Tudung Kepala - Kajian Lanjut

 

From: notootaksub
To: "pengurus laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Tudung kepala
Date: Tuesday, June 07, 2005 7:52 PM

Salamualaikum,

Saya ingin memberi pendapat mengenai tudung kepala:

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung

Ramai yang beranggapan bahawa ayat diatas adalah meminta semua wanita menutup aurat dengan memakai tudung kepala. Puas saya cari perkataan yang menyebut rambut atau kepala atau tutup di dalam ayat diatas tapi tidak dijumpa. Apakah perkataan rambut , kepala atau tutup tiada dalam bahasa arab atau di dalam Al Quran?

Sesungguhnya terdapat ayat-ayat Tuhan yang ada menyebut perkataan rambut dan kepala, diantaranya:

48:27. Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut." Dia mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan membuatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat. 

16:80. Dan Allah membuatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan membuatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu mendapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta atau kambing), dan daripada rambut mereka, perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu.

Mengenai Kepala sila rujuk

2:196, 5:6, 7:150, 12:36, 12:41, 14:43

Mengenai Tutup sila rujuk

10:27, 14:50, 24:40, 33:19, 20:78

Mengenai Tudung sila rujuk

18:101, 41:5

Apakah mereka fikir Tuhan itu kehabisan ayat? maka mereka tersilap;

18:109. Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami mendatangkan pengisian semula yang serupa dengan itu."

Atau adakah mereka dengan sengaja memandai-mandai mengubah ayat Tuhan?

2:75. Adakah kamu sangat menginginkan bahawa mereka akan mempercayai kamu, memandangkan ada segolongan daripada mereka yang mendengarkan perkataan (kalam) Allah, kemudian mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.

Entahlah, tepuk dada tanya selera.

Terima kasih


Salamun alaikum.

Tentu mereka yang mencari-cari bukti selanjutnya atas amalan tidak memakai tudung kepala bagi para wanita berasa gembira dengan kajian yang dibuat oleh pengirim surat di atas. Kepada beliau diucapkan ribuan terima kasih.

8 Jun 2005

Tudung Kepala di ruangan lain laman web ini:

Artikel:
Wanita dalam Islam sebenar, di bawah tajuk Kesopanan
Pemerdeka Teragung, di bawah "atthiah"
Ajaran Islam daripada Bible
Hijab Issues in Australia

E-Mail:
Tudung Kepala
Remaja hina jantina sendiri
Tudung Kepala: wanita ditakut-takutkan
Rambut Wanita itu Cantik?

Soalan Lazim:
Khumur (24:31) bukan Tudung Kepala

Keratan Akhbar:
Kekeliruan antara Budaya Arab dengan Ajaran Islam
Tudung Kepala Mengundang Kemudaratan
Tudung Kepala Dihentam Menteri Agama

Sudut Pelajar:
Ikhlas


Senarai pengirim E-Mail


Terkini   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman