Kalimat perempuan di dalam al-Qur'an


Beberapa kalimat menyentuh kaum perempuan telah diterbitkan seperti Aurat, Bahagian Aib, Ibu, Idah/Tempoh, Kahwin, Kemaluan, Pakaian, Saudara Lelaki & Perempuan, Talak/Cerai, dan Zina.

Bersama kalimat perempuan ini diterbitkan kalimat Isteri pula.

Perempuan diterjemah daripada kalimat-kalimat nisa' dan niswah, untha, dan imra'ah. Antara mereka, kecuali untha, terdapat diterjemah kepada isteri juga. Kesemua mereka disusun di Bahagian 1. Kandungan Bahagian lain, yang berkaitan dengan perempuan, diringkaskan seperti berikut:

Bahagian 2 - perkahwinan

Bahagian 3 - anak perempuan, anak tiri perempuan

Bahagian 4 - kehormatan, kesucian

Bahagian 5 - hamba perempuan

Bahagian 6 - perempuan tua, mandul, haid, dan bayi perempuan yang dikuburkan

 

Bahagian 1

Mengandungi tiga kalimat, antaranya diterjemah juga kepada isteri.

1a. NISA' n.f. (pl; see also niswah below) -women, wives
    - diterjemah kepada perempuan atau isteri

2:49. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun; mereka kenakan kamu azab yang jahat, mereka korbankan anak-anak lelaki kamu, dan biarkan hidup perempuan-perempuan kamu, dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:222. Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan dekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu." Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.

2:223. Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti kamu hendaki, dan dahulukanlah untuk diri kamu; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui-Nya. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.

2:226. Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri daripada perempuan-perempuan mereka, mereka tunggu empat bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
 

2:231. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik; jangan tahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa buat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Jangan ambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia turunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tahu segala sesuatu.

2:232. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, jangan halangi mereka daripada kahwini suami-suami mereka, apabila mereka sudah saling setuju antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang percayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu tawari, atau sembunyikan di dalam diri kamu. Allah tahu bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi jangan berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu ucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu putuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah tahu apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun.

2:236. Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu ceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum sentuh mereka, dan tidak juga tetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, berilah peruntukan untuk mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang buat baik.


3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itu kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik.

3:42. Dan ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah pilih kamu, dan bersihkan kamu, dan Dia pilih kamu di atas semua perempuan di semua alam.

3:61. Dan sesiapa debat kamu mengenainya, setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka katakanlah, "Marilah, hendaklah kita seru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita mohon dengan rendah hati dan letakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta."

4:1. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia ciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan rahim-rahim; sesungguhnya Allah menjagai kamu.

4:3. Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak buat aniaya.

4:4. Dan berikan perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang sihat.


4:7. Bagi lelaki, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, sama ada ia sedikit atau banyak, sebahagian yang ditetapkan.

4:11. Allah wasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa dia tinggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa dia tinggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak tahu siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikian ketentuan Allah; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang lakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka saksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian matikan mereka, atau Allah adakan bagi mereka satu jalan.

4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga halangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu telah beri mereka, kecuali apabila mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu benci mereka, mungkin kamu benci sesuatu padahal Allah buatkan padanya banyak kebaikan.


4:22. Dan jangan kahwin perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah kahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.

4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang susukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan yang dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu sudah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.

4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Demikian Allah kitabkan (tetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, beri mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidak salah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling setuju dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.


4:32. Dan jangan kamu ingini apa yang Allah lebihkan pemberian kepada sebahagian kamu di atas sebahagian lain. Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka usahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.

4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian lain, dan kerana mereka nafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan jadi derhaka, tegurkan mereka, dan asingkan mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka jangan mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.

4:43. Wahai orang-orang yang percaya, jangan dekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.

4:75. Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan dan kanak-kanak yang dihina, yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandaraya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang penolong."

4:98. Kecuali lelaki-lelaki, dan perempuan-perempuan, dan kanak-kanak, yang dalam keadaan terhina, tidak dapat rancang sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk pada jalan.


4:127. Mereka minta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak beri apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin kahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindas, dan supaya kamu tegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

4:129. Kamu tidak akan boleh buat adil antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali; maka jangan kamu condong dengan seluruh kecondongan sehingga kamu tinggalkannya seperti tergantung. Jika kamu betulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

4:176. Mereka minta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia terima separuh daripada apa dia tinggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka terima dua per tiga daripada apa dia (lelaki) tinggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki terima serupa dengan bahagian dua perempuan. Allah jelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah tahu segala sesuatu."

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.


7:81. Kamu datangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)."

7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan tinggalkan Musa dan kaumnya untuk buat kerosakan di bumi, dan tinggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"

7:141. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

24:31. Dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan jangan juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk tanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan, tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.


27:55. Apa, adakah kamu datangi lelaki dengan hawa nafsu (syahwat) bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."

28:4. Sesungguhnya Firaun meninggi di bumi, dan dia pecah belahkan penduduknya kepada golongan-golongan, menghinakan segolongan antara mereka, mengorbankan anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang buat kerosakan.

33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang lakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.

33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka jangan hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucaplah perkataan-perkataan yang baik.

33:52. Sesudah itu, perempuan-perempuan tidak dihalalkan untuk kamu, dan tidak juga kamu boleh tukar isteri-isteri kamu dengan mereka, walaupun kecantikan mereka menarik hati kamu, kecuali apa yang tangan kanan kamu miliki; Allah menjagai atas segala sesuatu.

33:55. Tidak salah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, dan perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan orang-orang mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah Pengampun, Pengasih.


40:25. Dan apabila dia datangkan kepada mereka yang benar daripada Kami, mereka berkata, "Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka." Tetapi muslihat orang-orang tidak percaya adalah dalam kesesatan.

48:25. Mereka adalah orang-orang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak tahu, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah masukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa Dia hendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami azab orang-orang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.

49:11. Wahai orang-orang yang percaya, jangan sesuatu kaum mengejek kaum lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan diri-diri (sesama) kamu, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.

58:2. Orang-orang antara kamu yang menzihar isteri-isteri (berkata kepada isteri-isteri, "Kamu padaku adalah seperti punggung ibuku!") mereka, mereka bukan ibu-ibu mereka; ibu-ibu mereka hanyalah yang beranakkan mereka, dan mereka benar-benar mengatakan satu ucapan yang mungkar, dan dusta. Namun begitu, sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.

58:3. Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah kata, mereka akan merdekakan seorang hamba sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dengan itu kamu ditegurkan; dan Allah sedar apa kamu buat.

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikan mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Jangan keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga biarkan mereka keluar, kecuali mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Itu had-had (hudud) Allah; sesiapa mencabuli had-had Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak tahu mungkin setelah itu Allah adakan perkara yang baru.

65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang mengandung, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan buatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.


1b.
NISWAH n.f. (pl. see nisa' above) -women
    - diterjemah kepada perempuan

12:30. Perempuan-perempuan tertentu di kota berkata, "Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda diri pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami lihat dia dalam kesesatan yang nyata."

12:50. Raja berkata, "Datangkan dia kepadaku." Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia berkata, "Kembalilah kepada pemelihara kamu, dan tanya dia, 'Bagaimanakah dengan perempuan-perempuan yang memotong tangan mereka?' Sesungguhnya Pemeliharaku tahu muslihat mereka."

~ A Concordance of the Qur'an ms 850


2.
UNTHA n.f. (pl. inith)-female
   
- diterjemah kepada perempuan atau betina

2:178. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan; tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan, dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

3:36. Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, "Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang perempuan." Allah sangat-sangat tahu apa yang dia lahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti perempuan, "Dan aku namakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam."

3:195. Dan Pemelihara mereka sahut mereka, "Aku tidak sia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Dan orang-orang yang hijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan lepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.

4:11. Allah wasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa dia tinggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa dia tinggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak tahu siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikian ketentuan Allah; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.


4:117. Tiada yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan, dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka,

4:124. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.

4:176. Mereka minta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia terima separuh daripada apa dia tinggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka terima dua per tiga daripada apa dia (lelaki) tinggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki terima serupa dengan bahagian dua perempuan. Allah jelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah tahu segala sesuatu."

6:143. Lapan pasangan; dua biri-biri, dan kambing, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Beritahu aku pengetahuannya jika kamu berkata benar."

6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah wasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia sesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim."


13:8. Allah tahu apa yang tiap-tiap perempuan bawa, dan kekecutan dan pengembangan rahim-rahim; segala sesuatu di sisi-Nya ada ukurannya.

16:58. Dan apabila seseorang daripada mereka diberi berita gembira dengan seorang (anak) perempuan, mukanya jadi hitam, dan dia tercekik di dalam dirinya,

16:97. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan balas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa mereka buat.

17:40. Apa, adakah Pemelihara kamu pilihkan untuk kamu anak-anak lelaki, dan Dia ambil untuk-Nya daripada para malaikat perempuan? Ia adalah satu yang besar kamu ucapkan.

35:11. Allah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian Dia buat kamu berpasangan. Tiada perempuan yang mengandung, dan tiada juga yang melahirkan, kecuali dengan pengetahuan-Nya; orang-orang yang diberi umur panjang, tidak dipanjangkan umurnya dan tidak juga dikurangkan umurnya melainkan ia di dalam Kitab. Sesungguhnya itu, bagi Allah, mudah.


37:150. Atau, Kami cipta malaikat-malaikat itu perempuan, sedang mereka adalah saksi-saksi?

40:40. Sesiapa buat jahat, ia tidak dibalas melainkan dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa buat satu kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa hitungan.

41:47. Kepada-Nya dikembalikan pengetahuan mengenai Saat. Tiada satu buah-buahan keluar daripada kelopaknya, tiada perempuan yang mengandung dan tiada juga yang melahirkannya, melainkan dengan pengetahuan-Nya. Pada hari Dia panggil mereka, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku?" mereka berkata, "Kami nyatakan kepada Engkau bahawa tidak ada seorang saksi di kalangan kami."

42:49. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; Dia cipta apa yang Dia hendaki; Dia beri siapa Dia hendaki perempuan, dan Dia beri siapa Dia hendaki anak-anak lelaki,

42:50. Atau Dia jodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia buat siapa Dia hendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa.


43:19. Dan mereka buatkan malaikat-malaikat, mereka itu sendiri hamba-hamba Yang Pemurah, perempuan. Apa, adakah mereka saksikan ciptaan mereka? Kesaksian mereka akan ditulis, dan mereka akan ditanya.

49:13. Wahai manusia, Kami cipta kamu lelaki dan perempuan, dan buat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

53:21. Apa, adakah bagi kamu lelaki, dan bagi-Nya perempuan?

53:27. Orang-orang tidak percayai akhirat namakan malaikat-malaikat dengan nama-nama perempuan.

53:45. Dan bahawa Dia Sendiri yang mencipta dua jenis, lelaki dan perempuan,

75:39. Dan Dia buatkan daripadanya dua jenis, lelaki dan perempuan.

92:3. Dan Yang mencipta lelaki dan perempuan,

~ A Concordance of the Qur'an ms 172


3.
IMRA'AH n.f.-a woman, a wife
   
- diterjemah kepada perempuan atau isteri

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu jalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakan saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan jangan, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.

3:35. Apabila isteri Imran berkata, "Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui."

3:40. Dia berkata, "Pemeliharaku, bagaimanakah aku boleh mempunyai seorang anak lelaki memandangkan aku seorang yang tua dan isteriku mandul?" Allah berkata, "Begitulah, Allah buat apa Dia hendaki."


4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu tinggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka tinggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat mereka wasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa kamu  tinggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa kamu  tinggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat kamu wasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang yang mudaratkan; wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.

4:128. Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidak salah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu buat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

7:83. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal.

11:71. Dan isterinya sedang berdiri dekat; dia tertawa, maka Kami beri kepadanya berita gembira dengan Ishak, dan selepas Ishak, Yaakub.

11:81. Mereka berkata, "Wahai Lut, kami adalah Rasul-Rasul Pemelihara kamu. Mereka tidak akan sampai kepada kamu; maka berjalanlah, kamu dengan keluarga kamu, pada sebahagian malam, dan jangan seseorang daripada kamu berpaling ke belakang, kecuali isteri kamu; dia akan ditimpa dengan apa yang menimpa mereka. Waktu mereka dijanjikan ialah subuh (pagi); bukankah subuh sudah dekat?"


12:21. Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, "Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita ambil dia untuk anak sendiri." Maka Kami teguhkan Yusuf di bumi, dan supaya Kami mengajarnya interpretasi hadis (mimpi). Allah memenangi dalam urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.

12:30. Perempuan-perempuan tertentu di kota berkata, "Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda diri pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami lihat dia dalam kesesatan yang nyata."

12:51. Dia berkata, "Apakah urusan kamu apabila kamu goda diri Yusuf?" Mereka berkata, "Dijauhkan Allah! Kami tidak tahu kejahatan padanya." Isteri al-aziz berkata, "Sekarang yang benar akhirnya jadi nyata; aku goda dirinya; dialah orang yang benar.

15:60. Kecuali isterinya; kami tentukan bahawa dia sesungguhnya termasuk orang-orang yang tinggal."

19:5. Dan aku takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris),

19:8. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, bagaimanakah aku akan mempunyai seorang anak lelaki sedangkan isteriku mandul, dan aku telah sampai umur yang sangat tua?"


27:23. Aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.

27:57. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; Kami tentukan dia termasuk orang-orang yang tertinggal.

28:9. Berkata isteri Firaun, "Dia akan jadi satu pendingin mata (kegembiraan) bagiku dan bagi kamu. Jangan membunuhnya; mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita, atau kita ambil dia sebagai anak." Dan mereka tidak sedar.

28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia dapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia dapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat beri minum sehingga gembala-gembala halau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."

29:32. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat-sangat tahu siapa di dalamnya. Kami akan selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal."

29:33. Apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan dia berasa cemas untuk mereka; tetapi mereka berkata, "Jangan takut, dan jangan juga susah, kerana sesungguhnya kami akan selamatkan kamu dan keluarga kamu, kecuali isteri kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal.


33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.

51:29. Kemudian isterinya tampil ke muka, dalam kebisingan, dan dia memukul mukanya, dan berkata, "Seorang perempuan tua yang mandul!"

66:10. Allah buat satu persamaan bagi orang-orang tidak percaya - isteri Nuh, dan isteri Lut; kerana mereka adalah di bawah dua daripada hamba-hamba Kami yang salih (baik), tetapi keduanya khianati mereka, maka mereka tidak berguna bagi mereka sedikit pun terhadap Allah; maka dikatakan, “Masuklah kamu berdua ke Api bersama orang-orang yang masuk.”

66:11. Allah buat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

111:4. Dan isterinya, pembawa kayu api,

~ A Concordance of the Qur'an ms 772

 

Bahagian 2

Perkahwinan - sila rujuk kalimat Kahwin dan Talak/Cerai yang berada di Kalimat Pilihan.
Di sini diturunkan tiga kalimat yang membawa maksud wanita yang baik, yang janda, dan yang tidak berkahwin:

1. TAYYIB n.m. good things, good men or women; (adj) good, wholesome, pleasant, fair

Terdapat beberapa ayat, tetapi dipilih hanya yang di bawah kerana berkaitan dengan perempuan.

24:26. Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka inilah yang terlepas daripada apa mereka kata; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia.

~ A Concordance of the Qur'an ms 1246


2.
THAYYIBAT n.f. (pl. of thayyib)-women who have been previously married, widows

66:5. Mungkin, jika dia ceraikan kamu, Pemeliharanya akan tukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang menyembah, yang berpergian, yang janda, dan yang dara.

~ A Concordance of the Qur'an ms 1228


3.
AYAMA n.f. (pl. of ayyim)-unmarried, spouseless (women)

24:32. Kahwinlah orang-orang yang tidak berkahwin di kalangan kamu, dan hamba-hamba lelaki kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui.

~ A Concordance of the Qur'an ms 203

 

Bahagian 3

Mengandungi ayat-ayat mengenai anak perempuan dan anak tiri perempuan:

IBNAH n.f. (f. of ibn, pl. banat)-daughter 

4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang susukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan yang dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu sudah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.

6:100. Namun begitu, mereka adakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang cipta mereka. Mereka andaikan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Dia disanjung! Tingginya Dia di atas apa mereka terangkan.

11:78. Dan kaumnya datang kepadanya, berlari-lari ke arahnya, dan sejak dahulu mereka buat jahat. Dia (Lut) berkata, "Wahai kaumku, ini anak-anak perempuanku; mereka lebih bersih bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan jangan aibkan aku pada tetamu-tetamu aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran waras?"
11:79. Mereka berkata, "Kamu tahu bahawa kami tidak patut terhadap anak-anak perempuan kamu, dan kamu tahu benar apa yang kami hendaki."

15:71. Berkata, "Mereka ini anak-anak perempuanku, jika kamu mahu lakukan."

16:57. Dan mereka adakan bagi Allah anak-anak perempuan; Dia disanjung! Bagi mereka apa yang mereka inginkan.


28:27. Berkata, "Aku hendak kahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun. Jika kamu sempurnakan sepuluh, itu adalah daripada kamu; aku tidak hendak beratkan kamu. Kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang salih."

33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu, yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.

33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan orang-orang mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah Pengampun, Pengasih.

37:149. Maka tanyalah mereka untuk satu keputusan - adakah untuk Pemelihara kamu anak-anak perempuan, dan mereka anak-anak lelaki?

37:153. Adakah Dia pilih anak-anak perempuan di atas anak-anak lelaki?

43:16. Atau, adakah Dia pilih untuk-Nya, daripada apa dia cipta, anak-anak perempuan, dan Dia memilihkan untuk kamu, anak lelaki?

52:39. Atau, adakah bagi-Nya anak-anak perempuan, dan bagi kamu anak-anak lelaki?

66:12. Dan Mariam, anak perempuan Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan jadi antara orang-orang yang patuh.

~ A Concordance of the Qur'an ms 328


RABA'IB n.f. (pl. of rabibah)-stepdaughters

4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu sudah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.

~ A Concordance of the Qur'an ms 989

 

Bahagian 4

Mengenai kehormatan atau kesucian perempuan. Sila rujuk kalimat Kemaluan dan Zina.
Ayat-ayat di bawah mengandungi kalimat-kalimat dara, kesucian, suci daripada kejahatan nafsu berahi dan perempuan jalang. Kesemuanya empat kalimat.


1. BIKR
n.f.-virgin

2:68. Mereka berkata, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami supaya Dia jelaskan kepada kami yang manakah ia?" Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang tidak tua, dan tidak juga dara, yang pertengahan di antara yang demikian itu; maka buatlah apa yang kamu diperintah."

56:36. Dan Kami buatkan mereka anak-anak dara yang tidak tercemar,

66:5. Mungkin, jika dia (Muhammad) ceraikan kamu, Pemeliharanya akan tukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang menyembah, yang berpergian, yang janda, dan yang dara.

~ A Concordance of the Qur'an ms 318


2. TAHASSANA
~ chastity

24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu miliki yang inginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu tahu ada kebaikan pada mereka; dan berikan mereka daripada harta Allah yang Dia beri kamu. Dan jangan kamu memaksa hamba-hamba pemudi kamu melakukan pelacuran, jika mereka hendak kesucian, kerana kamu cari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang paksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.

~ A Concordance of the Qur'an ms 560


3. HASUR n.m. (adj)-chaste

3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."
(Nabi Yahya bukan perempuan. Maaf!)

~ A Concordance of the Qur'an ms 560


4. BAGHIY n.f.-a harlot, unchaste woman

19:20. Berkata (Mariam), "Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun sentuh aku, dan bukan juga aku perempuan jalang?"

19:28. Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukan seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu (Mariam) perempuan jalang."

~ A Concordance of the Qur'an ms 314

 

Bahagian 5

Hamba perempuan - dua kalimat.

FATAYAT n.f. (pl. of fatat) young woman, handmaid, slavegirl

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudi mukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.

24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu miliki yang inginkan kitab (pembebasan), maka adakan perjanjian dengan mereka, jika kamu tahu ada kebaikan pada mereka; dan berikan mereka daripada harta Allah yang Dia beri kamu. Dan jangan kamu paksa hamba-hamba pemudi kamu melakukan pelacuran, jika mereka hendak kesucian, kerana kamu cari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang paksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.

~ A Concordance of the Qur'an ms 450


AMAH
n.f.-slavegirl, handmaiden

2:221. Jangan kahwin perempuan-perempuan yang sekutukan sehingga mereka percayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan jangan kahwin orang-orang lelaki yang sekutukan sehingga mereka percayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah menyeru ke Taman dan ampunan dengan izin-Nya, dan Dia jelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka ingat.

24:32. Kahwinlah orang-orang yang tidak berkahwin di kalangan kamu, dan hamba-hamba lelaki kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui.

~ A Concordance of the Qur'an ms 169

 

Bahagian 6

Ini bahagian akhir, menyenaraikan ayat-ayat mengandungi kalimat-kalimat perempuan tua, mandul, haid dan bayi perempuan yang dikuburkan. Jumlah kalimat 4.

'AJUZ n.f.-old woman

11:72. Berkata, "Celakalah aku! Adakah aku akan beranak padahal aku perempuan tua, dan suamiku ini seorang yang tua? Sesungguhnya ini sesuatu yang ajaib."
(Isteri Nabi Ibrahim)

26:171. Kecuali seorang perempuan tua antara orang-orang yang tinggal.
(Isteri Nabi Lut)

37:135. Kecuali perempuan tua yang tertinggal,
(Isteri Nabi Lut)

51:29. Kemudian isterinya tampil ke muka, dalam kebisingan, dan dia memukul mukanya, dan berkata, "Seorang perempuan tua yang mandul!"
(Isteri Nabi Ibrahim)

~ A Concordance of the Qur'an ms 238


Terdapat dua kalimat mengenai mandul:

(a) 'AQIR n.f. (adj)-barren (woman)

3:40. Dia (Zakaria) berkata, "Pemeliharaku, bagaimanakah aku boleh mempunyai seorang anak lelaki memandangkan aku seorang yang tua dan isteriku mandul?" Allah berkata, "Begitulah, Allah buat apa Dia hendaki."

19:5. Dan aku (Zakaria) takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris),

19:8. Berkata (Zakaria), "Wahai Pemeliharaku, bagaimanakah aku akan mempunyai seorang anak lelaki sedangkan isteriku mandul, dan aku telah sampai umur yang sangat tua?"

~ A Concordance of the Qur'an ms 274


(b) 'AQIM n.m. (adj)-barren, withering
    - terdapat empat ayat tetapi diturunkan hanya dua sahaja kerana berkaitan.

42:50. Atau Dia jodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia buat siapa Dia hendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa.

51:29. Kemudian isterinya tampil ke muka, dalam kebisingan, dan dia memukul mukanya, dan berkata, "Seorang perempuan tua yang mandul!"
(Isteri Nabi Ibrahim)

~ A Concordance of the Qur'an ms 273


Seperti bagi mandul, terdapat 2 juga kalimat bagi haid:

(a) HADA vb. (I)-to menstruate dan (b) MAHID n.m.-menstruating, monthly course-(of women)

2:222. Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan dekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu." Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.

65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang mengandung, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan buatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.

~ A Concordance of the Qur'an ms 566


WA'ADA
vb. (I)-(pcple. pass.) buried infant (girl) maw'udah 

81:8. Apabila bayi perempuan yang dikuburkan ditanya,
81:9. Kerana kesalahan apakah dia dibunuh,

~ A Concordance of the Qur'an ms 1249


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman