Penyelewengan dalam Bacaan?


Utusan Malaysia, Rabu 19 Julai 1995, muka 4
Untuk membaca laporan akhbar di atas sila click di sini

 

Gesaan berbunyi "Bertindak tanpa fatwa rasmi" itu ditujukan kepada pihak berkuasa agama negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Mereka diminta buat demikian ke atas, apa mereka katakan sebagai golongan antihadis.

Golongan yang diselar "antihadis" di sini adalah orang-orang yang berpegang pada al-Qur'an. Hadis yang dikatakan ditolak oleh golongan itu adalah hadis golongan Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kerana orang yang melaungkannya adalah daripada golongan agama ASWJ.

Hadis ASWJ juga ditolak oleh golongan Syiah. Ini buktikan bahawa hadis adalah tidak mantap. Kelemahannya harus didedahkan. Maka karangan-karangan di bawah ini mengisi tujuan tersebut:

Anti-Hadis ASWJ dan Mazhab
Anti Hadis
The Hadith Conspiracy & The Distortion of Islam


Balik kepada kandungan berita di atas yang menyentuh Bacaan. Dipetik kenyataan Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin Ketua Pengarah BAHEIS (kini dipanggil JAKIM) berbunyi:

"Terjemahannya bukan sahaja terlalu ringkas dan tidak menepati maksud asal, malah nama-nama surah juga diterjemahkan sewenang-wenangnya hingga meleyapkan ciri-ciri keunggulan al-Quran."

Kenyataannya tidak disusuli dengan contoh atau bukti kepada dua tuduhan tersebut. Namun, jawapannya diberi juga:

Sila click di sini untuk penjelasan penulis kepada kenyataan mengenai terjemahannya yang dikatakan terlalu ringkas dan tidak menepati maksud asal.

Dan click di sini untuk nama-nama surah Bacaan yang dikatakan telah diterjemahkan sewenang-wenangnya.


Turut dinyatakan dalam berita di atas ialah (kononnya) terdapat "beberapa penyelewengan terjemahan yang sengaja dilakukan". Berita itu seterusnya berbunyi:

"Antaranya, kata beliau ialah sedutan daripada surah Luqman ayat 6 yang diterjemahkan oleh Othman kepada: 'Di antara manusia ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan'.

"Ini, ujarnya, jauh menyeleweng daripada maksud sebenar ayat tersebut, iaitu 'Dan di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat sesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan'."

Sila lihat pada terjemahan ayat itu yang dibuat secara verbatim di bawah ini. Selepas itu, bandingkan pula dengan terjemahan tokoh tersebut yang dikatakan tidak ringkas, tidak menyeleweng, dan mempunyai maksud sebenar:

"waminan naasi (Dan antara manusia) man (orang) yasytari (membeli) lahwa (menghiburkan) -lhadiitsi (hadis) liyudhilla (untuk menyesatkan) 'an sabiili (daripada jalan) -llaahi (Allah) bighairi (tanpa) 'ilmiin (pengetahuan)"

Untuk menyenangkan proses perbandingan diturunkan sekali lagi terjemahan Datuk Abdul Hamid tadi, tetapi kali ini, perkataan-perkataan yang tidak terdapat dalam ayat asal (atau yang bukan makna sebenar) diwarnakan merah:

"Dan di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat sesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan".

Inilah ia rupa terjemahan yang dikatakan tidak ringkas, tidak menyeleweng, dan mempunyai maksud sebenar!

Perkataan "hadis" diterjemahkannya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara.


Petikan daripada akhbar tersebut disambung lagi, berbunyi:

"Penyelewengan kedua Bacaan dikesan pada Surah az-Zumar ayat 23 yang diterjemahkan oleh Othman kepada 'Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah kitab yang serupa dalam pengulangannya dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka.'

"Terjemahan sebenarnya berbunyi: 'Allah turunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka jadi seram.'"

Bandingkan terjemahan Datuk tersebut dengan terjemahan daripada kitab "Al Qur'an: Terjemahan Cara Lafzhiyah" seperti di bawah ini:

"allaahu (Allah) nazzala (Dia turunkan) ahsana (paling baik) -lhadiitsi ([hadis] bicara/perkataan) kitaaban (Kitab) mutasyaabihan (serupa) matsaaniya (berulang-ulang) taqsya'irru (gementar) minhu (daripadanya/kerananya) juuludu (kulit-kulit) -lladziina (orang-orang yang) yakhsyauna ([mereka] takut) rabbahum (Tuhan mereka)"

Seperti dilakukan kepada contohnya yang pertama, diturunkan lagi terjemahan beliau yang kedua dengan sesetengah perkataan diwarnakan merah yang bermaksud mereka (perkataan-perkataan itu) bukan asal:

"Allah turunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka jadi seram."

Perkataan "hadis" diterjemahkannya kepada perkataan, dan "taqsya'irru" kepada jadi seram. Ini tidak menimbulkan keraguan.

Pun begitu, mengapa perkataan hadis tidak dikekalkan dalam terjemahannya, sedangkan semua orang Melayu memakainya? Dan di dalam Kamus Dewan pun terdapat perkataan itu.

Mengapa hadis Nabi tidak disebut sebagai cerita-cerita dan perkara-perkara Nabi atau perkataan Nabi? Apakah motifnya?

Sebelum ini, dalam kenyataan akhbar bertarikh 15 Julai 1995, beliau menyatakan bahawa perkataan hadis "kita gunakan cuma untuk kata-kata Nabi sahaja." Mengapa pula golongan agama ASWJ buat begitu? Tidakkah kalimat Allah itu mempunyai pelbagai makna menurut konteks ayatnya seperti yang diturunkan Allah di dalam al-Qur'an?

Di sini terdapat bukti untuk menunjukkan kepelbagaian makna bagi perkataan hadis.

Akhirnya, wartawan tersebut cuba mengelirukan para pembaca akhbar dengan tulisannya berbunyi (di lajur keempat, perenggan ketiga):

".... dan Othman sebelum ini dakwa al-Quran itulah hadis berdasarkan kandungan maksud surah 45 ayat 6 (yang mereka selewengkan maksudnya) berbunyi: "Itu ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar, maka dengan hadis apakah sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?

Tidak, penulis tidak mengertikan hadis di situ sebagai al-Qur'an sebab dia baca apa yang ditulisnya.

Sebaliknya, dia dapati perkataan itu membawa pengertian tersebut pada ayat-ayat Allah yang lain. Sila click di sini untuk melihat perkataan hadis yang dimaksudkan kitab al-Qur'an oleh Allah. 

Sesungguhnya kita hidup dengan diberi beberapa pilihan! Pilihlah jalan Allah.

 

Halaman Utama  Terkini  Perpustakaan  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar  Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman