Amal Salih
Buat baik, seperti membuat kerja-kerja kebaikan, adalah hanya untuk diri sendiri, bukan orang lain, yang dikurniakan balasan yang baik. Begitu juga dengan membuat kejahatan dan balasan setimpal. Demikian itu adalah ketentuan Allah, yang tidak menganiayakan hamba-hamba-Nya, seperti tersurat di dalam al-Qur'an bermaksud,
"Sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa membuat kejahatan, ia adalah terhadapnya sendiri. Pemelihara kamu tidak berbuat aniaya terhadap hamba-hamba-Nya." (41:46)
Perbuatan membuat kerja-kerja kebaikan, atau 'amila solihan, atau amal salih, adalah bertujuan untuk memuaskan hati Allah, sebagai tanda terima kasih kepada-Nya atas rahmat yang dikurniakan. Tujuan yang jelas itu menjadi antara isi sebuah ayat yang mengandungi suatu doa yang harus dilafaz ketika hamba-hamba-Nya sampai usia 40 tahun, yang di situ juga menyebut agar dapat melakukan perbuatan tersebut. Ayat berbunyi,
"Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh).'" (46:15)
Kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Allah telah dikenal pasti daripada al-Qur'an, dikumpul dan dirakam di dalam artikel berjodol Orang Baik, namun sukacita diturunkan di bawah ini pula, tetapi dengan ringkas sahaja:
tidak sombong tapi menjual diri kepada Allah (2:206-207)
menafkahkan harta (2:265)
bertakwa (3:15)
tidak menipu (3:161-162)
tidak rasa takut tetapi keimanan bertambah apabila diberitahu musuh sudah berkumpul untuk menyerang (3:173-174)
bicara rahsia untuk memberi sedekah, atau apa yang baik, serta
membetulkan antara manusia (4:114)mengunjungi Rumah Suci (Haji) (5:2)
percaya,
berhijrah, dan
berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa (9:20-21)lelaki dan perempuan mukmin yang menyuruh yang baik,
melarang kemungkaran,
melakukan solat,
memberi zakat, dan
mentaati Allah dan rasul-Nya (9:71-72)benar dengan janji, dan
menyuruh keluarga bersolat dan zakat (19:54-55)keras terhadap orang tidak percaya,
pengasih sesama sendiri,
tuduk dan sujud kepada Allah (48:29)tidak mengutamakan kesenangan dunia (57:20)
berhijrah kerana diusir daripada tempat tinggal dan harta mereka: (59:8) dan
keluar berjuang di jalan Allah (60:1)
Bagi mereka yang merasakan suruhan-suruhan di senarai amat berat untuk ditanggung harus ingat bahawa Allah telah meringankannya menurut sebuah firman berbunyi, "Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya" (7:42).
Amal salih, atau membuat kerja-kerja kebaikan adalah perintah bagi semua hamba-hamba-Nya, termasuk para rasul. Seorang Nabi juga difahamkan telah disuruh Allah untuk melakukannya. Dua ayat berikut menjelaskan:
"Wahai rasul-rasul, makanlah benda-benda yang baik, dan buatlah kerja-kerja kebaikan; sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu mengerjakan," (23:51) dan,
"Buatlah baju besi yang lebar, dan ukurlah betul-betul gelang-gelang rantai. Dan kamu (Nabi Daud) buatlah kerja-kerja kebaikan; sesungguhnya Aku melihat apa kamu buat." (34:11)
Mungkinkah pembuatan baju besi di situ merupakan satu kerja kebaikan, atau amal salih? Selanjutnya, difahamkan iaitu ia (amal salih) adalah kekal, tidak seperti harta dan anak-anak yang dimiliki, di samping dikatakan-Nya sangat baik untuk diangan-angankan, kerana ganjaran dan pengembaliannya adalah lebih baik daripada penambahan dalam petunjuk yang diberi Allah. Firman-firman-Nya,
"Harta dan anak-anak ialah perhiasan kehidupan dunia; tetapi yang kekal, kerja-kerja kebaikan - adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik diangan-angankan." (18:46) dan,
"Dan Allah akan menambahkan kepada orang-orang yang mendapat petunjuk dalam petunjuk; dan yang kekal, kerja-kerja kebaikan, adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik pengembaliannya." (19:76)
Allah menaikkan kerja-kerja kebaikan kepada-Nya seperti kata-kata yang baik naik, dan ia tidak dilakukan untuk mencari kemuliaan, mahupun untuk meminta upah ke atasnya. Dua ayat berikut memberi keterangan lanjut:
"Sesiapa menghendaki kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja kebaikan - Dia menaikkannya;" (35:10) dan,
"Itulah berita gembira yang Allah memberi hamba-hamba-Nya yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan. Katakanlah, 'Aku tidak meminta kepada kamu upah untuk ini, melainkan kasih sayang untuk sanak saudara'; dan sesiapa memperolehkan yang baik, Kami menambahkan dengan kebaikan padanya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Berterima Kasih." (42:23)
Dunia tidak ditinggalkan tanpa membuat amal salih atau kerja-kerja kebaikan. Atau menjadi seperti orang yang memohon kepada Pemelihara supaya dikembalikan ke dalamnya untuk membuat kerja-kerja kebaikan yang ditinggalkan, atau, seorang lagi yang memohon agar dikeluarkan dari neraka dan kembali ke dunia untuk membuat amalan tersebut. Firman-firman-Nya lagi:
"Sehingga, apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku, Supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang aku telah meninggalkan.' Tidak, ia hanya satu kata yang dia mengucapkan; dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan." (23:99-100) dan,
"Di dalamnya mereka menjerit, 'Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan membuat kerja-kerja kebaikan, selain daripada apa yang kami telah buat.' 'Apa, tidakkah Kami telah memberi umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang mengingati? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong.'" (35:37)
Rayuan mereka ditolak. Sebab mereka menjadi begitu derita turut dinyatakan di dalam al-Qur'an, iaitu tidak melihat dan mendengar semasa hidup, serta tidak yakin kepada ayat-ayat Allah. Firman Tuhan,
"Dan sekiranya kamu dapat melihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan Pemelihara mereka, 'Wahai Pemelihara kami, kami telah melihat dan mendengar; maka kembalikanlah kami supaya kami akan membuat kerja-kerja kebaikan kerana kami telah yakin.'" (32:12)
Amal salih atau membuat kerja-kerja kebaikan harus diiringi sifat sabar. Ia juga dilakukan sambil tidak menyekutukan Allah dalam penyembahan kepada-Nya, dan dilakukan di samping patuh kepada Allah dan rasul-Nya. Senarai di bawah melengkapkan hujah:
sabar dan
membuat kerja kebaikan:
"Kecuali
orang-orang yang bersabar, dan membuat kerja-kerja kebaikan;
bagi mereka, keampunan dan upah yang besar." (11:11)
membuat kerja kebaikan dan
tidak menyekutukan Allah:
"Katakanlah,
'Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan
kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah
dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya membuat
kerja-kerja kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam
penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun.'" (18:110)
patuh kepada Allah dan rasul-Nya dan
membuat kerja kebaikan:
"Tetapi
sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan rasul-Nya, dan
membuat kerja-kerja kebaikan, Kami akan memberikan upahnya
dua kali; Kami menyediakan untuknya rezeki yang mulia." (33:31)
Mukmin, Muslim, Percaya
Kerja-kerja kebaikan harus juga ditunai sedang berkepercayaan seperti orang mukmin. Maksud mukmin secara ringkas ialah percaya kepada Allah dan Hari Akhir seperti dihuraikan firman berbunyi, "Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, 'Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir'; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang mempercayai)." (2:8)
Terdapat beberapa ayat al-Qur'an mencatat penggabungan amal salih dengan mukmin, antaranya hanya dua direkodkan di sini. Ingin diingtkan bahawa amalan tersebut menjadi tanggungjawab semua, lelaki atau perempuan, yang bergelar mukmin. Dua yang disebut tadi adalah,
"Dan sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun." (4:124) dan,
"Dan sesiapa membuat kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan membalas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka buat." (16:97)
Turut disebut bersama kerja-kerja kebaikan dan mukmin ialah Kitab al-Qur'an untuk menjadi petunjuk bagi mereka. Ayat-ayat yang menjelaskannya adalah dua juga yang diturunkan iaitu:
"Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk pada jalan paling tegak, dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan bahawa bagi mereka upah yang besar," (17:9) dan,
"Segala puji bagi Allah yang menurunkan kepada hamba-Nya Kitab, dan tidak membuatkan padanya sebarang kebengkokan, Yang betul, untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa bagi mereka upah yang baik," (18:1-2)
Dan bukan sahaja mukmin tetapi muslim juga disebut sebagai pasangan. Iktibar dipetik daripada ayat berbunyi,
"Dan siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru kepada Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan berkata, 'Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim'?" (41:33)
Apapun, mukmin atau muslim, adalah orang-orang yang percaya. Sesiapa saja antara mereka yang membuat kerja-kerja kebaikan, ia adalah untuk diri mereka sendiri sebagai persediaan untuk hari esok. Firman Allah,
"Sesiapa tidak percaya, maka atasnyalah ketidakpercayaannya; dan sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, maka untuk diri-diri merekalah mereka membuat persediaan," (30:44)
Ayat-ayat menyebut orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan adalah banyak. Antara yang awal disebut menjelaskan bahawa diri tidak dibebankan kecuali menurut kemampuan masing-masing dalam mencari kepuasan hati Allah. Firman-Nya,
"Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan - Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya;" (7:42.)
Mereka menjadi orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan, dalam tugas amal salih untuk-Nya. Itu tersirat di dalam ayat-ayat mengandungi frasa orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan yang berbunyi,
"Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Jangan kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa kamu buat. Allah menjanjikan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka, keampunan dan upah yang besar." (5:8-9)
Kebanyakan daripada ayat-ayat yang mengandungi frasa tersebut menyentuh mengenai balasan yang bakal mereka terima di akhirat. Namun, sebutan mengenai balasan di dunia pun ada, diringkaskan seperti berikut:
Allah memberi petunjuk:
"Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
Pemelihara mereka akan memberi petunjuk kepada mereka kerana keimanan
mereka;" (10:9)
diberi Allah
perintah yang mudah:
"Tetapi orang
yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka baginya
balasan paling baik, dan kami akan mengatakan kepadanya daripada
perintah kami, yang mudah." (18:88)
diletakkan Allah rasa kasih sayang:
"Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
kepada mereka Yang Pemurah akan meletakkan rasa kasih sayang."
(19:96)
menjadi khalifah di bumi dan berada dalam
keadaan aman
serta agama diteguhkan Allah:
"Allah
berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat
kerja-kerja kebaikan, bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan
kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia menjadikan
orang-orang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia
akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia merelai untuk
mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan
mereka, dengan keamanan. 'Mereka akan menyembah-Ku dengan tidak
menyekutukan Aku dengan sesuatu.' Sesiapa tidak percaya sesudah itu,
maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq." (24:55)
berada dekat dengan Allah:
"Bukan harta
kamu, dan bukan juga anak-anak kamu yang akan mendekatkan kamu dalam
kedekatan dengan Kami, kecuali bagi orang-orang yang percaya, dan
membuat kerja-kerja kebaikan; mereka itu, bagi mereka,
balasan dua kali ganda kerana apa yang mereka buat, dan mereka
berada di bilik-bilik yang tinggi, dengan aman sentosa." (34:37)
baik untuk dijadikan rakan kongsi:
"dan sesungguhnya,
kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi) menyalahi satu sama
lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan
- dan mereka adalah sedikit!" (38:24)
pemberian ditambah Allah:
"Dan Dia
menyahuti orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan Dia menambahkan kepada mereka pemberian-Nya." (42:26)
dan,
dimasukkan ke
dalam pengasihan Allah:
"Dan
bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
Pemelihara memasukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; itulah
kemenangan yang nyata." (45:30)
Mereka yang percaya dan beramal salih, iaitu yang mendapat kemenangan yang nyata, dikategorikan pula sebagai orang-orang yang bertakwa, selain dikatakan yang terbaik daripada makhluk-makhluk. Firman-firman Allah yang mengkhabarkannya berbunyi,
"Atau, adakah Kami akan membuat orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, seperti orang-orang yang membuat kerosakan di bumi, atau, adakah Kami akan membuat orang-orang bertakwa seperti orang-orang yang jahat?" (38:28)
"Tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mereka itulah yang terbaik daripada makhluk-makhluk," (98:7)
Dan kehidupan serta kematian mereka tidak sama dengan orang-orang membuat kejahatan. Allah juga menjanjikan mereka dengan keampunan dan upah yang besar. Sila lihat ayat-ayat di bawah:
"Atau, adakah orang-orang yang membuat kejahatan menyangka bahawa Kami akan membuat mereka seperti orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, samakah kehidupan mereka dan kematian mereka? Betapa jahatnya apa yang mereka memutuskan!" (45:21)
"Allah menjanjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dengan keampunan dan upah yang besar." (48:29)
Mengenai upah atau balasan di akhirat, seperti dikatakan tadi, sungguh banyak ayatnya disuratkan. Antara bunyi ayat-ayat tersebut diringkaskan seperti berikut:
"dan di dalamnya, bagi mereka teman-teman hidup yang dibersihkan, dan di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya." (2:25)
"memasukkan ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya." (4:122)
"bagi mereka kebahagiaan, dan tempat kembali yang baik." (13:29)
"dimasukkan ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, 'Salam!'" (14:23)
"ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mutiara-mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah daripada sutera." (22:23)
"bagi mereka upah yang tidak putus-putus." (84:25)
Selain menyebut frasa orang-orang yang percaya, terdapat juga sebutan berbunyi mempercayai Allah, seolah mengganti atau menjelaskan, yang berpasangan dengan membuat kerja-kerja kebaikan. Di bawah diturunkan dua ayat bersabit:
"Pada hari apabila Dia mengumpulkan kamu untuk Hari Berkumpul; itulah Hari Tipu Menipu. Dan sesiapa mempercayai Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Allah akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan memasukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar." (64:9)
"Seorang rasul dengan membacakan kamu ayat-ayat Allah yang menjelaskan, supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan dari kegelapan kepada cahaya. Sesiapa mempercayai Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan memasukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Sesungguhnya Allah menyediakan baginya rezeki yang baik." (65:11)
Turut disebut ialah percaya kepada Allah dan Hari Akhir, sebagai penjelasan bagi maksud orang-orang yang percaya. Ayat yang direnungkan atas perkara tersebut berbunyi,
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (2:62)
Ayat itu disebut lagi di 5:69. Ia tidak perlu dipanjangkan di sini kerana sudah dihurai di halaman berjudul Ayat 2:62 dan Ayat 2:62 dan 3:85 seperti tersenarai di bahagian Perpustakaan laman web ini.
Bertentangan
Kembali kepada orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan. Kekadang terdapat pada konteks ayat mengandungi frasa terebut suatu petunjuk kepada amalan-amalan yang bertentangan, yang menarik perhatian. Sebagai contoh diturunkan ayat-ayat berbunyi,
"Al-Masih tidak akan memandang rendah untuk menjadi seorang hamba Allah, dan tidak juga malaikat-malaikat yang berkedudukan dekat dengan-Nya. Sesiapa memandang rendah untuk menyembah-Nya, dan menyombongkan diri, Dia pasti akan mengumpulkan mereka kepada-Nya, kesemua mereka.
Bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan membayar kepada mereka sepenuhnya upah mereka, dan Dia menambahkan mereka daripada pemberian-Nya; dan bagi orang-orang yang memandang rendah dan menyombongkan diri, merekalah yang Dia akan mengazab dengan azab yang pedih, dan mereka tidak akan mendapati bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong." (4:172-173)
Pada ayat-ayat itu, menurut pendapat penulis, amalan yang bertentangan atau yang tidak dilakukan oleh orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan adalah:
memandang rendah untuk menjadi seorang hamba Allah dan menyombongkan diri
Selanjutnya terdapat beberapa ayat lagi yang menunjukkan amalan-amalan yang tidak dilakukan oleh orang-orang berkenaan, dan mereka disenaraikan seperti berikut:
tidak percaya kepada ayat-ayat Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami
pasti akan memanggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus
kesemuanya, Kami menukarkan dengan kulit-kulit lain, supaya mereka merasakan
azab. Sesungguhnya Allah adalah Perkasa, Bijaksana.
Dan
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
Kami akan memasukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir
sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya. Di
dalamnya, bagi mereka teman-teman hidup yang dibersihkan, dan Kami
memasukkan mereka ke tempat teduh yang teduhnya berlimpah." (4:56-57)
sangat berpuas hati dengan kehidupan dunia ini dan
tenteram padanya, dan
lalai daripada ayat-ayat Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan
Kami, dan yang sangat berpuas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram
padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami, Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana apa yang mereka
mengusahakan.
Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
Pemelihara mereka akan memberi petunjuk kepada mereka kerana
keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam
taman-taman kebahagiaan." (10:7-9)
tidak tegakkan muka (kehendak) kepada agama
yang betul dan
tidak percaya:
"Maka tegakkanlah muka kamu
kepada agama yang betul, sebelum datang satu hari daripada Allah
yang tidak dapat dikembalikan; pada hari itu, mereka
dipisah-pisahkan.
Sesiapa tidak percaya, maka atasnyalah
ketidakpercayaannya; dan sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, maka
untuk diri-diri merekalah mereka membuat persediaan,
Supaya Dia
membalas orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan daripada pemberian-Nya; Dia tidak menyukai orang-orang
yang tidak percaya." (30:43-45)
pakai hadis yang menghiburkan, menyesatkan daripada jalan Allah,
mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan serta
berpaling daripadanya:
"Antara manusia, ada yang
membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan
Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan;
mereka itu, bagi mereka, azab yang hina. Dan apabila ayat-ayat Kami
dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombongkan diri, seakan-akan
dia tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka
berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih. Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
bagi mereka Taman-Taman Kebahagiaan." (31:6-8)
berusaha untuk membatalkan ayat-ayat Allah:
"Supaya Dia
membalas orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka, keampunan dan rezeki yang mulia. Dan orang-orang yang
berusaha
terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya - bagi mereka, azab
kemurkaan yang pedih." (34:4-5)
buta dan membuat
kejahatan:
"Tidaklah
sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat, orang-orang
yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan dengan orang
yang membuat kejahatan. Sedikit sekali kamu mengingati." (40:58)
menyekutukan Allah, tidak memberi zakat, dan tidak
percaya kepada akhirat:
"Katakanlah, 'Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku
diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah kepada-Nya,
dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang
menyekutukan, Yang tidak memberi zakat, dan tidak percaya kepada akhirat. Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
mendapat upah yang tidak putus-putus.'" (41:6-8)
zalim:
"Kamu melihat orang-orang
zalim dalam ketakutan daripada apa
yang mereka telah mengusahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka;
tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kebaikan, adalah di
padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja
mereka mengkehendaki, mereka mendapati di sisi Pemelihara mereka;
itulah pemberian yang besar." (42:22) dan,
tidak percaya Kitab dan menyekutukan Allah
"Orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang
menyekutukan berada di dalam api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya;
mereka itulah seburuk-buruk makhluk. Tetapi
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
mereka itulah yang terbaik daripada makhluk-makhluk," (98:6-7)
Demikian amalan-amalan tidak dilakukan oleh orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, atau amal salih.
Berbuat Baik
Lagi dapatan mengenai orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan (salih). Amalan tersebut didapati dikatakan juga amalan baik (diterjemah daripada kalimat ahsana). Ayat yang mengandunginya berbunyi,
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan upah orang yang amalannya baik." (18:30)
Sehubungan itu, sebuah artikel telah ditulis (berjudul Berbuat Baik) mengenai amalan baik seperti yang disebut. Di dalamnya terkandung senarai amalan-amalan itu, dan di sini diturunkan pula tetapi diringkaskan sahaja supaya bersesuaian dengan tajuk di sini iaitu amal salih. Senarai tersebut dicatat di bawah:
menafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, menahan kemarahan, memaafkan manusia, apabila melakukan kesumbangan atau menzalimi diri-diri sendiri mengingati Allah, dan meminta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka - 3:133-135
pergi berperang - 9:120
berjuang untuk Allah, diberi petunjuk pada jalan-jalan-Nya - 29:69
percaya, dan tidak mencampuradukkan iman dengan kezaliman - 6:82-84
seru kepada Pemelihara dengan rendah diri, berahsia, rasa takut, dan penuh harapan, dan tidak mencabul, tidak membuat kerosakan di bumi setelah ia diperbetulkan - 7:55-56
menyeru ke jalan Pemelihara dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebat dengan cara yang lebih baik, dan apabila membalas, balaslah dengan yang serupa apa yang ditimpa, dan sabar - 16:125-128
solat pada dua tepi siang, dan awal malam, dan bersabar - 11:114-115
menjadikan ayat-ayat al-Kitab petunjuk, melakukan solat, dan memberikan zakat, dan yang yakin akan akhirat - di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka - 31:2-5
bertakwa dan bersabar - 12:90
melakukan korban semasa Haji untuk mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia beri - 22:37
tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan, tidak menyombongkan diri - 39:58-59
menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan - 53:31-32
Amalan Lain
Amalan percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan selanjutnya didapati dipadankan dengan beberapa amalan atau sifat lain pula. Amalan-amalan tersebut adalah:
melakukan solat, dan memberikan zakat:
"Orang-orang
yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan melakukan
solat, dan memberikan zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara
mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka
bersedih." (2:277)
merendahkan diri kepada Pemelihara
mereka:
"Tetapi
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan merendahkan diri kepada Pemelihara mereka, mereka itu menjadi
orang-orang Taman; di dalamnya tinggal selama-lamanya." (11:23)
mengingati Allah dengan banyak, serta
menolong diri-diri sendiri setelah dizalimi:
"Kecuali
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan mereka mengingati Allah dengan banyak, dan menolong diri-diri
mereka sendiri setelah dizalimi; dan orang-orang yang membuat
kezaliman pasti akan mengetahui di mana tempat berbalik mereka akan
dibalikkan." (26:227)
percaya kepada apa yang diturunkan
kepada Muhammad (al-Qur'an):
"Tetapi
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan percaya kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad, dan ia
adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan melepaskan
mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan
mereka." (47:2) dan,
saling
berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar:
"Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk
bersabar." (103:2-3)
Ayat mengenai sabar (dengan percaya dan kerja kebaikan) ditambah dua lagi iaitu:
sabar untuk mendapatkan ganjaran Allah:
"Maka dia keluar kepada kaumnya
dengan perhiasannya. Orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia
berkata, 'Sekiranya kita mempunyai yang serupa dengan apa yang Karun
diberi! Sesungguhnya dia seorang yang mempunyai peruntungan yang besar.'
Tetapi
orang-orang, yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata,
'Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang
percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; dan tiada yang
akan menerimanya kecuali orang-orang yang sabar.'" (28:79-80)
sabar serta tawakal:
"Dan
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
sungguh, Kami akan menempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di
Taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal
selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal, Orang-orang yang
bersabar, dan mempercayakan (tawakal) kepada Pemelihara
mereka." (29:58-59)
Namun, amalan paling bayak disebut bersama percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan ialah bertaubat. Di bawah ini diturunkan lima ayat:
bertaubat daripada
mensia-siakan solat:
"Kemudian menggantilah selepas
mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti
hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan, Kecuali
orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja kebaikan;
mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan
dizalimi sedikit pun," (19:59-60)
bertaubat - akhirnya dapat petunjuk:
"Sesungguhnya
Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan
membuat kerja-kerja kebaikan, dan akhirnya mendapat
petunjuk." (20:82)
bertaubat - kejahatan ditukar kepada kebaikan:
"Kecuali
orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat amalan (kerja-kerja)
kebaikan; bagi mereka itu, Allah akan menukarkan
kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah adalah
Pengampun, Pengasih." (25:70)
bertaubat - benar-benar bertaubat kepada Allah dalam
taubat:
"Dan sesiapa bertaubat, dan membuat kerja-kerja
kebaikan, dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam
taubat." (25:71) dan,
bertaubat - orang beruntung:
"Tetapi bagi
orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja
kebaikan, mudah-mudahan dia termasuk orang-orang yang beruntung." (28:67)
Maka dengan itu orang-orang mukmin, iaitu yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, atau amal salih, lelaki atau perempuan, hanya beramal untuk memuaskan hati Allah, dalam kesyukuran atas rahmat yang dikurniakan-Nya kepada mereka. Dan mereka tentu berlumba-lumba dalam mengerjakannya serta bertaubat.
Allah disanjung!
Penulis
Bacaan
28 Mei 2011
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada
Pengurus Laman