan satu penentuan.
(tiada sekutu dalam ke-raja-an)

28:62. Pada hari Dia panggil mereka, dan Dia berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa?"

28:64. Dikatakan, "Serulah sekutu-sekutu kamu!" Dan mereka menyerunya, tetapi mereka tidak sahut mereka, dan mereka lihat azab - sekiranya mereka dapat petunjuk!

28:74. Pada hari Dia panggil mereka, dan Dia berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa?"

30:13. Mereka tidak akan ada pengantara-pengantara di kalangan sekutu-sekutu mereka, dan mereka tidak percaya kepada sekutu-sekutu mereka.
(pengantara)

30:28. Dia buatkan untuk kamu persamaan daripada diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu miliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami rezekikan kamu, supaya kamu jadi sama padanya, dengan kamu takuti mereka seperti kamu takut pada diri-diri (sesama) kamu sendiri? Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang faham.

30:40. Allah ialah Dia yang cipta kamu, kemudian Dia rezekikan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang buat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

34:27. Katakanlah, "Perlihatkan kepadaku orang-orang yang kamu hubungkan dengan-Nya sebagai sekutu-sekutu! Tidak sekali-kali; bahkan Dia Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
(orang)

35:40. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?" Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak janjikan satu sama lain melainkan tipuan.

39:29. Allah buat satu persamaan: seorang lelaki yang sekutu-sekutu berselisih padanya, dan seorang lelaki yang kepunyaan penuh seorang lelaki. Adakah keduanya sama dalam persamaan? Segala puji bagi Allah! Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

41:47. Kepada-Nya dikembalikan pengetahuan mengenai Saat. Tiada satu buah-buahan keluar daripada kelopaknya, tiada perempuan yang mengandung dan tiada juga yang melahirkannya, melainkan dengan pengetahuan-Nya. Pada hari Dia panggil mereka, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku?" mereka berkata, "Kami nyatakan kepada Engkau bahawa tidak ada seorang saksi di kalangan kami."

42:21. Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang zalim, azab yang pedih.
(manusia yang mensyariatkan agama)

68:41. Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu? Maka hendaklah mereka datangkan sekutu-sekutu mereka, jika mereka berkata benar.


SYAKARA
- to share

17:64. Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak janjikan mereka kecuali tipuan.


ASYRAKA -
to make someone a partner or associate; (asyraka bi-Allah) to associate someone or something with God, to ascribe partners unto God, to be idolatrous; (alladhina asyraku) those who have associated with God, the idolaters, the polytheists; idolater, polytheist

2:96. Dan kamu dapati mereka, manusia yang paling inginkan kehidupan, dan daripada orang-orang yang sekutukan, ada seorang daripada mereka beringinkan bahawa dia diberi umur seribu tahun; namun begitu, dia dengan dipanjangkan umur, tidak akan menyingkirnya daripada azab. Allah lihat apa mereka buat.

3:151. Kami akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat sangat, sebab mereka sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa; tempat menginap mereka ialah Api; buruknya tempat tinggal orang-orang zalim!
(ketakutan)

3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan dengar daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang sekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu sabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.
(gangguan)

5:82. Sungguh, kamu dapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang sekutukan; dan sungguh kamu dapati mereka yang paling dekat dalam kasih sayang terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian"; itu adalah kerana sebahagian mereka adalah paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak sombong.
(musuh paling keras)

6:22. Dan pada hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu dakwakan?"

6:81. Bagaimanakah aku boleh takut pada apa yang kamu sekutukan, sedang kamu tidak takut kamu sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kepada kamu sebarang kuasa? Manakah antara dua golongan yang lebih berhak dengan keamanan jika kamu tahu?"
(tidak takut pada sekutu)

6:88. Itu petunjuk Allah; Dia beri petunjuk dengannya kepada siapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang sekutukan, nescaya sia-sialah bagi mereka apa yang mereka telah buat.
(sia-sia)

6:107. Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak jadi orang-orang yang sekutukan; dan Kami tidak lantik kamu sebagai penjaga kepada mereka, dan kamu bukanlah wakil mereka.

6:148. Orang-orang yang sekutukan akan berkata, "Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak jadi orang-orang yang sekutukan, dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami haramkan sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka dustakan sehingga mereka rasakan bencana Kami. Katakanlah, "Adakah kamu sebarang pengetahuan untuk kamu keluarkan kepada kami? Kamu hanya ikut sangkaan, semata-mata dugaan."
(sekutu mengharamkan sesuatu)

7:173. Atau, supaya kamu tidak kata, "Bapa-bapa kami adalah orang-orang yang sekutukan dari dahulu, dan kami keturunan sesudah mereka. Apa, adakah Engkau akan musnahkan kami kerana perbuatan orang-orang yang ikut yang palsu?"

10:28. Dan pada hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Pergilah ke tempat kamu, kamu dan sekutu-sekutu kamu!" Kemudian Kami pisahkan mereka, dan sekutu-sekutu mereka berkata, "Bukanlah kami yang kamu sembah,

14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah janjikan kamu satu janji yang benar; dan aku janjikan kamu, kemudian aku mungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku seru kamu, dan kamu sahuti aku. Maka jangan kamu cela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat tolong kamu, dan tidak juga kamu dapat tolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.

16:35. Orang-orang yang sekutukan berkata, "Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak sembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami haramkan, selain daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka telah buat; tiadalah atas Rasul-Rasul, melainkan untuk sampaikan yang jelas.
(mengharamkan)

16:86. Dan apabila orang-orang yang sekutukan melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami, yang kami seru selain daripada Engkau." Mereka lemparkan kembali kepada mereka ucapan, "Sesungguhnya kamu sebenarnya pendusta-pendusta."

22:17. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan orang-orang Kristian, dan orang-orang Majusi, dan orang-orang yang sekutukan - Allah akan bezakan antara mereka pada Hari Kiamat; sesungguhnya Allah saksi atas segala sesuatu.

39:65. Telah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang sebelum kamu, "Jika kamu sekutukan, amalan kamu akan jadi sia-sia, dan kamu jadi antara orang-orang yang rugi."
(amalan sia-sia)


yusyriku

3:64. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan janganlah sebahagian kita ambil sebahagian yang lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah." Dan jika mereka berpaling, katakanlah, "Saksilah bahawa kami adalah muslim."

4:36. Sembahlah Allah, dan janganlah sekutukan sesuatu dengan-Nya. Buat baik kepada ibu bapa, dan kepada sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran yang kerabat, dan jiran yang tidak dikenali, dan teman di sebelah kamu, dan musafir, dan apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong, membanggakan diri,

4:48. Allah tidak ampun apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki. Sesiapa sekutukan Allah, sungguh dia ada-adakan dosa besar.
(tidak diampunkan)

4:116. Allah tidak ampun apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa sekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
(tidak diampunkan)

5:72. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa sekutukan Allah, Allah akan haramkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong."

6:19. Katakanlah, "Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak saksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan."
(ambil selain al-Qur'an)

6:41. Tidak, hanya kepada Dia kamu seru, dan Dia akan hilangkan apa yang kamu seru kepada-Nya jika Dia hendak, dan kamu lupa apa yang kamu sekutukan.
(seru hanya kepada-Nya, mungkin Dia hilangkan seruan kepada yang lain)

6:64. Katakanlah, "Allah selamatkan kamu daripadanya, dan daripada segala kecemasan; kemudian kamu sekutukan."

6:78. Apabila dia lihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan.

6:80. Kaumnya mendebatnya. Dia berkata, "Adakah kamu hendak debat aku mengenai Allah, dan Dia beri petunjuk kepadaku? Aku tidak takut pada apa kamu sekutukan dengan-Nya, kecuali jika Pemeliharaku hendak sesuatu. Pemeliharaku merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya; tidakkah kamu ingatinya?

6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.

7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya haramkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu sekutukan Allah dengan apa Dia tidak turunkan kuasa, dan kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu."


7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa Dia telah beri mereka. Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan!
(anak yang salih)

7:191. Apa, adakah mereka sekutukan apa yang tidak cipta sesuatu, sedang mereka sendiri diciptakan,


9:31. Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan.
(habr)

10:18. Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan mereka dan tidak juga manfaatkan mereka, dan mereka berkata, "Mereka ini pengantara-pengantara kami di sisi Allah." Katakanlah, "Adakah kamu beritahu Allah apa yang Dia tidak tahu, sama ada di langit atau di bumi?" Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.

11:54. Tiadalah kami kata melainkan bahawa satu daripada tuhan-tuhan kami telah menimpa kamu dengan kejahatan." Berkata, "Aku bersaksikan Allah, dan saksilah kamu bahawa aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan,

12:38. Dan aku ikut anutan bapa-bapaku, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub. Tiadalah bagi kami untuk sekutukan sesuatu dengan Allah. Itu adalah daripada pemberian Allah kepada kami, dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.

13:36. Dan orang-orang yang kepada mereka kami beri Kitab gembira dengan apa diturunkan kepada kamu; dan daripada golongan-golongan, ada yang nafi sebahagiannya. Katakanlah, "Aku hanya diperintah untuk sembah Allah, dan tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya. Kepada-Nya aku seru, dan kepada-Nya tempat kembali."

16:1. Perintah Allah pasti datang; maka jangan minta disegerakan. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.

16:3. Dia cipta langit dan bumi dengan benar; tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.

16:54. Kemudian, apabila Dia hilangkan mudarat daripada kamu, tiba-tiba segolongan antara kamu sekutukan Pemelihara mereka,

18:26. Katakanlah, "Allah sangat-sangat tahu berapa lama mereka tinggal. Kepunyaan-Nya keghaiban di langit dan di bumi. Betapa terangnya Dia melihat! Betapa tajamnya Dia mendengar! Mereka tidak ada wali (pelindung), selain daripada Dia, dan Dia tidak bersekutu dalam putusan-Nya dengan sesiapa pun."
(tidak bersekutu dalam putusan)

18:38. Tetapi aku, Dia Allah, Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa pun.

18:42. Dan buah-buahannya diliputi semuanya, dan pada waktu pagi dia memulas-mulas tangan-tangannya, kerana apa yang dia nafkahkan (belanjakan) padanya, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya, dan dia berkata, "Aduhai, sekiranya aku tidak sekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa jua!"
(sekutu daripada tanaman)

18:110. Katakanlah, "Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."

22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Jangan kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.

22:31. Sebagai seorang yang lurus kepada Allah, tidak sekutukan-Nya; kerana sesiapa sekutukan Allah, ia seakan-akan dia jatuh dari langit dan burung-burung menyambarnya, atau angin terbangkannya ke dalam sebuah tempat yang jauh.

23:59. Dan orang-orang yang tidak sekutukan Pemelihara mereka,

23:92. Yang tahu yang ghaib, dan yang nyata; tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.

24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bahawa Dia akan sesungguhnya jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia jadikan orang-orang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan teguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia relai untuk mereka, dan Dia akan tukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka menyembah-Ku, mereka tidak sekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

27:59. Katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dan sejahtera ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia pilih." Apa, adakah Allah yang lebih baik, atau apa yang mereka sekutukan?

27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan.

28:68. Pemelihara kamu cipta apa sahaja Dia hendaki, dan Dia pilih; mereka tidak ada pilihan. Allah disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

29:8. Kami wasiatkan manusia supaya dia buat baik kepada ibu bapanya; tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan yang padanya kamu tiada pengetahuan, maka jangan taati mereka; kepada Aku kamu kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa kamu buat.

29:65. Apabila mereka naik ke kapal, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka sekutukan,
(setelah diselamatkan)

30:33. Apabila mudarat sentuh manusia, mereka seru Pemelihara mereka dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia rasakan kepada mereka pengasihan daripada-Nya, tiba-tiba segolongan daripada mereka sekutukan Pemelihara mereka,
(setelah penderitaan)

30:35. Atau, adakah Kami telah turunkan sebarang kuasa kepada mereka, lalu ia kata apa yang mereka sekutukan dengan-Nya?

30:40. Allah ialah Dia yang cipta kamu, kemudian Dia rezekikan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang buat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

31:13. Dan apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, "Wahai anakku, jangan sekutukan Allah; sekutukan Allah adalah kezaliman yang besar."

31:15. Tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan padanya kamu tiada pengetahuan, maka jangan taati mereka. Temanilah mereka dengan baik di dunia, dan ikutlah jalan orang yang berkesesalan kepada Aku. Kemudian kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa kamu buat."

39:67. Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar. Bumi kesemuanya berada dalam genggaman-Nya pada Hari Kiamat, dan langit digulung di tangan kanan-Nya. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

40:42. Kamu seru aku supaya aku tidak percaya kepada Allah, dan untuk sekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada pengetahuan, sedang aku seru kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengampun.
(diseru untuk sekutukan)

40:73. Kemudian dikatakan kepada mereka, "Di manakah mereka yang kamu sekutukan,

52:43. Atau, adakah bagi mereka satu tuhan, selain daripada Allah? Allah disanjung, di atas apa yang mereka sekutukan!

59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera, Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang miliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa mereka sekutukan!

60:12. Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan sekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak lakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak datangkan fitnah mereka ada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga ingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

72:2. Ia beri petunjuk pada yang benar. Kami percaya kepadanya, dan kami tidak akan sekutukan Pemelihara kami dengan sesiapa.

72:20. Katakanlah, “Aku hanya seru Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan dengan-Nya sesiapa.”


asyrik

20:32. Dan sekutukanlah dia dengan aku dalam urusanku,


yusyraku

4:48. Allah tidak ampun apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampunkan yang selain itu kepada siapa Dia hendaki. Sesiapa sekutukan Allah, sungguh dia ada-adakan dosa besar.
(tidak diampunkan)

4:116. Allah tidak ampun apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa sekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
(tidak diampunkan)

40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.
(hanya percaya kepada sekutu)


musyrik

2:105. Orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang sekutukan, tidak inginkan bahawa sebarang kebaikan diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, tetapi Allah pilih untuk pengasihan-Nya siapa Dia hendaki; Allah mempunyai pemberian yang besar.

2:135. Dan mereka berkata, "Hendaklah kamu jadi Yahudi atau Kristian, dan kamu akan dapat petunjuk." Katakanlah, "Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang sekutukan."

2:221. Jangan kahwin perempuan-perempuan yang sekutukan sehingga mereka percayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan jangan kahwin orang-orang lelaki yang sekutukan sehingga mereka percayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah menyeru ke Taman, dan ampunan, dengan izin-Nya, dan Dia jelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka ingat.

3:67. Tidak, Ibrahim sebenarnya bukan seorang Yahudi, dan bukan juga seorang Kristian, tetapi dia seorang Muslim, dan seorang yang lurus, dan dia bukan daripada orang-orang yang sekutukan.

3:95. Katakanlah, "Allah berkata benar, maka ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang sekutukan."

6:14. Katakanlah, "Adakah aku akan ambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang beri makan, dan tidak diberi makan?" Katakanlah, "Aku diperintah supaya jadi yang pertama, orang yang tunduk patuh: 'Jangan kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.'"

6:23. Kemudian tiadalah pertikaian mereka, melainkan mereka berkata, "Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang sekutukan."
(tidak mengaku)

6:79. Aku hadapkan wajahku kepada Dia yang mulakan langit dan bumi; seorang yang lurus, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang sekutukan."

6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.
(tidak ikut wahyu)

6:121. Dan jangan makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka, kamulah orang-orang yang sekutukan.
(makanan tidak disebut nama Allah)

6:137. Demikianlah sekutu-sekutu mereka nampakkan indah bagi kebanyakan orang yang sekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk binasakan mereka, dan untuk kelirukan agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

6:161. Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah beri aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukan orang yang sekutukan."

9:1. Satu kebebasan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada orang-orang yang sekutukan yang dengan mereka kamu telah buat perjanjian.


9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan Rasul-Nya, daripada orang-orang yang sekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang tidak percaya dengan azab yang pedih,

9:4. Kecuali orang-orang yang sekutukan yang dengan mereka kamu telah buat perjanjian, kemudian mereka tidak kurangkan kamu sedikit pun, dan tidak juga sokong seseorang pun terhadap kamu. Dengan mereka, sempurnakanlah perjanjian kamu sampai tempoh mereka; sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.

9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka lakukan solat, dan beri zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:6. Dan jika seseorang daripada orang-orang yang sekutukan minta perlindungan kamu, berilah dia perlindungan sehingga dia dengar perkataan-perkataan Allah; kemudian kamu sampaikan dia di tempat yang aman baginya. Itu kerana mereka adalah kaum yang tidak tahu.

9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang sekutukan satu perjanjian dengan Allah dan Rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu buat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.


9:17. Tidak patut bagi orang-orang yang sekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya.
(masjid Allah)

9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang sekutukan adalah najis (kotor); maka jangan benarkan mereka dekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan cukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
(najis)

9:33. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.

9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itu agama yang betul, maka jangan zalimkan diri-diri kamu (sesama sendiri) padanya. Dan perangilah orang-orang yang sekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.

9:113. Tidak patut bagi Nabi dan orang-orang yang percaya minta ampun bagi orang-orang yang sekutukan, walaupun mereka sanak saudara yang dekat, setelah jadi jelas bagi mereka bahawa mereka itu akan jadi penghuni-penghuni Jahim.

10:105. Dan, 'Tegakkanlah wajah (muka/kehendak) kamu kepada agama, seorang yang lurus, dan jangan kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.
(tidak menegakkan kepada agama)

12:106. Dan kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan mereka sekutukan-Nya.
(ramai yang percaya sekutukan)

12:108. Katakanlah, "Ini jalanku. Aku seru Allah dengan bukti-bukti yang nyata, aku dan sesiapa ikut aku. Kepada Allah sanjungan! Dan aku tidak termasuk orang-orang yang sekutukan."

15:94. Maka berterus-teranglah dengan apa yang kamu diperintah, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.

16:100. Kuasanya adalah terhadap orang-orang yang jadikannya sahabat mereka, dan orang-orang yang sekutukan.

16:120. Sesungguhnya Ibrahim ialah satu umat yang patuh kepada Allah, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan.

16:123. Kemudian Kami wahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan."

22:31. Sebagai seorang yang lurus kepada Allah, tidak sekutukan-Nya; kerana sesiapa sekutukan Allah, ia seakan-akan dia jatuh dari langit dan burung-burung menyambarnya, atau angin terbangkannya ke dalam sebuah tempat yang jauh.

24:3. Lelaki yang berzina tidak kahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang sekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang kahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang sekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.

28:87. Jangan mereka halang kamu daripada ayat-ayat Allah setelah ia diturunkan kepada kamu. Dan serulah Pemelihara kamu, dan jangan kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.

30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan jangan jadi daripada orang-orang yang sekutukan,
(solat)

30:42. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang sekutukan."

33:73. Supaya Allah azab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang sekutukan dan orang-orang perempuan yang sekutukan; dan supaya Allah terima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah Pengampun, Pengasih.

40:84. Kemudian, apabila mereka lihat bencana Kami, mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami tidak percaya kepada apa yang kami telah sekutukan dengan-Nya."

41:6. Katakanlah, "Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah kepada-Nya, dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang sekutukan,

42:13. Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan jangan berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

48:6. Dan supaya Dia azab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang sekutukan dan orang-orang perempuan yang sekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan laknatkan mereka, dan sediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

61:9. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.

98:1. Orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang sekutukan, tidak tinggalkan sehingga Bukti Yang Jelas datang kepada mereka,

98:6. Orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang sekutukan berada di dalam api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya; mereka itulah seburuk-buruk makhluk.


Daripada akar yang sama terbit satu lagi perkataan:


ISYTARAKA - a partner, a sharer

37:33. Maka mereka semua pada hari itu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.

43:39. Ia tidak bermanfaat kepada kamu pada hari ini kerana kamu buat zalim; kamu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.


~ A Concordance of the Qur'an ms 1144


*Sila rujuk artikel Sekutu Allah menurut al-Qur'an


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis
kepada Pengurus Laman