Kalimat jahat di dalam al-Qur'an
Bahagian 3:
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat su', su'a dan asa'a adalah seperti berikut:
(i) su'
2:49. Dan apabila Kami menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun; mereka mengenakan kamu azab yang jahat, mereka mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
2:169. Ia hanya menyuruh kamu pada kejahatan, dan kesumbangan, dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak tahu.
3:30. Pada hari tiap-tiap jiwa mendapati apa yang ia telah buat daripada kebaikan dihadapkan, dan apa yang ia buat daripada kejahatan; ia akan menginginkan sekiranya antara ia dan hari itu ada ruang yang jauh. Allah memperingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya; dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya.
3:174. Maka mereka balik dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, tidak disentuh keburukan; mereka mengikuti kepuasan hati Allah; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.
4:17. Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:110. Sesiapa membuat kejahatan, atau menzalimkan dirinya sendiri, dan kemudian meminta ampunan Allah, dia akan mendapati Allah Pengampun, Pengasih.
4:123. Ia bukanlah khayalan kamu, dan bukan juga khayalan ahli Kitab. Sesiapa membuat kejahatan akan dibalas dengannya, dan tidak akan mendapati baginya, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
4:148. Allah tidak menyukai kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi; Allah adalah Mendengar, Mengetahui.
4:149. Jika kamu menampakkan kebaikan yang kamu buat, atau merahsiakannya, atau memaafkan kejahatan, maka sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Berkuasa.
6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
6:157. Atau, supaya kamu tidak berkata, "Jika Kitab diturunkan kepada kami, tentu kami lebih mendapat petunjuk daripada mereka." Sesungguhnya satu bukti yang jelas telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan; maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, dan berpaling daripadanya? Sungguh, Kami akan membalas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat Kami dengan azab yang jahat kerana palingan mereka.
7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan menyentuhnya dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.
7:141. Dan apabila Kami menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
7:165. Maka apabila mereka melupakan apa yang mereka telah diperingatkan, Kami menyelamatkan orang-orang yang melarang daripada berbuat jahat, dan Kami mengambil orang-orang yang membuat kezaliman dengan azab yang jahat kerana kefasiqan mereka.
7:167. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan bahawa Dia akan membangkitkan terhadap mereka, sampai Hari Kiamat, orang-orang yang akan mengenakan mereka azab yang jahat. Sesungguhnya Pemelihara kamu cepat dalam pembalasan sewajarnya; sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
7:188. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk memanfaatkan diriku atau memudaratkan, kecuali seperti yang Allah mengkehendaki. Sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentu aku mengambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan menyentuhku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang mempercayai."
9:37. Menundakan bulan adalah satu penambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang yang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak menyucikannya satu tahun, dan mereka mempersucikannya pada tahun yang lain, untuk menyesuaikan dengan bilangan yang Allah menyucikan. Maka mereka tidak menyucikan apa yang Allah menyucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
11:54. Tiadalah kami mengatakan melainkan bahawa satu daripada tuhan-tuhan kami telah menimpakan kepada kamu dengan kejahatan." Berkata, "Aku bersaksikan Allah, dan saksilah kamu bahawa aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan,
11:64. Wahai kaumku, ini ialah unta betina Allah, untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan janganlah menyentuhnya dengan kejahatan, supaya kamu tidak diambil oleh azab yang dekat."
12:24. Dan sungguh dia (perempuan) bermaksud kepadanya, dan dia (Yusuf) mengambilnya jika dia tidak melihat bukti Pemeliharanya. Demikianlah, supaya Kami memalingkan daripadanya kejahatan dan kesumbangan; dia adalah antara hamba-hamba Kami yang tulus.
12:25. Dan kedua-duanya berlumba ke pintu; dan dia (perempuan) mengoyakkan bajunya dari belakang. Mereka mendapati ketua mereka di depan pintu. Dia (perempuan) berkata, "Apakah balasan bagi orang yang menghendaki kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan bahawa dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?"
12:51. Dia berkata, "Apakah urusan kamu, perempuan-perempuan, apabila kamu menggoda Yusuf?" Mereka berkata, "Dijauhkan Allah! Kami tidak mengetahui kejahatan padanya." Isteri al-aziz berkata, "Sekarang yang benar akhirnya menjadi nyata; aku menggodanya; dialah orang yang benar.
12:53. Dan aku tidak mengatakan bahawa jiwaku tidak bersalah; sesungguhnya jiwa menyuruh pada kejahatan, kecuali sebanyak apa yang Pemeliharaku mengasihani; sesungguhnya Pemeliharaku Pengampun, Pengasih."
13:11. Baginya pengiring, di depannya dan di belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak mengubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka mengubahi apa yang di dalam diri mereka sendiri. Dan jika Allah menghendaki keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung.
13:18. Bagi orang-orang yang menyahuti Pemelihara mereka adalah yang paling baik; dan orang-orang yang tidak menyahuti-Nya - sekiranya bagi mereka kesemua yang di dalam bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan menebus diri mereka dengannya. Mereka itu, bagi mereka perhitungan yang jahat, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - sebuah buaian yang buruk!
13:21. Yang menghubungkan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan takut kepada Pemelihara mereka, dan mereka takut akan perhitungan yang jahat.
13:25. Dan orang-orang yang memecahkan perjanjian setelah diikatkan dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan untuk dihubungkan, dan yang membuat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk.
14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
16:27. Kemudian pada Hari Kiamat, Dia mengaibkan mereka, dengan berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku, orang-orang yang kerana mereka kamu melawan?" Orang-orang yang diberi pengetahuan berkata, "Kerendahan hari ini, dan keburukan, adalah ke atas orang-orang yang tidak percaya,
16:28. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka melemparkan ketundukan, "Kami tidak membuat kejahatan." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu telah buat,
16:59. Sambil dia menyembunyikan diri daripada kaum kerana keburukan berita gembira kepadanya; sama ada dia akan memeliharanya dengan hina, atau dia menginjakkannya ke dalam tanah. Alangkah jahat apa yang mereka memutuskan!
16:94. Janganlah menjadikan sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, supaya kaki tidak tergelincir setelah ia berdiri teguh, dan kamu akan merasakan keburukan kerana kamu menghalangi daripada jalan Allah, dan bagi kamu, azab yang besar.
16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.
20:22. Dan kepitkanlah tangan kamu pada sayap (ketiak) kamu; ia akan keluar putih, tanpa keburukan. Itu adalah ayat yang kedua,
26:156. Dan janganlah menyentuhnya dengan kejahatan supaya kamu diambil oleh azab hari yang besar."
27:5. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka azab yang jahat menunggu, dan merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat.
27:11. Kecuali orang yang membuat kezaliman, kemudian sesudah kejahatan, menukarkan kepada kebaikan; sesungguhnya Aku Pengampun, Pengasih.
27:12. Masukkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan - antara sembilan ayat kepada Firaun dan kaumnya; mereka adalah kaum yang fasiq."
27:62. Atau, siapakah yang menyahut orang yang dalam kesulitan apabila dia berseru kepada-Nya, dan menghilangkan kejahatan, dan melantik kamu untuk menjadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.
28:32. Selitkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan; dan dakapkanlah kepada kamu tangan kamu supaya tidak gerun. Maka inilah dua bukti daripada Pemelihara kamu kepada Firaun, dan pembesar-pembesarnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq."
33:17. Katakanlah, "Siapakah dia yang akan melindungi kamu daripada Allah jika Dia menghendaki kejahatan untuk kamu, atau menghendaki pengasihan untuk kamu?" Mereka akan mendapati bagi mereka, selain daripada Allah, tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
35:8. Dan apakah dengan orang, yang kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah baginya, supaya dia memandangnya baik? Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa yang Dia mengkehendaki, Dia memberi petunjuk; maka janganlah jiwa kamu dirugikan dengan penyesalan ke atas mereka; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka mengerjakan.
39:24. Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang yang zalim, "Rasalah apa yang kamu telah mengusahakan!"
39:47. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman mempunyai semua yang ada di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan menebus diri mereka dengannya daripada kejahatan azab Hari Kiamat; dan nyatalah bagi mereka daripada Allah yang tidak pernah mereka menjangkakan,
39:61. Tetapi Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dalam keamanan mereka; keburukan tidak menyentuh mereka, dan tidak juga mereka bersedih.
40:37. Tali-tali langit, dan melihat Tuhan Musa; kerana aku menyangka bahawa dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalangi daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.
40:45. Maka Allah melindunginya daripada kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang jahat,
40:52. Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang buruk.
47:14. Apa, adakah orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya seperti orang yang amalan-amalannya yang jahat dinampakkan indah baginya, dan mereka mengikuti keinginan mereka?
60:2. Jika mereka menjumpai kamu, mereka akan menjadi musuh kamu, dan menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka dan lidah-lidah mereka, untuk membuat kejahatan kepada kamu, dan mereka menginginkan supaya kamu tidak percaya.
(ii) su'a:
30:10. Kemudian kesudahan orang-orang yang membuat kejahatan ialah kejahatan, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah, dan memperolok-olokkannya.
(iii) asa'a:
17:7. "Jika kamu berbuat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu berbuat baik, dan jika kamu berbuat kejahatan, ia adalah kepadanya yang serupa." Kemudian, apabila janji yang kedua datang, untuk memburuk-burukkan muka-muka kamu, dan untuk masuk ke masjid sebagaimana mereka memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan, dengan pembinasaan, apa yang mereka meninggikan.
30:10. Kemudian kesudahan orang-orang yang membuat kejahatan ialah kejahatan, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah, dan memperolok-olokkannya.
40:58. Tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat, orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan dengan orang yang membuat kejahatan. Sedikit sekali kamu mengingati.
41:46. Sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa membuat kejahatan, ia adalah terhadapnya sendiri. Pemelihara kamu tidak berbuat aniaya terhadap hamba-hamba-Nya.
45:15. Sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa membuat kejahatan, ia adalah terhadapnya sendiri; kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu akan dikembalikan.
53:31. Kepunyaan Allah segala apa yang di langit dan segala apa yang di bumi, supaya Dia membalas orang-orang yang membuat kejahatan kerana apa yang mereka mengerjakan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan yang paling baik.
Kalimat jahat Bahagian 1
Kalimat jahat Bahagian 2
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman