Hadis Nabi yang sebenar

 

 

Firman Allah, "Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab" (39:23). Kitab yang dimaksudkan adalah al-Qur'an, yang diturunkan kepada Nabi Allah yang terakhir, Muhammad. Kitab tersebut diturunkan kepada baginda untuk dipanjangkan kepada seluruh manusia.

Maka baginda, dengan cara lisan terutamanya, menyampaikan kandungan Kitab kepada orang-orang di sekelilingnya. Justeru, seluruh kandungan kitab Hadis Allah yang diterima merupakan Hadisnya juga. Seperti maksud firman Allah berbunyi, "Sesungguhnya ia adalah ucapan rasul yang mulia" (69:40).

Dalam kandungan Kitab tersebut, terdapat ayat-ayat yang mengandungi kalimat qul yang lazim diterjemah kepada katakanlah. Dengan itu, Allah menyuruh Nabi atau orang-orang mukmin mengatakan sesuatu kepada orang-orang tertentu atau umum.

Oleh yang demikian, mungkin tidak keterlaluan menyifatkan ayat-ayat tersebut sebagai Hadis Nabi, umpama istilah yang selalu disebut dalam masyarakat Islam, tetapi merupakan hadisnya yang sebenar dan muktamad.

Ayat-ayat yang mengandungi kalimat qul di dalam al-Qur'an didapati banyak. Kesemua telah dikumpul menurut kronologi, dan kemudian, perkara-perkara penting di dalamnya dijadikan tajuk-tajuk kecil, juga disusun menurut kronologi, seperti yang dipaparkan di halaman ini.

Kerana bilangan yang begitu banyak, maka ayat-ayat yang tidak berkaitan dengan Nabi, atau dengan situasi di negara ini pada hari ini, telah diketepikan. Misalan, ayat al-Qur'an yang pertama mengandungi kalimat qul (2:58). Kemudian, daripada ayat-ayat yang tinggal, dibuat pilihan lagi supaya pembentangan halaman ini tidak menjadi terlalu panjang.

Orang menulis kitab

"Ayat qul" (bukan qiila) yang kedua didapati sesuai untuk menjadi contoh hadis Nabi yang pertama di sini. Ia menyentuh orang-orang yang menulis kitab dan mengatakan kandungannya datang dari sisi Allah, walhal sebenarnya, bukan dari sisi Allah. Selanjutnya, mereka mengatakan bahawa sekiranya mereka dimasukkan ke dalam Api (neraka), mereka akan keluar darinya setelah melalui sesuatu tempoh yang pendek. Dakwaan mereka, mengenai neraka, serta hadis Nabi yang menyangkalnya, yang terkandung di dalam ayat tersebut, berbunyi:

"Dan mereka berkata, 'Api tidak akan menyentuh kami kecuali beberapa hari yang terhitung.' Katakanlah (Muhammad), 'Sudahkah kamu mengambil satu perjanjian sehingga Allah tidak akan memungkiri perjanjian-Nya, atau kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu tahu?'" (2:80)

Bani Israil

Seterusnya ayat-ayat qul di dalam al-Qur'an didapati mengisahkan kaum Bani Israil pada zaman dahulu. Ayat yang mengandungi hadis Nabi yang dipilih, bererti:

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Percayalah kepada apa yang Allah menurunkan', mereka berkata, 'Kami mempercayai apa yang diturunkan kepada kami', dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah (Muhammad), "Mengapa pula kamu membunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?'" (2:91)

Dan satu lagi, iaitu ayat yang jauh di depan, yang tidak menurut kronologi, berbunyi:

"Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah (Muhammad), 'Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.'" (2:120)

Al-Qur'an

Enam ayat selepas 2:91 tadi, adalah ayat yang menyentuh kitab al-Qur'an pula. Hadis Nabi yang terkandung di dalamnya bermaksud:

"Sesiapa yang menjadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang menurunkannya (al-Qur'an) ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin." (2:97)

Ayat-ayat Allah yang mengandungi hadis Nabi yang berhubung dengan al-Qur'an banyak dijumpai di dalam beberapa surah lain. Lapan belas daripadanya disenaraikan di bawah ini (sedikit penjelasan diselitkan di belakang sesetengah ayat):

"Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu mengetahui al-Kitab, dan dengan sebab kamu mempelajarinya." (3:79) Nabi suruh manusia menjadi orang-orang yang menguasai al-Qur'an dengan mempelajari dan mengetahuinya.

"Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian? ..... Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah? ..... Aku tidak mempersaksikan ..... Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan." (6:19) Mengadakan "tuhan-tuhan lain selain Allah" atau menyekutukan-Nya, bermaksud mengambil apa-apa yang selain daripada al-Qur'an, untuk menjadi saksi atas kebenaran.

"Dan apabila kamu tidak mendatangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, 'Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?' Katakanlah (Muhammad), 'Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.'" (7:203) Nabi hanya ikut apa yang diwahyukan kepadanya, iaitu aya-ayat Tuhan.

"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, 'Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia.' Katakanlah (Muhammad), 'Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.'" (10:15) Nabi tidak ikut apa-apa yang selain daripada al-Qur'an kerana takut kepada Tuhan.

"Wahai manusia, yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa mendapat petunjuk, hanyalah mendapat petunjuk bagi dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah terhadap dirinya sendiri. Aku bukanlah wakil kepada kamu. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan bersabarlah kamu, sehingga Allah menghakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim." (10:108-109) Sabda Nabi kepada seluruh manusia.

"Demikianlah Kami mengutus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah (Muhammad), 'Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku bertaubat.'" (13:30) Tidak percaya kepada al-Qur'an bermakna tidak percaya kepada Tuhan.

"Roh Qudus (Suci) menurunkannya daripada Pemelihara kamu dengan benar, dan untuk meneguhkan orang-orang yang percaya, dan untuk menjadi satu petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang muslim." (16:102)

"Jika manusia dan jin berkumpul untuk mendatangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat mendatangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain." (17:88) Al-Qur'an bukan ciptaan manusia atau jin.

"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan. Katakanlah (Muhammad), 'Percayalah kepadanya, atau tidak mempercayai; orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,'" (17:106-107) Percayalah kepada al-Qur'an.

"Katakanlah (Muhammad), 'Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang menghendaki, percaya; dan hendaklah sesiapa yang menghendaki, tidak percaya.' Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka ...." (18:29) Hukuman ke atas orang-orang yang tidak percaya adalah di akhirat.

"Katakanlah (Muhammad), 'Aku hanya memberi amaran kepada kamu dengan wahyu'; tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran." (21:45) Nabi hanya menyeru dengan wahyu al-Qur'an. Hakikat ini dirasakan sukar diterima oleh sesetengah golongan dalam Islam.

"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu mengenali pada muka orang-orang yang tidak percaya akan penolakan (kemungkaran); hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami. Katakanlah (Muhammad), 'Bolehkah aku memberitahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada yang itu? Api - Allah menjanjikannya kepada orang-orang yang tidak percaya - satu kepulangan yang buruk!'" (22:72) Orang-orang yang menyampaikan ayat-ayat al-Qur'an hendak diserang oleh orang-orang yang tidak percaya!

"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30) Hadis Nabi di akhirat.

"Dia yang menetapkan al-Qur'an kepada kamu benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah (Muhammad), 'Pemeliharaku sangat mengetahui siapa yang datang dengan petunjuk, dan siapa yang dalam kesesatan yang nyata.'" (28:85) Al-Qur'an petunjuk yang benar.

"Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, 'Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?' Katakanlah (Muhammad), 'Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh.'" (41:44) Bahasa bagi al-Qur'an tidak menjadi isu. Isunya adalah percaya atau tidak percaya kepadanya.

"Katakanlah (Muhammad), 'Apa, walaupun aku datang dengan petunjuk yang lebih baik daripada yang kamu mendapati pada bapa-bapa kamu?' Mereka berkata, 'Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya.'" (43:24) Tidak mahu ikut al-Qur'an tetapi ingin ikut agama bapa-bapa atau nenek moyang.

"Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas." (46:9)

"Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, dan kamu tidak percaya kepadanya, dan seorang saksi daripada Bani Israil menyaksikan atas yang serupa dengannya, dan dia percaya, dan kamu menyombongkan diri? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (46:10)

Jelas kelihatan bahawa Nabi tidak mendatangkan sesuatu yang selain daripada al-Qur'an. Nabi turut bersabda mengenai kepercayaan baginda kepada Kitab-Kitab lain yang diturunkan Allah, seperti Taurat. Dua ayat Allah yang meriwayatkannya adalah 28:49 dan 42:15.

Tidak membezakan antara Nabi

Pilihan diteruskan dengan hadis Nabi yang melarang amalan membezakan antara Nabi Allah, berbunyi:

"Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim." (2:136)

Terdapat satu lagi ayat al-Qur'an yang membawa mesej atau hadis Nabi yang sama, iaitu 3:84. Mungkin ramai yang sudah menyedari bahawa hadis Nabi itu tidak ditaati oleh sesetengah pihak yang mengaku sangat mengasihinya.

Tajuk yang menyusul dalam susunan kronologi adalah:

Kiblat

"Orang-orang yang bodoh antara manusia akan berkata, 'Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat (haluan) yang mereka menghadap dahulu?' Katakanlah (Muhammad), 'Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus.'" (2:142)

Untuk keterangan lanjut mengenai Kiblat, sila rujuk ayat 2:144.

Bulan baru

"Mereka menanyai kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah (Muhammad), 'Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji.'" (2:189)

Nafkah

Hadis Nabi yang menyenaraikan penerima bagi amalan nafkah berbunyi,

"Mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah (Muhammad), 'Apa sahaja kebaikan yang kamu menafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.'" (2:215)

Terdapat lagi beberapa ayat al-Qur'an yang mengandungi hadis Nabi mengenai nafkah, seperti empat yang berikut:

"Dan mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah (Muhammad), 'Yang berlebihan.' Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu memikirkan." (2:219)

"Nafkahkanlah dengan rela, atau dengan membencinya; ia tidak akan diterima daripada kamu kerana sesungguhnya kamu adalah kaum yang fasiq." (9:53) Orang-orang fasiq adalah mereka yang tidak mempedulikan perintah Tuhan.

"Katakanlah (Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan." (14:31)

"Pemeliharaku menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; dan apa sahaja benda yang kamu menafkahkan, Dia akan menggantinya. Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (34:39)

Di samping nafkah, ayat 14:31 tadi turut menyebut amalan solat. Lantaran itu, diturunkan tiga hadis Nabi mengenainya yang terdapat di dalam surah lain.

"Katakanlah (Muhammad), 'Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik.' Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.
Dan katakanlah (Muhammad), 'Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri.'" (17:110-111)

"Tetapi apabila mereka melihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka meninggalkan kamu berdiri. Katakanlah (Muhammad), 'Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.'" (62:11) Mereka meninggalkan solat untuk pergi kepada hiburan dan perdagangan.

Bulan haram dan perang

"Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah (Muhammad), 'Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan.'" (2:217)

Hadis Nabi mengenai peperangan yang selanjutnya didapati di dalam beberapa surah yang kemudian. Contoh:

"Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?' Katakanlah (Muhammad), 'Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun.'" (4:77)

"Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang rasul Allah, dan benci berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, 'Jangan pergi dalam panas terik.' Katakanlah (Muhammad), 'Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka memahami.'" (9:81)

"Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit." (33:16)

Dalam peperangan terdapat perkara berhubung dengan rampasan perang dan tawanan perang. Dua hadis yang menyusul menjelaskannya:

"Rampasan perang adalah kepunyaan Allah dan rasul; maka kamu takutilah Allah, dan betulkanlah antara kamu, dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, jika kamu orang-orang mukmin." (8:1)

"Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang di tangan kamu, 'Jika Allah mengetahui sebarang kebaikan di dalam hati kamu, Dia akan memberikan kamu yang lebih baik daripada apa yang diambil daripada kamu, dan Dia akan mengampuni kamu; dan Allah Pengampun, Pengasih.'" (8:70)

Arak dan judi

"Mereka menanyai kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad), 'Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.'" (2:219)

Anak yatim

"Mereka menanyai kamu mengenai anak yatim. Katakanlah (Muhammad), 'Untuk memperbetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu. Allah mengetahui benar orang yang membuat kerosakan daripada orang yang membetulkan; dan sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia mempersulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.'" (2:220)

Satu lagi ayat al-Qur'an yang mengandungi hadis Nabi mengenai perkara di atas, bererti:

"Mereka meminta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah (Muhammad), 'Allah memutuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindaskan, dan supaya kamu menegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.'" (4:127)

Haid

"Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah (Muhammad), 'Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu.'" (2:222) 

Itu sahaja larangan bagi kaum wanita dalam haid yang disebut di dalam kitab Hadis Allah.

Orang tidak percaya

"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang yang tidak percaya, 'Kamu akan dikalahkan, dan dikumpulkan ke dalam Jahanam - sebuah buaian yang buruk!'" (3:12)

Terdapat beberapa lagi ayat yang mengandungi sabda Nabi terhadap orang-orang yang tidak percaya. Antaranya adalah:

"Beginilah kamu ini; kamu menyukai mereka, dan mereka tidak menyukai kamu; kamu mempercayai Kitab, semuanya, dan apabila mereka berjumpa dengan kamu, mereka berkata, 'Kami percaya', tetapi apabila mereka menyendiri, mereka menggigit jari-jari mereka kerana marah pada kamu. Katakanlah (Muhammad), 'Matilah dalam kemarahan kamu; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam dada.'" (3:119)

"Dan katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang yang tidak mempercayai, 'Beramallah kamu menurut tempat kamu; kami sedang beramal. Dan lihat dan tunggulah; kami juga melihat dan menunggu.'" (11:121-122)

"Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh." (32:29)

"Wahai orang-orang yang tidak percaya, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah, Dan tidak juga aku menyembah apa yang kamu sembah, Dan tidak juga kamu menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku!" (109:1-6)

Selain tindakan tidak percaya kepadanya (Nabi), atau kepada ayat-ayat Allah, penolakan manusia adalah dengan mendustakan, berpaling, membantah dan ingkar. Kesemuanya disenaraikan di bawah ini:

Mendustakan:

"Aku adalah di atas satu bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan dengannya; putusan hanyalah bagi Allah. Dia menceritakan yang benar, dan Dia yang terbaik daripada pembuat-pembuat ketetapan." (6:57)

"Maka, jika mereka mendustakan kamu, katakanlah (Muhammad), 'Pemelihara kamu, dalam pengasihan merangkumi, dan bencana-Nya tidak dapat dikembalikan daripada kaum yang berdosa.'" (6:147)

"Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah (Muhammad), 'Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu buat.'" (10:41)

Berpaling:

"Maka jika mereka berpaling, katakanlah (Muhammad), 'Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal). Dia Pemelihara Arasy yang besar.'" (9:129)

Membantah:

"Dan jika mereka membantah kamu, maka katakanlah (Muhammad), 'Allah sangat mengetahui apa yang kamu buat. Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat mengenai apa yang padanya kamu memperselisihkan.'" (22:68-69)

Ingkar:

"Kemudian, jika mereka mengingkari kamu, katakanlah (Muhammad), 'Aku berlepas diri daripada apa yang kamu buat.'" (26:216)

Kata-kata yang dikeluarkan oleh Nabi kepada orang-orang yang menolak ajakannya, atau menolak ayat-ayat Allah, adalah lembut. Tidak macam tindakan sesetengah orang di sini, yang mencela, mengherdik, menghina, melaknat, atau memberi gelaran buruk, umpamanya gila, sesat, kafir dan anti-hadis! Terdapat pula antara mereka yang hendak menghukum! Ingin bertanya, hadis siapakah yang mereka ikut? Namun, mereka mengatakan mereka sangat kasih kepada Nabi.

Kesenangan kehidupan dunia

Firman Allah yang mengandungi hadis Nabi adalah:

"Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik. Katakanlah (Muhammad), 'Bolehkah aku memberitahu kamu yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang yang bertakwa, di sisi Pemelihara mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan teman-teman hidup yang dibersihkan, dan kepuasan hati Allah. Dan Allah melihat hamba-hamba-Nya.'" (3:14-15)

Tunduk patuh

"Dan katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang yang diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah kamu tunduk patuh?' Jika mereka tunduk patuh, mereka mendapat petunjuk yang benar, dan jika mereka berpaling, maka bagi kamu hanyalah untuk menyampaikan" (3:20)

Sabdnya yang lain terkandung di dalam ayat Allah yang bererti,

"Orang-orang Arab berkata, 'Kami percaya.' Katakanlah (Muhammad), 'Kamu tidak mempercayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.'" (49:14)

Debat

"Maka jika mereka mendebat kamu, katakanlah (Muhammad), 'Aku menundukkan wajahku (kehendakku) kepada Allah, dan sesiapa yang mengikuti aku.'" (3:20)

Diturunkan tiga ayat lain mengenai perkara tersebut:

"Dan sesiapa mendebat kamu mengenainya, setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka katakanlah (Muhammad), 'Marilah, hendaklah kita menyeru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita memohon dengan rendah hati dan meletakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta.'" (3:61)

"... atau mendebat kamu di sisi Pemelihara kamu, katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya pemberian adalah di tangan Allah; Dia memberinya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Allah Merangkumi, Mengetahui.'" (3:73)

"Janganlah berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara mereka yang membuat kezaliman; dan katakanlah (Muhammad), 'Kami percaya kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu, dan kepada-Nya kami muslim.'" (29:46)

Ikut aku

Nabi telah menyuruh orang-orang yang mencintai Allah supaya mengikutinya. (Cinta kepada Allah ditunjukkan dengan ketaatan kepada Kitab-Nya, al-Qur'an.)

"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih." (3:31)

Dua lagi hadis Nabi yang berkaitan dipamerkan di sini:

"Wahai manusia, aku adalah rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang mempercayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu mendapat petunjuk." (7:158) Ikut dia yang mempercayai ayat-ayat-Nya.

"Ini jalanku. Aku berseru kepada Allah dengan bukti-bukti yang nyata, aku dan sesiapa yang mengikuti aku. Kepada Allah sanjungan! Dan aku tidak termasuk orang-orang yang menyekutukan." (12:108) Jalan itu ditunjukkan di dalam al-Qur'an, yang merupakan bukti-bukti yang nyata.

Nabi juga telah menyuruh ikut anutan Nabi Ibrahim kerana baginda sendiri mengikutinya. Sabdanya:

"Allah berkata benar, maka ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang menyekutukan." (3:95)

"Bagiku, Pemeliharaku telah memberi aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukanlah orang yang menyekutukan." (6:161)

Ahli Kitab

Nabi telah bersabda kepada ahli Kitab. Orang-orang yang diturunkan al-Qur'an juga dianggap ahli Kitab.

"Katakanlah (Muhammad), 'Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan janganlah sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah.' Dan jika mereka berpaling, katakanlah (Muhammad), 'Saksilah bahawa kami adalah muslim.'" (3:64)

Dan lagi, empat hadis Nabi untuk renungan dan iktibar atas perkara di atas:

"Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah? Allah saksi atas apa yang kamu buat." ..... Wahai ahli Kitab, mengapakah kamu menghalangi daripada jalan Allah orang yang percaya, dengan menginginkannya menjadi bengkok, dan kamu sendiri saksi-saksi? Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (3:98-99)

"Wahai ahli Kitab, adakah kamu mendendami kami kerana kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan sebelumnya, dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?" (5:59)

"'Wahai ahli Kitab, kamu tiada di atas sesuatu, sehingga kamu melakukan Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu.' Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan menambah kepada kebanyakan daripada mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; maka janganlah berdukacita terhadap kaum yang tidak percaya." (5:68)

"Wahai ahli Kitab, janganlah berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan janganlah mengikuti keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan menyesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul." (5:77)

Iktibar harus diambil daripada hadis-hadis Nabi di atas, terutamanya daripada yang akhir.

Petunjuk

Kalimat di atas sudah banyak disebut di halaman ini. Ayat yang menyusul adalah antara yang awal di mana kalimat tersebut menjadi tajuk bagi ayat yang mengandungi kalimat qul.

"'Dan janganlah mempercayai sesiapa kecuali orang yang mengikuti agama kamu.' Katakanlah (Muhammad), 'Petunjuk yang benar ialah petunjuk Allah, diberikan kepada sesiapa yang serupa dengan apa yang kamu (ahli Kitab) diberi'" (3:73).

Pilihan hadis atas perkara yang sama diteruskan dengan petikan daripada tiga surah yang lain:

"Adakah kita akan menyeru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga memudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah memberi petunjuk kepada kita? ..... Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam," (6:71)

"Tiap-tiap orang buat menurut caranya sendiri; tetapi Pemelihara kamu sangat mengetahui siapa dia yang lebih mendapat petunjuk pada jalan." (17:84)

"Jika aku sesat, aku hanyalah sesat terhadap diriku sendiri; jika aku mendapat petunjuk, ia adalah dengan apa yang Pemeliharaku mewahyukan aku. Sesungguhnya Dia Mendengar, Dekat." (34:50)

Petunjuk yang benar adalah wahyu yang diwahyukan kepada Nabi.

Takdir

Ayat-ayat berikut berkaitan dengan "Percaya kepada Takdir". Sebuah artikel bertajuk yang serupa telah ditulis dan boleh dibaca melalui ruangan "Artikel" di laman web ini.

"Mengapa, apabila penderitaan menimpa kamu, dan kamu telah menimpakan dua kali yang serupa dengannya, kamu berkata, 'Bagaimanakah ini?' Katakanlah (Muhammad), 'Ini adalah daripada diri kamu sendiri; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.'" (3:165)

"Jika yang baik menimpa mereka, mereka berkata, 'Ini daripada Allah'; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka berkata, 'Ini daripada kamu.' Katakanlah (Muhammad), 'Semuanya daripada Allah.' Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak memahami sebarang hadis." (4:78)

Munafik

Ayat-ayat mengenai orang-orang munafik ada beberapa. Hanya satu sahaja diturunkan di sini:

"Orang-orang munafik takut jika sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang memberitahu kamu apa yang di dalam hati mereka. Katakanlah (Muhammad), 'Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan mengeluarkan apa yang kamu takuti.'" (9:64)

Waris tidak langsung

"Allah memutuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia menerima separuh daripada apa yang dia meninggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka menerima dua per tiga daripada apa yang dia (lelaki) meninggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki menerima serupa dengan bahagian dua saudara perempuan. Allah memperjelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah mengetahui segala sesuatu." (4:176)

Halal dan haram

Adalah didapati bahawa hal halal dan haram amat sensitif di kalangan masyarakat Islam kerana ajaran yang sedia dipakai agak bertentangan dengan hadis Nabi yang sebenar. Misalan, apa yang diturunkan di bawah ini:

"Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah (Muhammad), 'Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.'" (5:4)

"Adakah kamu memikirkan rezeki yang Allah menurunkan untuk kamu, dan kamu membuat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal? ..... Adakah Allah memberi izin kepada kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?" (10:59)

Hadis-hadis Nabi atas tajuk Haram pula adalah seperti berikut:

"Aku tidak mendapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang memakan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan, dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih." (6:145)

"Katakanlah (Muhammad), 'Bawalah saksi-saksi kamu, orang-orang yang mempersaksikan bahawa Allah mengharamkan ini.' Kemudian, jika mereka mempersaksikan, janganlah menyaksikan bersama mereka; dan janganlah mengikuti keinginan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami ....." (6:150)

"Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu:
bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka;
dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi,
dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa.
Dan tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya.
Dan apabila kamu berkata, berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat.
Dan tepatilah perjanjian Allah. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat.
Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan janganlah mengikuti jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak memecahbelahkan kamu daripada jalan-Nya.
Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa."
(6:151-153)

Nabi juga telah menyentuh mengenai perhiasan yang diharamkan manusia tetapi tidak diharamkan Allah. Sabdanya,

"Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang Dia mengeluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya? ..... Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini .....  
Pemeliharaku hanya mengharamkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu menyekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak menurunkan kuasa, dan kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu."
(7:32-33)

Selain daripada Allah

Frasa selain daripada Allah kelihatan seolah-olah dilepas pandang oleh sesetengah pihak yang membaca al-Qur'an. Mungkin kerana kehadiran kalimat-kalimat seperti sembah dan seru yang disalahtafsirkan.

"Adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak boleh memudaratkan, atau memanfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui." (5:76)

Sembah tidak semestinya bererti menyembah bagai sembahyang. Kalau pun sembahyang, yang tidak menurut ajaran-Nya tetapi menurut ajaran si anu, yang selain daripada-Nya, maka ia dikira menyembah si anu, bukan Allah.

Hadis-hadis Nabi yang selanjutnya adalah:

"Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu, atau Saat datang kepada kamu, adakah kamu menyeru sesiapa selain daripada Allah, jika kamu berkata benar?" (6:40) Menyeru si anu, bukan Allah, ketika azab datang! Bukankah itu menyekutukan-Nya?

"Aku dilarang menyembah orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah ..... Aku tidak mengikuti keinginan kamu; jika demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk." (6:56) Menyembah si anu dengan menuruti petunjuknya, sementara petunjuk Allah diketepikan.

"Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak menyembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku menyembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.
Dan, Tegakkanlah wajah (muka / kehendak) kamu kepada agama, seorang yang lurus, dan janganlah kamu menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan.
Dan janganlah menyeru selain daripada Allah apa yang tidak memanfaatkan kamu, dan tidak juga memudaratkan kamu, kerana jika kamu buat, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim."
(10:104-106)

"Aku dilarang menyembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam." (40:66) Dikira menyembah si anu apabila tidak mengikuti apa yang Tuhan turunkan, atau tunduk patuh kepada-Nya.

Selain menyeru atau menyembah yang selain daripada Allah, manusia juga didapati mengambil Wali yang selain daripada-Nya:

"Adakah aku akan mengambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang memberi makan, dan tidak diberi makan? ..... Aku diperintah supaya menjadi yang pertama, orang yang tunduk patuh: 'Janganlah kamu menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan.'" (6:14) Mengambil si anu sebagai wali bermakna menyekutukan-Nya.

"Katakanlah (Muhammad), 'Siapakah Pemelihara langit dan bumi?'
Katakanlah (Muhammad), 'Allah.'
Katakanlah (Muhammad), 'Adakah kamu mengambil untuk kamu yang lain selain daripada Dia sebagai wali (pelindung) kamu yang tidak berkuasa untuk memanfaatkan atau memudaratkan diri mereka sendiri?'
Katakanlah (Muhammad), 'Adakah orang yang buta dengan orang yang boleh melihat sama, atau adakah gelap dengan cahaya sama?'" (13:16)

Buruk dan baik

"Katakanlah (Muhammad), 'Yang buruk dengan yang baik tidak sama, meskipun berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu.' Maka takutilah Allah, wahai orang-orang yang mempunyai minda agar kamu beruntung." (5:100)

Mengembara

Nabi menyuruh mengembara di bumi untuk melihat peninggalan sejarah daripada orang-orang zaman dahulu. Sebagai contoh ialah mereka yang mendustakan Allah. Sabdanya,

"Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang mendustakan." (6:11)

Juga untuk melihat kesudahan orang-orang yang berdosa atau yang menyekutukan, dan memerhatikan pertumbuhan bertumbuh:

"Mengembaralah di bumi, dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang berdosa." (27:69)

"Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana Dia memulakan ciptaan; kemudian Allah menjadikan pertumbuhan akhir bertumbuh; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu," (29:20)

"Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang menyekutukan." (30:42)

Ingkar

Nabi tidak ingkar kepada Allah kerana takut azab Hari Kiamat. Sabdanya,

"Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar." (6:15)

Mukjizat

Orang-orang di sekeliling Nabi mendapati baginda tidak mendatangkan sebarang mukjizat. Lalu mereka menyoal mengapa ia tidak diturunkan kepadanya. Ayat di bawah mengisahkannya:

"Mereka juga berkata, 'Mengapa tiada ayat (mukjizat) diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?' Katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya Allah berkuasa untuk menurunkan satu ayat, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.'" (6:37)

Antara ayat-ayat al-Qur'an yang lain yang menunjukkan Nabi tidak diturunkan mukjizat, serta sabda baginda mengenainya, adalah dua yang berikut:

"Mereka bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa jika satu ayat (mukjizat) datang kepada mereka, mereka akan mempercayainya. Katakanlah (Muhammad), 'Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah.' Apakah yang akan membuat kamu sedar bahawa, apabila ia datang, mereka tidak akan mempercayai?" (6:109) Kalau diturunkan mukjizat pun mereka tidak akan mempercayai baginda, seperti kaum Nabi Musa dan Isa.

"Mereka berkata, 'Mengapakah ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?' Katakanlah (Muhammad), 'Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.'
Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami menurunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang mempercayai." (29:50-51)
Mukjizat Nabi hanya al-Qur'an.

Mengapa pula Nabi dikatakan telah diturunkan beberapa mukjizat? Hadis siapakah yang menceritakannya?

Tidak tahu yang ghaib

Nabi tidak tahu perkara-perkara yang ghaib. Maksud perkara yang ghaib termasuk kejadian yang berlaku pada masa akan datang. Sabdanya,

"Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku ..... Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?" (6:50)

Dan,

"Aku tidak ada kuasa untuk memanfaatkan diriku atau memudaratkan, kecuali seperti yang Allah mengkehendaki. Sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentu aku mengambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan menyentuhku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang mempercayai." (7:188)

Salamun alaikum

Salam hormat yang dilafaz oleh Nabi didapati berbeza dengan ajaran hadis yang selain daripada hadisnya yang sebenar, berbunyi:

"Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah (Muhammad), 'Salamun alaikum'" (6:54)

Nabi juga telah menggunakan kalimat "Salam":

"Namun begitu, maafkan mereka, dan katakanlah (Muhammad), 'Salam!' Kelak mereka akan mengetahui." (43:89)

Tiada kuasa

"Aku tidak ada kuasa untuk memudaratkan diriku sendiri, atau memanfaatkan, kecuali seperti yang Allah mengkehendaki. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan mengundurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya." (10:49)

Selain tidak ada kuasa untuk mendatangkan kemanfaatan atau kemudaratan, baginda juga tidak berkuasa untuk mendatangkan kelurusan. Sabdanya,

“Sesungguhnya aku tidak memiliki kuasa kepada kamu, sama ada untuk kemudaratan atau untuk kelurusan.” (72:21)

Golongan dalam agama

Amaran Nabi terhadap orang-orang yang bergolongan atau bermazhab dalam agama terdapat di dalam hadisnya yang bererti:

"Dia berkuasa untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." (6:65)

Upah

Nabi mengatakan baginda tidak mengambil upah dalam menyampaikan ajaran agama. Hadis baginda terkandung di dalam ayat berbunyi,

"Mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk; maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah (Muhammad), 'Aku tidak meminta kepada kamu upah untuknya; ia hanyalah satu peringatan untuk semua alam.'" (6:90)

Hadis baginda yang berkaitan dengan tajuk, yang didapati di dalam surah lain adalah seperti berikut:

"Aku tidak meminta upah kepada kamu untuk ini, ia hanyalah bagi orang yang menghendaki untuk mengambil kepada Pemeliharanya satu jalan." (25:57)

"Aku tidak meminta upah daripada kamu; itu adalah untuk kamu. Upahku, tidak lain, hanyalah atas Allah; dan Dia saksi atas segala sesuatu." (34:47)

"Aku tidak meminta kepada kamu upah untuknya, dan tidak juga aku termasuk orang-orang yang melakukan mengikut kehendak mereka sendiri." (38:86)

"Itulah berita gembira yang Allah memberi hamba-hamba-Nya yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak meminta kepada kamu upah untuk ini, melainkan kasih sayang untuk sanak saudara'" (42:23)

Lima hadis Nabi yang menjelaskan baginda tidak mengambil upah dalam menyampaikan ajaran agama telah dibentangkan. Maka hadis siapakah yang diikuti oleh orang-orang yang mengambil upah dalam agama?

Kaum

Nabi telah bersaba kepada kaumnya. Antara hadisnya adalah yang terdapat di dalam ayat yang menyusul:

"Kaum kamu mendustakannya, padahal ia adalah yang benar. Katakanlah (Muhammad), 'Aku bukanlah seorang wakil kepada kamu.'" (6:66)

Hadis Nabi yang lain berbunyi,

"Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan mengetahui siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung." (6:135)

"Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal; dan kelak kamu akan mengetahui," (39:39)

Hujah Muktamad

Nabi telah bersabda iaitu ayat-ayat Allah yang diturunkan kepadanya adalah hujah yang muktamad:

"Bagi Allah hujah yang muktamad; sekiranya Dia menghendaki, tentu Dia memberi petunjuk kepada kamu semua." (6:149)

Sekutu

Sedikit penjelasan mengenai sekutu telah dibuat di bawah tajuk "Selain daripada Allah" di atas. Nabi telah berabda:

"Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintahkan, dan aku yang pertama muslim ..... Adakah aku menginginkan satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?" (6:162-164)

Antara sabdanya yang lain adalah:

"Adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang memulakan ciptaan, kemudian mengembalikannya? ..... Allah, Dia yang memulakan ciptaan, kemudian mengembalikannya semula. Bagaimanakah kamu dipalingkan?" (10:34) Bagaimanakah manusia boleh dipalingkan daripada mempercayai dan menuruti ayat-ayat-Nya, sedangkan Allahlah yang memula dan mengembalikan ciptaan?

"Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang memberi petunjuk pada yang benar? ..... Allah, Dia memberi petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk diikuti - orang yang memberi petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak memberi petunjuk kecuali dia mendapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?" (10:35)

"mereka mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah (Muhammad), 'Namakan mereka! Atau, adakah kamu akan memberitahu-Nya apa yang Dia tidak tahu di bumi; atau dengan ucapan yang nyata?'" (13:33)

"Serulah orang-orang yang kamu mendakwa selain daripada Allah; mereka tidak memiliki seberat atom pun, di langit, dan tidak juga di bumi; mereka tidak bersekutu dalam keduanya, dan tidak juga ada bagi-Nya daripada mereka sebarang penyokong." (34:22)

"Perlihatkanlah kepadaku orang-orang yang kamu menghubungkan dengan-Nya sebagai sekutu-sekutu! Tidak sekali-kali; bahkan Dia Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (34:27) Mengambil si anu untuk berhubung dengan Tuhan.

Mengatakan apa yang tidak tahu

"Dan apabila mereka melakukan kesumbangan, mereka berkata, 'Kami mendapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah memerintahkan kami dengannya.' Katakanlah (Muhammad), 'Allah tidak memerintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?'" (7:28)

Ayat yang pertama dipaparkan di halaman ini (2:80) juga mengandungi mesej yang sama, tetapi terhadap dakwaan palsu orang-orang yang menulis kitab yang menyatakan neraka adalah tempat kediaman yang sementara sahaja setelah mereka dimasukkan ke dalamnya.

Masjid

"Pemeliharaku memerintahkan supaya membuat keadilan. Tegakkanlah muka-muka di setiap masjid, dan berserulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia memulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan." (7:29)

Saat

Hadis Nabi mengenai Saat yang dipilih di sini didapati di dalam ayat bermaksud:

"Mereka menanyai kamu mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan. Katakanlah (Muhammad), 'Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan mendedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba.' Mereka menanyai kamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah (Muhammad), 'Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.'" (7:187)

Bila Saat akan berlaku merupakan satu lagi perkara yang ghaib yang baginda tidak tahu.

Pemberi amaran dan pembawa berita gembira

"Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang mempercayai." (7:188)

Amaran dan berita gembira yang diberi oleh Nabi adalah apa yang terkandung di dalam Kitab yang dibawanya.

Lebih dicintai

Sabda Nabi mengenai cinta yang sebenar berbunyi,

"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum kerabat kamu, dan harta benda yang kamu memperoleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat berpuas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya; Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq." (9:24)

Memperolok-olokkan ayat

"Dan jika kamu menanyakan mereka, maka mereka akan berkata, 'Kami hanya terjun dan bermain-main.' Katakanlah (Muhammad), 'Adakah Allah kamu memperolok-olokkan, dan ayat-ayat-Nya, dan rasul-Nya?'" (9:65)

Beramal

"Beramallah, dan Allah pasti akan melihat amalan kamu, dan rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat." (9:105)

Dusta terhadap Allah

"Orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung." (10:69)

Orang-orang yang berdusta terhadap Allah hanya boleh dicam setelah membaca dan memahami kandungan al-Qur'an.

Roh

"Mereka menanyai kamu mengenai Roh. Katakanlah (Muhammad), 'Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit.'" (17:85)

Hanya seorang manusia

"Atau, sehingga kamu mempunyai sebuah rumah daripada perhiasan emas, atau sehingga kamu naik ke langit; dan kami tidak akan mempercayai kenaikan kamu sehingga kamu menurunkan kepada kami sebuah kitab supaya kami membacanya.' Katakanlah (Muhammad), 'Pemeliharaku disanjung! Tidakkah aku hanya seorang manusia, seorang rasul?'" (17:93)

Pilihan hadis atas tajuk yang sama ditambah dua lagi, iaitu:

"Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya membuat kerja-kerja kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun." (18:110)

"Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah kepada-Nya, dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyekutukan," (41:6)

Panjangkan tempoh

"Sesiapa yang dalam kesesatan, Yang Pemurah memanjangkan tempoh kepadanya, dengan panjang, sehingga apabila mereka melihat apa yang mereka telah dijanjikan, sama ada azab atau Saat, mereka pasti akan mengetahui siapa yang lebih buruk tempatnya, dan yang lebih lemah tenteranya." (19:75)

Bertakwa

Takwa bermaksud takut kepada Tuhan. Antara hadis Nabi mengenainya adalah yang berbunyi,

"..... 'Kepunyaan siapakah bumi dan sesiapa yang di dalamnya, jika kamu mengetahui?' Mereka akan berkata, 'Kepunyaan Allah.'
..... 'Tidakkah kamu mengingati?"
..... 'Siapakah Pemelihara tujuh langit, dan Pemelihara Arasy yang besar?' Mereka akan berkata, 'Kepunyaan Allah.'
..... 'Tidakkah kamu bertakwa?'
..... 'Di tangan siapakah dominion segala sesuatu; Dia melindungi dan Dia Sendiri tidak dilindungi, jika kamu mengetahui?' Mereka akan berkata, 'Kepunyaan Allah.'
..... 'Bagaimanakah pula kamu disihir?'" (23:84-89)

Satu lagi hadis Nabi yang dipilih adalah:

"Adakah itu lebih baik, atau Taman Berkekalan, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa, dan ia adalah balasan bagi mereka dan kepulangan?" (25:15)

Syaitan

Cara Nabi memohon perlindungan daripada syaitan, berbunyi,

"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98)

Mukmin

Perintah Allah kepada Nabi untuk disampaikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan mengenai kesopanan berbunyi:

"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan.
Dan katakanlah (Muhammad) kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung." (24:30-31)

Hanya untuk menyampaikan

Satu lagi hakikat yang sukar diterima oleh sesetengah pihak yang mengaku Islam, iaitu Nabi hanya dibebankan untuk menyampaikan Kitab Allah. Sabdanya,

"Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanyalah kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu mentaati dia, kamu akan mendapat petunjuk. Adalah hanya atas rasul untuk menyampaikan yang jelas." (24:54)

Ayat 3:20 yang telah disebut lebih awal lagi turut menyatakan bahawa tugas Nabi hanyalah untuk menyampaikan al-Qur'an - "jika mereka berpaling, maka bagi kamu (Muhammad) hanyalah untuk menyampaikan".

Mendengar, melihat

Nabi menyuruh mendengar dan melihat. Tentu yang suruh didengar itu adalah ayat-ayat Allah, dan yang dilihat adalah kebesaran-Nya, yang tiada tandingan. Sabdanya,

"Apa pendapat kamu, jika Allah membuatkan malam berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang mendatangkan sinaran kepada kamu? Tidakkah kamu mendengar?
..... Apa pendapat kamu, jika Allah membuatkan siang berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang mendatangkan kepada kamu malam untuk berehat padanya? Tidakkah kamu melihat?'
" (28:71-72)

Palsu

Orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah hanya mengikuti yang palsu, menurut hadis Nabi yang bermaksud,

"Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan bumi. Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi." (29:52)

Isterinya

Satu contoh hadis Nabi terhadap isteri-isterinya terkandung di dalam ayat al-Qur'an yang bererti:

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, 'Jika kamu menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan membuat peruntukan untuk kamu, dan melepaskan kamu dengan pelepasan yang manis. Tetapi jika kamu menghendaki Allah, dan rasul-Nya, dan tempat kediaman akhir, sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik antara kamu dengan upah yang besar.'" (33:28-29)

Tidak ditanya

"Kamu tidak ditanya mengenai dosa-dosa kami dan tidak juga kami ditanya mengenai apa yang kamu buat ..... Pemelihara kita akan mengumpulkan kita bersama, kemudian memberi keputusan antara kita dengan yang benar. Dia Yang Pemberi Keputusan, Yang Mengetahui." (34:25-26)

Rezeki

"Pemeliharaku menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (34:36)

Takutilah Tuhan kamu

"Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, takutilah Pemelihara kamu. Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini baik, dan bumi Allah luas. Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa perhitungan." (39:10)

Syafaat

Nabi mengaku tidak mempunyai kuasa syafaat, atau mengantara. Pengakuan baginda terdapat di dalam ayat-ayat berikut:

"Atau, adakah mereka mengambil pengantara-pengantara selain daripada Allah? Katakanlah (Muhammad), 'Apa, walaupun mereka tidak berkuasa sesuatu pun, dan tidak memahami?'
Katakanlah (Muhammad), 'Bagi Allah kepunyaan syafaat (pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan.'" (39:43-44)

Berputus asa

Nasihat Nabi kepada orang-orang yang membuat kesalahan, berbunyi:

"Wahai hamba-hamba-Ku yang membazir ke atas diri-diri kamu sendiri, janganlah berputus asa daripada pengasihan Allah; sesungguhnya Allah mengampunkan kesalahan-kesalahan, kesemuanya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih." (39:53)

Mengajar Allah

Bagi orang-orang yang menokok tambah pada ajaran agama Allah, Nabi memperingatkan mereka dengan hadisnya yang bermaksud:

"Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah mengetahui segala sesuatu." (49:16)

Budi baik kepada Nabi

"Mereka mengiranya sebagai satu budi baik kepada kamu bahawa mereka telah tunduk patuh! Katakanlah (Muhammad), 'Janganlah kamu mengira bahawa keislaman kamu adalah sebagai satu budi baik kepadaku; tidak, tetapi Allah berbudi baik kepada kamu, dengan Dia memberi kamu petunjuk pada keimanan, jika sekiranya kamu orang-orang yang benar.'" (49:17)

Tidak, adalah jawapan Nabi kepada orang-orang yang menyangka telah berbudi baik kepadanya kerana menjadi Islam. Sebaliknya, Allahlah yang berbudi kepada mereka.

Dengan hadis itu, senarai hadis Nabi yang sebenar di halaman ini berakhir. Walaupun didapati meliputi bidang yang luas dalam Islam, namun, Hadis Allah yang berupa Kitab al-Qur'an memberi penjelasan yang lebih lanjut lagi terperinci. Sebagai penutup, sambutlah firman Allah yang berbunyi,

"Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?" (45:6)

 

Penulis Bacaan
Ramadan 1424
November 2003


Artikel / English Articles

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar

Tulis kepada Pengurus Laman