Hukuman bagi Dadah dan Bunuh

 


From: ayleenabubakar
Date: 2011/12/15
Subject: pertanyaan hukuman
To: ebacaan114@gmail.com
 

Salam..

Tuan disini saya ingin bertanya mengenai beberapa soalan yang berkaitan hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah..(hakim di mahkamah kepada pesalah)

seperti yang kita tahu pada masa sekarang terlalu banyak berita yang melibatkan aktiviti jualan dadah, ganja, pil kuda dan sebagainya.. secara umum jika seseorang itu ditangkap atas kesalahan tersebut akan menerima hukuman daripada pihak mahkamah, bg kesalahan berat akan melibatkan hukuman seperti gantung sampai mati pada pendapat tuan adakah wajar hukuman tersebut diberikan kepada pesalah itu..

2-Bagi kes pembunuhan pula,jika pihak mangsa sudah maafkan diatas kesalahan si pembunuh,pihak mahkamah pula menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.. dari segi hukuman tersebut melibatkan pihak hakim dan warden penjara yg menjalankan hukuman gantung tersebut... apa pendapat tuan mengenai kes tersebut.. bagi pihak hakim dan warden apakah salah dan hukuman serta balasan yang diterima jika mengikut alquran..

sekian..salam..

yusri..
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Pertama, ingin dijelaskan bahawa di dalam al-Qur'an ada tertulis mengenai hukum bunuh yang dihalalkan-Nya, iaitu hukum bunuh ke atas orang-orang yang patut dibunuh, seperti dijelaskan ayat berbunyi,

"dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan patut," (25:68)

 

Bila salah guna dadah disebut, terlintas di fikiran kami frasa di dalam al-Qur'an yang tertulis kerosakan di bumi. Kerosakannya dipertanggungjawabkan ke atas pembuat dan pengedar, seperti orang-orang yang dipanggil drug cartels. Bagi kami, mereka patut dibunuh, berdasarkan ayat berikut:

"Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk buat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itu suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar." (5:33)

Di dalam al-Qur'an, orang-orang yang dikategorikan buat kerosakan di bumi ada beberapa. Satu daripadanya ialah orang yang mencuri, dan hukumannya sedia maklum, iaitu potong tangan sebagai hukuman maksima. Dan kami percaya ramai yang bersetuju bahawa kejahatan drug cartels adalah jauh lebih kejam daripada kejahatan orang yang mencuri.

Selain daripada mereka, pada hemat kami, pesalah tidak harus dihukum bunuh. Malah, hukuman bunuh yang sedia ada kelihatan tidak mampu membentras kesalahan bersabit. Pilih yang lain seperti memotong tangan atau kaki, atau pesalah dibuang daripada bumi (atau dipenjara), sebagai hukuman maksima. Atau mungkin hukuman sebat, untuk mengambil iktibar daripada jenis hukuman yang disebut di dalam al-Qur'an.

 

Bagi kes kedua, kalau tidak silap, dalam rayuan hukuman mati di negara kita, salah seorang yang mendengar rayuan ialah waris orang yang dibunuh. Betulkan kami di sini. Maka di situ ahli waris boleh kemukakan penolakannya, dan meminta ganti rugi. Dan pesalah pula hanya dihukum penjara sahaja.

Kami juga tidak tahu sama ada waris boleh kemukakan hasratnya supaya pembunuh tidak dihukum mati sebelum hakim menjatuhkan hukuman, di negara kita. Hal ini harus ditanya kepada pihak berkenaan.

Kalau semua itu sudah dilakukan oleh waris orang yang dibunuh, dan hukuman mati terus dilaksanakan, maka bebannya tidak jatuh ke atas waris tersebut.

 

Sekian pendapat kami.

Allah disanjung!


Artikel berkaitan:
Kerosakan di Bumi
Bunuh di dalam al-Qur'an

18.12.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman