Berbudi Kasar

 


From: ayleenabubakar
Date: 2013/1/3
Subject:
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>

salam..
 

saya harap tuan berada di dalam keadaan yang sihat.

tuan,saya ada sedikit pertanyaan yang memerlukan pendapat tuan.

saya ada seorang kenalan. beliau merupakan salah seorang yang mengikuti alquran. dan juga mengikuti laman ebacaan.

apa yang membuatkan saya kecewa dan kurang senang dgn beliau adalah kerana dia suka menggunakan kata2 yang kurang enak didengar. (sebagai contoh babi sial kadang kala kata2 dlm bahasa cina)

saya sudah bnyk kali menegur dgn sikap beliau. saya ingin meminta pendapat tuan ataupun ada tak ayat2 alquran yang boleh saya rujuk dan tunjukkan pd beliau sedangkan beliau sndiri membaca alquran.

saya ingin sedarkan beliau serta pengajaran..

salam..

leen.


Salamun alaikum,

Agak lucu juga cerita mengenai kenalannya, kerana perkataan-perkataan seperti itu kadang-kala diguna sambil berjenaka dengan orang lain, dalam budaya kita. Namun, mereka tidak menjadi basahan, seperti didapati padanya. Apabila kerap kali mendengar perkataan-perkataan busuk itu keluar dari mulutnya tentu akan menimbulkan rasa mual jua.

Perkataan-perkataan yang keluar dari mulut harus merupakan yang baik sahaja. Al-Qur'an ada menyebut tentang beberapa jenis, dalam situasi tertentu, seperti perkataan yang baik (2:235, 4:5, 4:8 dan 33:32), atau perkataan yang mulia (17:23), atau perkataan yang lemah lembut (17:28) atau perkataan yang lebih baik dalam firman berbunyi,

17:53. dan katakan kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik.


Percakapan, pada hemat kami, termasuk dalam budi pekerti. Dalam budi pekerti yang besar, yang terletak pada Rasul, tersemat penggunaan perkataan-perkataan yang baik selain beberapa nilai lain seperti lemah lembut. Firman-Nya,

68:4. Sesungguhnya kamu adalah di atas budi pekerti yang besar.

3:159. Adalah dengan pengasihan Allah kamu berlaku lemah lembut kepada mereka, dan sekiranya kamu berkasar dan berkeras hati, tentu mereka menyuraikan diri dari sekeliling kamu.

Justeru kenalan ayleenabubakar itu tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang berbudi pekerti besar (maaf berkata demikian).


Sebaliknya, dia boleh dikatakan berbudi kasar iaitu sifat yang menjurus kepada berkelakuan keji. Sifat tersebut harus disarung oleh orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah. Ayat berikut harus direnungkan:

68:13. Berbudi kasar; tambahan pula, berkelakuan keji,

Maka sifat seperti itu akan dijauhi oleh orang-orang yang berpegang pada al-Qur'an, yang akan menggunakan jenis-jenis perkataan seperti yang telah digariskan Allah dalam percakapan mereka.

Terima kasih.

Allah disanjung!


2 Februari 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman