Kalimat zalim di dalam al-Qur'an
Bahagian 3:
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "zalim" sebagai kata kerja adalah:
2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."
2:57. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.
2:231. Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia menurunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.
2:272. Bukanlah atas kamu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Dan apa-apa kebaikan yang kamu menafkahkan adalah untuk diri kamu sendiri, dan kerana demikianlah kamu menafkahkan, hanya menginginkan Wajah Allah; dan apa-apa kebaikan yang kamu menafkahkan, akan dibayar kepada kamu sepenuhnya, dan kamu tidak akan dizalimi.
2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
(riba)2:281. Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi.
3:25. Tetapi bagaimanakah nanti apabila Kami mengumpulkan mereka untuk satu hari yang padanya tiada keraguan, dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia mengusahakan dan mereka tidak dizalimi?
3:117. Persamaan apa yang mereka menafkahkan dalam kehidupan dunia ini seperti persamaan angin yang sangat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menzalimi diri-diri mereka sendiri, lalu ia memusnahkannya; Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.
3:135. Yang, apabila mereka melakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan meminta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan mengampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka melakukan sedang mereka mengetahui.
3:161. Tiadalah bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi.
4:40. Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimkan sebanyak seberat sebiji zarah (atom) pun, dan jika ia yang baik, Dia akan menggandakannya, dan memberikan daripada sisi-Nya upah yang besar.
4:49. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang menyucikan diri-diri mereka? Tidak, hanya Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
4:64. Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan bahawa dia patut ditaati, dengan izin Allah. Jika, apabila mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, mereka datang kepada kamu, dan meminta ampun kepada Allah, dan rasul meminta ampun untuk mereka, tentu mereka mendapati Allah, Menerima Taubat, Pengasih.
4:77. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."
4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu berhijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
4:110. Sesiapa membuat kejahatan, atau menzalimkan dirinya sendiri, dan kemudian meminta ampunan Allah, dia akan mendapati Allah Pengampun, Pengasih.
4:124. Dan sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.
4:148. Allah tidak menyukai kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi; Allah adalah Mendengar, Mengetahui.
6:160. Sesiapa yang mendatangkan satu yang baik, akan mendapati sepuluh yang serupa dengannya; dan sesiapa yang mendatangkan satu kejahatan, hanya dibalas dengan yang serupa dengannya; mereka tidak dizalimi.
7:9. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri kerana menzalimkan ayat-ayat Kami.
7:23. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi."
7:103. Kemudian Kami membangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.
7:160. Dan Kami memotongkan mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami mewahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.
7:177. Satu persamaan yang buruk ialah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.
8:60. Siapkanlah untuk mereka apa sahaja kekuatan dan barisan-barisan kuda yang kamu dapat, untuk menakutkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu, dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak mengetahui. Allah mengetahui mereka. Dan apa sahaja yang kamu menafkahkan di jalan Allah akan dibayar kepada kamu sepenuhnya; kamu tidak dizalimi.
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itulah agama yang betul, maka janganlah menzalimkan satu sama lain padanya. Dan perangilah orang-orang yang menyekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan orang-orang Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.
10:44. Sesungguhnya Allah tidak menzalimkan manusia sedikit pun, tetapi diri mereka sendiri manusia menzalimkan.
10:47. Tiap-tiap umat ada rasulnya; kemudian apabila rasul mereka datang, dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
11:101. Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah sedikit pun, apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka, kecuali dalam kebinasaan.
14:45. Dan kamu tinggal di tempat-tempat tinggal orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri, dan menjadi jelas bagi kamu bagaimana Kami melakukan terhadap mereka, dan bagaimana Kami mengadakan persamaan-persamaan bagi kamu."
16:28. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka melemparkan ketundukan, "Kami tidak membuat kejahatan." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu telah buat,
16:33. Adakah mereka menanti-nanti, melainkan bahawa malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau datang perintah Pemelihara kamu? Begitulah orang-orang yang sebelum mereka telah buat, dan Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.
16:41. Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan menempatkan mereka di dunia, di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahui,
16:111. Pada hari tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidak dizalimi.
16:118. Dan orang-orang Yahudi, Kami telah mengharamkan mereka apa yang Kami menceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.
17:59. Tiada yang menghalangi Kami daripada mengutuskan ayat-ayat melainkan bahawa orang-orang dahulu kala telah mendustakannya; dan Kami memberikan Tsamud unta betina, yang dapat dilihat, tetapi mereka menzaliminya. Dan Kami tidak mengutuskan ayat-ayat melainkan untuk menakut-nakutkan.
17:71. Pada hari Kami menyeru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa yang diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan membaca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
18:33. Masing-masing daripada dua kebun itu mendatangkan hasilnya, dan tidak menzalimkan daripadanya sedikit pun; dan Kami memancarkan di celah-celahnya sebuah sungai.
18:35. Dan dia masuk ke kebunnya, dengan menzalimi dirinya sendiri; dia berkata, "Aku tidak menyangka bahawa ini akan binasa selama-lamanya,
18:49. Dan Kitab diletakkan; dan kamu melihat orang-orang yang berdosa ketakutan pada apa yang di dalamnya, dan berkata, "Celakalah kami! Bagaimanakah dengan Kitab ini, bahawa ia tidak meninggalkan sesuatu di belakang, kecil atau besar, tetapi ia menjumlahkannya?" Dan mereka mendapati apa yang mereka telah buat hadir, dan Pemelihara kamu tidak menzalimkan sesiapa pun.
19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja kebaikan; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,
21:47. Dan Kami meletakkan timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa akan dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami mendatangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung.
22:39. Diizinkan kepada orang-orang yang memerangi kerana mereka dizalimi; sesungguhnya Allah berkuasa untuk menolong mereka,
23:62. Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada sebuah Kitab yang berkata benar, dan mereka tidak akan dizalimi.
27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."
28:16. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku." Maka Dia mengampuninya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.
29:40. Masing-masing Kami mengambil kerana kesalahannya; dan antara mereka, kepada sebahagian, Kami mengutus angin ribut yang mengandungi batu, dan sebahagian diambil oleh Teriakan, dan sebahagian Kami membuatkan bumi menelan mereka, dan sebahagian Kami menenggelamkan; Allah tidak menzalimkan mereka tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.
30:9. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan memerhatikan bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan, dan mereka membajak bumi dan memakmurkannya dengan lebih banyak daripada apa yang mereka sendiri memakmurkan; dan rasul-rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; dan Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.
34:19. Tetapi mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami"; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami membuat mereka hadis, dan Kami menghancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.
35:32. Kemudian Kami mewariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar.
36:54. Maka pada hari ini, tiada jiwa dizalimi sedikit pun, dan tidaklah kamu dibalas melainkan apa yang kamu telah buat.
38:24. Berkata, "Sesungguhnya dia menzalimi kamu dengan meminta biri-biri betina kamu untuk menambahkan biri-biri betinanya; dan sesungguhnya, kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi) menyalahi satu sama lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan - dan mereka adalah sedikit!" Dan Daud menyangka bahawa Kami mengujinya; maka dia meminta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan.
39:69. Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab diletakkan, dan para Nabi dan para saksi didatangkan, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak menghendaki untuk menzalimkan hamba-hamba-Nya.
42:41. Dan sesiapa yang menolong dirinya sendiri setelah dia dizalimi - terhadap mereka tidak ada jalan.
42:42. Jalan hanyalah terhadap orang-orang yang menzalimkan manusia, dan mereka angkuh di bumi dengan cara yang salah; bagi mereka, azab yang pedih.
43:76. Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka sendiri adalah orang-orang yang zalim.
45:22. Allah mencipta langit dan bumi dengan benar, dan supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak akan dizalimi.
46:19. Dan semua ada darjat mengikut apa yang mereka buat, dan supaya Dia membayar kepada mereka sepenuhnya kerana amalan-amalan mereka, dan mereka tidak dizalimi.
65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru.
Bahagian 1: zalim - sifat
Bahagian 2: zalim - kata nama
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman