Empat Imam Besar & Mazhab


 

From: "none (insan)"
Subject: Pandangan Saudara
Date: Friday, January 31, 2003 11:56 AM

assalamualaikum,

alhamdulilah kerana membalas email saya.

Saya ingin menanya satu soalan. 

Apakah pendapat saudara mengenai keempat-empat Imam Besar dalam Islam iaitu 4 mazhab dalam Islam iaitu mahzab Syafie, Mazhab Maliki, Mazhab Hambali dan Mazhab Hanafi ?

Semoga usaha-usaha saudara di laman web www.e_bacaan.com mendapat berkat dari Allah s.w.t . 

sekian,

jazakallah,

fairuz

 

Yang berikut adalah jawapan kami di sini:

 

Salam saudara yang budiman,

Terima kasih kerana sudi bertanya kepada kami. Kami harap jawapan kami dapat dipertimbangkan sahaja.

Sesungguhnya, Allah melarang bergolongan atau bermazhab dalam agama. Dan sistem berulama, seperti sistem paderi agama Kristian atau sistem sami agama lain, Dia tidak menganjurkannya. Oleh itu, umat harus menjauhi daripada apa yang Dia tidak ingini.

Selanjutnya, diturunkan ayat-ayat mengenai larangan mengadakan golongan atau mazhab dalam agama, berbunyi:

" ..... atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan" (6:65). Catatan: Manusia dikelirukan dengan kewujudan pelbagai golongan dalam agama.

"Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat" (6:159). Catatan: Nabi tiada kena-mengena dengan penubuhan pelbagai golongan dalam agama.

"Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka," (23:53). Catatan: Manusia bergembira atau berbangga dengan golongan pilihan mereka. Juga rujuk ayat 30:32.

(Sila rujuk artikel "Al-Qur'an dan Sekutu Allah" bahagian 11 - Memecahkan agama kepada golongan atau mazhab. Terima kasih.)

Dan seterusnya, diturunkan pula ayat mengenai sistem berahib yang diwujudkan oleh orang-orang Kristian. Sistem ini dituruti oleh orang-orang Islam kemudian. Firman-Nya:

"dan Kami mengutus, untuk menyusuli mereka, Isa putera Mariam, dan Kami memberikannya Injil. Dan Kami membuatkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya kelembutan, dan pengasihan. Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak menuliskan (menetapkan) untuk mereka" (57:27)

Maka sistem berempat Imam Besar itu tidak dianjurkan oleh Allah seperti rahbaniyah orang Kristian.

Keempat-empat Imam Besar sudah menjadi idola dalam Islam. Mereka disekutukan dengan Allah, tanpa disedari ramai. Sila rujuk artikel "Al-Qur'an dan Sekutu Allah" bahagian 10 - Habr atau ulama agama.

Oleh yang demikian, kembalilah kepada al-Qur'an. Apabila ia dibaca serta difahami tentu orang-orang seperti empat Imam Besar tersebut tidak diidolakan. Dan Allah disembah satu-satunya.

Terima kasih.

Setelah memberi jawapan yang mesejnya seakan sama dengan di atas, saudara yang budiman itu menulis lagi, dengan mendatangkan satu pertanyaan pula, berbunyi:

Apabila saudara mengatakan tidak harus mempercayai keempat2 Imam Besar dalam Islam,saya ingin menanyakan sesuatu pada saudara.

Adakah saudara dan rakan-rakan saudara di laman web www.e-bacaan.com ini adalah golongan anti-hadith ?

Begitulah nasib orang-orang yang menunjuk dan mengingatkan ayat-ayat al-Qur'an di kalangan masyrakat Melayu. Mereka digelar anti-hadis, menurut gelaran yang diberi oleh ulama palsu. (Pada zaman Imam Syafie mereka dipanggil "Ahlul Qalam"). Dengan itu, dapatlah difahamkan iaitu orang-orang yang berpegang kepada hadis adalah (dengan berat untuk mengatakan), sebenarnya, anti-Qur'an. Maaf kerana menyebutnya. Sila rujuk Anti-Hadis ASWJ dan Mazhab. Terima kasih.

Sila rujuk juga artikel Salamun alaikum.

 

Senarai pengirim E-Mail


Terkini   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman