Kalimat jahat di dalam al-Qur'an
"Jahat" diterjemah daripada enam kalimat
yang akarnya sama - sayyi'ah, sa'a, sayyi, su', su'a, asa'a. Oleh kerana
konteksnya, kesemua kalimat tersebut tidak dapat diseragamkan kepada perkataan
"jahat" di dalam semua ayat yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut, lalu
perkataan-perkataan seperti buruk, dukacita, susah dan
menyakitkan diguna sebagai ganti.
Ayat-ayat yang mengandungi perkataan jahat dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu seperti berikut:
Bahagian 1: sayyi'ah
Bahagian 1: sayyi'ah
Kalimat sayyi'ah diterjemah kepada jahat dan buruk. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut adalah:
2:81. Ia, sesiapa yang mengusahakan
kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itulah orang-orang Api; di
dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
(yang menulis
kitab dan mengatakan ia daripada Allah, dan berkata neraka adalah tempat
sementara - ayat 79 dan 80 sebelumnya)
2:271. Jika kamu menampakkan sedekah
kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan
orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan
melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa
yang kamu buat.
(sedekah melepaskan
kejahatan)
3:120. Jika kamu disentuh yang baik, ia menyakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa yang buruk, mereka bergembira dengannya. Namun begitu, jika kamu bersabar, dan bertakwa, muslihat mereka tidak akan memudaratkan kamu sedikit pun; sesungguhnya Allah meliputi apa yang mereka buat.
3:193. Wahai Pemelihara kami, kami
mendengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah
kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunilah
kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada
kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang
taat.
(doa)
3:195. Dan Pemelihara mereka menyahuti
mereka, "Aku tidak mensia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki
atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Dan orang-orang
yang berhijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang
disakiti di jalan-Ku, dan berperang, dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan
melepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan memasukkan
mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran
daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.
(dilepas daripada kejahatan)
4:18. Tetapi tidak diterima taubat
orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang
antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya
bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya
(kafir); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih.
(disamakan dengan tidak percaya, atau kafir)
4:31. Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar
yang kamu dilarang daripadanya, Kami akan melepaskan kamu daripada
kejahatan-kejahatan kamu, dan Kami memasukkan kamu melalui pintu yang
mulia.
(menjauhi dosa besar)
4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah."Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak memahami sebarang hadis.
4:79. Apa sahaja yang baik menimpa kamu,
ia adalah daripada Allah; apa sahaja keburukan yang menimpa kamu adalah
daripada diri kamu sendiri. Dan Kami mengutus kamu kepada manusia sebagai rasul,
dan cukuplah Allah untuk saksi.
(yang baik daripada
Allah, yang buruk daripada diri sendiri)
5:12. Allah telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami membangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu melakukan solat, dan memberikan zakat, dan percaya kepada rasul-rasul-Ku, dan meneguhkan mereka, dan kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."
5:65. Tetapi sekiranya ahli Kitab percaya
dan bertakwa, tentu Kami melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan
mereka, dan tentu Kami memasukkan mereka ke Taman Kebahagiaan.
(percaya kepada Kitab dan bertakwa)
6:160. Sesiapa yang mendatangkan satu
yang baik, akan mendapati sepuluh yang serupa dengannya; dan sesiapa yang
mendatangkan satu kejahatan, hanya dibalas dengan yang serupa dengannya;
mereka tidak dizalimi.
(balasan bagi satu yang baik,
sepuluh, dan satu yang jahat, satu)
7:95. Kemudian Kami menukarkan tempat yang buruk dengan yang baik, sehingga mereka membiak, dan mereka berkata, "Kesusahan dan kesenangan telah menyentuh bapa-bapa kami." Maka Kami mengambil mereka dengan tiba-tiba, tanpa mereka menyedari.
7:131. Maka apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini ialah kerana kami"; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka meramalkan yang buruk kerana Musa, dan orang-orang yang bersamanya. Ingatlah, bahawa ramalan buruk mereka adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
7:153. Dan orang-orang yang mengerjakan
kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya
Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.
(bertaubat)
7:168. Dan Kami memotong mereka kepada
umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik), dan antara mereka, tidak
sedemikian; dan Kami menguji mereka dengan benda-benda yang baik, dan
buruk, supaya mereka kembali.
(ujian)
8:29. Wahai orang-orang yang percaya,
jika kamu bertakwa kepada Allah, Dia akan mengadakan untuk kamu satu Pembeza,
dan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan mengampuni
kamu; Allah mempunyai pemberian yang besar.
(bertakwa)
10:27. Dan orang-orang yang mengusahakan kejahatan, balasan satu kejahatan ialah yang serupa dengannya; kehinaan akan menutupi mereka, dan juga, tiada yang melindungi mereka daripada Allah, seakan-akan muka-muka mereka ditutupi bahagian-bahagian kegelapan malam. Mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
11:10. Tetapi jika Kami merasakannya kemakmuran setelah kesusahan menyentuhnya, dia akan berkata, "Keburukan telah pergi daripadaku"; tiba-tiba dia sangat gembira dan membanggakan diri.
11:78. Dan kaumnya (Lut) datang
kepadanya, berlari-lari ke arahnya, dan sejak dahulu mereka membuat
kejahatan. Dia berkata, "Wahai kaumku, inilah anak-anak perempuanku;
mereka lebih bersih bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan janganlah mengaibkan
aku pada tetamu-tetamu aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu
yang berfikiran waras?"
(homoseksual)
11:114. Dan lakukanlah solat pada dua
tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan
kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu
ingat.
(solat tiga kali)
13:6. Mereka meminta kepada kamu supaya
disegerakan keburukan sebelum yang baik, walaupun telah berlalu sebelum
mereka contoh-contoh. Pemelihara kamu adalah pengampun kepada manusia atas
kezaliman mereka, dan Pemelihara kamu keras dalam pembalasan
sewajarnya.
(jangan minta yang buruk, atau
jahat)
13:22. Orang-orang yang bersabar, dengan
menginginkan Wajah Pemelihara mereka, melakukan solat, dan menafkahkan daripada
apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang
menolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman
muktamad,
(tolak dengan yang baik)
16:34. Maka kejahatan-kejahatan
yang mereka buat menimpa mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka
memperolok-olokkan.
(orang yang menyekutukan Allah,
menyembah selain daripada-Nya, dan mengharamkan selain daripada
perintah-Nya)
16:45. Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?
23:96. Tangkislah kejahatan dengan
apa yang lebih baik. Kami Sendiri sangat mengetahui apa yang mereka
menyifatkan.
(tangkis kejahatan dengan yang
baik)
25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan
percaya, dan membuat amalan (kerja-kerja) kebaikan; bagi mereka itu, Allah akan
menukarkan kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah adalah
Pengampun, Pengasih.
(bertaubat daripada menyeru tuhan
selain Allah, membunuh orang dan berzina - ayat 68-69)
27:46. Dia berkata, "Wahai kaumku, mengapakah kamu minta disegerakan keburukan sebelum yang baik? Mengapa kamu tidak meminta ampun kepada Allah, supaya kamu dikasihani?"
27:90. Dan sesiapa yang datang dengan kejahatan, wajah (muka) mereka dijerumuskan ke dalam Api: "Tidakkah kamu dibalas melainkan apa yang kamu buat?"
28:54. Mereka ini diberi upah mereka dua kali kerana mereka bersabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, dan menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami merezekikan mereka.
28:84. Sesiapa yang datang dengan yang baik mendapat yang lebih baik daripada itu; dan sesiapa yang datang dengan kejahatan - orang-orang yang membuat kejahatan tidak dibalas melainkan apa yang mereka telah buat.
29:4. Atau, adakah mereka menyangka, orang-orang yang membuat kejahatan, bahawa mereka akan mendahului Kami? Jahatnya apa yang mereka memutuskan!
29:7. Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sungguh, Kami akan melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Kami akan membalas mereka dengan yang paling baik daripada apa yang mereka buat.
30:36. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan, mereka bergembira dengannya; tetapi jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri mendahulukan, tiba-tiba mereka berputus asa.
35:10. Sesiapa yang menghendaki kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja kebaikan - Dia menaikkannya; tetapi orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bagi mereka adalah azab yang keras, dan tipu daya mereka akan menjadi sia-sia belaka.
39:48. Dan nyatalah bagi mereka
kejahatan-kejahatan yang mereka telah mengusahakan, dan mereka diliputi
oleh apa yang mereka, padanya mereka memperolok-olokkan.
(orang-orang zalim)
39:51. Kejahatan-kejahatan yang
mereka mengusahakan menimpa mereka. Orang-orang yang membuat kezaliman daripada
mereka ini, mereka juga akan ditimpa dengan kejahatan-kejahatan daripada
apa yang mereka telah mengusahakan; mereka tidak dapat mengandaskannya.
(zalim)
40:9. Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan; sesiapa yang Engkau melindungi daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar."
40:40. Sesiapa yang membuat kejahatan akan dibalas hanya dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa membuat satu kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk ke Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa perhitungan.
40:45. Maka Allah melindunginya daripada kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang jahat,
41:34. Tidaklah sama yang baik dengan
kejahatan. Tangkislah dengan apa yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang
yang antara kamu dan dia dalam permusuhan, menjadi seakan-akan dia seorang wali
(sahabat) yang setia.
(musuh menjadi sahabat
setia)
42:25. Dia yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan memaafkan kejahatan-kejahatan; Dia mengetahui apa yang kamu buat.
42:40. Dan balasan ke atas kejahatan ialah kejahatan yang serupa dengannya; tetapi sesiapa memaafkan, dan membetulkan, maka upahnya adalah atas Allah; sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.
42:48. Tetapi jika mereka berpaling, Kami
tidak mengutus kamu untuk menjadi penjaga kepada mereka. Atas kamu hanyalah
untuk menyampaikan. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan
daripada Kami, dia bergembira dengannya; tetapi, jika keburukan menimpa
mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri mendahulukan, maka
sesungguhnya manusia tidak berterima kasih (kafir).
(hanya untuk menyampaikan)
45:21. Atau, adakah orang-orang yang membuat kejahatan menyangka bahawa Kami akan membuat mereka seperti orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, samakah kehidupan mereka dan kematian mereka? Betapa jahatnya apa yang mereka memutuskan!
45:33. Dan kejahatan-kejahatan
yang mereka buat menjadi nyata kepada mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang
mereka memperolok-olokkan.
(tidak
percaya)
46:16. Mereka itulah orang-orang yang Kami menerima daripada mereka yang paling baik daripada apa yang mereka buat, dan Kami memaafkan kejahatan mereka. Mereka adalah di kalangan orang-orang Taman - janji yang benar, yang mereka telah dijanjikan.
47:2. Tetapi orang-orang yang percaya,
dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan percaya kepada apa yang diturunkan kepada
Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan
melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan
keadaan mereka.
(percaya kepada Qur'an dan buat
kerja-kerja kebaikan melepaskan daripada perbuatan jahat)
48:5. Dan supaya Dia memasukkan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka; itu, pada pandangan Allah, kemenangan yang besar.
64:9. Pada hari apabila Dia mengumpulkan kamu untuk Hari Berkumpul; itulah Hari Tipu Menipu. Dan sesiapa mempercayai Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Allah akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.
65:5. Itulah perintah Allah yang Dia menurunkan kepada kamu. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan Dia memberinya upah yang besar.
66:8. Wahai orang-orang yang percaya,
bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu
akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan memasukkan
kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila
Allah tidak mengaibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya
mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka
berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan
ampunilah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
Kalimat jahat Bahagian
2
Kalimat jahat
Bahagian 3
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman