Kalimat jahat di dalam al-Qur'an

 

Bahagian 2:

Kalimat sa'a dan sayyi, diterjemahkan kepada, bukan sahaja jahat, tetapi juga menyakitkan, buruk, susah, dan dukacita menurut konteks ayat-ayatnya.

 

(i) sa'a:

3:120. Jika kamu disentuh yang baik, ia menyakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa yang buruk, mereka bergembira dengannya. Namun begitu, jika kamu bersabar, dan bertakwa, muslihat mereka tidak akan memudaratkan kamu sedikit pun; sesungguhnya Allah meliputi apa yang mereka buat.

4:22. Dan janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah mengahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.

4:38. Orang-orang yang menafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.

4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu berhijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

4:115. Tetapi sesiapa melawan rasul setelah petunjuk menjadi jelas baginya, dan mengikuti jalan selain daripada orang-orang mukmin, Kami memalingkan dia kepada apa yang dia menguasai, dan Kami pasti akan memanggang dia di Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

5:66. Sekiranya mereka melakukan Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada mereka daripada Pemelihara mereka, tentu mereka akan makan apa yang di atas mereka, dan apa yang di bawah kaki mereka. Antara mereka adalah umat yang adil, tetapi kebanyakan antara mereka, adalah jahat apa yang mereka buat.

5:101. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menanyai sesuatu yang, jika ia dinampakkan kepada kamu, akan menyakitkan hati kamu; namun begitu, jika kamu menanyai mengenainya ketika al-Qur'an sedang diturunkan, akan dinampakkan kepada kamu. Allah memaafkannya; dan Allah Pengampun, Penyantun.

6:31. Sungguh rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah, sehingga apabila Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata, "Aduhai, menyesalnya kami, bahawa kami melalaikannya!" Di atas punggung mereka, mereka memikul beban mereka; alangkah buruknya apa yang mereka pikul!

6:136. Mereka menentukan bagi Allah daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia menciptakan, sebahagian, dengan berkata, "Ini untuk Allah" - demikianlah mereka mendakwa - "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka, tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah, sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka memutuskan!

7:177. Satu persamaan yang buruk ialah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.
(mendustakan ayat-ayat Allah)

9:9. Mereka menjual ayat-ayat Allah untuk harga yang sedikit, dan menghalangi daripada jalan-Nya; sesungguhnya amatlah jahat apa yang mereka buat.
(menjual ayat-ayat Allah dan menghalangi jalan-Nya)

9:50. Jika yang baik menimpa kamu, ia menyakitkan hati mereka; tetapi jika kamu ditimpa penderitaan, mereka berkata, "Kami telah mengambil keputusan kami sebelumnya", dan mereka berpaling, bergembira.

9:98. Antara orang-orang Arab mengambil apa yang mereka menafkahkan sebagai denda, dan menunggu-nunggu akan giliran yang buruk kepada kamu. Bagi merekalah giliran yang buruk; Allah Mendengar, Mengetahui.

11:77. Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan berasa cemas untuk mereka, dan dia berkata, "Inilah hari yang amat berat."

16:25. Supaya mereka memikul beban mereka dengan genap pada Hari Kiamat, dan sebahagian beban orang-orang yang mereka menyesatkan tanpa sebarang pengetahuan. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul!

16:59. Sambil dia menyembunyikan diri daripada kaum kerana keburukan berita gembira kepadanya; sama ada dia akan memeliharanya dengan hina, atau dia menginjakkannya ke dalam tanah. Alangkah jahat apa yang mereka memutuskan!

16:60. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, baginya persamaan yang buruk; bagi Allah persamaan yang tinggi; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

17:7. "Jika kamu berbuat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu berbuat baik, dan jika kamu berbuat kejahatan, ia adalah kepadanya yang serupa." Kemudian, apabila janji yang kedua datang, untuk memburuk-burukkan muka-muka kamu, dan untuk masuk ke masjid sebagaimana mereka memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan, dengan pembinasaan, apa yang mereka meninggikan.

17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.
(zina)

18:29. Katakanlah, "Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang menghendaki, percaya; dan hendaklah sesiapa yang menghendaki, tidak percaya." Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka; jika mereka meminta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka - betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!

19:28. Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukanlah seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu seorang jalang."

20:101. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; betapa buruknya pada Hari Kiamat beban itu untuk mereka!

21:74. Dan Lut, kepadanya Kami memberikan Putusan, dan pengetahuan; dan Kami menyelamatkan dia daripada bandar raya yang membuat pekerjaan keji; mereka adalah kaum yang jahat, fasiq.

21:77. Dan Kami menolongnya terhadap kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami menenggelamkan mereka kesemuanya.
(mendustakan ayat-ayat Allah)

25:40. Sesungguhnya mereka telah mendatangi bandar raya yang dihujani dengan hujan yang buruk; apa, tidakkah mereka melihatnya? Tidak, tetapi mereka tidak mengharapkan kebangkitan.

25:66. Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal."

26:173. Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan; dan adalah buruk hujan orang-orang yang diberi amaran.

27:58. Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan; dan buruknya hujan orang-orang yang diberi amaran.

29:4. Atau, adakah mereka menyangka, orang-orang yang membuat kejahatan, bahawa mereka akan mendahului Kami? Jahatnya apa yang mereka memutuskan!

29:33. Apabila rasul-rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan dia berasa cemas untuk mereka; tetapi mereka berkata, "Jangan takut, dan jangan juga susah, kerana sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan keluarga kamu, kecuali isteri kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal.

37:177. Apabila ia turun di halaman rumah mereka, betapa buruknya pagi bagi orang-orang yang diberi amaran!

45:21. Atau, adakah orang-orang yang membuat kejahatan menyangka bahawa Kami akan membuat mereka seperti orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, samakah kehidupan mereka dan kematian mereka? Betapa jahatnya apa yang mereka memutuskan!

48:6. Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan melaknatkan mereka, dan menyediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

48:12. Tidak, tetapi kamu menyangka bahawa rasul dan orang-orang mukmin tidak akan balik kepada keluarga mereka selama-lamanya, dan itu dinampakkan indah di dalam hati kamu, dan kamu menyangka dengan sangkaan buruk, dan kamulah kaum yang jahat."

58:15. Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras; sesungguhnya mereka, adalah jahat apa yang mereka buat.
(bersumpah bohong, menggunakannya sebagai selimut untuk menghalangi jalan Allah - ayat 14-16; dan lihat juga ayat yang di bawah ini)

63:2. Mereka mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, kemudian mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya mereka, adalah jahat apa yang mereka buat.
(orang munafik yang mempersaksikan kerasulan Muhammad untuk menghalangi daripada jalan Allah)

67:27. Kemudian, apabila mereka melihatnya dekat, boleh dicapai, muka-muka orang-orang yang tidak percaya menjadi dukacita, dan dikatakan, “Inilah apa yang kamu seru!”

 

(ii) sayyi:

4:85. Sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang baik, akan menerima sebahagian daripadanya, dan sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang buruk, dia akan memikul yang serupa dengannya; Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.

9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah mencampuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

17:38. Semuanya itu, kejahatannya dibenci di sisi Pemelihara kamu.
(sila baca dari ayat 17:22)

35:43. Dengan kesombongan di bumi, dan membuat tipu daya yang jahat; tetapi tipu daya yang jahat hanya meliputi ahli yang melakukannya. Maka tidakkah mereka menanti-nanti melainkan sunnah (resam) orang-orang dahulu kala? Kamu tidak akan mendapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah, dan kamu tidak akan mendapati sebarang penyimpangan pada sunnah Allah.

39:35. Supaya Allah melepaskan daripada mereka yang paling jahat yang mereka buat, dan membalas mereka dengan upah yang paling baik daripada apa yang mereka buat.

41:27. Maka Kami akan merasakan kepada orang-orang yang tidak percaya azab yang keras, dan Kami akan membalas mereka dengan yang paling buruk daripada apa yang mereka buat.


Kalimat jahat Bahagian 1
Kalimat jahat Bahagian 3

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman