Tunduk Patuh
Surat berikut mengandungi pandangan terhadap artikel Dari Sudut Mana ISLAMnya Seseorang?.
From: "Yusuff Hashim"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Pandangan artikel En. Azahadi
Date: Saturday, May 28, 2005 1:14 AMBerikutan dari artikel oleh En Azahidi, ingin saya tambah sikit berdasarkan kepada ayat-ayat seperti berikut;
49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak mempercayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."
49:15. Orang-orang yang mukmin ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.
Ada beberapa perkara yang dapat dipelajari dari ayat ini; Orang yang tunduk tidak lah samestinya orang yang beriman atau mempercayai,. Orang yang tunduk dan mentaati Allah dan Rasulnya, amalan kebaikannya akan diterima. Orang beriman/mempercayai/mukmin merupakan satu tahap yang lebih tinggi, merekalah orang-orang yang benar.
Sekian padangan saya yang tak seberapa.
Salamun alaikum,
Terima kasih kepada saudara Yusuff Hashim atas pandangan beliau. Setelah membacanya teringat pula tentang sesuatu yang belum lagi disenaraikan di laman web ini, iaitu ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi frasa 'tunduk patuh'.
Tunduk Patuh diterjemah daripada beberapa perktaan yang akarnya sim lam mim seperti muslim dan Islam. Ayat-ayat yang mengandungi frasa tersebut di dalam Bacaan adalah seperti berikut:
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:131. Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, "Tunduk patuhlah", dia berkata, "Aku menundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam."
2:132. Dan Ibrahim mewasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai anak-anakku, Allah telah memilih untuk kamu agama; maka janganlah kamu mati kecuali dalam kemusliman."3:19. Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.
3:20. Maka jika mereka mendebat kamu, katakanlah, "Aku menundukkan wajahku (mukaku / kehendakku) kepada Allah, dan sesiapa yang mengikuti aku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), "Sudahkah kamu tunduk patuh?" Jika mereka tunduk patuh, mereka mendapat petunjuk yang benar, dan jika mereka berpaling, maka bagi kamu hanyalah untuk menyampaikan; dan Allah melihat hamba-hamba-Nya.
3:83. Apa, adakah selain daripada agama Allah yang mereka menginginkan, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa yang di langit dan di bumi, dengan rela atau membenci, dan kepada-Nya mereka akan dikembalikan?
6:14. Katakanlah, "Adakah aku akan mengambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang memberi makan, dan tidak diberi makan?" Katakanlah, "Aku diperintah supaya menjadi yang pertama, orang yang tunduk patuh: 'Janganlah kamu menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan.'"
6:71. Katakanlah, "Adakah kita akan menyeru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga memudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah memberi petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,
16:81. Dan Allah membuatkan untuk kamu lindungan daripada apa yang Dia cipta, dan Dia membuatkan untuk kamu, daripada gunung-gunung tempat perlindungan, dan Dia membuatkan untuk kamu baju-baju untuk melindungi kamu daripada panas, dan baju-baju untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri. Begitulah Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu supaya kamu tunduk patuh.
22:34. Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,
27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."
37:103. Apabila mereka telah tunduk patuh, dan dia mengayunkannya di atas keningnya,
39:54. Berkesesalanlah kepada Pemelihara kamu, dan tunduk patuhlah kepada-Nya, sebelum azab datang kepada kamu, kemudian kamu tidak akan ditolong.
40:66. Katakanlah, "Aku dilarang menyembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam."
46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."
48:16. Katakanlah kepada orang-orang Arab yang ditinggalkan, "Kamu akan diseru terhadap kaum yang mempunyai kekuatan yang sangat untuk memerangi mereka, atau mereka tunduk patuh. Jika kamu mentaati, Allah akan memberi kamu upah yang baik; tetapi jika kamu berpaling, sebagaimana kamu telah berpaling dahulu, Dia akan mengazab kamu dengan azab yang keras."
49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak mempercayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."
49:17. Mereka mengiranya sebagai satu budi baik kepada kamu bahawa mereka telah tunduk patuh! Katakanlah, "Janganlah kamu mengira bahawa keislaman kamu adalah sebagai satu budi baik kepadaku; tidak, tetapi Allah berbudi baik kepada kamu, dengan Dia memberi kamu petunjuk pada keimanan, jika sekiranya kamu orang-orang yang benar.
72:14. Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati,
Semoga senarai di atas dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang berbangkit.
Antara perkataan lain yang berkait dengan mesej disampaikan oleh saudara Yusuff dan Azahidi adalah Iman dan Mukmin yang sudah pun disenaraikan di ruangan Kalimat Pilihan.
Begitu juga mengenai orang-orang bertakwa, iaitu satu-satunya golongan yang akan masuk Jannah (Syurga). Senarai ayat yang mengandungi perkataan takwa sudah juga diturunkan di ruangan tersebut, di samping sebuah karangan yang berkenaan berjudul Syurga dan Orang Bertakwa di ruangan Artikel.
Lantaran itu, terdapat beberapa perkataan yang diguna untuk golongan-golongan dalam Islam. Sama bagi golongan yang bukan Islam seperti tidak percaya atau kafir, fasiq, menyekutukan dan sebagainya. Munafik juga dalam golongan yang sama, tapi berada di paling bawah sekali di Api.
Syurga juga berkelas seperti neraka. Kelas-kelas tersebut dihuraikan di dalam karangan Dua kelas Taman. Dua golongan tersebut selanjutnya mungkin terdiri daripada mereka yang berbeza dalam sikap setelah mewarisi Kitab, iaitu golongan yang tidak bersungguh-sungguh, dan golongan yang mendahului dalam kebajikan. Demikian difahamkan daripada Peringatan Allah berbunyi,
"Kemudian Kami mewariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar." (35:32)
Tentu banyak lagi yang boleh dikatakan mengenai tajuk di atas. Tetapi dirasakan cukup sampai di situ sahaja buat kali ini.
30 Mei 2005
Terkini Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles